Sunday, August 12, 2012

Ramadan akan datang?


Catatan addinlove 11 Ogos 2012.

"Aiman, bagi sedikit tazkirah " Kata paklong mengejuktkan ku setelah kami selesai tarawaih 8 rakkat di rumahnya itu.

"Err...nak cerita pasal apa paklong" tanyaku semula.

"Apa-apa sajalah...5 minit ke..." balas paklong.

Aku  ke depan dan duduk bersimpuh sambil mengucapkan Syukur kepada Allah dengan membaca ucapan membuka majlis yang biasa diamal. Aku sentuh beberapa perkara untuk perhatian adik-adik, sepupuku dan pak-mak menakan yang hadir:
1. Cari malam kemulian iaitu malam yang lebih baik seribu bulan.
2. Malam lailatul Qdar ini berlaku pada malam ganjil 10 ramadan terakhir dan petanda sahih malam ini adalah selepas berlakunya malam tersebut.-1-
3. Satu lagi perkara penting yang kita kerap cuai amalkan atau sunnah yang payah peluang untuk dapat mengamalkan adalah sunnah iktikaf pada 10 malam terakhir ramadan.Jika di negara arab telah menjadi kebiasaan ambil cuti 10 ramadan terakhir dan iktikaf di masjid. Tapi negara kita baru nak mula. Boleh mulakan dengan iktikaf malam saja atau penuhi jemputan qiyamulai yang dilakukan oleh masjid-masjid berdekatan.

Itu sahaja yang aku tazkirahkan, kali pertama rasanya kurang lebih 5 minit, selalunya lebih....^_^

Catatan addinlove 12 Ogos 2012.  

Tadi sebarkan sms ini:
Tazkirah Ramadan 1433H aiman: alhamdulilah,malam 21 msjd Kilang Lama,22-23 msjd di Sg2,mlm ni sampai 29 insyallah di masjid X dgn ust X , ayoh coba hidup sunah iktikaf yg jarang dpt ini. ingat ! nabi tak pernah tinggal sunnah iktikaf ini sampai wafat, malah di smbung isteri2nya. jk bkn rmdan ini, akan dtg?
Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi SAW biasa beri'tikaf pada 10 hari terakhir dari bulan Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri-isteri Baginda terus beriktikaf selepas tahun Baginda wafat - pada 10 hari akhir Ramadhan - " [HR. al-Bukhari dan Muslim]

Wahai Rasulullah, apa pandangan kamu jika aku bertemu dengan malam lailatul qadar, apa yang perlu aku ungkapkan, Rasulullah s.a.w bersabda : Pohonlah : Wahai Tuhanku, engkau maha pengampun dan mulia, engkau sukaan pengampunan, ampunkanlah diriku ( Riwayat Tarmizi )

Motivasi kerana sunnah, bukan malam lalilatul Qadr sahaja.


Tadi buka FB kejap, ada sahabat FB yang rasa malam 23 (semalam) adalah malamnya .

Jika ya pun, Aku katakan, kita bukan kejar malam itu saja. kita kejar amalan sunnah iktikaf juga.

Masa iktikaf malam 22 Ramadan di satu masjid sekitar Sungai 2 , aku sempat berkongsi :
.... Sunnah iktikaf 10 malam terakhir ini , ada ustaz pandai suruh buat saja, tapi mereka pun belum tentu buat. kita bukan mahu bangga telah buat, malah yang kita buat hanya 2 hari sahaja (itu pun bukan penuh, lemah disiplin atau kesimpulanya belum seperti yang nabi buat)... tapi minima kita berusaha... dan kepada adik-adik dan ikhwah yang hadir , ana harap betulkan motivasi kita iktikaf kerana mahu (berusaha) hidupkan sunnah ini, bukan kerana ajakan abang sekian-sekian...."

Gambar: Suasana semasa baca zikir mathurat, salah satu cawangan ISMA di Selangor yang menjayakan iktikaf perdana selama 2 hari ( 10-12 Ogos 2012) juga. insyaallah setiap cawangan ISMA buat program tahunan ini. Gambar yang aku ikut di Sungai Dua?, aku tak ambil dan rasanya ramai peserta segan nak kongsi iktikaf mereka. InsyaAllah iktikaf kita bukan disini saja. 2 hari itu hanya sebagai booster untuk baki 6 hari lagi di tempat masing-masing atau jumpa lagi tahun depan.?  

Wallahwalam.
 
PS: Rakan FB, Akh Fathi  ada berkongsi buku terbarunya yang sangat sesuai untuk beberapa hari Ramadan berbaki ini.


Nama buku: Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW

Penulis: Muhammad Fathi Ali

Edisi: Ramadhan 1433H / Ogos 2012M

Jumlah halaman: 68 halaman termasuk kulit

Berkenaan buku:

Buku ini adalah sambungan silsilah Himpunan Status Facebook, beberapa lama dahulu atas permintaan beberapa sahabat yang meminta saya menghimpunkan faedah-faedah yang saya catatkan dalam status Facebook saya sama ada berkaitan hadith, fiqh dan sebagainya dalam satu ruangan yang khas, maka saya kabulkan permintaan mereka dalam satu buku yang khas dengan nama “Siri Himpunan Status Facebook”.

