Wednesday, March 25, 2015

Hakikat Pertembungan Haq vs Batil sepanjang sejarah kehidupan.



Hari ini negaraku sibuk membicarakan lagi usaha ketegaq kerajaan PAS untuk melaksanakan Hudud di Kelantan. Uniknya hudud yang diusulkan PAS sedikit berbeza dari hudud negara islam yang lain. Perbezaan paling utama adalah HANYA untuk orang Islam dan TIDAK dikenakan kepada orang bukan Islam.

Maka tidak hairanlah jika ada segelintir umat Islam dan pemimpinya yang tidak mahu hudud ini dilaksankan kerana kuatir kerja jahat atau maksiat yang mereka buat akan diadili kelak oleh hudud ini. 

Tapi sedikit hairan kenapa ada sebahagian pemimpin bukan Islam sangat menentang keras Hudud ini? walhah telah jelas "ONLY FOR MUSLIM" dan kita semua tahu masalah negara ini banyak berpunca dari orang islam. Jika wujud hudud maka umat Islam Malaysia juga mungkin akan jadi lebih baik seperti penurunan kadar jenayah yang sangat mendadak di  Aceh selepas hudud diamalkan. 

Bukankan jelas teori dan praktikalnya membawa kebaikan kepada negara. Tapi kenapa ada pihak yang tidak berkaitan dirinya juga tidak mahu? Malah mereka itu adalah sahabat tahaluf PAS sendiri?

Sungguh aneh, delema dan kasihan PAS. 

Harapkan UMNO yang lemah kefahaman dan amalan Islam belum ada jaminan. Ingatkan dapat harap rakan tahaluf, malangnya lagi keras LUAR BIASA penentangannya. Kenapa UMNO tidak mahu atau mungkin sebahagian saja mahu kita maklum sekian lama sebabnya. Tapi PKR dan DAP menjadi tanda tanya yang menarik? Menariknya kerana PAS boleh tolak ansur sebarang policy PKR DAP buat kepada negeri jajahan mereka walapun PAS tidak setuju. Tapi kenapa PKR DAP tidak boleh tolak ansur dengan urusan PAS serta negeri jajahannya? Menarikan untuk kita kaji, jadi mari kita kaji.

Berikut adalah sedikit pandangan saya buat masa ini.

Pada saya perangai PKR dan DAP ini tiada ungkapan lain melainkan; "inilah hakikat pertembungan Haq vs Batil sepanjang sejarah kehidupan". Tanpa menafikan kebaikan dalam tubuh PKR dan DAP kita harus terima hakikat pahit ditelan iaitu "MATLAMAT Perjuangan PKR dan DAP adalah pada jalan Batil". Tanpa menafikan wujud kekurangan dan mazmumah dalam tubuh PAS kita harus terima hakikat pahit ditelan iaitu " MATLAMAT Perjuangan PAS adalah jalan Haq".

Apakah kebatilan PKR dan DAP dalam isu Hudud ini? Mungkin kita belum cukup bukti untuk katakan PKR dan DAP ANTI ISLAM sejati. Tapi saya kira kita telah cukup bukti untuk katakan PKR dan DAP tidak mahu umat Islam Sepakat perjuangkan agenda mereka secara bersama. PKR DAP tidak mahu lihat parti besar umat islam UMNO-PAS berkerjasama atau kata lainnya PKR DAP tidak mahu semua umat islam bersatu dalam agenda agama mereka. 

Bersatu atau sepakat umat islam akan jejaskan periuk nasi PKR DAP.

Pelbagai cara PKR DAP akan buat agar umat Islam terus berpecah, berbalah dan tidak boleh dibiarkan bersepakat atau bersatu dalam agenda hidup mereka. Kerana apa? mudah! kerana Kesepakatan dan kesatuan Umat Islam akan menjayakan MATLAMAT perjuangan HAQ. Perpecahan dan perbalahan umat Islam pula menjayakan MATLAMAT perjuangan BATIL. Itulah sifir dan hakikat Pertembungan Haq vs Batil sepanjang sejarah kehidupan ini.

