Wednesday, November 7, 2012

Aku kena Sihir.

Catatan Addinlove 5 Nov 2012.

Ini bukan Coobaan! Ini betul-betul.

Eish, Rasa tidak percaya dah ada isteri. Betul ke aku dah ada isteri.?

Ya Aiman, betul la engkau dah ada isteri. Jangan buat rasa tidak percaya pula. Ini bukan Coobaan, Ini bukan main masak-masak-kawin-kawin macam zaman kecik dulu. Ini betul-betul berlaku.!

Emm, mungkin rasa ini hadir kerana terpaksa-rela daftarkan diri dalam Geng PJJ (Pasangan Jarak Jauh) di   mukadimah Perayaan Cinta Aku dengan mahluk planet Venus itu.

"Betul juga, PJJ dan baru saja sebulan-da Aiman". Perasaan ini wajar disebabkan masih duduk berbeza seperti sebelum nikah, berjumpa selang seminggu dua, dan hanya berhubung secara maya dengan telefon atau email.

Ya! Aku masih belum rasa evolusi sebenar perpindahan alamku. Dua alam yang sepatutnya berbeza, dari alam singel  ke alam couple halal. Juga dalam beberapa pertemuan aku dan dia selepas nikah ini, dia telah luahkan rasa yang hampir sama (rasa tidak percaya ada suami). Cuma ada tambahan-nya iaitu tangisan dia yang aku kebingungan awalnya (sebenarnya sekarang-pun masih cuba mencari pengertian walaupun dia telah ceritakan sebabnya). ~ Emm, cara fikir rasional Mars (lelaki) tidak cukup mudah untuk mengungkap emosi Venus (wanita). Itulah halusnya perasaan mereka yang akan mengajar Mars erti-seri-hidup bersama (Tiada seri perayaan cinta tanpa air mata. ~ bincang topik ini lain kesempatan-mungkin venus lebih sesuai bicarakan tajuk ini).

Tanda Ingat.

Jika hari ke berapa dalam sebulan menjadi tanda?, Maka hari ke-5 setiap bulan Masihi adalah ingatannya.


Mungkin boleh dinamakan sambutan Ulang Bulan (Ulang bilangan hari sama setiap bulan) yang pasti jarang dikisah pasangan lain. Dan aku juga, entah istiqamah aku tidak mengingatinya dengan sebuah hadiah. Dan hadiah untuk kali pertama ini adalah tulisan ini sendiri. Pasti ditujukan khas untuk isteriku dan kemudian umumnya kepada pembaca addinlove.

Inilah harinya. Aku melafazkan penuh yahin, waras dan memahami akibatnya ; "Aku terima nikah....", lafaz yang dipaksa ulang kali ke tiga setelah dua kali sebelumnya yang telah “Sah” bagiku kerana jelas suaraku dan lancar hafalanku. Tapi kerana nakal tok kadi yang bisa meng-alasankan “Style Johor-da yang tidak mantap jika ada tambahan ..'Nya' di belakang perkataan Nikah...", maka kena reda sajalah aku mengulanginya ~ Takpe, Ini hal kecil saja.

Macam-macam kerenah Jabatan Agama Islam Bumi Melayu ini. Patutlah majlis ketaq (bahasa kedah yang maksudnya gemuruh) itu benar-benar seperti yang dikatakan.  Apa yang pasti gemuruhku tidak sampai sasul dan gagap. ~ Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah SWT yang berkehendak. Segala puji bagi Allah kerana segala urusan rasmi hampir selesai dan dipermudahkan sangat banyak. Boleh dikatakan semua ujian berat lulus, cuma tinggal walimah pihak-ku saja. ~ Rumah walimah belum siap.- doakan, InsyaAllah moga dipermudahkan.

Macam mana kami bertemu?

Sudah pasti ini soalan penting walaupun ada yang boleh menduga. Satu soalan yang tidak akan pernah terlepas hampir semua kaum kerabat dan kenalan rapatku.

Makteh-ku bertanya dia, Dijawabnya penuh segan : ... Tanyalah Aiman... ~Aduh aku juga la kena jawab.

Ceritanya begini, ada versi panjang berjela-jela kisah kami ini dan ada versi pendek. Baiklah pilih versi pendek saja la. (Tapi jawapan ini mungkin tidak cukup untuk Makteh, Takpe untuk dia, ada versi lain ^_^),
"Kami bertemu dalam satu kumpulan NGO islam yang kami sama-sama menjadi aktivisnya.
Kami adalah aktivis NGO tersebut dan urusan nikah kami ini bukanlah apa yang diniatkan kami ketika masuk kumpulan tersebut.
Bak kata seorang teman, Niat seorang ikhwah (lelaki) yang ikhlas bersama dakwah ini bukanlah kerana mahukan wanita sekian-sekian cantik, bertudung labuh dan lagi solehah penampilanya. Bukan begitu. Juga sebaliknya seorang akhwat (perempuan) yang bersama sebuah kumpulan dakwah itu.

Kerana niat salah seperti itu akan boleh membinasakan sesiapa sahaja jika tidak sempat diubati seperti sindiran Rasulullah saw dalam hadis sahih Bukhori-Muslim, " Sesiapa yang hijrah ....
atau karena seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya." ~ Aku berlindung agar tetap ikhlas dan dari niat berjiwa kerdil dalam memahami maksud perjalanan kehidupan cinta ini.
Jadi kisah aku bertemu dia adalah kerana Allah berkehendak kami bertemu tanpa berpacaran sebelum nikah. Tidak ada sebarang perancangan "sengaja mengorat" dalam pertemuan kami, tidak ada couple di-islami-kan dalam "hubungnya tidak halal lagi" kami, tidak ada keluar together-gather (bersama-sama) sebelum akad, tidak ada sms-calling-email beradu-rindu-dua-merpati sebelum rasmi ikatan dan (semoga juga-insyallah) tidak ada sebarang maksiat antara kami sebelum lafaz Aku terima nikahnya.

Semuanya dimulai dengan bantuan seorang sahabat (Ustaz Baitul Muslim) yang menjadi orang tengah (kepercayaan) kami dan akhirnya Allah SWT yang memudahkan segala urusan kami. ~ Alhamdulillah."
Nikmat yang tidak mampu (atau tidak mahu) aku ceritakan semua.

Jika ada bertanya: " Apakah rasa aku sekarang ? Syok atau tidak ? atau apa perasaannya? ~ Agar boleh memberi sesuatu bentuk motivasi, panduan atau pengajaran kepada yang belum nikah ".

Aku katakan :

"Tidak mampu (atau tidak mahu) aku ceritakan. Kerana yang dirasai dari Perayaan Cinta ini sangat-sangat nikmat. Tidak cukup di-ungkap kata-kata. Hanya yang berani atau telah melangkah akan mengerti betapa kedekutnya mahu diceritakan perasaan mereka ".


Baiklah aku ceritakan, sedikit saja "perasaan" itu.

"...Setelah istiqarahku memilih dia. Tiba-tiba aku semacam pelik kenapa aku memilih dia?, kerananya aku dan dia hanya berjumpa dalam program dakwah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur beberapa kali sahaja pada 2-3 tahun lepas (2009-2010). Aku di Utara, dia pula di Selatan dan begitu juga university kami yang jaraknya ratusan batu. Berjumpanya kami pun bukan berdepan atau bertentang mata atau sengaja nakal saling mengusik atau ada upaya mengorat, Tidak ! Tidak berlaku hal itu ! Seingat aku tidak pernah aku melihat wajahnya betul-betul ~ aku tidak pasti dia ~ kerana aku duduk di depan dan memberi tumpuan serta berkomitmen terhadap progam yang dijalankan ketika itu..."

...Itulah batas aku kenal dia, bila telah selesai aku membuat keputusan memilih dia, aku pelik sendirian juga. Muka dia macam mana? Monolog jiwa-ku kebingungan kerana tidak dapat membayangkannya. Cantik atau tidak?, tubuh badan dia pula bagaimana,? Gemuk, berisi atau kurus? Entahla, rasanya bukan gemuk atau kurus sangat kot. ...dan fizikal dia pula,? Rasanya tiada masalah kerana nampak jauhnya macam rendah dariku, tak rendah sangat kot... tahap bahu aku kot, tapi berapa ketinggian dia?..,- kemudian aku istigfar. Adakah semua itu peduliku yang telah tenang (istikarah membuat keputusan dengan maklumat yang ada) sebelum ini dan membulatkan tekad serahkan urusan itu pada Allah, ~ Insyallah Allah semua soalan itu bukan dari keperluan imanku.

Sekarang, aku dan dia telah rasmi berpacaran halal kurang lebih sebulan. Sebenarnya kehairananku kepada diri sendiri bukan reda, sebaliknya makin menjadi-jadi dalam bentuk lain pula. Antaranya ;

Jika sekarang aku diminta memberi pandangan, Soalannya : Adakah dia cantik?, Jawabku...

