Thursday, February 25, 2010

Perarakan maulid nabi keluarga ku tahun ini..

bismilah,

Tadi semasa sarapan dengan ahli keluargaku,kami berborak mengenai perarakan maulid nabi.Tidak seorangpun dari kami menyertai perarakan yang diadakan,bukan tanda tidak cintakan nabi tapi kami punya aktiviti sunnah nabi yang peting juga iaitu "gotong-royong keluarga" membersihkan rumah di pagi ini.

sekarang aku tengah rehat mengadap netbok ku,

teringat tadi kata adiku yang tahfiz:

"kat Sabah dulu,din pernah ikut perarakan maulid nabi ni",kata adiku.

"Abg Aman pun pernah,2 kali tak silap,sebab uitm memang sentiasa hantar wakil".balasku

"Ya kat sabah memang khas perlu dibuat jika dibandingkan dengan negeri-negeri semenenanjung yang lain,Ayah pun pernah ikut,malah kat Kl pun masih buat.cuma lepas perarakan maulid tu, selawat atas nabi sakan hari tu sama banyak dengan mengurat perempuan ",tambah ayahku.

kemudian kami senyum dan ketawa mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut ayah itu.

bukan untuk mempertikaikan kebaikan berarak,cuma perlu diperingat.jangan sampai bermaksiat.

juga satu nasihat yang baik dari ayahku tadi, yang ada sedikit berbau politik,

"manusia ni ada yang tidak mahu menghidupkan sunnah dan syariat islam pada setiap hari-hari selain hari maulid nabi,tetapi pada hari-hari tertentu dia hero yang menononjol mahu benar menghidukan sunnah nabi"...

Apa pun , mari hidupkan kehidupan selepas hari ini dengan sunnah-sunnah nabi,

teruskan membaca dailog dibawah yang mengandungi maksud yang cukup baik

.................................................................................

Erti Kedatangan 12 Rabi’ ul-Awwal

Sejurus selepas kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Abu Bakr mengajak Umar, “ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman”.

Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.

“Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam?” Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.


Lantas beliau berkata, “Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi… aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT… buat selama-lamanya…”

Tersentak Abu Bakr dan Umar… lantas mereka berdua turut menangisi hakikat kewafatan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pada waktu Dhuha di sore Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun ke-11H tersebut. Tiada lagi wahyu… dan moga Ummah ini dikurniakan Allah upaya hidup pada tiada lagi seorang Nabi, pembimbing jalan, pengubat lara hati… terutamanya pada hari-hari yang penuh derita ini.

Wa Shallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi wa ‘ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera, ‘Adada Maa Ahaata Bihi ‘Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh!

- petikan al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir [juzuk 5 / 273 - 275]

ANTARA TAWA DAN HIBA

Jamuan
Kemeriahan
Perarakan
Kegembiraan
Cuti dan kerehatan
Hakikatnya 12 Rabi’ul Awwal yang diraikan
Tiada pasti benarkah itu tarikh kelahiran
Insan mulia Nabi Junjungan
Namun tercatat oleh sebuah kepastian
Ia tarikh sebuah kematian
Pemergian yang tiada kepulangan
Kembalinya Muhammad kepada Tuhan
Kekasih Tinggi Baginda yang Rahman

Fee al-Rafeeq al-A’laa
Fee al-Rafeeq al-A’laa
….

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
12 Rabi’ ul-Awwal 1431H
68000 Kuala Lumpur

1 comment:

  1. insyaAllah akhi,
    mari kita hidupkan sunnah nabi dalam berukhuwah..

    ReplyDelete