Sekian.




Thursday, May 8, 2014

Dakwah adalah Marketing ?

[ Dakwah adalah marketing? ]

Jika anda meyakini dan mengamalkan sesuatu keimanan atau ideologi, itu  menandakan anda ada produk terbaik yang anda pakai sendiri.

Jika anda meyakini, mengamalkan dan menceritakan kepada orang lain sesuatu keimanan atau ideologi, itu menandakan anda ada produk terbaik yang anda pakai sendiri dan anda marketkan (pasarkan)  kepada orang lain.

Begitu jugalah Islam. Islam itu umpama produk terbaik bagi setiap muslim (orang islam) dan Dakwah itu pula umpama aktivity marketing atau pemasaran. 

[Siapa lebih untung?]

Seorang muslim yang mempunyai produk terbaik dan dia pakai sendiri ATAU Seorang muslim yang mempunyai produk terbaik yang dia pakai sendiri dan dakwahi (pasarkan) kepada orang lain?

Jika anda seorang usahawan (businessman), pasti anda ingin bertanya;

Siapakah seorang usahawan atau "usah-kawan" ? Seorang yang buat kek sedap dan dia syok makan sendiri ATAU seorang lagi yang buak kek sedap dan pasarkan kepada orang lain?
Ironinya tahukah kita ? Ada orang buat kek tak sedap atau biasa-biasa saja, Malah ada juga yang SANGAT BAHAYA untuk kesihatan walaupun luaran nampak sedap, TETAPI mereka pandai pasarkan pada orang.

Betulkan! banyak diluar sana.

Contoh sebenar; Air bergas berusia lebih 100 tahun yang boleh jadi pencuci tandas. Kita tahu ia bukan air yang bagus untuk kesihatan kita, tapi lihat bagaimana ia dipasarkan dan mendapat perhatian kita. Begitu juga Maggi yang pemiliknya sendir tidak pernah makan kerana tahu mudaratnya, tapi lihat macam mana kegilaan "masya-karat" kita kepada makanan tersebut.

[ Ubah walaupun dah parah ]

Apa yang saya ingin tazkirah kan diri saya dan anda semua kali ini adalah tiga perkara:

1- Jika kita ada produk terbaik di dunia pun, tapi tak pandai pasarkan atau dakwahkan, maka kita adalah manusia yang sangat sangat sangat rugi atau syok sendiri saja dan akhirnya suka-tak-rela telah join kumpulan "usah-kawan".

2 - Kita jangan mudah terpedaya dengan marketing produk yang kosmetik (sedap atau cantik luaran) sahaja. Kajilah sebelum anda membelinya. 

Awasilah anak cucu kita dari doktrin atau ideologi selain Islam. Luaranya nampak seakan-akan bagus tetapi hakikatnya sesuatu musibah kepada kita.

3 - Aku tujukan khas buat aktivis dakwah;

"Jangan pernah merasa puas dengan ilmu merketing atau dakwah yang kalian ada, belajar lagi dan lagi ilmu pemasaran walapun dari bukan aktivis dakwah (atau pakar marketing bukan islam sekalipun). Ingat kata para ulama kita "hikmah kebijaksanaan itu adalah mutiara milik orang Islam yang hilang dan apabila ditemui ambilah ia".

Perhatikan gambar di bawah dan bertanya dalam diri ; Kenapa perkataan MARKETING lebih besar dari yang lainya? jika anda seorang usahawan pasti anda tahu kenapa. fikir-fikirkan dan selamat beramal  ^_^

Thursday, April 17, 2014

Melayu Sepakat Islam Berdaulat ?

INI BUKAN SERUAN DAKWAH KAMI, INI SERUAN ISLAH KAMI !


