Sunday, February 28, 2010

Kelantan & Pahang.

Bismilah Ar-Rahman dan Rahim.

5 pm,28 feb 2010.(dalam bus ke Pudu).

Setelah selesai sesi bergambar di kawasan pelamin dengan bidadari piliha-nya ,dia keluar dari ruang beranda rumah mertuanya itu dengan senyuman bahagia. Senyuman bahagia apabila melihat ikhwah-nya di perkarangan rumah dan mengucapankan ;

“Terima kasih kepada semua ikhwah yang datang ke walimah ana hari ini”.

Mataku dan para ikhwah memberi tumpuan kepadanya .Ada yang membalas ,Ah takpe perkara kecil je,juga yang membalas dengan senyuman penuh rindu,senyuman gembira dan ada juga seperti diriku yang bersenyum tumpang gembira ditambah dengan sedikit cemburu kepada raja sehari yang berpakaian warna diraja itu.

Hampir setiap zon dari seluruh Malaysia menghantar wakil bagi memenuhi undangan ikhwah tercinta itu.Semuanya datang tanpa paksaan sesiapa melainkan paksaan iman ukhwah islamiah yang mendalam .Kehadiranku juga tanpa aku rancang kerana asalnya ada satu perkemehan yang perlu dihadiri,tapi kemudian ditanggungkah.Sepertinya Allah tahu kerinduanku untuk berjumpa Zikri lebih awal. Ikut rancangan asal aku akan ke rumah zikri bulan 3 nanti,bukan hadir rumah isterinya di Pahang ini.Tapi itu lah perancanaan Allah atas hamba-hambanya. Alhamdulilah .

“Barakahufi’kum,akhi”ucapku kepada zikir sambil tangan kanan kami menyalam erat dan mula memeluknya .

“Afuan akh,atas segala kesilapan ana dan perselisihan kita !,”bisik zikri saat pipi kanan kami bersentuhan .

“Ha ! kesilapan anta ?”bisik hatiku,

“ana,begitu juga,akh”balasku berbisik secara automatik tanpa memikir panjang ketika pipi kiri kami bertemu.

Kemudain kami saling berpandangan penuh rindu….dan saat itu juga aku sedikit keliru atas minta maafnya tadi,untuk apa?.Sedangkan kami rasanya tidak pernah ada masalah melainkan peng-abaian perasaan ukhwah yang sudah tidak bertemu dalam program melebihi 4 bulan.Mungkin minta maafnya atas ukhwah dengan ku yang dia rasakan sedikit renggang atas isu yang berlaku 5 bulan lepas.Ah,kalau itu, maka yang seharusnya minta maaf adalah aku dahulu ,ternyata senseviti ukhwahnya lebih tinggi.

Kemudian aku melepaskanya bagi menjumpai ikhwah lain dan melepaskan kerinduan.

“Akh,afuan ana tak dapat ke walimah Kelantan.(walimah 13 mac 2010) ,.”Ucapku kembali kepada Zikri apabila dia telah kelihatan selesai bersalam dengan ikhwah yang lain.

“Takpe akh,takde maslah,dan bukankah hari ini anta ada program?”balasnya ,

“Oh. minggu ni takde .Cuma yang minggu next ada dan masa walimah anta kat Kelantan ana ada program lain,sebab tu ana datang hari ini.” balasku.

“Ok,takpe dan tadi,Abu muhamad ada memberitahu kehadiran antum dan dia telah berborak dengan antum kan?.”,katanya lagi,

“Ha,Ya. tadi kami ,rindu juga lama tak berjumpa dia ”.balasku.

Kemudian kami berborak ,tak sampai 10 minit rasanya kerana azan zohor dan terpaksa berangakat pulang dengan ikhwah yang aku tumpang keretanya.

Masaku yang suntuk dan kesibukan pengantin menyebabkan perbulaan kami tak mampu melepaskan rindu masing-masing.

Aku menaiki bas malam tadi ,bertemu dengan para ikhwah lain di masjid Berserah dahulu sebelum bersama-sama tiba di walimah zikir dalam jam 12.30.Hampir sejam lepak,dan makan makanan kenduri hari ini . Asalnya , sampai sahaja terus menuju ke tempat pengantin bersanding , tapi tak sempat bertegur dengan Zikir kerana ramai yang sedang mengerumun kawasan beranda yang menjadi tempat pelamin , pengantin pula sedang sibuk memposisikan diri di pelamin dan kosentrasi mereka juga pada juru kemera.Maka perut yang dah berbunyi ini dipenuhi dulu .Setelah tu baru bersapa dengan pasangan bertuah zikir dan Juaini itu.Pasangan Ikhwah wa akhwat yang akan melahirkan ramai mujahidin mujhaidah yang aku yakin , akan mewarisi kesungguhan dakwah ibu bapa mereka dan menegakan agama Allah di muka bumi ini kelak.

Alhamdulilah, semoga Allah memberkahi pernikahan kalian,ya akhi wa ukhti yang ana cintai kerana Allah.

Terigat la pula gurauan Abu Muhamad ,….tadi , waktu kami bersapa dan berpelukan erat di masjid Berserah ;

“Ha! kedatangan anta ni pasti mahu minta barakah ni.Anta bila nye lagi?,sapa beliau dengan nada bergurau seperti biasa dan bertanyakan soalan yang killer itu.

