Tuesday, January 31, 2012

HIMPUN pertama Pulau Pinang.


Alhamdulilah , HIMPUN mini jelajah negeri ke-3 yang berlangsung di dewan budi penyayang kepala batas 28 januari lepas berakhir dengan jayanya.

Sebagai salah seorang seketeriat HIMPUN ini , saya melahirkan rasa syukur atas aturan Allah swt yang menjadikan saya terlibat dalam usaha murni ini dari awal meeting gerak kerja sehinggalah akhirnya iaitu posmotem semalam yang pastinya punya banyak pengajaran dan pengalaman berharga .

Jika tiada halangan , kelemahan dan kecuaian tidaklah dinamakan proses tarbiyyah (pendidikan) buat saya dan sahabat-sahabat dalam khandaq (parit) perjuangan Islam . Semoga sahabat-sahabat ngo lain yang akan melaksanakan di tempat lain boleh ambil perhatian muhasabah yang dibuat agar mampu laksankan lebih cemerlang kelak .

Ujian dari ahli keluarga.

Sebelum saya pergi ke HIMPUN itu , saya dikejutkan dengan ucapan salah seorang ahli keluarga terdekat yang mengatakan program ini "laro" apabila melihat logo himpun yang ada pada saya . Saya terus meninggalkan dia dengan ucapan "anda tidak tahu apa-apa". Bukan sebab tidak mahu jelaskan tetapi Rushing ( berkejaran ) ketika itu . Itu bukti salah satu penyakit "politik berpuak" sebahagian ahli keluarga saya . Anda pula bagaimana ?

Apa yang pasti agenda HIMPUN jelas.

Jemputan HIMPUN untuk semua rakyat malaysia amnya dan muslim khususnya tanpa fahaman politik yang perihatin isu kesatuan Islam . Malangnya diluar sana masih banyak penolakan dan pandangan negatif sehinggakan kepada YB politik tertentu yang katanya tidak perlu buat HIMPUN ini kerana mereka telah lebih awal perjuangkan akidah dengan hikmah kepada agama lain melalui meja perbincangan . Bila ditanya kenapa buat demo BERSIH boleh pulak dan tidak mampu sabar berhikmah di meja-meja perbincangan dengan pemerintah ? , Maka terdiam YB tersebut kematian hujah. Itulah siri usaha sms menjemput seorang YB ke Himpun ini . Itu belum ditanya soalan : "Antara berhimpun demi akidah atau berhimpun demi bersihkan pilihanraya , mana lebih penting? , Pasti YB tersebut tidak akan jawab walaupun jawapannya sangat mudah.

Sebagai seorang muslim yang beriman , kita sewajarnya tidak gopoh menilai , bersangka baik dan harus berdoa kepada Allah swt agar HIMPUN ini akan berjaya menjadi satu sejarah fenomena awal kuasa ke tiga atau kesepakatan islam tanpa fahaman politik jika terus konsisten dengan agenda yang dibawa.

Sememangnya Sepakatkan orang islam dan merobohkan tembok parti berpuak bukanlah suatu yang mudah jika masyarakat kita masih tidak adil dalam menilai , menjauhi ilmu dan tidak berusaha menambahkan iman . Bayangkan saja sepakat dalam gerakan atau kelompok islam pun payah , inikan lagi untuk membentuk kesepakatan dalam masyarakat umum.

Berikut adalah sedikit catatan peribadiku bagi menjelaskan beberapa cabaran yang ada . (Bukanlah catatan ini bertujuan mendahului posmortem yang sememangnya lebih bersifat internal dan akan diambil pengajaran oleh rakan-rakan ngo . Tetapi untuk muhasabah diri sendiri dan tindakan apa harus dilakukan oleh kita sebagai peserta yang hadir himpun ini ). Untuk makluman Himpun kali ini mendapat sedikit pujian lebih dan pujian itu sebenarnya buat orang Penang yang dikatakan berkomitmen kerana sangat sedikit meninggalkan tempat duduk (walaupun untuk ke tandas) sehinggalah ke akhir program. Tahniah orang penang.

1.Kebebasan dan keadilan media.

Sakit hati aku membaca dari media UMNO ini :

"Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad."-1-

Bagi saya sangat bahaya tajuk berita tersebut dan perenggang yang saya qoutekan sangat memecah belahkan kita lagi dan bertolak belakang dengan usaha HIMPUN yang murni . Tidak bolehkah mereka adil dalam memberi berita ?. Tiada langsung disentuh apa yang disampaikan oleh Brother Kamarudin perihal pemimpin melayu yang menghalang kedatangan Ahmad Dedat suatu ketika dulu .

Juga sakit hati saya dengan media PKR yang maklumkan kedatangan mulanya pada hari kejadian hanya sekitar 1000 orang sahaja bagi mengambarkan "kegagalan juga" HIMPUN di Pulau Pinang . -2-

Kenapa tidak datang dulu dan tanya apa target kehadiran kami ,dan jumlah tempat duduk yang disediakan.? Kehadiran pada hari kejadian diluar jangkaan. Kerusi yang disediakan 3000 , pihak polis yang hadir berkhidmat katakan jumlah hadir 4500 orang, dan utusan anggarkan 5000 orang . Saya dan beberapa sahabat seketeriat pula ambil langkah lebih selamat , jumlah hadir 4000 orang. Ini telah telah lebih anggaran awal kami iaitu sekitar 3000 orang sahaja.

Itulah perangai media kita. Sampai sekarang mana media yang akan adil dan bebas dari belengu politik dalam memberi laporan ?.