"...Sebelum aku memberi jawapan, Apa pandangan lelaki lain diluar sana?

(Jika ada orang luar yang jujur memberi ulasan), Pasti dia akan dikritik tidak cantik dan macam wanita jawa yang biasa-biasa saja. Malah tidak akan ada yang minat memandang atau pasti tidak pedulikan dia apabila melihat fizikalnya yang comel (rendah) seperti pelajar perempuan sekolah menengah yang bertudung labuh, tambah tidak bertabaruj (make-up), suara tidak semerdu song-bird malaysia (Datuk Siti Nurhaliza), hidung tidak semancung Era Fazira (Era hidung mancung ke?entah) muka tidak se-putih Nora Danish (tidak pernah kenal pun minah ni. tertengok cerita "aku terima nikahnya"), keningnya pula sudah pasti tidak dapat lawan Ziana Zain dan jangan mimpilah mahu dilihat berahi seperti Pontianak Malaysia (Maya Karin).


Tapi anehnya saat ini, selepas aku terima nikah, selepas beberapa kali bertemu, selepas beberapa kali berinteraksi, selepas sebulan, selepas beberapa firasat "dia ada sesuatu kecantikan lain" mula terserlah, dan selepas... aku hanya ingin berkata jujur: Isteriku , suaramu lebih merdu dari Siti Nurhaliza, kening mu lebih cantik dari Ziana Zain, hidung dan muka mu sangat cantik dari Era Fazira-Nora Danish atau mana-mana wanita diluar sana dan berahi-mu lebih daripada seribu Maya Karin.

Aku telah di Sihir?

Eh, kenapa aku mengungkap kata-kata macam kasinova (sengaja disalah eja) itu?

Kata-kata yang pastinya jika didengari nama-nama wanita yang aku bandingkan, pasti mereka atau peminat mereka akan marah. Sabar jangan marah, kerana itu hanyalah kejujuran seorang lelaki bernama Aiman ini saja. Bukan semua Aiman diluar sana, bukan semua lelaki. Jadi jangan marah na .^_^

Eh, kalau dah jadi suami dia pun, jujurlah katakan pada dia macam mana rupa dia.

Tak ! Memang saat ini aku telah jujur berkata-kata. Jika ada yang tidak percaya, aku kisahkan lagi :

"...beberapa minggu ini, bila aku terlihat mana-mana perempuan (cantik atau tidak), hatiku akan bermonolog sendiri... Eish, isteri aku lebih cantik la dari dia...kemudian aku mengucap syukur.
"

Aku pun tidak tahu kenapa?, Adakah ini penyakit? buat Tabiat? kena Angau? atau apa? Kenapa aku jadi begini ? Apa yang telah berlaku pada diriku? Adakah aku telah disihir?

Sihir apa yang dia "cast (kenakan) " padaku?

Aku cuba mencari jawapan dalam beberapa hari lepas. Mengimbas kembali semua ingatan kami yang masih segar.

Mungkinkah ini sihirnya?

"Tidak syak lagi, ini mesti sihirnya..... Telah dia buat beberapa kali, tapi sekarang baru perasan ..... Selepas solat Subuh dan Asar, aku mengambil ipad-ku dan membuka file-pdf zikir Mathurat Hasan Al-bana. kemudian aku berkata kepada dia, "....kita baca zikir mathurat kubra, nak?" (dengan anggapan hatiku, di pun pasti tidak hafal yang kubra dan pasti akan melihat ipadku, - kebiasaanya ikhwah akhwat kami baca yang sughro saja). Kali pertama dan kedua membaca, dia macam melihat ipadku. Kemudian kali berikutnya selamba saja dia tidak melihat ipadku lagi, dan dengan rendah diri berkata: " ...Ikut (mulut) abang la..." Tapi setelah melihat dia lancar membaca sewaktu aku baca senyap (dan kerana tersekat-sekat baca sebab jarang), aku menjadi hairan dan hatiku berkata kagum kepada dia dan malu pada diriku "...tenyata dia hafal mathurat kubra".

Ha!...Pasti, Itulah sihir yang telah di-cast kepada aku, kerana Sihir Mathurat kubra itu adalah sihir putih dan tidak mungkin boleh digabung dengan yang sihir hitam. 

Aku pasrah disihir jika sihirnya ternyata benar Mathurat Kubra.

