Sunday, February 14, 2010

kesungguhan

bismilah Ar-rahman dan rahim,

alhamdulilah aku masih hidup,

sekarang tengah mengadap tv kat ummah sepupu ku,tengok bola bolt vs tott minit 72:46 dah dangan mata 1-0,

sambil menaip dengan net bookku,
sambil juga layan bola dengan sepupu ku,
mereka sorak aku senyum melihat mereka,tambah-tambah sikit,complain macam biasalah,penonton bola...

sebenarnya aku bukanlah seorang yang minat bola mana,tengok tv pun jarang,

tujuan datang ni pun untuk silaturahim je,malah semoga dapat memberikan gambaran positif kepada ku yang jarang datang aktiviti keluarga,....bisalah alasan biasa ,kerapa sibuk waktu cuti dan ujung minggu dengan ... sibuk program dakwah,alhamdulilah ramai yang paham....kebetulan malam ni free,cuma siang tadi daurah dengan ikhwah penang,

kat ....ummah sepupu sebab esok akan ada majlis akad nikah sepupuku ,biasalah semua ahli keluarga terdekat sudah berhimpun untuk membantu,ni lah waktu nak berborak dengan ahli keluarga pun,

aku cukup bersyukur rumahku yang dekat dengan family sebelah ayahku menjadikan aku jarang mengabaikan aktiviti bersama keluarga.rumahku dan rumah sepupuku ni pun 10 minit je...malah aku dapat mempositifkan keberadaanku dengan mereka jika dibandingkan sepupuku muhammad yang aktif dalam manhaj yang hampir sama,tapi duduk jauh di kl,bisalah para ikhwah bila sibuk berprogram memang akan terpaksa menguris sedikit hati family yang turut ada program-(nikah,perjumpaan keluarga dll),prinsip kami tetap dakwah no 1,tapi family bukan no2...bila sibuk sangat dakwh kena fitnah macam-macam....takpe aku yang dekat biasanya akan bakup balik muhhmad tu...

ok nak cerita pasal kisah sahabat yang hebat, ikhlas dan bersungguh demi islam,hayati kisah dibawah:

TELADAN SIRAH

Suatu ketika, seorang Arab Badwi datang kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, beliau beriman dan kemudian mengikut Baginda berhijrah ke Madinah. Di dalam satu peperangan, Baginda memperolehi rampasan harta seorang wanita lalu diberikan kepada Arab Badwi itu.

“Apa ini?” tanya lelaki itu.

“Aku membahagikannya untukmu,” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Bukan untuk ini aku mengikutmu. Apa yang aku inginkan adalah sekiranya aku menjadi sasaran anak panah ke sini – sambil menunjukkan lehernya – lalu aku mati dan masuk Syurga!” jawab lelaki itu.

“Jika kamu jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu!” balas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Di dalam satu peperangan yang lain, lelaki itu terbunuh.

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam memeriksanya dan mendapati lelaki itu terbunuh kerana terkena anak panah di tempat yang ditunjuk itu.

“Apakah ini dia orangnya?” tanya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Benar,” jawab para sahabat yang lain.

“Jika kamu benar-benar jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara terhadap lelaki itu.

Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengkafan lelaki itu dengan jubahnya, meletakkannya, dan mengerjakan solat ke atas jenazah lelaki itu dan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Ya Allah, hamba-Mu ini keluar untuk berhijrah di jalan-Mu lalu dia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi ke atasnya”

Kisah yang dirakamkan dalam riwayat oleh an-Nasa’ie dengan isnad yang sahih.

semalam pula semasa di selangor aku sempat mendengar cerita ikhwah utm yang menghadiri daurah di uitm shah alam,ada seorang ikhwah yang dulunya di uitm sarawak yang turut menghadiri daurah tersebut dalam keadaan yang amat menyulitkan,dia baru kecelakaan teruk sehingga dikatakan "patah bahunya".yang hendak diceritakan disini adalah bagaimana dia boleh bersungguh menghadiri program dakwah,kemudan pergi hospital semula sebelum balik rumah,

subhanaALlah,semoga Allah melahirkan lebih banyak rijal yang bersungguh dalam dakwah sepertinya,

akhi ana cintai antum di jalan dakwah ini.

ya Allah lahikan ramai mujahidin dakwah dari pasentrent uitm seperti satu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment