Petang Ramadan 1431H,taman ku digemparkan dengan kehadiran seorang cina tua yang berseluar pendek dan berselipar jepun .Beliau menaiki sebuah motosikal usang dengan anak kecil yang mungkin cucunya.Dia singgah di rumah Cikgu Razi yang berhadapan rumahku bagi mencari satu alamat di taman kami.Tujuannya ke alamat rumah itu bagi mengembalikan wallet (dompet) yang dijumpai.Yang membuatkan kami terkejut adalah duit dalam dompet tersebut tak lesap sesen pun bila empunya dompet memaklumkan kepada cikgu Razi.
SubhanaAllah,begitu baik cina tua yang menyembah patung buatan manusia yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun. Kenapa sahaja dia tak ambil duit sikit dan bagilah alasan dia jumpa dompet tanpa duit?atau lagi kejam hantar ic dalam bentuk surat ke alamat empunyanya?.Dari mana datangnya dorongan untuk bersusah payah cari alamat empunya dompet itu?
"kalau orang melayu yang jumpa boleh jadi yang sampai hanyalah ic sahaja.Cuba tengok sahaja dalam bulan Ramadan ni,anak cikgu mat yang dipukau,kemudian dikebasnya handphone dan jam tangannya,jelas budak melayu yang buat" kata ayahku yang bersangka buruk kepada orang melayu islam sambil menceritakan kisah benar anak jiran kami yang dirompak tu.
Ada betul kata ayahku,walaupun bukanlah boleh dipukul rata semua melayu macam tu.Semakin banyak orang melayu yang katanya beragama islam dan menyembah tuhan satu yang esa, tetapi berakhlak lebih buruk dari yang bukan islam.Memalukan islam betul.
Mengapa mereka tidak layak ke syurga?
Dalam satu program explorace islamik anjuran pusat islam uitm Sabah,ada seorang freshi(pelajar junior semester pertama uitm)muslimah,bertanyakan soalan kepada ku. Waktu itu aku adalah salah sorang ajk pusat islam yang ditugaskan menjaga salah satu check point.
"Abang , saya ada satu soalan: saya ada seorang kawan sebilik non muslim yang sangat baik peribadi dan perangainya,adakah dia akan masuk syurga?,jika dia tak dapat masuk syurga ,kenapa dia tak dapat masuk syurga? sedangkan dia sangat baik." soal freshie tu bersunguh-sungguh.
"alamak payah juga nak jawab soalan ni.silap jawab,masalah lain jadinya" kata hatiku.
Aku menarik nafas panjang dan cuba memberikan jawapan:(jujurnya tak ingat ayatku sendiri 100%.masa tu aku belum buat dairy peribadi lagi.Insyallah point pentingnya masih ingat,peristiwa ni lebih 3 tahun lepas.)
"adik,agama yang hanya di iktiraf disisi Allah hanyalah islam,al-quran telah menyatakan hal itu secara pasti.maka agama lain tidaklah diterima oleh Allah swt.Jadi tidak ada penganut agama lain yang akan ke syurga. " kata ku ringkas
"tapi bang dia sangat baik,lebih baik dari orang islam sendiri.tak-kan ke neraka pulak bang? "soalnya tak puas hati.
"jika adik sayangkan dia,hanya ada satu jalan untuknya,islam kan nya " balasku ringkas.
kemudian aku nasihati dia agar baiki keislaman diri sendiri,dakwahi kawan baiknya itu penuh hikmah,dan sila rujuk kakak-kakak ajk pusat islam untuk membantu.
Kebaikan yang menjadi debu.
Satu hakikat pahit yang harus diterima semua pihak,Seakan-akan mengatakan Allah swt tidak adil walaupun hebat gila kebaikan yang dilakukan oleh mana-mana non muslim. Malah orang islam jahil juga akan mudah menyalahkan Allah atas ketetapanya yang termaktub dalam Al-quran-Nya .Hakikat itu adalah "Semua amal kebaikan yang dilakukan oleh non muslim tidak akan memberikan sedikit manfaatpun buat mereka di akhirat nanti".