Tidak aku gurauan balas dariku atau jawaban pasti soalanya kerana tumpuanku saat itu, sangat rindu yang dah lama tak berjumpa-nya,maka aku memeluknya cukup erat …..

Yang hanya mampu aku kata-kan ; "Akhi , doakan ana!" .

PS:Masjid Berserah malam tadi juga menyaksikan Dr Asri diusir dari berkuliah di situ,Kisah Dr Asri itu satu tragis yang menjadi perbualan para ikhwah sebelum balik,pasti juga akan di ceritakan dalam webnya kelak.

Kisah nikah pengantin ideal,zikir dan Juaini boleh di update di blog Akh Zikri, http://satuummah.blogspot.com dan siapa yang lapang boleh pergi ke walimah ke 2 mereka di bumi tok guru , Kelantan. (nampaknya rezekiku untuk bersilaturahim di rumah zikri dan lepas rinduku kepada bumi Kelantan yang aku tinggalkan kali terakhir masa darjah 5 tak ke-sampaian dalam masa terdekat ini.InsyaAllah lain kesempatan.)

Thursday, February 25, 2010

Perarakan maulid nabi keluarga ku tahun ini..

bismilah,

Tadi semasa sarapan dengan ahli keluargaku,kami berborak mengenai perarakan maulid nabi.Tidak seorangpun dari kami menyertai perarakan yang diadakan,bukan tanda tidak cintakan nabi tapi kami punya aktiviti sunnah nabi yang peting juga iaitu "gotong-royong keluarga" membersihkan rumah di pagi ini.

sekarang aku tengah rehat mengadap netbok ku,

teringat tadi kata adiku yang tahfiz:

"kat Sabah dulu,din pernah ikut perarakan maulid nabi ni",kata adiku.

"Abg Aman pun pernah,2 kali tak silap,sebab uitm memang sentiasa hantar wakil".balasku

"Ya kat sabah memang khas perlu dibuat jika dibandingkan dengan negeri-negeri semenenanjung yang lain,Ayah pun pernah ikut,malah kat Kl pun masih buat.cuma lepas perarakan maulid tu, selawat atas nabi sakan hari tu sama banyak dengan mengurat perempuan ",tambah ayahku.

kemudian kami senyum dan ketawa mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut ayah itu.

bukan untuk mempertikaikan kebaikan berarak,cuma perlu diperingat.jangan sampai bermaksiat.

juga satu nasihat yang baik dari ayahku tadi, yang ada sedikit berbau politik,

"manusia ni ada yang tidak mahu menghidupkan sunnah dan syariat islam pada setiap hari-hari selain hari maulid nabi,tetapi pada hari-hari tertentu dia hero yang menononjol mahu benar menghidukan sunnah nabi"...

Apa pun , mari hidupkan kehidupan selepas hari ini dengan sunnah-sunnah nabi,

teruskan membaca dailog dibawah yang mengandungi maksud yang cukup baik

.................................................................................

Erti Kedatangan 12 Rabi’ ul-Awwal

Sejurus selepas kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Abu Bakr mengajak Umar, “ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman”.

Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.

“Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam?” Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.


Lantas beliau berkata, “Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi… aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT… buat selama-lamanya…”

Tersentak Abu Bakr dan Umar… lantas mereka berdua turut menangisi hakikat kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pada waktu Dhuha di sore Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun ke-11H tersebut. Tiada lagi wahyu… dan moga Ummah ini dikurniakan Allah upaya hidup pada tiada lagi seorang Nabi, pembimbing jalan, pengubat lara hati… terutamanya pada hari-hari yang penuh derita ini.

Wa Shallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi wa ‘ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera, ‘Adada Maa Ahaata Bihi ‘Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh!

- petikan al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir [juzuk 5 / 273 - 275]

ANTARA TAWA DAN HIBA

Jamuan
Kemeriahan
Perarakan
Kegembiraan
Cuti dan kerehatan
Hakikatnya 12 Rabi’ul Awwal yang diraikan
Tiada pasti benarkah itu tarikh kelahiran
Insan mulia Nabi Junjungan
Namun tercatat oleh sebuah kepastian
Ia tarikh sebuah kematian
Pemergian yang tiada kepulangan
Kembalinya Muhammad kepada Tuhan
Kekasih Tinggi Baginda yang Rahman

Fee al-Rafeeq al-A’laa
Fee al-Rafeeq al-A’laa
….

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
12 Rabi’ ul-Awwal 1431H
68000 Kuala Lumpur

world terroris

Bismilah

Alhamdulilah ,semalam aku berpeluang menghadiri satu pengisian hebat dari Dr Chandra Muzaffar yang merupakan aktivis keamanan Malaysia yang disegani.Beliau berbicara tentang “definasi terroris” , kaitan-nya dengan sejarah kemanusian dan kenapa ianya berlaku.? Yang lebih menarik, beliau seorang yang aktivis berani, dan tanpa ragu mendedahkan beberapa konspirasi dunia , siapakah teroris yang sebenar dunia ini ? dan betapa liciknya mereka (terroris dunia) merencana dengan hebat cara-cara menghancurkan “ber-adaban kebaikan” tanpa kita sedari.