Seruan KAMI berbunyi "Melayu" seperti MSIB, Identity negara Islam Melayu, Jati diri Melayu, fahami sejarah Melayu, undilah calon Muslim berwibawa dan banyak lagi BUKAN lah seruan DAKWAH , ianya seruan  ISLAH (perbaikan) yang ditujukan kepada sasaran khas iaitu untuk orang Melayu. Perlu difahami Melayu disini kami maksudkan tafsiran perlembagaan negara yang menujukkan semua warganegara beragama Islam.

Seruan ISLAH ini amat penting kerana semakin parahnya kerosakan di kalangan orang Melayu hari ini . Kita boleh lihat orang Melayu berpecah belah, juara segala gejala sosial maksiat dan kemunduran. Dengan itu cuba kita bertanya ;

"Adakah menyeru orang Islam perbaiki urusan mereka bukan ajaran Islam dan tidak pernah dianjurkan Nabi kita?"


Seruan DAKWAH KAMI pula adalah dalam neraca wahyu seperti yang diajarkan nabi. Islam untuk semua, Tiada beza kulit kecuali takwa , dan lain-lain lagi konsep uluhiyah kepada Allah tanpa mengkhususkan golongan tertentu sahaja. Kalau KAMI TIDAK membuat seruan DAKWAH yang diajar nabi, mustahil ada aktivis KAMI yang berjaya Islamkan ramai non-muslim di seluruh Malaysia ini.


Akhir kalam, fahamilah perbezaan seruan ISLAH KAMI atau seruan DAKWAH KAMI.

Siapakah KAMI? KAMI adalah aktivis ISMA , PENYELAMAT umat Malaysia yang di nantikan. ^_^

Wallahwalam.

Sunday, February 16, 2014

Salahkah Terjemah God kpd Allah , Men kpd Jesus & Women kpd Marry?


(klik pada gambar di atas untuk besarkan)

Sungguh saya tidak mengerti dalam sebuah negara MELAYU yang telah diajar terjemahan BAHASA MELAYU perkataan God kepada Tuhan, Men kepada lelaki & Women kepada perempuan, masih ada "SENGAJA MAIN KASAR" yang boleh merosakkan hubungan harmoni beza penganut agama di negara ini.

Kenapa hal ini berlaku?

Saya bertanya pihak yang SENGAJA terjemah Men kpd Jesus & Women kpd Marry dalam Bahasa Melayu. Mereka kata ;

"Pihak sana yang SENGAJA salah terjemah God kpd Allah. Banyak kali kami telah main lembut suruh mereka hentikan salah terjemah yang akan boleh menyebabkan salah faham atau salah guna, TAPI mereka DEGIL dan mahu juga MAIN KASAR, jadi kami pun mahu main kasar juga la. Jika mereka ingin kami hentikan main kasar yang mereka mulakan dulu, maka hentikan salah terjemah mereka itu dulu."

Pihak yang SENGAJA SALAH Terjemah God kpd Allah dalam Bahasa Melayu, BOLEHKAH kamu hentikan permainan BIADAB yang boleh merosakkan hubungan beza agama di negara ini?

Tuesday, January 7, 2014

Isu Kalimah Allah datang lagi.


Baru awai tahun 2014,Isu kalimah Allah mai dahhhh... Jom hadam radd atau kiritikan Ilmiyah ini agar kitar tidak terbabas sembang.

http://www.ismaweb.net/v4/2013/11/isu-kalimah-allah-menjawab-pemikiran-mujahid-rawa/

Inilah Mahal An-Nizak nya.

Malangnya dalam isu yang mudah ini kita dapati, sebilangan penceramah, pemikir atau penulis cuba mengalih-alihkan Mahal An-Nizak (premis/konteks perbincangan) kepada yang lain seperti :

- “Allah bukan milik eksklusif umat Islam …”,
- “Allah untuk semua”
- Nyanyian lagu negeri ada sebutan kalimah “Allah”
- Emblem di baju polis dan askar ada tertulis kalimat “Allah”.
- Perbualan atau ucap selamat orang kafir kepada kawannya.