Jika kita inginkan kuasa ke tiga atau kesatuan islam kita juga perlu media kuasa ketiga atau media kesatuan islam.mana?
-media ketiga sekarang adalah kita sendiri yang akan adil membaca berita dari kedua-dua pihak bagi mendapatkan penilaian yang lebih tepat . Kalau keliru dan tidak pasti , tidak payah sebarkan berita itu. Itulah akhlaq seorang muslim.

Firman Allah azzawajala kepada kita agar menyampaikan maklumat atau menyeru orang ramai untuk percaya kepada kita dengan hujah yang kuat:

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata , Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik."(12;108)

Juga firman Allah swt memperingatkan kita jangan mudah percaya kepada sesuatu berita:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (49:6)

Orang yang beriman akan perhatikan manfaat (kebaikan) disebalik kata-katanya , Jika tidak ada , lebih baik diam kan diri :

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

2.Terlepas cakap juga isu Politik.

Kecuaian ini dapat dilihat pada ucapan Dato Hasan Ali .-1-

Teguran tegas akan disampaikan kepada beliau.
Beliau sebenarnya telah ada siri jelajah dengan team dia bagi membawa isu itu , jadi kenapa perlu timbul masa ucapan himpun ini ?, Beliau telah diperingatkan sebelum berucap ,tetapi sifat manusia,yang tidak lari dari kecuaian. Marilah kita bersangka baik anggap beliau tidak sengaja dan harap tidak ulangi dalam HIMPUN yang lain . Mungkin bagi seimbang Brother Kamaruddin yang sedikit juga kritik Pemimpin Melayu (UMNO).

3.Ngo-ngo islam masih banyak tidak mahu ambil bahagian.

Ini juga sangat perlu diberikan perhatian . Hanya kurang lebih 7 ngo yang komit dengan gerak kerja dari awal sehingga akhir.Yang ramainya masa program saja . Kalau ramai terlibat dari awal sampai akhir pasti banyak miscom dapat dielakkan dan kerja lebih lancar . Saya mengharapkan lebih banyak ngo islam lain terlibat pada masa akan datang.

4.Bukan sekadar HIMPUN kosong .

Kepada sesiapa yang hadir , ingat ! ,HIMPUN membawa agenda perjuangan akidah serta kesatuan ummat dan tidak ada gunanya jika himpun sahaja tetapi tidak ada sebarang tindakan susulan.Tidak berguna dan hipokritlah tangisan kita , jika kita balik rumah selepas HIMPUN masih tidak pedulikan akidah , ibadah dan akhlaq kita.

Hidup ini satu perjuangan dan usaha membaiki dari. Ayoh ! mulakan langkah mudah perbaikan dengan tarbiyyah dzatiyah(diri sendiri). Yang tidak solat , mula-mula jinakkan dengan solat,yang jauh dari al-quran gagahi untuk membaca sehari walaupun satu muka surat,yang jarang pergi pengajian ,cari-carilah pengajian ilmu berdekatan anda(tapi tolong elak pengajian ilmu bersalut ceramah politik dan lawak semata-mata)

Sekian sahaja catatan ringkas saya untuk muhasabah bersama.Mata dan tangan saya yang menulisnya.Semoga saya terlebih dahulu laksanakan apa yang saya tuliskan.Amin ya rob.

melayu sepakat islam berdaulat.

LIVE HIMPUN : MALAYSIAKINI KANTOI MENIPU.HANYA 1000 ORANG HADIR HIMPUN.?









Sambutan sangat luar biasa sehinggakan ramai puak puak yang tidak mahu umat Islam bersatu dan duduk dibawah satu bumbung cuba mempertikaikan perhimpunan ini. Jumlah kehadiran dinafikan supaya tidak mendapat perhatian.-3-



















gambar atas:Dalam dewan. Anggaran kerusi asal 800,tetapi telah ditambah dan termasuk yang berdiri jumlahnya dijangka 1000 lebih .Luar dewan pula kehadiran dijangka lebih 3000 orang.

Rujukan:

-1-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

-2-Himpun's 'one million people' rally comes to Penang. http://www.malaysiakini.com/news/187132

-3-http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/01/live-himpun-anwar-bengang-dengan-pas.html



Sunday, January 29, 2012

Sepakat dalam amal islami.

“ Abang, senior persatuan A secara tiba-tiba ambil alih majlis bacaan tafsir kami ” adu seorang junior persatuan B.

“Jadi apa tindakan antum”? tanyaku.

“ memang tergangu jadual yang telah diatur,tapi takpe, dia (senior persatuan A) bukan buat setiap hari . Kami tetap akan teruskan ” balas junior persatuan B .

“ Bagus ! Itulah semangat yang perlu ada pada seorang ikhwah . Ada cadangan dari yang lain?” tanyaku kepada beberapa adik junior persatuan B lain yang turut bersama.

“ Hari pertama dan kedua , senior tu buat cara tazkirah je tanpa rujukan buku, tapi mungkin kerana dia tengok kita ada buku, jadi dia ada bawa buku , bukunya adalah hadis pilihan ” jawab seorang lagi junior persatuan B.

“ Emm ! Kalau begitu …..apa kata antum bincang dengan senior tersebut , hari apa yang dia nak ambil alih , supaya kita boleh atur jadual bertugas semula . Sebagai wakil persatuan B, Antum akan baca buku tafsir. Dia pula wakil persatuan A baca buku hadis . Ini kita namakan synergy (saling melengkapi) dan kerjasama. Jadi , tidak perlulah buat kelompok majlis ilmu lain pada waktu yang sama . Jika senior persatuan A yang telah kurang beradab (sebab perangai ambi alih tanpa izin ) tidak boleh kerjasama dan komitmen dengan jadul , kita sediakan juga ikhwah yang tetap akan teruskan pada hari tersebut. ” Jawabku memberikan solusi.

“Em,betul juga.” respon tanda setuju si pemberi muskilah.

“ Pada pengalaman ana , biasanya persatuan A tidak akan bertahan lama jika ada niat yang tidak baik . Kerana memang ada sesetengah persatuan islam yang buat kerja dakwah kerana iri hati melihat kelomok lain yang lebih aktif dalam dakwah . Kita harus sedar , perkara asas amal adalah kefahaman , kesungguhan dan bermanhaj ( ber-system. Dalam kes di atas persatuan B ada rujukan kitab-buku ,ahli-ahli yang komit untuk laksanakan ,berjadul dan ada system pantauan) , bukannya semangat semata-mata . Apa-pun kita bersangka baik dan tidak pernah menutup ruang kerjasama atau saling melengkapi jika ada mana-mana pihak yang ingin bersama menyumbang demi kebaikan islam . Ingat ! biarlah kita antara yang pertama promote sinergi dan kesepakatan . ” tambahku lagi.

Junior-junior persatuan B setuju.

Sepakat dan synergy adalah mudah.

Menerima Ta’adud jemaah-1- ,adalah syarat pertama dalam amal islami . Bukan beramal islam sahaja, malah ingin menjadi manusia yang waras dan rasional pada zaman sekarang , taadud (kepelbagaian) harus diterima oleh mana-mana manusia yang mahu hidup bertamadun.

Saling bersangka baik , tidak dengki dan tidak menghalang amal dakwah persatuan atau kelompok islam lain adalah syarat kedua dalam muamalah sesama muslim .

Jika kita memilih hidup berjemaah dengan sesuatu kelompok , maka janganlah merasakan kelompok kita sahaja yang betul , kumpulan lain salah dan tidak berhak untuk berbeza dengan kelompok kita . Jika jelas berbedanya atas jalan ilmu , sememangnya kita sendiri lemah dan sukar untuk baiki kelemahan kelompok kita itu , maka banyakkan-lah istigfar atas ketidak-syumulan kelompok kita . Malah kita harus bersyukur atas kewujudan sahabat kelompok lain yang telah melaksanakan tanggunjawb tersebut . Bukanlah kita asyik berfikiran sebaliknya seperti paksa mereka join kita, boikot mereka atau berniat tidak baik menganggu activity dakwah mereka .

Bagi mana-mana muslim yang tidak mahu berpersatuan atau berjemaah dalam amal islami, Janganglah berkata : “ Tengok jemaah atau persatuan islam pun ada yang berbeza pandangan sampai bergaduh atau bermasam muka . Semunya berhizib-hizib (berpuak-buak) . Apa cerita ? buat serabut kepala je , lebih baik aku tak join mana-mana kumpulan . Seharusnya dia muhasabah diri: “Aku ni baik sangat ke bersendirian ? apa kekuatan yang ada pada hidupku yang individulistik , suka pilih hidup ikut suka aku atau memilih kelompok yang tidak terorganisasi (walaupun berilmu) , dibandingkan “mereka yang hidup berjemaah secara terorganisasi” ? Sebenarnya adakah aku cemburu dengan mereka ? Aku ni asyik salahkan atau tuding jari kelemahan orang lain atau jemaah islam itu dan ini? Kelemahan aku? tidak pernah aku tengok dan peduli . Bagaimana aku mahu menjadi golongan yang dicintai Allah swt seperti dalam surah 61 atau ke-4 ?, Ya Allah ampunilah aku dan tunjukilah aku jalan kebenaran .”

Syarat ketiga menghidupkan semula masyarakat islam yang unggul adalah mencari titik-titik persamaan , berfikir cara synergy , berusaha mencari jalan win-win dan sepakat dalam hal bukan usul . Inilah syarat penting yang “ boleh jadi mudah atau sebaliknya (sukar) ” dalam misi kita membina jamatul muslimin. Semuanya terpulang kepada “skill perbincangan” dan “hikmah tindakan kita” tanpa mengadai prinsip asas perjuangan yang berteraskan Al-Quran-Sunnah . Apa yang pasti , jika kita cuba memenuhi syarat pertama dan ke -dua terlebih dahulu , pasti jalan lurus atau highway syarat ke tiga ini akan mudah dimasuki.

Memilih kumpulan.

“Abang jika kita keliru jemaah mana yang mahu dipilih , macam mana? ” Tanya seorang junior.

“Tak payah buat pilihan” jawabku selamba.

“Maksud abang” tanya dia semula .

“Akhi, kita buat pilihan atas dasar paham , jelas dan tidak ragu-ragu. Jika ragu , jangan memilih. Dalam jemaah islam begitu juga . Ana secara peribadi lebih suka antum yang junior ini terdedah kepada beberapa kelompok atau jemaah islam sebelum membuat pilihan . Sebagai contoh kita ada kelompok jemaah tabligh , ikutlah mereka seikhlasnya bagi mengenali (sisi kekuatan dan kelemahan) mereka . Kita ada kelompok jemaah islam A ,B,C,D dan macam-macam nama yang guna keadah halaqah ilmu dan dakwah , kita masuk juga . Kemudian kita ada dengar pengajian ilmu dari mana-mana guru atau institute atau pondok , maka kita pergi juga . lepas itu barulah kita buat pilihan mana yang lebih kita cenderung dengan panduan surah yusuf ayat 108 . ” jawabku.