Untuk lebih lanjut, sesiapa yang berminat untuk melihat dan mendengar pengisian Dr Chandra di institute Al-Qayimm itu,boleh ke web dr asri dan tunggu rakan-rakan beliau upload rakaman tersebut atau cuba cari sahaja di youtube nanti.

Titik temu dan titik pisah yang harus diperhatikan.

Aku secara umum merasakan cukup bertuah atas kurnian Allah azzawajala atas bumi Malaysia yang bertuah ini ,seorang hamba-Nya yang bernama Dr Chandara itu.Ya Allah berkatilah perjuanganya kerana dia telah memainkan peranan dengan pengetahuannya dan sekudarat mungkin yang beliau ada demi keamanan.Sedangkan aku ?belum tentu dapat memperjuangkan kebenaran dan keamanan sepeti dia.

Banyak pendedahan yang baik dan menarik bagi me-refresh diriku dentang tangungjawab(amanah) ku yang masih terlalu banyak .Dalam ceramah beliau itu,aku semakin sedar Amanah diri ini semakin berat.Amanah yang seharusnya dipikul setiap insan bagi membela hak-hak diri,mengembalikan kemualian umat , me-menangkan agama-Nya yang semuanya bertujuan meraih redo Allah swt semata-mata.

Pendedahan dan pendapat yang baik dari Dr Chandra itu tidaklah aku terima semuanya kerana aku lebih mencintai berberapa ijtihad yang lebih cenderung kepada kebenaran pada pandangaku. Diriku yang sedikit ilmu , kerdil dan masih muda ini merasakan penting untuk beliau memerhatikan beberapa perkara yang perlu diperbetulkan bagi melahirkan kesatuan dengan kelompok-kelompok islam lain yang turut bersama memperjuangkan kebenaan.Bukanlah aku berkata pendapatku adalah ter-tepat , tetapi ini-lah pendapatku yang juga aku yakin disokong oleh ramai aktivis –aktivis islam yang lain.

Perkara ini boleh menjadi titik pisah jika tidak diperhatikan.

Aku secara jujur tidak bersetuju atas definasi beliau yang mengketogerikan sama , semua aksi syahid dengan bom berani mati (suicide bom ) sebagai terror yang merugikan .Dari pengisian beliau ,bom bunuh diri di Palestine juga ,ditakrif beliau sebagai satu usaha terorr yang tidak sepatutnya ,dan harus difikirkan kembali.Yang membawa kesimpulan akhir yang aku faham dari beliau (Dr Chandara)adalah tidak bersetuju atas aksi tersebut secara umum tanpa pengecualian.Diceritakan beliau, sebuah keluarga seorang yahudi yang turut mati oleh tindakan bom pejuang Palestine itu.Yang “dikatakan” keluarga tersebut adalah penentang Zionisme sendiri.

SubhanAllah ,aku merasakan beliau telah termakan propaganda yahudi dan bersimpati tidak pada tempatnya.Aku bukan setuju atas aksi pejuang Palestine yang membunuh aktivis keamanan isreal yang dikatakan membenci zionis sendiri dan membantu palestine.Itu memang sangat bagus.Kalau pejuang Palestine tahu mereka itu sebenarnya membantu perjuangan mereka ,pasti mereka tidak akan membunuhnya.Maka kisah tragis tersebut tidaklah disengajakan.

Sebelum pergi jauh timbul beberapa persolan kepada keluarga isreal yang mati oleh aksi bom pejuang Palestine itu.Antaranya adalah : Dah benci zionis, kenapa duduk di Negara tersebut yang memang dah tahu anda tidak patut berada di situ dan risiko mati di tangan pejuang palestina sentiasa ada.? Betul ke family tersebut benci zionis atau sebagai alasan yang isreal sendiri buat untuk simpati atau memburukan aksi pejuang paestine?.Yahudi,kalian ingat kami mudah ditipu? juga adakah nyawa mereka terlalu berharga di simpati dunia sedangkan nyawa rakyat palestina yang mati jumlanya beribu kali ganda tidak ada nilainya?

Aksi bunuh diri di bumi palestine? .

Kebanyakan ulamak dunia yang bijak telah melihat masalah ini dan memberikan pengecualian kepada pejuang Palestine atau pejuang islam di negara-negara yang dalam situasi yang hampir sama seperti di Palestine untuk melakukan aksi tersebut .malah aksi tersebut bukanlah dinamakan bunuh diri kerana sebab dan tujuan perlakuan aktiviti tersebut jauh berbeza dari membunuh diri.

Aksi pejuang palestine itu didefinasikan berlainan dari aksi bom pejuang islam di negara-negara lain.Malah matinya pejuang Palestine tersebut bukanlah atas kehendak mereka yang sudah putus asa , tertekan sampai tidak rasional dan sudah tidak ada pilihan lain untuk mendapat kedamaian.Tetapi aksi tersebut adalah satu jalan yang penting yang harus ditempuh demi membuktikan kemualian islam dan keamanan yang sebenar kelak.

Perlu difahami ,aksi bom di sesetengah Negara yang masih punya terlalu banyak keadah perbaikan dan peluang dakwah yang subur tidaklah aku setuju sebagai aksi bom syahid.Mungkin antara contohnya adalah yang berlaku di Pakistan dan ,Indonesia baru-baru ini.