Ini boleh menyebabkan :

- Di kalangan Ulamak, perbincangan tidak berkesudahan atau tidak mencapai suatu keputusan yang amali, kerana Premis-premis Perbincangan berbagai-bagai.

- Masyarakat Awam menjadi keliru. Ada yang bersetuju Allah untuk semua manusia tetapi tidak sedar bahawa larangan ini adalah mengenai suatu hal khusus yang lain. Kesannya mereka mencemuh Majlis Fatwa, Majlis Syura, Hakim-hakim Mahkamah Agung, tokoh-tokoh Ulamak dan lain-lain tanpa menggarap premis perbincangan sebenar.

Dalam hal ini kita mengajak semua pihak agar amanah terhadap ilmu-ilmu Islam yang telah dipelajari dan amanah terhadap kepercayaan masyarakat yang telah diperolehi, bukan kita turut mengusutkan lagi suasana.

5. Perjuangan menyempurnakan undang-undang.

Di zaman dahulu hakim memutuskan hukuman dalam sesuatu mahkamah berdasarkan ilmunya tentang Fiqh Islam dan keterangan dalam perbicaraan.

Adapun di zaman kini, hakim memutuskan berdasarkan Undang-undang yang diwartakan di Parlimen oleh Ahli-ahli Parlimen atau DUN oleh ADUN-ADUN dan keterangan-keterangan dalam perbicaraan.

Yang boleh menyatukan umat Islam adalah Ketua Negara sebagai simbol perpaduan dan kekuatan, serta Majlis-majlis Ulamak/Syura yang mempunyai mekanisma dan disiplin dalam mengeluarkan fatwa-fatwa.

Oleh itu seharusnya, apa yang diputus oleh Majlis-majlis Ulamak, Fatwa, Syura dan seumpamanya diusahakan pula melalui kesepakatan Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN khususnya mereka yang beragama Islam dari pelbagai parti utk dijadikan Undang-undang di dalam dewan-dewan perundangan masing-masing tanpa berlengah.

Jika tidak, undang-undang akan terus kekal dalam keadaan kurang sempurna dan hakim terpaksa banyak bergantung kpd ruh kenegaraan iaitu “Hifz Ad-Deen wa Nasyr Ad-Dakwah” (menjaga Agama dan menyebarkan Dakwah), pengalaman diri serta firasat hatinya.

Ulamak terdahulu mengatakan, “Inna Al-Adla fil nafs Al-Qadhi, la fi nusus Al-Qanun …”. (Sesungguhnya Keadilan itu terletak dalam jiwa Hakim, bukan pada ayat-ayat dalam undang-undang. Adakalanya undang-undang itu tertulis lengkap, tetapi jiwa hakimnya zalim, lalu keputusannya zalim. Adakalanya undang-undang tidak lengkap, tetapi jiwa hakimnya adil, lalu dia menghukum dengan tepat dan adil).

Dalam isu Kalimah “Allah” Majlis-majlis Fatwa di bawah Ketua Negara telah lama berfatwa mengenainya, namun wakil-wakil rakyat tidak menggubalkannya dalam Dewan-dewan Perundangan dengan sebaiknya, sehingga ada ruang-ruang yang bolos (loop holes) untuk pihak-pihak tertentu cuba mengambil kesempatan daripada kealpaan kita.

Namun kita bersyukur, walaupun dengan kekurangan undang-undang sedia ada, keputusan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan pada 14/10/2013 lalu adalah tepat dan adil, mengambilkira Malaysia sebuah Negara Islam, menafsirkan “Hak Kebebasan Beragama” dan “Hak Kebebasan Bersuara” dengan jiwa yang adil melihat realiti setempat, berbeza dari tafsiran Hakim Lau Bee Lan dalam penghakimannya di Mahkamah Tinggi pada 31/12/2009.

