Bismilah Ar-Rahman dan Rahim.
5 pm,28 feb 2010.(dalam bus ke Pudu).
Setelah selesai sesi bergambar di kawasan pelamin dengan bidadari piliha-nya ,dia keluar dari ruang beranda rumah mertuanya itu dengan senyuman bahagia. Senyuman bahagia apabila melihat ikhwah-nya di perkarangan rumah dan mengucapankan ;
“Terima kasih kepada semua ikhwah yang datang ke walimah ana hari ini”.
Mataku dan para ikhwah memberi tumpuan kepadanya .Ada yang membalas ,Ah takpe perkara kecil je,juga yang membalas dengan senyuman penuh rindu,senyuman gembira dan ada juga seperti diriku yang bersenyum tumpang gembira ditambah dengan sedikit cemburu kepada raja sehari yang berpakaian warna diraja itu.
Hampir setiap zon dari seluruh Malaysia menghantar wakil bagi memenuhi undangan ikhwah tercinta itu.Semuanya datang tanpa paksaan sesiapa melainkan paksaan iman ukhwah islamiah yang mendalam .Kehadiranku juga tanpa aku rancang kerana asalnya ada satu perkemehan yang perlu dihadiri,tapi kemudian ditanggungkah.Sepertinya Allah tahu kerinduanku untuk berjumpa Zikri lebih awal. Ikut rancangan asal aku akan ke rumah zikri bulan 3 nanti,bukan hadir rumah isterinya di Pahang ini.Tapi itu lah perancanaan Allah atas hamba-hambanya. Alhamdulilah .
“Barakahufi’kum,akhi”ucapku kepada zikir sambil tangan kanan kami menyalam erat dan mula memeluknya .
“Afuan akh,atas segala kesilapan ana dan perselisihan kita !,”bisik zikri saat pipi kanan kami bersentuhan .
“Ha ! kesilapan anta ?”bisik hatiku,
“ana,begitu juga,akh”balasku berbisik secara automatik tanpa memikir panjang ketika pipi kiri kami bertemu.
Kemudain kami saling berpandangan penuh rindu….dan saat itu juga aku sedikit keliru atas minta maafnya tadi,untuk apa?.Sedangkan kami rasanya tidak pernah ada masalah melainkan peng-abaian perasaan ukhwah yang sudah tidak bertemu dalam program melebihi 4 bulan.Mungkin minta maafnya atas ukhwah dengan ku yang dia rasakan sedikit renggang atas isu yang berlaku 5 bulan lepas.Ah,kalau itu, maka yang seharusnya minta maaf adalah aku dahulu ,ternyata senseviti ukhwahnya lebih tinggi.
Kemudian aku melepaskanya bagi menjumpai ikhwah lain dan melepaskan kerinduan.
“Akh,afuan ana tak dapat ke walimah Kelantan.(walimah 13 mac 2010) ,.”Ucapku kembali kepada Zikri apabila dia telah kelihatan selesai bersalam dengan ikhwah yang lain.
“Takpe akh,takde maslah,dan bukankah hari ini anta ada program?”balasnya ,
“Oh. minggu ni takde .Cuma yang minggu next ada dan masa walimah anta kat Kelantan ana ada program lain,sebab tu ana datang hari ini.” balasku.
“Ok,takpe dan tadi,Abu muhamad ada memberitahu kehadiran antum dan dia telah berborak dengan antum kan?.”,katanya lagi,
“Ha,Ya. tadi kami ,rindu juga lama tak berjumpa dia ”.balasku.
Kemudian kami berborak ,tak sampai 10 minit rasanya kerana azan zohor dan terpaksa berangakat pulang dengan ikhwah yang aku tumpang keretanya.
Masaku yang suntuk dan kesibukan pengantin menyebabkan perbulaan kami tak mampu melepaskan rindu masing-masing.
Aku menaiki bas malam tadi ,bertemu dengan para ikhwah lain di masjid Berserah dahulu sebelum bersama-sama tiba di walimah zikir dalam jam 12.30.Hampir sejam lepak,dan makan makanan kenduri hari ini . Asalnya , sampai sahaja terus menuju ke tempat pengantin bersanding , tapi tak sempat bertegur dengan Zikir kerana ramai yang sedang mengerumun kawasan beranda yang menjadi tempat pelamin , pengantin pula sedang sibuk memposisikan diri di pelamin dan kosentrasi mereka juga pada juru kemera.Maka perut yang dah berbunyi ini dipenuhi dulu .Setelah tu baru bersapa dengan pasangan bertuah zikir dan Juaini itu.Pasangan Ikhwah wa akhwat yang akan melahirkan ramai mujahidin mujhaidah yang aku yakin , akan mewarisi kesungguhan dakwah ibu bapa mereka dan menegakan agama Allah di muka bumi ini kelak.
Alhamdulilah, semoga Allah memberkahi pernikahan kalian,ya akhi wa ukhti yang ana cintai kerana Allah.
Terigat la pula gurauan Abu Muhamad ,….tadi , waktu kami bersapa dan berpelukan erat di masjid Berserah ;
“Ha! kedatangan anta ni pasti mahu minta barakah ni.Anta bila nye lagi?,sapa beliau dengan nada bergurau seperti biasa dan bertanyakan soalan yang killer itu.
Tidak aku gurauan balas dariku atau jawaban pasti soalanya kerana tumpuanku saat itu, sangat rindu yang dah lama tak berjumpa-nya,maka aku memeluknya cukup erat …..
Yang hanya mampu aku kata-kan ; "Akhi , doakan ana!" .
PS:Masjid Berserah malam tadi juga menyaksikan Dr Asri diusir dari berkuliah di situ,Kisah Dr Asri itu satu tragis yang menjadi perbualan para ikhwah sebelum balik,pasti juga akan di ceritakan dalam webnya kelak.
Kisah nikah pengantin ideal,zikir dan Juaini boleh di update di blog Akh Zikri, http://satuummah.blogspot.com dan siapa yang lapang boleh pergi ke walimah ke 2 mereka di bumi tok guru , Kelantan. (nampaknya rezekiku untuk bersilaturahim di rumah zikri dan lepas rinduku kepada bumi Kelantan yang aku tinggalkan kali terakhir masa darjah 5 tak ke-sampaian dalam masa terdekat ini.InsyaAllah lain kesempatan.)
syukran akhi atas coretan mu ke walimahku di beserah yang lepas.
ReplyDeletemoga Allah menguatkan ukhuwah kita
bertemu dan berpisah kerana Allah.