Monday, June 10, 2013

Cubit-cubit sayang dalam Jamaah.



Sempena bulan seluruh dunia memperingati hari Bapa, saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada ayahnda tercinta kerana beberapa perkataan yang pernah saya ucapkan sehingga menyakiti ayah saya dulu. 

Ayah pasti ingat, Di rumah Sabah, waktu itu Aiman baru grade diploma, masih semangat lebih dan bersama sebuah “Jamaah minal muslimin” yang agak syadid

Maafkan anaknda ini dalam "kalam itu“ yang telah merendahkan ayah daripada ramai pendakwah lain hanya kerana melihat ayah telah beruzlah. Hari ini anaknda ingin menarik "kalam itu" dengan berkata: 

Maafkan anak ini... mungkin ada beberapa orang diluar sana sindir ayah juga seperti ISMA yang tertipu oleh syaitan kerana keluar Jamaah. Tapi ayah, terus bersabarlah, jangan pernah ambil peduli kata-kata mereka. Jadilah ayah sebagai qudwah kepada anak ini agar terus beramal walaupun ditomah macam-macam. Alhamdulilah, sejak masuk ISMA, Anak ini makin memahami cabaran beramal dalam kehidupan ini.

Ayahku! Ketahuilah bahwa anda adalah jaguh seluruh dunia olehku dalam banyak urusan, mungkin dalam urusan amal jamaie, anak ini belum menuruti sepenuhnya pandanganmu, tapi ketahuilah dalam urusan itu juga anak ini makin nampak sebenarnya kamu lebih baik daripada
pendakwah-pendakwah yang melampau memahami makna Jamaah walaupun dalam Jamaah.”

“ISMA yang tertipu oleh syaitan kerana keluar  Jamaah!
. Macam marah sangat bunyinya dari suara-suara yang tidak perlu saya dedahkan identitinya.

Bagi orang yang tidak peka, tidak kenal ISMA atau benci pandangan ISMA dalam politik baru-baru ini, pasti kalam-kalam tersebut ringan ditelan dan di imani.

Cuba kita bertanya dalam diri, Ditipu syaitan kerana keluar Jamaah?, Jamaah Apa? dan aku ini pula, dalam Jamaah? Dan Apa Jamaah yang dimaksudkan?

Adakah Jamaah dimaksukan adalah seperti contoh ini: 

Aiman dulu pernah termasuk Jamaah Tabligh asbab ajakan seorang kawan bernama Kamal. Setelah beberapa tahun Aiman tidak merasa sesuai bersama Tabligh kerana mula minat usrah PAS, akhirnya Aiman masuk PAS dan tidak aktif Tabligh lagi. Aiman terjumpa Kamal yang masih aktif tabligh dan menghormati dia sebagai sahabat dakwah juga.  Malangnya Kamal berkata: “Kamu ini Aiman, kenapa keluar Jamaah? , kamu ini telah ditipu oleh syaitan ini, bertaubatlah dan kembalilah kepada Jamaah (Tabligh) kita dulu”.

Sedih Aiman mendengar pandangan sahabatnya itu.
Bingung-nya, Tabligh rasa mereka (Tabligh) adalah Jamaah, Jumpa aktivis PAS ,ada juga rasa mereka (PAS) adalah Jamaah, Jumpa aktivis Hizbul Tahriri juga begitu, dan juga jumpa beberapa kelompok Islam yang lain di Malaysia ini, mereka rasa “cara mereka” adalah Jamaah dan sesiapa yang tidak ikut mereka atau keluar dari Jamaah atau dihukum “keluar Jamaah”.

Mungkin rasa yang sama pernah di alami oleh ayah masa muda dulu? dan akhirnya beruzlah dari semua mereka.?

Semunya kerana  aku dalam Jamaah dan kamu diluar Jamaah?

Apa masalah keluar  Jamaah?