Dan alhamdulillah, saya telah himpunkan kesemua tulisan tersebut sebanyak dua siri sebelum ini. Siri pertama bertajuk “91 Faedah Hadith”, dan siri kedua bertajuk “139 Faedah Hadith”, dan buku yang sedang berada di tangan para pembaca sekarang ini adalah siri ketiga. Siri ketiga ini agak unik berbanding siri-siri sebelumnya. Jika siri sebelum-sebelum ini berkonsepkan ilmu hadith secara khusus, tetapi siri ketiga ini ia lebih berkonsepkan fiqh. Ia adalah himpunan status-status Facebook yang saya tulis semasa bulan Ramadhan tahun 1433H / 2012M berkisar puasa, qiam, iktikaf serta hari raya al-Fitr, maka saya namakannya “Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW”.

Seperti tajuknya, isi dalam buku ini adalah merupakan ringkasan-ringkasan perbahasan fiqh berkaitan puasa, qiam, iktikaf serta raya. Saya tidak bercadang untuk membahaskan setiap isu secara terperinci, sebaliknya hanya menulis beberapa rangkap untuk sesuatu isu kerana itu saya namakan ia “Ringkasan”. Saya namakan ia juga sebagai “Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW” kerana ianya berdasarkan hadith-hadith Sahih dan juga fiqh para Salaful Ummah mencakupi isu puasa, qiam, iktikaf serta raya.

Saya berdoa moga buku ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya, moga Allah SWT menerima usaha saya ini dan menjadikannya sebagai salah satu amalan yang diberkati dan membantu saya di akhirat kelak.

Index kandungan:

Pendahuluan 4

Sifat Puasa Nabi 5
1. Hukum Puasa: 6
2. Puasa sebelum Ramadhan: 6
3. Hukum puasa bagi yang tidak solat: 6
4. Penentuan masuk Ramadhan: 6
5. Doa & zikir melihat hilal (anak bulan): 7
6. Kepada siapa puasa Ramadhan diwajibkan? 8
7. Mengucapkan tahniah sempena masuknya Ramadhan: 9
8. Penetapan niat puasa Ramadhan, bilakah ia? 9
9. Bilakah perlu mula berhenti dari segala perkara yang membatalkan puasa? 10
10. Hukum suhur: 13
11. Waktu suhur, bilakah ia? 14
12. Perkara yang membatalkan puasa, apakah ia? 15
13. Adab berbuka puasa: 17
14. Memberi makan orang yang berbuka puasa: 19
15. Berpuasa 6 hari di bulan Syawal: 19
16. Menggabungkan niat puasa ganti bersama-sama puasa 6 Syawal: 19
17. Waktu qadha’ puasa Ramadhan: 20

Sifat Qiam Nabi 21
1. Hukum Qiam al-Lail: 22
2. Waktu Qiam al-Lail: 22
3. Solat Qiam itu dengan berjamaah atau sendirian? 22
4. Bacaan solat Qiam: 24
5. Jumlah raka’at solat Qiam: 24
6. Hakikat Solat Tarawih: 24
7. Solat Witir: 26
8. Hukum Solat Witir: 27
9. Waktu Solat Witir: 28
10. Qadha’ solat Witir: 28
11. Hukum Solat sunnah setelah Witir: 29
12. Tiada dua Witir dalam satu malam: 29
13. Bilangan raka’at Solat Witir: 29
14. Bacaan solat Witir: 30
15. Hukum qunut dalam solat Witir: 32
16. Waktu qunut dalam solat Witir: 32
17. Lafaz doa qunut Witir: 34
18. Hukum mengangkat tangan ketika qunut Witir: 35
19. Zikir setelah solat Witir: 38

Sifat Iktikaf Nabi 39
1. Hukum Iktikaf: 40
2. Bilakah seseorang itu iktikaf di bulan Ramadhan? 40
3. Bilakah masuknya seseorang untuk beriktikaf di bulan Ramadhan? 40
4. Tempoh minima iktikaf: 41
5. Tempat iktikaf: 41
6. Adakah puasa termasuk syarat iktikaf? 42
7. Bolehkah wanita beriktikaf? 43
8. Wanita haidh & istihadhah, bolehkah beriktikaf? 43
9. Amalan ketika iktikaf: 44
10. Perkara yang membatalkan iktikaf: 44
11. Perkara yang boleh dilakukan ketika iktikaf: 44
12. Hukum qadha’ iktikaf: 45
13. Malam al-Qadr: 45
14. Kelebihan malam al-Qadr: 46
15. Bilakah malam al-Qadr itu terjadi? 46
16. Cara mencari malam al-Qadr: 47
17. Tanda-tanda malam al-Qadr: 47
18. Amalan pada malam al-Qadr: 52

Sifat Raya Nabi 53
1. Hukum `Eid (Raya) al-Fitr: 54
2. Mandi di pagi `Eid: 54
3. Memperindah diri di pagi `Eid: 54
4. Hukum Takbir `Eid: 54
5. Lafaz Takbir `Eid: 54
6. Sifat Takbir `Eid: 56
7. Makan sebelum keluar bersolat `Eid: 56
8. Berjalan kaki ke tempat solat `Eid: 56
9. Hukum solat `Eid: 57
10. `Eid jatuh pada hari Jumaat, adakah gugur kewajipan solat Jumaat? 57
11. Waktu solat `Eid: 58
12. Tempat solat `Eid: 58
13. Larangan membawa senjata di hari `Eid: 58
14. Solat sunnah sebelum dan selepas solat `Eid: 59
15. Azan & Iqamah untuk solat `Eid: 59
16. Tatacara solat `Eid: 59
17. Khutbah `Eid: 60
18. Pulang dari solat `Eid dengan mengikuti jalan berbeza: 60
19. Ucapan tahniah pada hari `Eid: 61
20. Bergembira pada hari `Eid: 61
21. Menziarahi kubur di pagi `Eid: 62
22. Meminta maaf di pagi `Eid: 62

No comments:

Post a Comment