Allah merakamkan dengan jelas dalam kitab-Nya yang terakhir,terlengkap dan paling sempurna dari kitab-kitab yang lain:
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.(Al-Furqan:23)
Allah tidak menerima kebaikan mereka hanyalah kerana akidah atau kepercayaan mereka yang terpesong dalam erti "mengenal dan menyembah " tuhan.Perbuatan mereka yang mengatakan ada tuhan yang lain,tuhan anak,tuhan bapak atau apa saja nama tuhannya, membawa kepada istilah mensyiriakan Allah.(syirik = mengatakan ada sembahan selain Allah):
Allah azzawajala menegaskan hal ini tanpa sebarang kompromi:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya(syirik) dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh(An-Nisa:116)
Allah juga menceritan perangai mereka (ahli kitab) yang sebelum ini beriman dengan kitab dan rasul yang diutus-Nya,tetapi tidak mahu beriman dengan kitab Allah yang terakhir beserta rasul terakhir(Muhammad saw) yang diutuskan bersama kitab tersebut:
Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.(al-Baqarah:89)
Dengan ini jelaslah kepada seluruh isi langi dan bumi tentang ketegasan Allah di akhirat nanti terhadap orang "selain islam" walaupun mereka mendapat anugerah genius record sebagai " manusia terbaik " di bumi ini.
Betapa malang-Nya keadaan "non muslim baik itu" di akhirat nanti.Lalu siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini.? mereka ? Allah ? atau kita ? Atau kita tidak perlu memcari siapa yang salah dalam hal ini,tetapi mencari penyelesaian segera , agar kawan non muslim kita yang baik itu bersama kita menikmati syurga yang maha luas nanti.Apakah penyelesaianya ? Siapakah yang harus menjadi kunci atau penyelamat dalam misi ini?
Dimanakah kuncinya?
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Ali-Imran:18)
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.(Ali-Imran:19)
Ketahuilah seluruh Muslim yang mengatakan beriman kepada Allah azzawajala,Anda telah diberikan satu-satunya agama yang di redai oleh Allah dan Allah juga bertegas menolak agama selain agama yang dianuti oleh seorang muslim (islam).
Maka kunci bagi membantu agama-agama lain yang tidak diredai Allah agar kembali kepada agama Allah HANYA-lah terletak PADA Anda! yang mengatakan diri anda beriman kepada Allah dan mengiktiraf Muhammad saw sebagai hamba serta rasul-Nya .
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.(3:110).
Majority ulamak setuju atas asas dakwah yang tidak boleh lari dari menyuruh berbuat segala perkara yang baik , melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)dan mengajak beriman kepada Allah.
Walau apa pun,dakwah itu tidak hanya bergantung kepada kekutan lisan yang fasih dan hujah yang mantap sahaja.Allah membuktikan dengan Nabi Musa yang tidak fasih lisannya dan meminta bantuan saudaranya Nabi harun bagi membantu dakwahnya.Hakikat keberkesanan dakwah seorang muslim lebih bergantung kepada "Amal yang berbicara".Seorang muslim yang bisu pun boleh menjadi asbab keislaman seorang non muslim hanya dengan perbuatan dan akhlak terpuji yang ditujukan olehnya.
Maka tidak ada penyelesaian lain melainkan "sebuah dakwah".
Jika kita sayang kawan kita non muslim yang berakhlak baik dan mahukan dia mendapat syurga.Dakwahilah dia.
Jika kita sayang uncle Ah chong yang baik hati , mengembalikan dompet kita yang hilang maka dakwahlah dia.Atau minimanya doakan dia mendapat hidayah.
Dalam keadaan tersiksa pun nabi Muhammad saw mencontohkan akhlak yang sangat terpuji.
Buktinya,berkata Abdullah bin Mas’ud:
“Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: “Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jika kita sayang bangsa melayu kita yang katanya telah dilahirkan dengan nama islam tapi perangai lebih buruk dari kawan kita yang bukan islam,maka dakwahilah bangsa melayu kita.