Kita jangan lupa pengajaran dari kes mahkamah Ooi-Siow yang bercumbuan di khalayak ramai melawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (yang membuat tangkapan) atas premis “Hak Kebebasan Individu” hingga kes diheret ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Ini tidak lain selain ada loop holes di dalam undang-undang sivil. Akhirnya DBKL menang kes antara lain kerana jiwa hakim yang adil dan mengambilkira realiti masyarakat setempat. (Rujuk : The Malaysian Bar – Grounds of Judgment on DBKL’s “Hugging & Kissing” case:: Ooi Kean Thong & Siow Ai Wei v DPP 2006 [FC] -http://www.malaysianbar.org.my/selected_judgements/grounds_of_judgment_on_dbkls_hugging_kissing_case_ooi_kean_thong_siow_ai_wei_v_dpp_2006_fc.html ).

Kita melihat Mujahid Rawa mungkin terlepas pandang prinsip-prinsip Islam yang sebenar, serta status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, sebaliknya beliau mendakwa “… Mahkamah Rayuan (yang) terlepas pandang (terhadap) kerangka negara yg sedang dibina.”

PS: sila baca penuh di link.

Monday, December 30, 2013

Apa alasan anda tidak membawa Kitab Al-Quran dan Hadis.

Kepada penguna android :

Kitab hadis sahih yang tebal itu kini free untuk anda.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.vormalin.shahihbukhari
Begitu juga apps Alquran yang free semakin banyak.

Apa alasan anda tidak membawa Kitab Al-Quran dan Hadis?

Saturday, November 2, 2013

Mengapa benci sangat? Isu Mufti Sabah Berhidung Bab-i


Gambar berhidung bab-i yang disunting kepada muka SS Mufti Sabah Ust Bongsu bukanlah sesuatu yang boleh dipandanag remeh. Ianya suatu usaha terancang lagi licik tangan-tangan ghaib yang mempunyai agenda tersendiri bagi merobek keharmonian di negara kita ini.

Mari analisisi sikit apa yang boleh ditafsirkan dari gambar itu? Melihatnya sahaja tidak lalu (maaf saya tidak mahu letak gambar itu di sini). Terlalu banyak massage negatifnya. Selain kebencian bersifat peribadi kepada beliau tafsiran luasnya adalah suatu isyarat kebencian kepada orang Islam serta agama-nya, perlecehan institusi agama Islam atau mufti, suatu jenayah yang  boleh membawa kepada fitnah lebih banyak dan terpenting sekali "ada pihak yang mahu" ingin menguji sejauh mana respon atau sensetiviti umat Islam Malaysia.

Apa kata-kata Ust Bungsu yang mencetus kebencian ini?

Ini adalah perkara asas yang harus kita faham. Dari sumber Malaysia kini -1-, Saya melihat terdapat dua saja kemungkinannya. Pertamanya tidak puas hati dengan fakta beliau yang mengatakan "Kadazan bangsa yang dicipta". Apa salahnya fakta beliau? jadi apa fakta sebenar kalau fakta beliau salah? KATANKAN ada salah faktanya. Jadi persoalan yang lebih besar, berat mana salah beliau? Kerana pandangan ini sahaja mahu marah sangat, bawa masuk mahkamah adat, minta beliau minta maaf dan kena penjara jika beliau enggan? Entah saya tidak faham ! nampak macam masalah kecil yang tidak cukup kuat untuk dijadikan alasan.

Saya nampak kemungkinan kedua lebih menampakkan sebabnya. Iaitu kerana
 beliau mengeluarkan satu idea hebat lagi kontrovesi yang berupa PENYELESAIAN untuk menyatupadukan umat Islam Sabah iaitu "MeMelayukan rumpun Melayu (Bumiputera ISLAM) Sabah dan Sarawak". 