 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :مَنْ خَرَجَ مِنَ الْطَاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مَيْتَةً جَاهِلِيَّةٍ .وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عُمْيَةٍ يَغْضِبُ لِعَصَبِيَّةٍ أَوْ يَدْعُوْ لِعَصَبِيَّةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ , وَمَنْ خَرَجَ عَلَي أُمَّتِيْ بِسَيْفِهِ يَضْرِبُ بَرَّهَا وَفَاجَرَهَا وَلاَ يَتَحَاشَيْ مِنْ مُؤْمِنِهَا وَلاَ يَفِيْ لِذِيْ عَهْدٍ عَهْدَهُ فَلَيْسَ مِنِّيْ وَلَسْتُ مِنْهُ . ( رواه مسلم(
 
Darpada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Barang siapa yang keluar dari ketaatan (derhaka) dan memisahkan diri dari Jamaah ( Islam), lalu ia mati , maka matilah ia sebagai kematian jahiliyah. Barang siapa berperang di bawah panji –panji kesesatan , ia marah kerana assobiyah atau mengajak kepada assobiyah ataupun membantu assobiyah , lalu ia terbunuh maka ia terbunuh sebagai kematian jahiliyah .Barang siapa memerangi umatku dengan pedangnya ia memenggal dengan pedangnya orang yang baik dan orang yang jahat dan ia tidak mengecualikan orang mukmin dari umatku , dan ia tidak menunaikan janji orang yang diberi janjinya , maka dia bukanlah dari golonganku dan aku bukanlah dari golongannya .” (Hadis Riwayat :Al-Bukhari, Muslim, ad-Darimai dan Ahmad). -1- 

Jelas, jujur dan lagi benar  perkataan Jamaah (Islam) yang di tafsirkan oleh penulis. Walaupun beliau aktivis PAS, beliau tidak tafsir perkataan Jamaah sebagai “Jamaah PAS” .

Oleh itu sesiapa yang keluar dari Islam maka dia selayaknya dikatakan keluar Jamaah atau ditipu oleh Syaitan.

Adakah anda merasakan Ayah saya sekarang yang tidak ikut mana-mana Jamaah minal muslim yang terkenal (sekelompok dari Jamaah yang terkenal di Malaysia ini), atau saya sekarang yang mengikut Jamaah minal muslimin yang kerdil iaitu ISMA adalah orang yang terkeluar dari Jamaah?
 
Kebanyakan ulama cenderung mengatakan Jamaah yang dimaksudkan dalam hadis itu adalah Khilafah Islam atau Jama’atul Muslimin atau Pemerintah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Persoalannya sekarang adakah telah wujud kembali Khilafah Islam atau
Jama’atul Muslimin yang kita semua maklum telah berakhir pada Turki Uthmaniah 1924 M ?

Hal ini diakui oleh ulama hebat, Hussain bin Muhammad bin Ali Jabir, MA yang membuat kajian mendalam berkenaan Jama'atul Muslimin (Jamaah). “Adakah Jama’atul Muslimin di dunia sekarang ini?” Dan kemudian beliau sendiri menyimpulkan jawabannya bahwa berbagai pemerintahan Islam yang ada saat ini tidak satu pun yang memenuhi persepsi konsepsional mengenai Jama’atul Muslimin yang dicita-citakan oleh setiap muslim yang cinta akan kemuliaan Islam dan kaum muslimin. [Dr. Salim Segaf al-Jufri, Kata Pengantar buku Menuju Jama'atul Muslimin] -2-

Buku berjudul Menuju Jama’atul Muslimin; Telaah Sistem Jama’ah dalam Gerakan Islam sangat baik untuk kita semua fahami kaedah menuju Jama'atul Muslimin yang sebenar pada abad ini. Istilah Jamaah (Jamaatul Muslimin) atau istilah Jamaah minal muslimin ( sekelompok dari Jammaatul Muslimin) juga dijelaskan dengan baik untuk kita semua faham. (PS: Ahli keluarga terdekat yang susah dapatkan buku ini dan mahu pinjam boleh jumpa saya, Alhamdulilah masih ada dalam library peribadi dan kalau nak pinjam tak boleh lebih sebulan na, ^_^). 


 Jika sekarang tidak ada Khilafah atau Jama'atul Muslimin dan tidak ada satupun yang layak lagi penuhi katerianya, jadi siapa JAMAAH?

Penafsiran yang paling tepat tentang "Jamaah" ialah: "Mereka-mereka yang tergolong dari kalangan para sahabat kerana mereka sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan golongan yang teramai (السواد الاعظم) mengikut fahaman (manhaj) salaf yang hak" -3-

Tapi sahabat nabi telah tiada dan lebih tepatnya "Jamaah" yang mengikut fahaman (manhaj) salaf yang hak?