Hal mengembalikan orang islam yang lahir secara warisan dari rahim ibu-nenak-moyang islam tetapi jahil atau zero islam , lebih diutamakan oleh ramai ulamak daripada mendakwahi kawan kita yang non muslim.Ini kerana orang islam yang jahil lebih mudah menerima islam daripada non muslim yang jelas di luar daerah islam.Iman Hasan Al-Bana mengatakan:"Ambilah buah yang lebih dekat".Buah tersebut di ertikan sebagai objek dakwah yang ingin kita dakwahi.
Dengan ilmu yang sedikit aku berpesan kepada diri sendiri agar berusaha menjadi pendakwah.Sungguh malu mahu mengistihar diri sebagai pendakwah.Cukuplah diri ku dikenali "orang yang baru belajar dakwah".Berikut adalah pesan untuk diriku yang merupakan sorang muslim yang menyedari amanah dakwah yang dipikulku penuh rela:
1.Berdakwah HANYA kepada Allah dengan hujah yang nyata(Al-Quran & Sunnah).
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”(12:108).
2.Jangan sekali-kali melupakan hikmah dalam berdakwah.
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk(16:125)
3.Jangan berlaku tidak adil kepada sesiapapun.
Yang baik dikatan baik,yang jahat katakan jahat.
Jika ada kebaikan yang dilakukan oleh seorang non muslim,apakah jawapan kita kepada dia?
"Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." (Al-Mumtahanah : 8)
dalam ayat yang lain,Allah berfirman:
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).
Jika uncel ah chong yang baik hati mengembalikan dompet kita yang hilang,ucapkanlah minima "terima kasih" sebagai berlaku adil dan menghargai kebaikan yang dilakukannya.Sangatlah tidak wajar jika kita tidak membalas dengan ucapan "terima kasih" atau membalas dengan ucapan yang memeberi maksud sebaliknya hanya kerana kita mengetahui pengakhiran kebaikan yang dilakukan oleh uncel Ah Chong adalah sia-sia.
Mungkin ucapan ringkas dibawah boleh dijadikan cotoh:
"terima kasih uncel,uncel orang yang baik kerana mengembalikan dompet saya,semoga tuhan memberi petunjuk kepada Uncel".kata kita penuh ikhlas.
"Tuhan dan agama saya telahpun memberi petujuk kepada saya untuk membuat perkara baik ini(mengembalikan dompet ini)." balas Uncel Ah Chong selamba yang mahu memberi massage kepada kita yang dia sudah berada di atas jalan kebenaran.
"ok begitu, agama uncel dan tuhan uncel baik.Semoga tuhan memberi ganjaran yang banyak kepada uncel".doa hidayah kita lagi.(Perkataan ganjaran disitu hanya diertikan sebagai hidayah kepada islam.)
Minima kita menutupi peristiwa itu dengan."tapi sayang kebaikan uncel Ah Chong adalah sia-sia di sisi islam ,melainkan uncel itu bersama islam.Ya Allah berikanlah hidayah kepada uncel itu" doa hati kita penuh harap.
Atau yang ter-baiknya adalah mulakan perbicaraan mengenai ketuhanan atau erti kata lain berdailoglah dengan kawan non muslim tersebut agar dia mengenal islam.Tetapi hal ini sangat memerlukan sedikit keberanian dan ilmu.Banyakkan membaca buku perbezaan agama seperti buku himpunan dailog Ahmed Deddat atau Dr Zakir Naik dan jangan pernah segan untuk berjumpa ustaz-ustaz yang ada ilmu perbandingan agama(Comparative Religion) untuk membantu.
Apa yang penting untuk dijadikan iktibar buat saya dan seluruh muslim diluar sana adalah:" Bersyukur dan takutlah kepada Allah yang telah memberikan islam kepada kita,malulah depan Allah atas akhlak kita yang buruk dari kawan kita yang non muslim."
PS:nama Ah Chong bukanlah nama sebenar bagi menunjukan dia non muslim.
No comments:
Post a Comment