Hidup ini adalah pilihan antara dua dan tidak ada pilihan ke tiga.Jalan Takwa atau Fujur.Maka pejuang Palestine boleh memilih samada untuk memilih jalan takwa dangan banyak keadah serta sarana.Hak mereka boleh dituntut dengan terus mendiami bumi Palestine bersabar pada batasnya, mengangkat senjata dan lawan dengan segala sarana yang ada.Antara kisah yang menarik mari kita menlihat satu wasiat hebat mujahid muda yang bernama Muhammad fathi farhat . Sila Tanya ustaz google untuk mengenalinya.

Boleh juga jalan takwa itu mungkin, mereka berhijrah ke Negara-negara Islam yang lain,mengumpul kekuatan dan tawan kembali tanah mereka kelak .tapi boleh ke?ada ke Negara islam yang nak bantu? atau mungkin dengan memilih “ negotiation yang benar ” yang tidak merugikan mereka,win-win situation. (tapi hakikatnya isreal pernah ikhlas? Dan ada hati untuk memberi rakyat Palestine win?).Jadi ada alternative jalan takwa yang lain?.Dengan izin Allah tetap ada,tapi mungkin sedikit kerana telah ditutupi oleh tekanan,kezaliman dan rancangan zionis yang begitu hebat.

Berlawan sampai mati juga alterantive takwa?.

Tidak lupa juga mari melihat faktwa ulamak berkaitan jalan takwa yang ditempuh para mujhidin ini;

Fatwa Syaikh Yusuf al Qaradhawy


“Saya ingin katakan di sini bahwa operasi-operasi ini adalah termasuk cara yang paling jitu dalam jihad fisabilillah. Dan ia termasuk bentuk teror yang diisyaratkan dalam Al Qur'an dalam sebuah firman Alloh Ta'ala yang artinya:"Dan persiapkanlah kekuatan apa yang bisa kamu kuasai dan menunggang kuda yang akan bisa membuat takut musuh-musuh Alloh dan musuhmu." (QS. Al Anfal: 60).


Penamaan operasi ini dengan nama "bunuh diri" adalah sangat keliru dan menyesatkan. Ia adalah operasi tumbal heroik yang bernuansa agamis, ia sangat jauh bila dikatakan sebagai usaha bunuh diri. Juga orang yang melakukannya sangat jauh bila dikatakan sebagai pelaku bunuh diri.


Orang yang bunuh diri itu membunuh dirinya untuk kepentingan pribadinya sendiri. Sementara pejuang ini mempersembahkan dirinya sebagai korban demi agama dan umatnya. Orang yang bunuh diri itu adalah orang yang pesimis atas dirinya dan atas ketentuan Alloh, sedangkan pejuang ini adalah manusia yang seluruh cita-citanya tertuju kepada rahmat Alloh Ta’ala.


Orang yang bunuh diri itu ingin menyelesaikan dari dirinya dan dari kesulitannya dengan menghabisi nyawanya sendiri, sedangkan seorang mujahid ini membunuh musuh Alloh dan musuhnya dengan senjata terbaru ini yang telah ditakdirkan menjadi milik orang-orang lemah dalam menghadapi tirani kuat yang sombong. Mujahid itu menjadi bom yang siap meledak kapan dan di mana saja menelan korban musuh Alloh dan musuh bangsanya, mereka (baca: musuh) tak mampu lagi menghadapi pahlawan syahid ini. Pejuang yang telah menjual dirinya kepada Alloh, kepalanya ia taruh di telapak tangan-Nya demi mencari syahadah di jalan Alloh.


Para pemuda pembela tanah airnya, bumi Islam, pembela agama, kemuliaan dan umatnya, mereka itu bukanlah orang-orang yang bunuh diri. Mereka sangat jauh dari bunuh diri, mereka benar-benar orang syahid. Karena mereka persembahkan nyawanya dengan kerelaan hati di jalan Alloh; selama niatnya ikhlas hanya kepada Alloh saja; dan selama mereka terpaksa melakukan cara ini untuk menggetarkan musuh Alloh Ta'ala, yang jelas-jelas menyatakan permusuhannya dan bangga dengan kekuatannya yang didukung oleh kekuatan besar lainnya.”


Bahkan Syaikh al Qaradhawy menguatkan pendapatnya dengan pandangan ulama klasik yang juga membolehkan aksi sejenis bom syahid, yakni pandangan Imam al Jashash, Imam al Qurthubi Imam ar Razi, Imam Ibnu Katsir, Imam ath Thabari, Imam Ibnu Taimiyah, Imam Asy Syaukani, Syaikh Rasyid Ridha, dan lain-lain.


Pada akhir fatwanya, dia berkata:


“Saya (Al Qardhawi) yakin kebenaran itu sudah sangat jelas sekali, cahaya pagi itu sudah nampak bagi yang punya indera. Semua pendapat di atas membantah mereka yang mengaku-aku pintar, yang telah menuduh para pemuda yang beriman kepada Tuhannya kemudian bertambah yakin keimanannya itu. Mereka telah menjual dirinya untuk Alloh, mereka dibunuh demi mempertaruhkan agama-Nya. Mereka menuduhnya telah membunuh diri dan menjerumuskan dirinya ke dalam kebinasaan. Mereka itu, insya Alloh, adalah para petinggi syahid di sisi Alloh. Mereka adalah elemen hidup yang menggambarkan dinamika umat, keteguhannya untuk melawan, ia masih hidup bukan mati, masih kekal tidak punah. Seluruh apa yang kami minta di sini adalah: seluruh operasi itu dilakukan setelah menganalisa dan menimbangkan sisi positif dan negatifnya. Semua itu dilakukan melalui perencanaan yang matang sekali di bawah pengawasan kaum muslimin yang mumpuni . Kalau mereka melihat ada kebaikan, segera maju dan bertawakkal kepada Alloh. Karena Alloh SWT berfirman yang artinya:"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Alloh, maka sesungguhnya Alloh itu Maha Agung dan Maha Bijaksana." (QS. Al Anfal: 49)”


(Fatawa Mu’ashirah, hal. 503-505, Jld. 3. Cet.1, Darul Qalam, Kairo)
disarikan dari Situs http://abuhudzaifi.multiply.com/

Atau jalan Fujur dengan berprinsip diam diri “forever” , tawakal saja-lah , memilih negotiation yang merugikan mereka, dengan penuh hina membiarkan diri dizalimi ,membiarkan wanita-wanita mereka diperkosa,melihat “bodoh sahaja” saudara lelaki mereka dibunuh?,atau mejadi tali barut isreal serta agent perisik isreal ? atau lari keluar negeri dan lupakan sahaja tanah airku? atau gantung diri dalam bilik ke? dan macam-macam lagi cara. Jadi jalan fujur itu juga terbentang luas dan boleh dipilih.Cumanya ada jalan fujur yang payah dan ada yang mudah.

Yang lebih sedih ,kita sebagai pemerhati jarak jauh yang bodoh,pengecut dan butakan kebenaran ini katakan kepada mereka :“Kamu ni takda otak ke?,apa pasal pergi buat aksi bunuh diri di negara isreal ?kamu tahu bunuh diri itu masuk neraka? Kamu tahu aktiviti kamu tu sia-sia sahaja? Kamu tahu isreal itu kan hebat maka tunduk sajalah.Kamu tahu sebenarnya tindakan kamu ni tidak membawa kedamaian sebanar ? dan macam-macam lagi kata-kata dan soalan dari kita yang melambangkan kebodohan kita.

Maka Tidaklah wajar dikatakan bunuh diri ,tetapi dikatakan sebagai aksi Operasi Istisyhadiyah ,yang juga membawa kepada pahala , membawa kepada kedamaian masa panjang,membawa kepada kemulian,cara menuntut hak yang betul dan mereka yang mati dalam aksi tersebut juga dikatakan sebagai syahid yang akan mendapat tempat di syurga.

Titik temu yang harus dihargai.

Aku yang lemah dan kerdil ini memilih untuk bersama harakah(gerakan) islamiah bagi mengembalikan kemuliaan islam yang di idamkan setiap insan.Aku memilih jalan takwa itu yang bagi ku payah tapi penuh kenikmatan, yang dinamakan sebagi Tasfiyah dan Tarbiah secara “berjemaah”.Bagi ku jalan tersebut akan membawa kesan dan hasil yang lebih tahan lama,berquality dan sangat baik daripada kelompok-kelompok yang memilih pendekatan lain . Itulah ijtihad dan pilihanku kerana Allah azzawajala telah menjelaskan kepentingannya melalui ilmu yang aku dapat dan fahami.

Bukanlah aku mengatakan memilih kelompok-kelompok lain itu tidak memberikan pahala yang banyak dan membawa kepada redo Allah.Semuanya bergantung kepada niat ,keadah yang menepati ajaran Al-Quran serta sunnah rasul-Nya ,ber-istiqamah ,memainkan peranan tersendiri , daya tampung yang dimiliki ,dan kefahaman yang “kita dapat” bagaimana cara untuk mengembalikan keamanan dunia.

Semoga Allah merahmati semua pejuang agama-Nya yang ikhlas,melahirkan lebih banyak pemuda yang harus segera sedar dari lena,menyatupadukan kekuatan mereka ,menjauhkan dari pertikaian yang merugikan dan memberikan mereka ganjaran syurga yang tersangat indah untuk dibayangkan.

Dalam ceramah Dr Chandara itu ,aku tidak sempat mengajukan soalan dan pendapatku.Biasanya aku akan bertanya selepas yang lain telah bertanya.Juga masa pengisian tersebut sangat mencemburi , ramai yang bertanya dan sangkaanku salah kalau Dr Asri akan meng-offer untuk soalan terakhir.Maka angkat tanganku yang separuh dan dibelakang sana tidak terlihat oleh Dr Asri.

Maka selepas pengisian dan dewan IQ yang sudah hampir kosong kerana ramai yang dah mahu pulang ,Aku bergerak menuju ke Dr Chandara dan Dr Asri yang sedang berborak dengan beberapa hadirin yang turut mahu bertanyakan soalan.

Aku tidak menyatakan tidak setujuku pada perkara bom bunuh diri itu.Tapi aku bertanyakan soalan dan Apakan Tips kekuatan dalaman atau amalan khusus beliau yang memotivasikan beliau sehingga sanggup perjuang sampai saat ini . Mungkin berupa bacaan Al-Quran pada waktu tertentu,amalan solat malam atau apa-apa sahaja yang boleh menguatkan beliau yang sememangnya pasti mendapat banyak tekanan dari pihak yang tidak menyukai beliau.?.