“ Jika kita ada pengalaman dengan beberapa kumpulan islam, kita akan memahami mereka dan tidaklah ghulu (melampau) menceritakan kelemahan mereka kelak dengan lebih cermin diri sendiri sebelum mahu mengata orang lain .” jawabku lagi.

“ Cuma satu sahaja, kelompok ajaran sesat seperti syiah, rasul melayu, kerajaan langit ,anti hadis tarikat sesat dan sewaktu denganya , tolonglah jauhi (tidak perlu ikut untuk cari pengalaman) ” . tambahku lagi.

Masih keliru juga.

Keliru itu adalah ujian kehidupan yang Allah swt berikan kepada setiap hamba-Nya . Hal ini dimulai dengan sifat jiwa manusia yang diceritakan dalam Surah As-Syam ayat ke 8 : " maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya " . Bila ada dua keadaan antara fasik atau takwa dalam diri kita , maka akan ada proses memilih yang terkadang kita "pasti keliru" adakah keputusan kita itu mendekatkan kita dengan takwa atau sebaliknya.

Itulah namanya ujian Allah swt yang dibawa oleh dua agen hebat . Agen pertama bernama nafsu yang salah satu sifatnya menimbulkan angan-angan kosong . Agen paling taiko pula adalah yang kedua iaitu syaitan yang akan menipu kita daripada memilih jalan kebenaran.

Firman Allah swt dalam surah Al-hadid ayat ke 14 : “Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: "Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka menjawab: " Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.

Orang Success (Berjaya) dalam ujian pula adalah yang akan berusaha membuat keputusan keluar dari keraguan yang jelas sifatnya membawa kerugian dengan sentiasa memohon pertolongan Allah swt melalui panduan Al-Quran-Sunnah . Beruntunglah sesiapa yang berjaya memilih jalan ketakwaan seperti diceritakan dalam ayat ke 9 surah As -Syam juga: “ sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu”.

Tetap ragu dengan sebuah kebenaran bukan suatu yang sihat .

Ketahuilah jika kita telah dikhabarkan sebuah kebenaran atau jalan keimanan yang sejelas sinaran matahari , maka kita harus memilihnya . Itulah keputusan yang akan menghindari kita dari konflik keragu-an dan kemaksiatan . Firman Allah swt dalam surah Al-baqarah ayat 147 memperingatkan kita: “ Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu”.

Dalam hidup ini kita sentiasa berhadapan ujian TERPAKSA membuat keputusan . Tidak membuat keputusan biasanya akan melahirkan lebih banyak masalah dan itu juga dinamakan keputusan ( keputusan saya adalah menambah masalah kerana tidak membuat keputusan..:-) .

Dalam Ujian kecil atau besar , keputusan harus dibuat . Dan sudah pastinya kita akan memutuskan berdasarkan apa yang ada pada ilmu dan keyakinan kita . Dalam penghakiman juga , ulamak salaf mengajarkan kita mengukum apa yang zahir (tahu) dari seseorang itu sahaja tanpa buat perangai baca hati.

Begitulah juga dalam memilih dan menghukum mana-mana kumpulan islam . Kita tidak boleh mentomah kumpulan tertentu “ berniat bukan kerana Allah ” kecuali punya dalil yang sangat jelas . Mohonlah hidayah dan pertolongan daripda Allah swt agar kita membuat keputusan terbaik sebelum masuk ke dalam sesebuah jemaah . Jika kelak kita rasa keputusan kita salah , kita buatlah keputusan baru untuk membaiki keputusan yang salah itu.

Janganlah kita tertipu oleh syaitan dengan tidak membuat keputusan untuk bersama mana-mana kelompok islam yang beramal. Keraguan itu memang dari syaitan yang sentiasa membuatkan kita ragu dari mendekatikebenaran.

Mahu tahu kita ditipu oleh syaitan atau tidak? Mudah saja: “ Apabila membuat keputusan dalam isu yang bukan berkitan iman , mudah pulak rasanya.(contoh mudah nak makan apa hari ini?). Tetapi bila masuk bab Iman je , rasa macam-macam alasan dan halangan datang . Contoh paling mudah bila dengar azan.”

Jika kita tidak dapat buat pilihan juga , maka kita akan berada di “ takuk ”atau level bawahan semua kumpulan islam yang kita sertai . Ini bukannya tidak baik , Cuma kita tidaklah dapat realisasikan usaha membina bagunan tersusun kokoh seperti difahami dalam surah 61 ayat ke 4 kerana tidak dapat menyatakan "komitmen" dengan satu perkumpulan .

selain itu , hikmah memilih atau komitmen dengan salah satu kelompok jemaah islam adalah menyenangkan hati dan akal kita dari pertembungan program , konflik "priority walak" , menjauhi dari disangka macam-macam dan mengelakkan pening kepala sendiri daripada memikirkan method dakwah yang berlainan dalam banyak-banyak kumpulan yang kita sertai . Ingat kita bukanlah naruto yang boleh multiply (berpecah menjadi banyak dengan teknik bayangan) atau boleh bela hantu raya yang boleh melahirkan pelanduk dua serupa pada satu-satu masa.

Jadi , apabila kita telah memilih salah satu kelompok , maka kawan-kawan yang dari kelompok yang lain haruslah berlapang dada serta mengimani tiga syarat yang disebutkan sebelum ini bagi hidup dengan penuh ukhwah dan harmoni.

