Sunday, July 28, 2013

(MSIB) Assobiyah Hasanah dalam MSIB ?


Jika anda tidak Cakna (peduli) MSIB , minima jangan salah faham.

Melayu Muslim dan Assobiyah Hasanah? Dari mana datangnya istilah Melayu Muslim dan Assobiyah Hasanah?. Jawapanya, Saya tidak pasti dari mana. Saya yang reka atau pernah saya dengar dari sesiapa?. Apa yang pasti saya boleh menjelaskannya:

1. Melayu Muslim.

Istilah ini sangat jangal kita dengar. Kenapa? Kerana Bila disebut Melayu kita akan segera membayangkan seorang muslim atau orang-orang Islam. Perkaitan sangat rapat antara Melayu dan Islam telah wujud sangat lama. Ada sumber sejarah mengatakan ianya terbenih pada kurun ke 7 Hijrah yang merupakan kurun pertama kedatangan Islam di Nusantara. Maka lahirnya masyarakat Melayu beragama Islam, pemerintahan Melayu Islam, Tamadun Melayu Islam di Nusantara, Tanah Melayu dan akhirnya sebuah negara Islam bernama Malaysia.

Dengan ini sebenarnya tidak perlu diwujud istilah "Melayu Muslim". Berlainan pula dengan perlunya wujud India Muslim cina Muslim. Ini kerana lambang agama asal perkataan India dan Cina tidak membayangkan majoritnya muslim. 

Tapi Kenapa saya wujudkan istilah Melayu muslim? Banyak sebabnya, Antaranya yang saya akan sentuh pada tulisan ini adalah, kerana pada hari ini ada sebilangan Melayu yang tidak mahu menjadi Melayu Muslim lagi. Mereka ini terbahagi kepada dua kumpulan:

Pertamanya Murtad atau keluar islam. Secara hakikatnya murtad mereka diterima, tetapi secara status kerakyatan tidak mudah diterima. Ini  kerana perlembagaan Persekutuan Malaysia mengikat Melayu dengan islam sangat erat sehinggakan Melayu mesti difahami islam dan juga sebaliknya. Akibat ikatan ini agama Islam di lindungi oleh sesuatu kaum tonggak (Melayu) di Malaysia ini.

Kumpulan ke dua adalah muslim yang benci bangsanya sendiri. Mereka merasakan bangsa tidak ada nilai dan peranannya. Bagi mereka cukuplah di katakan kami bangsa Islam.

Dengan ini saya datangkan istilah Melayu Muslim ini agar Kita semua sedar betapa bahayanya negara Islam Malaysia jika tidak pedulikan dua kelompok ini. Masalahnya cukup besar, kalau kelompok pertama kerugian di akhirat pasti menanti mereka. Kelompok kedua pula tidaklah serugi kelompok pertama, Tapi mereka akan menjadi bangsa yang lupa asal usul, menghina keturuanan sendiri, tidak berjati diri dan menjadi fitnah kepada Islam . Islam akan dianggap agama yang menghapuskan bangsa lain. Sebagai contoh: seorang berbangsa Cina yang ingin memeluk Islam akan merasakan perlu bertukar bangsa juga kepada baru bernama bangsa Islam. Inilah satu kefahaman yang salah. Hakikatnya Islam yang sebenar tidak pernah mengajar sesiapapun melupakan bangsa asalnya.
   
Istilah Melayu Muslim ini akan menjadikan melayu semakin berpecah? Akan ada budaya hukum menghukum atau mengketogeri disebabkan wujud istilah ini?. Ya , ini antara kesan besar jika istilah Melayu Muslim ini dibiasakan dalam masyarakat. Tujuan saya membuat istilah ini bukan untuk itu. Saya lakukan ini sebagai muhasabah kepada bangsa Melayu agar menghargai istilah "Melayu" sebelum terlambat. Jika berlaku budaya mengketogeri melayu maka saya katakan puncanya bukan saya, Ianya telah dimulakan oleh politik orang melayu. Semoga Allah menjauhi kita dari pepecahan dan menyatukan kita.

