mari kita duduk untuk beriman sesaat(kata muadz bin jabal ra kepada shabatnya)
mari kita beriman sesaat;sesungguhnya hati itu berbolak baliknya lebih cepat dari berbolak baliknya air yang mendidih(kata Ibnu Rawahah kepada Abu Dardar ra)
Aku pernah tersentuh apabila ada seorang sahabat mentadaburkan 10 ayat permulaan dari surah As-syam.Jadi inginku kongsi disini kerana terlalu sarat pengajaran yang boleh menjernehkan niat kerana Allah swt dan memuhasabahkan kita yang kerap lupa.
Bermula dengan Allah Al-khaliq (maha pencipta) memperingatkan kita yang dia adalah pencipta Alam yang mengkagumkan ini sehinggalah kepada urusan makhuk kerdil “teruji” yang dinamakan insan (manusia).
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا
dan bulan apabila mengiringinya,
وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا
dan siang apabila menampakkannya,
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا
dan malam apabila menutupinya ,
وَالسَّمَاء وَمَا بَنَاهَا
dan langit serta pembinaannya,
وَالْأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا
dan bumi serta penghamparannya,
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Keadilan dan kejelasan dari Allah azawajala yang menerangkan hati insan ( manusia ) sentiasa diberi pilihan antara dua jalan dalam membuat keputusan.Tiada paksaan dalam memilih jalan ( membuat keputusan).Semuanya terserah kepada empunya badan ,jalan baik atau jalan salah .Hati yang baik belum tentu mewariskan keturunan hati yang baik.Sebaliknya juga .
Ayat diatas turut melambangkan islamlah agama yang paling merdeka “freedom” dalam membuat keputusan.Jalan takwa(kebaikan) akibatnya ini,jalan fujur(salah) akibatnya itu,sudah jelas.Jadi pilihlah yang mana suka dengan sedia kan diri untuk hasil yang akan diraih.
Pemahaman yang sungguh mudah dari Allah azawajala. Tiada jalan tengah antara dua jalan itu.Tadabur yang mendalam pula boleh memahamkan kita agar dijauhkan dari golongan yang menyangka telah memilih jalan takwa tetapi dirinya tertipu oleh kelemahan ilmu,nafsu dan syaitan yang hakikat pilihanya adalah jalan fujur.Contoh mudah,Si Abu menyatakan ingin menikah dengan Si Minah yang tudung labuh itu dengan alasan mahu kuatkan agama , tetapi rupanya ada niat lain dihati yang melihat keluarga nya yang kaya atau kecantikanya.Begitu juga muslimah tersebut.Maka padanlah mereka.Penampilan agama hanya sebagai topeng. Allah memberikan apa yang hamba-Nya niatkan.
Usah ditanyakan lagi kepada kita yang sanggup berlelah untuk menjadi orang beriman dan mahukan redo Allah azawajala. Pastinya kita akan memilih jalan takwa dalam banyak urusan kita atau kalau boleh mahu bertakwa dalam semua urusan dan sentiasa meminta petunjuk Allah azawajala supaya dijauhkan sejauhnya dari memilih jalan yang fujur (kesalahan) .
Dalam Ayat yang lain pula, Allah swt mengembirakan orang yang memilih jalan takwa dengan menjanjikan Syurga Adn yang mengalir di dalamnya sungai-sungai kenikmatan yang tidak mampu dibayangkan dan akan kekal dalam syurga itu selamanya berserta bonus keredaan Allah swt.
Tetapi hal ini akan kita dapat dengan syarat menjadi sebaik-baik makhluk yang mempunyai 2 ciri-ciri berikut iaitu beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh.
Allah swt berfirman dalam surah al-Baiyinah ,ayat 8 dan 9:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُوْلَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.
جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.
adakah kita sudah kerap memilih jalan takwa? dengan bersyukur dan takut kepada Allah yang keras azabnya?
.....................................................................................
No comments:
Post a Comment