Kayu ukur perjuangan Islam sebenarnya ?


Guruku (gambar diatas) , Al-fadil Ust Fisol Md Isa , Ketua Biro Tarbiyyah ISMA , Alor Setar pernah ditanya soalan:

" DIANTARA PAS, ISMA, IKRAM, ABIM" siapakah pejuang islam sebenar?

Beliau menjawab:

Saya teringat kepada hadis Rasulullah saw yang bermaksud " Rasulullah s.a.w ditanya mengenai seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi kerana taasub, dan seorang lagi kerana riak; yang mana satukah dikira fi sabilillah? Rasulullah s.a.w menjawab: sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi , maka dialah yang berjihad dijalan Allah"

Jelas, ringkas dan padat jawapan Rasulullah s.a.w . Betapa pentingnya keikhlasan dalam menentukan sesuatu perjuangan itu fi sabilillah atau tidak.

Orang yang ikhlas adalah orang yang sentiasa mengharapkan redha dan ganjaran pahala dari Allah semata-mata , oleh itu dia mesti memastikan perjuangannya betul dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka dia sentiasa mengharapkan teguran, nasihat dan bimbingan yang berterusan bagi memastikan apa yang dilakukannya itu betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Saya yakin inilah asas yang paling penting untuk menentukan bahawa perjuangan kita adalah fi sabilillah, walau di parti atau NGO mana pun kita berada.Wallahua'lam.
Bersainglah dengan cara yang sihat.

Berkata hal kumpulan mana yang terbaik ,dan sebenar-benarnya pejuang islam bukanlah suatu perbincangan yang bermanfaat kerana yang hanya mengetahuinya adalah Allah azzawajala .

Apa yang benar menurut kita semua adalah berusaha menapaki jalan perjuangan rasulullah saw dengan panduan ilmu yang telah diberikan oleh Allah swt , ikhlas dan menyumbang berdasarkan kelebihan yang ada . Dan Ilmu yang harus diutamakan adalah dari Al-Quran dan sunnah sebelum mengambil ilmu-ilmu yang lainnya .

Secara peribadinya juga saya telah merentas beberapa jemaah atau kelompok islam dalam amal jamaie, bukanlah niat saya untuk masuk sesuatu jemaah islam demi mengambil manfaat, mencari kelemahannya sahaja dan kemudiannya keluar . Bila saya masuk suatu jemaah saya akan meyakini itulah yang terbaik buat saya ketika itu . Tetapi Aturan Allah swt sangat cantik untuk saya sedar melalui jalan ilmu sehinggalah terkini saya bersama kelompok ISMA .

Gambar atas:logo Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA)

ISMA ini kunci saya ke syurga ? Tidak tertulis dalam Al-Quran dan Hadis .


ISMA hanyalah sebuah wadah(alat) atau medium amal Jamie yang saya yakini setelah melakukan analisis terhadap kelompok yang lain berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada pada saya . Saya sentiasa berharap ISMA mampu menjadi SALAH SATU agen asbab kesatuan muslim dengan membawa agenda perjuangan yang jelas. Adakah ISMA akan sentiasa benar dan terbaik buat saya? Wallahwalam ,marilah sama-sama kita doakan .

kita hanya beramal dan bertindak dengan apa yang kita ketahui.

Jemaah-jemmah islam harus sepakat membina ummah.

Melayu sepakat islam berdaulat .

Alamak , sesiapa yang sensetive istilah melayu akan tuduh saya assobiyah . Saya bukan asobbiyah , Saya hanya menyatakan reality awlawiyat perjuangan sekarang kerana hakikatnya jemaah-jemaah MELAYU ISLAM-lah yang paling banyak di malaysia ini dan merekalah yang paling LIAT SEPAKAT atau berkerjasama untuk menghadapi musuh yang semakin bahaya kini , sebab itulah saya sokong slogan ini. Betul tak? Sila juga baca posting-posting lain saya bagi memahami kenapa saya sokong slogan ini.

Slogan lebih sesuai untuk tulisan kali ini:

JEMAAH-JEMAAH ISLAM SEPAKAT ISLAM BERDAULAT.

Semoga Allah merahmati kita semua,

Islam qabla Jamaah " (fahami islam dulu kemudian fahami jamaah) . Panduan asas kita dalam memilih kelompok atau jemaah islam adalah ini :

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata (Hujah Ilmu-Firstly=Al-Quran Sunnah) , Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." ( surah yusuf :108)

Rujukan:

Ta'adud Jamaah :- http://addinlove.blogspot.com/2011/12/taadud-jemaah.html




Saturday, January 21, 2012

Aktivis Mahasiswa berakidah



Al fadil Ustaz Sarip Bin Adul,YDP ISMA Sabah menulis di status Muka Bukunya:
" Mudah-mudahan rakan FB ku yang begitu kagum dengan tokoh-tokoh tertentu dalam kalangan ahli politik atau bukan , sering membela & memperkatakan ke-elokan mereka , berjuang dibelakang mereka , sanggup berdebat bahasa mempertahankan mereka TELAH mengenali habis hakikat Muhammad SAW, akidah baginda dan sirah perjuangannya , mempertahankan baginda dan ajarannya, banyak bersalawat ke atasnya dan menuruti sunnahnya . KERANA dia-lah satu-satu nya yang dipersaksikan BENAR oleh tuhannya. "
Itulah sedikit nasihat bersama berkaitan kejelasan fikrah dan awlawiyat (keutamaan) tokoh teladan pilihan setiap muslim yang beriman. Bagi seorang Islam , tidak ada tokoh terbaik lain yang wajib kita ikuti kebenarannya dan akan dipertahankan habis-habisan melainkan nabi Muhammad Saw.