Jadi kesalahan beliau hanya bagi cadangan atau "idea jarang dengar" untuk selesaikan permasalah orang Islam Sabah yang bersuku-suku (berpecah-pecah) atau kata lainya kerana misi beliau mahu membentuk suatu bangsa Islam yang kuat di Sabah.?

Boleh setuju dengan kemungkinan saya? Tidak setuju? Baiklah sila dengar sendiri rakaman beliau di simposium tersebut -2- dan bagi tahu saya jika ada kemungkinan lain.(nasihat ikhlas kepada yang mahu dengar rakaman ini: 
"Adalah kurang bijak dan matang untuk kita terus menerus mengeluarkan pandangan dan kritikan balas tanpa melihat teks asal perbincangan simposium dan konteks serta mauduk pandangan ini diutarakan," kata Yang Dipertua Abim Sabah Dr Abdullah Bade (kiri) dan Pengerusi WADAH Sabah Abdul Manap Mahmud.) - Saya sendiri adalah yang hadir simposium itu dan dengar secara langsung disana. Insyallah saya faham objektif simposium, teks perbincangan dan konteks perbincnagan progam itu.

Kenapa kita tidak boleh berlapang dada dan nyatakan pandangan sendiri penuh ilmiyah? Kenapa sampai paksa beliau minta maaf, bawa ke mahkamah adat (penghakiman dengan cara bukan islam iaitu dengan peraturan kaum peribumi sabah-kalau cara islam bawa ke mahkamah syariah bukan mahkamah adat) , minta sogit? dan terbaru buat gambar itu ? Siapa yang buat semua ini?. 

Entah siapa mereka. Apa yang saya nampak KEBARANGKALIAN paling besar adalah SEBAHAGIAN pribumi NON-MUSLIM yang bencikan pribumi MUSLIM menjadi KUAT. Kerana itu kata-kata mufti Sabah yang tidak ada kaitan pun dengan mereka atau dilihat sebagai ancaman. (Ust Bongsu hanya merujuk kepada MUSLIM bumiputera, bukan merujuk kepada bumiputera NON-MUSLIM. Jadi apa kaitan non muslim mahu bising? sepatutnya yang bising adalah bumiputera muslim yang tidak setuju) 

Kenapa "mereka" berani?

Kerana ada "muslim yang celaru identity atau otak politik kepartian sempit" menyokong mereka. Mereka meng-kuda-kan Muslim keliru yang tidak paham isu sebenar demi menjayakan misi TIDAK inginkan suku-suku rumpun Melayu Sabah bersatu SEPERTI suku-suku rumpun Melayu Semenanjung yang boleh bersatu dibawah identity Melayu.

Jika kita mengkaji sejarah dan perlembagaan Malaysia, kita akan memahami seruan kepada menjadi satu bangsa Melayu adalah seruan menjadi sebuah bangsa islam yang kuat. 

Hal ini difami jelas oleh "mereka" atau musuh musuh islam yang sedang bekerja mengagalkan kewujudan sebuah bangsa Islam yang kuat di Malaysia ini. "Mereka" tahu perlembagaan negara meng-silaturahim-kan istilah Melayu dengan Islam. Perlembagaan tidak silaturahim istilah Bajau dengan Islam, Bugis dengan Islam, Iranun dengan Islam, Sulu dengan Islam dan lain lain rumpun melayu sabah, Hanya melayu sahaja yang disilaturahimkan dengan Islam. Oleh itu jika semua rumpun Melayu Sabah berjaya SEDAR diri adalah Melayu, "mereka" akan bermasalah. KESEDARAN itu yang "mereka" tidak mahu.

KESEDARAN itu yang difahami Ust Bongsu. Kesedaran hampir sama seperti itu juga ada aktivis-aktivis islam yang membuat seruan "Kesepakatan Melayu untuk mendaulatkan Islam".

Assobiyah adalah "menyeru Melayu sepakat buat jahat" DAN "menyeru melayu sepakat buat baik" ?