Menurut saya yang paling selamat tafsir "Jamaah" adalah "sesiapa sahaja baik secara individu atau berkelompok yang berpegang teguh kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah".

اَلْجَمَاعَةُ : هِيَ الَّتِيْ مَا اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ
 
"Al-Jamaah:  Iaitu (sesiapa yang amal dan akidahnya mengikuti aku atau persis) serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku (sesiapa yang sepertiku dan para sahabatku)." -Lihat:  تحفة الاحوذى(7/399-340).  Berkata Turmizi: Hadis ini hasan dan  gharib. Lihat: سلسلة الاحاديث الصحيحة  No. 203 atau 1192. Syeikh Al Albani.

اَلْجَمَاعَةُ مَا وَافَقَ الْحَقَّ وَاِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ.
 
"Al-Jamaah (berjamaah) atau (yang dikatakan berada dalam jamaah) ialah apabila (engkau) mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan) - Lihat: Riwayat Baihaqi. al-Madkhali.  الحوادث والبدعHlm.  22.  Abu Syamah.-

Jamaah adalah
Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Akhir kalam saya ingin menyeru semua ahli keluarga saya khususnya dan semua individu muslim secara amnya agar berjinak-jinak dengan mana-mana saja gerakan Islam atau jamaah minal muslimin yang ada di Malaysia ini. Kalau boleh masuklah dan aktif  dalamnya jika anda cenderung kepada mereka.

Hiduplah dalam perkumpulan J
amaah minal muslimin kerana kewajipan berjamaah telah jatuh kepadanya selagi belum wujud khilafah. Tapi ini tidak bermaksud Jamaah minal muslimin yang kita ikut itu boleh berkuasa penuh seperti Khilafah yang boleh "memaksa". Buatlah perkumpulan Jamaah minal muslimin sendiri jika tidak setuju dengan mana-mana Jamaah minal muslim yang sedia ada. Asasnya Jamaah minal muslimin yang anda pilih masih dalam lingkungan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kesempatan ini, saya juga ingin mohon maaf kepada ahli keluarga saya jika teguran saya ini agak terbuka. Sengaja agar dapat membantu insan lain yang dalam delima sama. Harapnya jadi "cubit-cubit sayang” supaya boleh membetulkan tasawur Jamaah kita, saling menghormati dan hubungan kekeluargaan masih terjaga.
 
Tanpa mengurangi rasa hormat kepada sesiapapun yang lebih makan garam, saya hanyalah mahu sampaikan pandangan peribadi 2 cent dari ilmu yang saya ada. Asasnya menyampaikan nasihat dengan kebenaran dan ketakwaan.

Saya bersyukur ada ahli keluarga saya yang pelbagai Jamaah minal muslimin. Ada UMNO, ada PAS, ada IKRAM, ada TABLIGH, ada SALAFI MODERATE, ada PENGAJIAN PONDOK, ada ISMA, ada Ber”UZALAH (buat Jamaah minal muslimin sendiri) dan macam-macam ada. Ingat terpentingnya kita semua masih dalam Jamaah induk ASWJ (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dari segi iktikad dan amalan. Insyallah semoga saling berlapang dada dan banyak beramal dari berbicara akan mempercepatkan Jamma’ataul Muslimin yang kita idamkan.


Wallahwalam.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” (Surah At-Taubah: 105)

Rujukan:


-1- http://sautulhaq.blogspot.com/2012/06/hadis-ketujuh-larangan-keluar-dari.html


-2- http://www.dakwatuna.com/2011/05/25/12372/menuju-jamaatul-muslimin/#ixzz2VmcqEEfv







 

 

 





1 comment:

  1. :_) semua sama tapi mungkin cara berbeza.. kita ikutlah mana yg sesuai dgn diri kita.. aslkn tdk lari dr akidah islam.. prkara normal kalu ada yg mrh bila kita x join dah jamaah tu atau ini.. Allah tdk melihat kepada jamaah mana.. tapi Allah meihat niat dan hati kita.. niat ana mahupun Tuan/ Ukhti..pastinya utk membawa ummah kembali kepada Allah.. wallahualam~

    ReplyDelete