Tahukah kita , ahli kitab dahulu lebih kenali nabi kita daripada anak-anak mereka.? Tidak tersindirkah kita yang sepatutnya lebih BERHAK mengenali nabi Muhammad saw daripada anak-anak kita (kelak-bagi yang belum beranak) ?.

Semoga Allah menjadikan kita TAHU dan MAHU meneladani nabi kita terlebih dulu atau di-awlawiyatkan sebelum memilih tokoh-tokoh lain sebagai figure pujaan kita .


Al-fadil Ustaz Sarip Bin Adul yang saya kenali.(gambar di atas)

Al-fadil Ustaz Sarip Bin Adul bukanlah tokoh asing dikalangan "aktivis mahasiswa tarbiyyah" secara amnya atau khusunya di Bumi Dibawah Bayu . Anak kelahiran bumi Kenyalang itu disegani kawan dan lawan . Kini beliau berkhidmat di UMS dan disayangi oleh universitynya sehingga diikat kontrak kerja "agak lama" daripada terlepas ke agensi lain yang dengar khabarnya memberikan tawaran kerja yang lebih lumayan . Semoga dengan masa yang sedikit lama lagi di bumi “Borneo juga ba” menjadikan satu hikmah besar percaturan Allah swt kepada beliau sekeluarga dalam mensantuni mahasiswa atau mad'u ( objek dakwah ) agar sentiasa dilandasan perjuangan Tarbiyyah Islamiyyah .

Saya mengenali beliau pada tahun 2006 , Tahun terakhir Diploma saya di Uitm Sabah . Ketika itu beliau aktif memberi kuliyah mingguan di surau asrama luar kampus UMS-Indah Permai . Beliau terkenal sebagai ustaz tarbawi yang boleh menyelesaikan masalah "cinta islami" di kalangan mahasiswa. Kepetahannya berceramah humor bersulam ilmu menjadikan pengajiannya sentiasa ada pengunjung setia di kalangan mahasiswa . Pernah ada seorang siswi UMS bertanyakan soalan melalui kertas semasa sesi soal jawab . Antara yang saya ingat kurang lebih ayatnya : "... ustaz , jika tidak ada siswa soleh yang mahu nikah dengan saya , saya lamar ustaz sajalah". Ketawa seluruh jemaah surau mendengar muskilah tersebut .

Gerakan mahasiswa pilihan ?

Melihat gelagat mahasiswa yang berdemo-aman isu KUIN beberapa hari lalu mengembalikan memori saya bersama gerakan mahasiswa di Sabah . Terasa mahu menjadi mahasiswa kembali . Terlalu banyak pengalaman-pengalaman indah yang dikutip semasa menjadi mahasiswa dan terasa tidak cukup lagi jiwa muda ini yang sentiasa dahagakan ilmu ,dan perjuangan orang muda.

Tidak saya segelemor Adam atau Safwan yang di nobat sebagai hero mahasiswa sekarang. Tidaklah juga saya mahu berjuang sepopular atau seperti mereka kerana saya punya tafsiran gerakan mahasiswa yang sedikit berlainan dan berperanan dengan cara yang berbeza.

Sejujurnya saya gembira melihat mahasiswa yang berani tampil melihat kepincangan sistem pendidikan kita. Bagus , itulah orang muda yang sentiasa menjadi front line perjuang apa-pun yang telah berjaya dalam lipatan sejarah .

Benarlah kata Sukarno ; “berikan aku 10 pemuda ,akan aku gegarkan dunia”. Itulah potensi yang sentiasa ada pada pemuda dan sesiapa yang memandang rendah pemuda atau mahasiswa pasti akan ditinggalkan.

Jika kita melihat fenomena gerakan mahsiswa "bebas akdemik " baru-baru ini , bukan ramai mahasiswa bersama mereka, tetapi media tertentu yang mempotret cerita mereka dan meng-istilahkan mereka wakil "mahasiswa", menjadikan mereka seakan-akan hero sejati yang mewakili suara seluruh mahasiwa .

Kemudahan teknologi dan kepelbagaian media alternative.

Anak muda sekarang semakin bijak menapis berita . Mereka telah mampu menjadi pemberita bebas walaupun dalam kelompok yang kecil atau sendirian . Apa tidaknya , semuanya semudah rakam dengan smart-phone(vlogging), blogging dan share posting di laman web social . Beberapa saat sahaja ribuan manusia mengetahuinya. Tidak hairanlah jika “media mereka” semakin ditakuti dan mereka tidak mudah lagi digula-gulakan media arus perdana .


Bebas Akademik . Apa yang dimahukan mahasiswa? AUKU adalah masalah sebenar?

Saya bukanlah sokong AUKU dan sememangnya akui wujud ketidak-adilan dalam pelaksanaan AUKU. Contoh mudah kita boleh lihat adanya kelab penyokong Umno di luar negara yang dijemput setiap kali AGM mereka dan mahasiswa pro-aspirasi pula dikatakan memihak kepada parti pemerintah . Maka , Apa salahnya jika mahasiswa mahu menyokong parti sebaliknya ?. Itulah bukti kepelikan politik mahasiswa yang jelas cuba "membodohkan" mahasiswa kita dan hanya mahasiswa penakut sahaja yang akan terpedaya atau menjauhi politik.