Sayangnya beliau tidak menceritakan amalan khas beliau seperti ditanya.Mungkin khuatir aku akan ikut membuta. Dan dalam bab amalan ni subjektif dan banyak yang boleh buat ,yang penting ikhlas ,ikut sunnah dan istiqamah.(pendapat sendiri).Walau bagaimanapun beliau memberi jawapan yang memuaskan hatiku.

Rumusan dari jawapan beliau adalah:Kesedaran amanah ilmu , kekuatan kepercayaan yang kuat kepada illahi dan dorongan orang sekeliling adalah motivasi -ku untuk bertahan sampai sekarang dan terus terjuang.

PS:saat aku melihatnya dari dekat ,aku teringatkan tokoh mujahidin dan pengasa hamas di palestin,syeikh Ahmad Yassin yang telah syahid,walaupun beliau mungkin tidaklah diuji sehebat syeikh Ahmad Yassin. tapi,SubhanAllah terdapat aura yang hebat dan luar biasa dari Dr chandara yang juga duduk di kerusi khas ,memerlukan tongkat,lemah fizikalnya dan tidak sihat seperti orang lain ini .Sebelum berpisah aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan mengungkap kan:Semoga Allah merahmati Doktor. Kemudian aku salam dia dengan menunduk badanku.
Kemanisan Dalam Ujian

Disiarkan pada Jan 17, 2010 dalam kategori Ibadat |

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Nabi Musa a.s lari meninggalkan Mesir setelah beliau terlibat dengan kejadian memukul sehingga mati seorang Qibti (Coptic) dalam usaha menghalang kezaliman perkauman terhadap Bani Israil. Tindakannya itu telah melebihi jangkaan dan itu adalah satu kesilapan. Beliau terpaksa lari menuju ke Madyan dalam keadaan yang susah.

Madyan yang dimaksudkan itu barangkali di Jordan dan saya pernah sampai berkali-kali di sana. Perjalanan dari Mesir ke sana begitu jauh bagi memastikan tentera Firaun tidak sampai ke negeri tersebut untuk menangkapnya.

Apabila sampai di Madyan, Musa a.s. mendapati sekumpulan pengembala yang sedang menceduk air, sementara di sana ada dua gadis yang hanya menunggu. Jiwa Musa a.s yang amat pantang melihat kejanggalan atau unsur ketidakadilan itu menyebabkan dia yang dalam keletihan yang teramat bertanya hal kepada kedua gadis tersebut.
Al-Quran menceritakan kejadian ini: (maksudnya)

“Dan setelah dia (Musa a.s.) menuju ke negeri Madyan, dia berdoa “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan kepadaku jalan yang betul”. Dan ketika dia sampai di telaga air Madyan, dia dapati di situ sekumpulan lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan dia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “. (Surah al-Qasas 22-23).

Nabi Musa a.s. tidak mampu melihat unsur penindasan dan sikap tidak membantu yang lemah. Simpatinya terhadap dua gadis tersebut melebihi keletihan yang dihadapinya ketika itu. Dia tampil dengan segala keringat yang berbaki menolong gadis-gadis tersebut mendapatkan air. Dia menolong tanpa sebarang habuan yang diharapkan.

Setelah menolong mereka, dan mereka pun pulang, Nabi Musa a.s. dalam keadaan yang teramat letih itu, pergi ke tempat yang teduh dan berdoa dengan doa yang ringkas tetapi amat dalam maksudnya. Saya tidak pasti sama ada mereka yang tidak memahami bahasa arab dapat menikmati keindahan ungkapan yang ringkas itu atau pun tidak? Namun saya akan cuba menterjemahnya dalam strukturnya.

Saya ingin membawa doa Musa a.s. untuk dikongsi bersama para pembaca yang barangkali ada yang tidak perasaan kewujudannya ketika membaca al-Quran. Juga mereka yang memang sudah tahu tetapi terlupa disebabkan kesibukan yang melanda kita dalam kehidupan sedangkan kita menghadapi suasana tenat yang amat memerlukan rahmat atau ‘kesian’ Tuhan kepada kita.

Saya ingin menyebutnya di sini kerana doa ini amat menyentuh perasaan saya. Saya percaya anda juga demikian. Entah berapa banyak keadaan getir dan runsing melanda hidup ini, doa ini salah satu ‘penyejuk perasaan’ dan pemberi harapan yang menjadi jambatan yang menghubungkan ujian hidup dengan Tuhan yang memiliki segala kehidupan.
Doa ini jika dibaca dengan jiwa yang benar-benar bergantung kepada Allah, maka saya yakin ketenangan itu hadir sebelum pertolongan Allah itu turun. Firman Allah menceritakan hal Musa a.s. dan doanya: (maksudnya)

“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa: “Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 24).

Maksud Nabi Musa a.s. beliau amat fakir atau amat memerlukan kepada apa sahaja kebaikan yang akan Allah berikan kepadanya bagi menghadapi suasana dirinya ketika itu. Dalam bahasa al-Quran yang indah al-Quran riwayatkan ucapan Musa a.s “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”. Sangat ringkas, namun sangat bermakna. Sudah pasti ucapan asal Musa a.s dalam bahasa Hebrew, namun Allah telah merakamkan ke dalam bahasa Arab yang padat dan indah.

