Adakah kita da’ie yang
sebenarnya?
Satu persoalan yang perlu kita bertanya kepada diri kita. Adakah kita
ini layak digelar sebagai seorang da’ie? Persoalan ini penting kerana jika kita
melihat realiti amal dakwah di kalangan generasi Harakah Islamiah menghadapi
sindrom kegersangan dan ketepuan amal dakwah. Hilang identiti dakwah dan
operasi dakwah yang praktis kepada sasaran dakwah. Hilang zatiah ad-daiyyah
yang menjadi perangsang dan inspirasi amal bagi menggerak dan menjana amal
dakwah.
Amat malang sekali mereka yang menyatakan diri mereka sebagai anggota
harakah tetapi tidak terpamer pada diri mereka sebagai seorang du’at. Tidak
mungkin seorang itu digelar da’ie semata-mata diukur pada intima’ (keanggotaan)
pada mana-mana harakoh islamiah, tetapi mesti terjun ke kancah amal dakwah dan
melaksanakan operasi dakwah tersebut. Barulah selayaknya digelar sebagai
seorang da’ie. Dia mesti melakukan usaha dakwah secara fardi yang lahir dari
zatiah dirinya manifestasi dari firman Allah di dalam Surah Yusuf ayat 108:
108. Katakanlah (wahai
Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia
umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas
nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan
syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan
sesuatu yang lain.”
Kelesuan ruh dakwah
Seorang pendakwah dari Kuwait telah membuat kaji selidik kepada
sekumpulan para du’at di sana berkaitan “adakah kita perlu mentajdid ruh dakwah
kita?“. Maka para du’at di sana memberikan jawapan 97 % sebagai ‘Ya’. Kemudian
beliau bertanya tentang tahap pelaksanaan dakwah fardiyah pula, maka jawapan
yang diberikan ialah 44% lemah dan sebahagiannya pula memberi angka 48 %
sederhana.
Apakah indikator kepada
kelesuan ruh dakwah tersebut?
1
Hilang zatiah da’iyyahdi kalangan para du’at dalam
melaksnakan operasi dakwah. Ada di kalangan mereka yang mempunyai senarai para
mad’u tetapi berapa kali sang da’ie ini menziarahi mad’u mereka, berapa kali
dia menghadiahkan buku, kaset, cakera padat, cenderamata pada setiap minggu
atau setiap bulan kepada mad’unya.
2
Tidak bertambahnya bilangan
mad’uatau
sasaran dakwah ke dalam sof. Aktiviti dakwah hanya terhenti kepada aktiviti
kelab, persatuan dan institusi sahaja. Tidak ada zatiah da’iyyah.
3 Interaksi dengan manusia
lebih kepada hubungan sosialdan memenuhi tuntutan sosial. Memperjuangangkan
agenda semasa, menangani isu-isu sosial tanpa memenuhi fasa dakwah, tuntutan
dakwah, inti dan keperluan dakwah. Akhirnya urusan dakwah menjadi urusan
persatuan-persatuan bukan lagi dalam bentuk tajmik dan takween.
4
Tiada lagi aktiviti dakwah
‘ammah kepada masyarakat, tidak berjalan kafilah dakwah yang akhirnya tidak berlaku tawasul
fardi, rabtul ‘aam dan dakwah fardiyah.
5 Hilangnya peta amal dakwah
secara manhaji dan berperancangan.Kalau berlaku pun adalah dari dorongan semangat
individu semata-mata. Ia tidak terjadi secara susunan jama’ie dengan mengambil
kira faktor marhalah dan wasilah dakwah yang sesuai untuk mad’u.
6
Kurang perbincangan dan
perhatian terhadap dialog-diaolog dakwah, lemah taujihat dakwiyah kepada para du’at untuk
membincangkan permasalahan dakwah, seni dakwah, kaedah dakwah, pengalaman dalam
memperkayakan metodologi dakwah.
7 Sedikitnya para du’at yang
berkecimpungan di lapangan amal dakwah di institusi umatseperti menjadi imam,
khatib, pegawai agama walaupun dari kalangan yang memiliki degree bidang
syariah, usuluddin atau agama.
8 Redupnya semangat mentajmik
dan mentakween generasi baru dakwah. Operasi dakwah lebih berorientasikan kepada
program yang tidak menghasilkan outcome dan impak pada jamaah dan umat
keseluruhannya.
Sebab-sebab kelesuan dakwah
Antara punca munculnya fenomena tersebut ialah :
9
Kesibukan dengan kerja-kerja politik dari kerja-kerja dakwah.
Sembang-sembang siasi menjadi bualan utama di kalangan anggota harakah dari
sembang-sembang tarbawi dan dakwi. Para du’at selesa berbincang tentang
strategi politik, penyertaan di dalam kerajaan, penamaan calon pilihanraya,
menjawab tekanan isu politik semasa yang menghambat mereka dari melakukan
kerja-kerja mentajmik dan mentakween.
10 Lemah mutaba’ah amal dakwah
kepada ahli harokah.Instrument usrah gagal meledakkan amal dakwi dan mutabaah dakwah
fardiyah. Usrah menjadi platform membincang strategi politik dan perancangan
program yang mengakibatkan kering nilai ruhi dan nilai dakwiy.
11 Kelesuan semangat dakwah dan
himmah dakwah di kalangan para du’at.Kesibukan para du’at dengan masalah kehidupan
dan peribadi memberikan kesan kepada perjalanan dakwahnya. Urusan rumahtangga
da’ie yang porak peranda dan tidak seimbang menjadi penghalang kepada kelajuan
amal dakwah.
12 Harokah Islamiah terkesan
dengan gaya parti politikyang mengutamakan penampilan politik, penampilan
tokoh-tokoh di media-media cetak dan media elektronik, mengeluarkan kenyataan
politik di media massa. Ini akan membantutkan harokah dari menguasai medan dan
menguasai massa.
13 Lemahnya pengupayaan ahli dari sudut ilmu dan
kemahiran dakwah. Ahli gagal menguasai fiqh dakwah, fiqh tajmik, fiqh takween,
fiqh dakwah fardiyah, fiqh amal a’aam, fiqh amal institusi dan sebagainya. Ini
menyumbang kepada meredupnya ruh zatiah dakwiyah dalam melestarikan iklim
dakwiy organisasi.
Ustaz Mohd
Azizee bin Hasan,
Naib YDP ISMA Seremban
Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan
Naib YDP ISMA Seremban
Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan
No comments:
Post a Comment