Mahasiswa mencorakan masa depan negara. Perjuangan mahasiswa yang kabur asasnya akan merugikan negara islam malaysia .


Saya menyokong 6 tuntuntan bebas akademik oleh mahasiswa .(gambar atas)

Tetapi saya masih kabur dan ingin bertanyakan dua soalan asas yang akan menentukan perlayaran bahtera gergasi mahasiswa ini berlabuh di mana .
Pertama apakah Pautan atau sumber rujukan mahasiswa dalam berjuang ? Hak asasi manusia (HAM) barat atau Al-Quran-Sunnah .

Kedua , Apa manhaj (sistem) perjuangan mahasiswa yang boleh menjelaskan agenda tarbiyyah (pendidikan) jangka panjang untuk kebaikan bersama ?
Itulah 2 soalan asas yang jawapannya masih tidak memuaskan saya untuk menyokong sepenuhnya gerakan mahasiswa sekarang . Kerana sepanjang pembacaan serta pengalaman saya dalam gerakan mahasiswa , sesebuah gerakan yang berkiblatkan selain Al-Quran dan Sunnah (contoh : hak asasi barat) serta tidak bermanhaj atau bertanzim jelas , gerakan tersebut tidaklah mampu bertahan lama , tidak jelas tujuan akhirnya dan mudah di tunggangi atau diambil kesempatan pelbagai pihak.

Dr Kamsani , seorang bekas aktivis mahasiswa tarbiyyah berkata :

“ Mungkin para penunjuk perasaan yang berhimpun tidak berpuas hati dengan pihak kerajaan yang hanya menjanjikan pindaan kepada AUKU. Kepada mereka saya ingin bertanya, tidakkah sama, pindaan kepada akta sedia ada dengan mengubah beberapa peruntukan yang bermasalah, berbanding tindakan memansuhkan terus akta tersebut dan menggantikannya dengan akta lain?

Pada saya, hasil akhir kepada kedua-duanya adalah sama, kecualilah jika kita memang berhasrat untuk memberi kebebasan mutlak kepada mahasiswa tanpa perlu terikat kepada apa-apa peraturan khusus; dan jika itu arah perjuangan kita, maka adakah kita yakin bahawa kebebasan tersebut akan mengangkat martabat mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi?

Terus terang saya katakan, yang saya tidak manganggap AUKU sebagai penghalang kepada pembangunan potensi mahasiswa. Dalam lain perkataan, kita masih mampu untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti di bawah AUKU sekiranya mahasiswa sendiri bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dalam menentukan halatuju kehidupan mereka.”-1-

Akidah tetap perhatian UTAMA kita.

Berbicara panjang lebar atau berdebat sehebat manapun kita prons(kelebihan) dan cons(keburukan) sesuatu perjuangan mahasiswa , penilaiannya tetap akan bermula dengan melihat asas manhaj dan akidah perjuangan itu sendiri.

Dua tahun lepas saya berkenalan secara tidak sengaja dengan seorang pemimpin aktivis mahasiswa yang kelibatnya boleh dilihat hampir semua video fenomena kebebasan akademik beberapa bulan ini . Saya bertanyakan dia berkenaan agenda tarbiyyah atau pengajian berkala seperti seminggu sekali dilakukan oleh gerakannya atau tidak . Jawapanya tidak ada. Saya bertanya kenapa tidak boleh dilakukan sedangkan dia ada latar belakang sekolah agama dan sedar akan pentingnya agenda tarbiyyah . Tiada pula jawapan diberikan . Pertemuan kami sangat singkat , saya hanya sempat nasihati dia agar meletakkan agenda tarbiyyah dan pengajian dalam gerakannya kerana itu adalah asas ilmu dalam berjuang. Beberapa bulan selepas itu saya mendapat tahu dia seorang syiah . Ini satu lagi masalah besar yang membawakan kepada penulisan ini .

Panel akidah atau Penasihat Syariah Gerakan mahasiswa.

Ketika share video mahasiswa “Isu insaniah” baru-baru ini saya sempat memberi nasihat : “ tubuhkan panel akidah gerakan mahsiswa dulu ” .

Suatu idea yang mungkin nampak pelik dan tidak praktikal bagi sesetengah orang yang tidak peduli isu akidah perjuangan.

Bukan sebab tidak peduli akidah tapi ada alasan “kuat” kononnya . Alasan Pertamanya mungkin jumlah ahli gerakan mahasiswa ini masih tidak ramai maka tidak cukup tenaga untuk fikir bab akidah atau panel syariah ini . Keduanya “ mungkin benar dasar asas perjuangan mahasiswa berkiblatkan hak asasi barat ” , maka pastinya cadangan saya ini akan sentiasa dipandang sebelah mata atau dibuang ke bakul sampah saja.

Mahasiswa , BEBAS JANGAN sampai TERBABAS.

Sebagai saudara semuslim yang mencintai adik-adik mahasiswa yang seakidah , saya serius dengan perkara akidah ini dan mengharapkan mahasiswa yang jelas akidahnya mampu memainkan peranan dalam gerakan mahasiswa jika menginginkan salimul (selamat) akidah kepimpinan gerakan “ Mahasiswa Hero ” kita itu .

Jika sukar tubuh satu biro panel akidah dalam gerakan aktivis mahasiswa disebabkan alasan munasabah , maka perlu ada sebuah gerakan mahasiswa lain yang berkongsi objektif “kebebasan akdemik sama” bertahaluf dengan mahasiswa hero kita . Gerakan mahasiswa berakidah boleh melancarkan misi serampang dua mata menjadi penasihat akidah disamping menjayakan misi yang diinginkan .