Ada ahli tafsir yang menyebut maksud Musa bagi perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan dalam doa ini adalah makanan. Namun, perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan atau kurniaan Tuhan itu amat luas. Bukan sahaja makanan atau minuman, bahkan apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada seorang insan. Musa a.s. sendiri selepas berdoa dengan doa ini diberikan limpah kurnia Allah yang berbagai, melebihi jangkaannya.

Ayat-ayat seterusnya dalam Surah al-Qasas ini menceritakan bagaimana kedua orang gadis tadi kembali semula menjemput Musa a.s. ke rumah mereka atas jemputan ayah mereka. Ayah mereka yang merupakan seorang yang mulia amat berterima kasih atas pertolongan Musa a.s. Al-Quran tidak menceritakan siapakah ayah mereka. Apakah dia Nabi Syu’aib atau orang lain tidaklah dapat dipastikan. Kemungkinan besar bukan Nabi Syu’aib seperti yang disangka oleh sebahagian penafsir.

Apa pun, Nabi Musa a.s. diberikan tempat perlindungan, makanan, kerja, bahkan dikahwinkan dengan salah seorang dari gadis tersebut. Demikian Allah memustajabkan doa Musa yang ringkas, tetapi penuh makna. Doa yang dilafazkan dari jiwa yang benar-benar tunduk, menyerah, sepenuh tawakkal dan keyakinan bahawa Allah sentiasa menyahut permohonan hamba yang benar-benar bergantung kepadaNya.

Jauh Musa a.s berjalan membawa perasaan bimbang dan bebanan ancaman oleh pihak musuh. Ujian yang memaksa dia yang membesar dalam istana menjadi pelarian tanpa bekalan. Namun dalam ujian itu Nabi Musa a.s mengalami pengalaman hidup yang hebat dan kurniaan-kurniaan yang besar. Tanpa ujian, hal ini tidak akan berlaku.
Demikian jika kita membaca doa-doa yang syahdu yang penuh menyentuh akal dan ruh yang dilafazkan oleh insan-insan soleh dalam al-Quran, samada para nabi atau selain mereka, kita dapati doa-doa itu banyak yang diungkapkan dalam keadaan getir dan ujian yang mencabar.

Kita sendiri dalam hidup barangkali tidak akan menghafaz banyak doa al-Quran dan al-Sunnah melainkan setelah kejadian-kejadian dalam hidup yang mendesak untuk kita ‘bertadarru’ atau merendah, akur dan tunduk dengan sepenuh jiwa kepada kebesaran kerajaan Allah Yang Maha Menguasai segala urusan hidup ini.


Banyak ujian hidup ini sebenarnya amat bermakna jika kita mahu menghayatinya. Betapa ramai orang yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya. Berapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik, tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai orang lain setelah melalui ujian hidup yang getir. Betapa ramai pula insan yang soleh dan disayangi Allah dinaikkan darjat dan nilainya di sisi Allah disebabkan ujian yang menimpanya.

Firman Allah: (maksudnya)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).

Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Sabda Nabi s.a.w:

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim).

Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan. Melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan “dia di sisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini”.

Kita semua akan melalui ‘bicara dan didikan Tuhan’ melalui pentas ujian. Kita mengharapkan ujian akan membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik. Ujianlah yang telah membawa Musa a.s. kepada berbagi kurniaan. Untuk itu kita wajar selalu merintih kepada Allah seperti Musa a.s.: “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir” (”Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”)

Sunday, February 14, 2010

kesungguhan

bismilah Ar-rahman dan rahim,

alhamdulilah aku masih hidup,

sekarang tengah mengadap tv kat ummah sepupu ku,tengok bola bolt vs tott minit 72:46 dah dangan mata 1-0,

sambil menaip dengan net bookku,
sambil juga layan bola dengan sepupu ku,
mereka sorak aku senyum melihat mereka,tambah-tambah sikit,complain macam biasalah,penonton bola...

sebenarnya aku bukanlah seorang yang minat bola mana,tengok tv pun jarang,

tujuan datang ni pun untuk silaturahim je,malah semoga dapat memberikan gambaran positif kepada ku yang jarang datang aktiviti keluarga,....bisalah alasan biasa ,kerapa sibuk waktu cuti dan ujung minggu dengan ... sibuk program dakwah,alhamdulilah ramai yang paham....kebetulan malam ni free,cuma siang tadi daurah dengan ikhwah penang,

kat ....ummah sepupu sebab esok akan ada majlis akad nikah sepupuku ,biasalah semua ahli keluarga terdekat sudah berhimpun untuk membantu,ni lah waktu nak berborak dengan ahli keluarga pun,

aku cukup bersyukur rumahku yang dekat dengan family sebelah ayahku menjadikan aku jarang mengabaikan aktiviti bersama keluarga.rumahku dan rumah sepupuku ni pun 10 minit je...malah aku dapat mempositifkan keberadaanku dengan mereka jika dibandingkan sepupuku muhammad yang aktif dalam manhaj yang hampir sama,tapi duduk jauh di kl,bisalah para ikhwah bila sibuk berprogram memang akan terpaksa menguris sedikit hati family yang turut ada program-(nikah,perjumpaan keluarga dll),prinsip kami tetap dakwah no 1,tapi family bukan no2...bila sibuk sangat dakwh kena fitnah macam-macam....takpe aku yang dekat biasanya akan bakup balik muhhmad tu...