Permasalah yang besar yang timbul di kalangan sebahagian besar orang MELAYU Islam di negara kita adalah mereka tidak faham mafhum Assobiyah sebenarnya. Dengar sahaja seruan bangsa, maka mereka membuat kesimpulan itu sebagai "Seruan kepada Assobiyah terlarang". Sedangkan Assobiyah terlarang dimaksudkan Nabi Muhammad saw hanya akan wujud jika seruan kepada bangsa atas tujuan kejahatan bukan sebaliknya (tujuan kebaikan). 

Bagi menjelaskan lagi cuba perhatiakan dua seruan ini:

Pertama "Wahai orang melayu, jom kita solat di masjid".

Kedua "Wahai orang Melayu, jom kita pergi disco".

Apa persamaan dan berbezaan di dalam dua seruan itu.? Persamaanya menyeru orang Melayu sahaja. Perbezaanya seruan pertama ajak kepada kebaikan seruan kedua kepada kejahatan atau keburukan. Kata lainnya seruan pertama Assobiyah Hasanah dan seruan kedua Assobiyah Mazmumah.(Bagi faham istilah Hasanah dan Mazmumah ini sila baca link dibahagian rujukan)-3-

Sekali lagi, "Mereka" yang membenci agenda Islam di Malaysia ini tahu permasalah kekeliruan mahfum assobiyah ini. Dengan ini mereka berani mengambil kesempatan menimbulkan fitnah ini. Mereka yakin ada orang melayu yang bersama mereka.

Warga Malaysia ! Mari peduli sebelum terlambat , jangan melampaui batas dan saling hormat-menghormati.

Saya mempunyai ramai kenalan baik non muslim di Sabah yang masih berhubung di alam maya iaitu FB sehinggalah hari ini. Saya mengharapkan tulisan saya ini tidak disalah faham dan dilihat memusuhi semua non-muslim. BUKAN itu tujuan saya. Saya hanya memusuhi "mereka" atau non-muslim yang berniat jahat menimbulkan huru-hara yang selama ini tidak pernah timbul. Telah lebih 50 tahun muslim dan non-muslim hidup aman sahaja dalam negara Islam Malaysia -4- ini. Kenapa tiba-tiba mahu membuat huru-hara ini? Saya yakin majoritynya non-muslim tidak bersetuju dan turut simpati pada Ust bongsu. Hanya sebahagian SANGAT kecil sahaja yang bermasalah dan perlu dirawat segera sebelum menjadi lebih parah.

Kepada kawan-kawan non-muslim saya harap anda menasihati saudara-saudara anda yang bermasalah agar jangan "terbiasa" campur tangan dalam urusan perbaikan umat Islam (contoh isu ini dengan menyekat umat Islam Sabah dari bersatu dibawah satu identity). Ini kerana jika umat Islam semakin baik, maka anda juga pasti akan merasai manfaatnya. Selain itu kami yang muslim tidak terbiasa campur tangan atau berniat rosakan usaha perbaikan di dalam agama anda (kami hanya akan campur tangan jika sangat mengancam identity negara Islam ini). Malah sekian lama anda telah diberi kebebasan untuk mengamalkan agama anda. Bila telah diberi kebebasan harapnya jangan salah guna sehingga melampaui batas seperti yang dibuat kepada Ust Bongsu ini. Tolong hormat kami agar kami juga boleh hormat anda dan hidup kita sentiasa harmoni.

Kepada semua kaum muslimin pula ! Sampai bila kita mahu pentingkan diri, hidup tidak reti mahu sepakat, tidak faham masalah umat, berdiam diri dan buat tidak kisah?Cukuplah! sedarlah sebelum terlambat, banyak pihak yang akan ambil kesempatan dalam keadaan kita yang berpecah belah ini, ADAKAH mahu tunggu "negara milik orang SESAT" baru sedar?. Wahai orang Melayu dan SEMUA RUMPUN MELAYU, bersepakatlah demi mendaulatkan Islam.