Aku berkata dalam hati juga: " ....Malunya para ikhwan, sihir dihafal hanyalah yang sughro saja dan malah kalau boleh dimalaskan lagi dengan men-sughrokan yang telah sughro (baca sekali ditempat tulis 3 kali). Eish, sihir yang dicast tidak seimbang ini ! Adakah akhwat yang telah nikah melihat suaminya lebih kacak dari Shah Rukh khan atau Rosyam Nor ATAU sebaliknya?....CUBA tanya mereka wahai lelaki yang bergelar suami. ~ Tak boleh jadi ni, harus kena amalkan sampai fasih juga sihir Mathurat kubra itu, agar di hati isteriku, hanya aku yang paling kacak. ~ Jadi mari para suami, cayok-cayok hafal segera. Tipsnya mudah saja : "baca selalu pagi dan petang, lama kelamaan hafal-la".

Cukup ! Itulah saja sedikit yang mampu aku ceritakan . Kalau aku cerita lebih-lebih nanti ada yang cemburu padaku aku dan membuat perancangan tidak baik kepada aku. ~ Semoga tidak dan dijauhi Allah.

Tapi "Jika ada bujang dan dara yang cemburukan aku dan dia selepas membaca tulisan ini, maka cemburulah dengan bertindak pertamanya menjadi aktivis dakwah islam dan ke-duanya berusaha untuk menikah aktivis dakwah juga (ikhwah atau akhwat) dengan bantuan Ustaz Baitul Muslim anda. Rasailah apa yang aku dan dia rasai, itu saja tindakan cemburu terbaik yang dibenarkan...".

Alhamdulillah, sungguh luar biasa nikmat merayakan cinta. Segalanya bermula selepas "Aku terima Nikah".

Yakinlah, teruskan istiqamah amal "sihir-sihir" Mathurat Hasan Al-Bana itu kerana ianya mengutip banyak kalimat-kalimat indah dari Al-Quran dan Zikir-serta-Doa mathur Rasulullah SAW. Aku tidak mahu memaksa sesiapa mengamalkannya, pesan ini hanya untuk mereka yang merasakan ingin pasangannya "rasa seperti apa yang aku rasakan". Mari kita Belajar kerana Allah, Berjuang kerana Allah, Bercinta kerana Allah, Ber-sihir juga kerana (atau dengan kalimat-kalimat di-redoi) Allah.

Semoga kekal atau "bertambah menjadi" effek (kesan) baik Sihir ini hingga ke Syurga ~ Kepada pemilik cinta (Allah SWT), kami berserah, agar menjadi hamba yang sentiasa bertaqwa di bawah perlindung-Nya. Amin ya robb.


Gambar atas: Guna tangan kiri, "curi tangkap gambar" kami, selepas baca sihir mathurat Kubra di suatu pagi.

PS: Tambahan:

1. File zikir mathurat dalam pdf format boleh digoogle untuk download. ini salah satunya :   Mathurat

2. Untuk makluman sesiapa yang rasa jemaah mereka wakil IM (Ikhwanul Muslimin) Malaysia, kalian harus ada ahli yang disiplin baca mathuratnya seperti ini : " Setiap ahli wajib baca Mathurat Kubra, Jika tidak ada masa baru baca yang Sughro". Itulah disiplin IM yang dikhabarkan kepadaku.

Tapi jika ahli jemaah anda masih ramai pegang prinsip sebaliknya seperti: "Setiap ahli kena baca mathurat Sughro, kalau ada masa baru baca Kubra... atau yang nakal lagi mensughro yang sughro",Aku katakan : baik jangan malukan diri katakan anda adalah wakil IM.

Hakikatnya tidak penting Anda IM atau tidak, Zikir mathur Al-Bana atau zikir mathur susunan sesiapa saja. Kerana yang penting tiada copyright untuk IM saja, sumber zikir mathur amalan kita itu mestilah jelas diambil dari Al-Quran-sunnah serta tidak punya istilah samar-samar atau kesyirikan. Dan terpenting sekali adalah istiqamah mengamalkannya (Tidak berguna tahu banyak zikir mathur tapi tidak istiqamah amalkan dan asik bida'ahkan zikir orang lain) . Fikir-fikirkan dan Selamat beramal ^_^

3 comments:

  1. sweet. jg bebaik akak ana tu.

    ReplyDelete
  2. :)
    alhamdulillah, barokallahufikum fi dunya wal akhiroh
    khas buat murobbiyah yg tlh mndidik ana saat di awal tarbiyyah dahulu
    jangan lupe dtg gerbang p'kahwinan dan obor kasih nnt na..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..tahniah ya akhii..
    inshaAllah semoga baitul muslim yang dibina melahirkan generasi islam yang unggul.

    ReplyDelete