ok nak cerita pasal kisah sahabat yang hebat, ikhlas dan bersungguh demi islam,hayati kisah dibawah:

TELADAN SIRAH

Suatu ketika, seorang Arab Badwi datang kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, beliau beriman dan kemudian mengikut Baginda berhijrah ke Madinah. Di dalam satu peperangan, Baginda memperolehi rampasan harta seorang wanita lalu diberikan kepada Arab Badwi itu.

“Apa ini?” tanya lelaki itu.

“Aku membahagikannya untukmu,” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Bukan untuk ini aku mengikutmu. Apa yang aku inginkan adalah sekiranya aku menjadi sasaran anak panah ke sini – sambil menunjukkan lehernya – lalu aku mati dan masuk Syurga!” jawab lelaki itu.

“Jika kamu jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu!” balas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Di dalam satu peperangan yang lain, lelaki itu terbunuh.

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam memeriksanya dan mendapati lelaki itu terbunuh kerana terkena anak panah di tempat yang ditunjuk itu.

“Apakah ini dia orangnya?” tanya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Benar,” jawab para sahabat yang lain.

“Jika kamu benar-benar jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara terhadap lelaki itu.

Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengkafan lelaki itu dengan jubahnya, meletakkannya, dan mengerjakan solat ke atas jenazah lelaki itu dan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Ya Allah, hamba-Mu ini keluar untuk berhijrah di jalan-Mu lalu dia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi ke atasnya”

Kisah yang dirakamkan dalam riwayat oleh an-Nasa’ie dengan isnad yang sahih.

semalam pula semasa di selangor aku sempat mendengar cerita ikhwah utm yang menghadiri daurah di uitm shah alam,ada seorang ikhwah yang dulunya di uitm sarawak yang turut menghadiri daurah tersebut dalam keadaan yang amat menyulitkan,dia baru kecelakaan teruk sehingga dikatakan "patah bahunya".yang hendak diceritakan disini adalah bagaimana dia boleh bersungguh menghadiri program dakwah,kemudan pergi hospital semula sebelum balik rumah,

subhanaALlah,semoga Allah melahirkan lebih banyak rijal yang bersungguh dalam dakwah sepertinya,

akhi ana cintai antum di jalan dakwah ini.

ya Allah lahikan ramai mujahidin dakwah dari pasentrent uitm seperti satu ketika dahulu.

Monday, February 1, 2010

kita tidak akan pernah "give up".

bsimilah Ar-rahman dan Rahim

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.(2:154)

berikut,adalah berita syahid seorang pejuang yang terbilang,

kita katakan :kematiannya akan diganti oleh 1000 yang sama quality dengan nya.

YA,Allah siapkan aku sebagai salah seorang darinya..

sumber berita dibawah:http://www.dakwatuna.com/2010/israel-bunuh-pendiri-al-qassam/

Israel Bunuh Pendiri Al-Qassam
Alam Islami
31/1/2010 | 13 Shafar 1431 H | Hits: 273
Oleh: Tim dakwatuna.com

dakwatuna.com – Gaza-, Brigade izzuddin Al-Qossam, sayap militer gerakan perlawanan Islam Hamas mengangap Zionis Israel bertanggung jawab atas kematian pendiri Al-qossam, Muhamamd Mabhuh.

Dalam pernyataan tertulisnya yang dilansir infopalestina, Jum’at (29/1) Al-Qossam menegaskan, Zionis Israel tidak akan luput dari pembalasan pihaknya. “Kami akan mengunkap hasil penyelidkan atas kematian Al-Sayhid pada saat yang tepat.”
Sebelumnya, anggota biro politik Hamas, Ezat Al-Rasyiq menegaskan, Zionis telah melancarkan kejahatannya dengan membunuh komandan Al-Qossam, Mahmud Mabhuh di Dubai, Uni Emirat, Rabu (20/1). Ia menegaskan: “Darah para syuhada tidak akan tertumpah sia-sia, akan menjadi laknat bagi Zionis.”

Dalam pernyataan khususnya kepada infopalestina, Kamis (28/1) Ia mengatakan, jasad al-Syahid tiba di Syuriah Kamis sore. Ia akan disemayamkan setelah shalat Jum’at (29/1) hari ini.

Anggota biro politik ini mengungkapkan, penyelidikan terhadap kasus terbunuhnya Mabhuh masih terus dilakukan bekerja sama antara pihak-pihak terkait di Dubai, untuk mengungkap dalang serta motif kejahatan ini.

Komandan al-Syahid, Mahmud Mabhuh adalah pendiri brigade Izzuddin Al-Qossam, sayap militer gerakan Hamas. Ia pernah menawan dua serdadu Zionis, Elan Sa’dun dan Evi Saportz untuk ditukar dengan tawanan Palestina. Ia pun mempunyai peran besar dalam mendukung perlawanan dan mujahidin. (asy/ip)