Kesimpulanya, saya tidak berhasrat mengubah orentasi pemikiran masyarakat umum yang memahami melayu sebagai orang islam. Teruskan berfikir begitu kerana ianya sangat baik untuk masa depan negara. Adapun istilah Melayu Muslim ini wujud hanya sebagai muhasabah agar melayu itu benar-benar menjadi muslim yang tidak pernah lupa asal usul bangsanya dan bangga dengan Islam yang dianutinya.

2.  Assobiyah (Asabiyyah) Hasanah.

Rasulullah SAW bersabda:

Bukan daripada kalangan ummat ku mereka yang menyeru ke arah berpuak-puak, yakni asabiyyah. Maka seorang sahabat bertanya tentang Asabiyyah yang bagaimana ya Rasulullah? Lalu Rasulullah menjawab; Asabiyyah di mana kamu saling tolong menolong dalam kezaliman.“-1-

Jika kita perhatikan hadis diatas, Asabiyyah WAJIB memenuhi syarat atau WUJUD-nya "tolong menolong dalam kezaliman" . Cuba kita bertanya " Adakah menolong kaum kerabat dalam kebaikan (atau juga kebaikan agama) termasuk dalam makna Asabiyyah yang di maksudkan nabi?"

Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, Al-Muqadimah secara terang dan nyata telah mengatakan bahawa “Assobiyah” adalah suatu yang mustahak di dalam usaha menegakkan pemerintahan Islam dan bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan daripada nas-nas yang mencela “assobiyah”, beliau mengatakan bahawa apabila syarak mencela satu-satu perkara bukan bererti ia mahu mencabutnya dari akar umbi tetapi menghalang daripada digunakan untuk tujuan yang salah.-1- (Tambahan saya : "Assobiyah" dimaksudkan Ibnu Khaldun bukanlah dalam urusan kezaliman atau kejahatan di sisi agama)

Menurut beliau, berdasarkan hadis tersebut, assobiyyah yang mengajak ke arah melakukan kezaliman, iaitu kita mempertahankan kaum kita walaupun secara terang-terangan kita berlaku zalim terhadap orang lain seperti menindas dan sebagainya, maka assobiyyah di dalam maksud sedemikian adalah amatlah ditentang. Walaubagaimanapun, JIKA assobiyyah tersebut adalah di dalam konteks untuk mempertahankan agama Islam, mempertahankan negara daripada serangan musuh, ataupun assobiyyah di dalam menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka assobiyyah ini adalah dibenarkan malah merupakan salah satu elemen penting dan diperlukan kepada bangkitnya sesebuah tamadun, empayar ataupun kerajaan.-1-  

Oleh itu "Assobiyyah atau asabiyyah untuk mendaulatkan Islam" bukanlah termasuk dalam asabiyyah yang dimaksudkan nabi. Dengan ini secara teorinya tidak tepat gelaran Asabiyyah dimaksudkan nabi dituduh kepada sesiapa yang memperjuangkan Slogan MSIB. 

Bagi meraikan juga yang masih keliru atau gagal memahami "Asabiyyah yang bukan Asabiyyah" atau "Assabiyah dimaksukan nabi dengan Asabiyyah yang dibenarkan nabi ", maka saya wujudkan istilah Assabiyyah Mazmumah iaitu menolong kaum kerabat dalam kejahatan sebagai yang dimaksudkan nabi dan Assobiyyah (Assabiyyah) Hasannah iaitu menolong kaum kerabat dalam kebaikan dan ketakwaaan sebagai yang tidak dimaksukan nabi.

Semoga KULIM ringkas dibawah menjelaskan lagi salah faham berkaitan MSIB. Wallahwalam.




Rujukan:

-1- http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/kenapa-perlunya-umat-melayu-islam-di-malaysia-bersepakat/

No comments:

Post a Comment