Jika sukar juga , saya menasihati adik-adik mahasiwa yang memilih jalan perjuang demonstrasi aman ini sentiasa menjadikan asatizah (ustaz-ustaz) fahaman salaf-moderate tertentu sebagai penasihat "rasmi atau tidak rasmi" gerakan mahasiswa .

Kenapa perlu panel atau penasihat pulak ?

Adik-adik aktivis mahasiswa yang dikasihi kerana Allah swt ,

1. Tidak ada perjuangan yang lebih selamat dan benar melainkan perjuangan kita berada di atas landasan akidah dari sumber Al-Quran dan sunnah . Kita tidak menolak perjuangan hak asasi manusia , tetapi hak asasi yang difahami barat bukanlah caranya kerana survivor islam yang terancam di bumi ini sekarang akan semakin punah atau sukar dipulihkan kelak .

2. Kewujudan panel ini bertujuan menetapkan garis panduan aktiviti-aktivity yang sesuai dengan akhlak islam dan roh perlembagaan negara islam Malaysia .

3. Panel akidah islam bukanlah bermaksud membina tembok dengan sahabat mahasiswa non-muslim. Tidak salah jika non-muslim juga punya penasihat akidah mereka .

4. Panel syariah penting untuk memastikan undang-undang persatuan atau pakatan mahasiswa yang ditubuhkan hendaklah melantik pemimpin yang berfahaman sunni daripada berfahaman “ bukan sunni ” dan mendahulukan atau menonjolkan pemimpin non-muslim daripada “ muslim bukan sunni ”.

Contoh "bukan Sunni" adalah syiah,anti hadis,dll.

5. Nokhtah ke 4 sangat penting . Hal ini akan menafikan “muslim bukan sunni” untuk menonjol dan menjadi pemimpin . Tetapi ini bukan bermaksud menidakkan hak bersama atau berkerjasama dalam perjuangan mahasiswa . Kita harus faham muslim "bukan sunni" yang “di-hero-kan” dalam majority sunni Malaysia akan menimbulkan konflik mazhab di masa hadapan . Bagi memahami sedikit pandangan saya berkaitan Sunni-syiah sila lihat link di bahagain rujukan-2-

Mungkin ada yang kurang setuju dengan cadangan saya ini yang dilihat mendiskriminasi pemilihan pimpinan di kalangan muslim sendiri . Peribadinya saya pernah bermusafir hampir semua negeri di semenanjung Malaysia dan tanah borneo . Dengan ini saya juga ada ramai kenalan yang bukan islam dan sempat juga bergaul seketika dengan "muslim bukan sunni" terutamanya syiah. Sedikit diskriminasi atau ketegasan saya kepada syiah bukanlah bermaksud saya ingin bermusuh atau merosakkan hubungan kehidupan dengan mereka . Bangsa dan akidah agama yang berbeza bukanlah mengharuskan permusuhan. Kita tetap saudara SeMalaysia yang dituntut bersama-sama membangunkan negara Malaysia tercinta ini .

Kesimpulannya , 5 nokhtah yang saya kemukakan di atas mengambil kira faktor keselamatan akidah , keelokan akhlaq , keselarian perjuangan mahasiswa dengan pemerintahan sunni , tahalluf yang mampu "jelaskan sempadan fahaman" yang berlainan akidah dan kelangsungan agenda perjuangan mahasiswa yang perlu berpijak kepada reality negara Islam Malaysia serta roh perlembagaan.

Sedikit permintaan , First assignment (Tugasan pertama).


Bagi membuktikan kepedulian akidah “ hero-hero mahasiswa kita” , saya menjemput hero-hero kita ( Adam , Safwan and the geng ) menghadiri HIMPUN 28 Januari ini di Kepala Batas , Pulau Pinang . Saya faham “isu akidah berbeza isu akdemik perjuangan kalian”. Tapi saya yakin kalian memahami kerjasama dalam isu akidah lebih penting dari isu akademik dan bila kita mengambil bahagian dalam isu akidah bukanlah bermaksud kita mengetepikan perjuangan bebas akademik kita .

Saya menasihati kalian jangan tidak matang seperti parti-parti politik . Untuk makluman hero-hero kita , HIMPUN telah ditolak oleh parti politik tertentu dengan “alasan tidak cerdik ” dipolitikkan atau “ takut tidak bertempat hilang undi bukan islam” . Ahh , kita biarkan sahaja “parti-parti politik berpuak” yang menyakitkan hati diluar sana. (lihat video dibawah - lalang)

Saya yakin hero-hero kita adalah adil dalam menilai dan tidak bermental politik berparti dalam berjuang seperti aksi demo-aman kalian di depan pejabat PAS berkaitan isu KUIN yang “sedikit berjaya” meyakini mahasiswa kalian bukanlah ditunggangi parti politik tertentu. Jika kalian memenuhi jemputan saya , saya lihat akan lebih ramai mahasiswa meyakini akidah perjuangan kalian .-3-
Semoga sedikit perkongsian di atas memberikan survivor panjang dan masa depan cerah gerakan mahasiswa sejati yang sentiasa bergerak seiring misi Islamisasi dunia dan “ keadilan akademik ” serta mampu memicu agenda perubahan yang lebih besar .



Jika akidah dan manhaj perjuangan mahasiswa jelas islamiknya , mahasiswa bukan sahaja mampu menerajui keadilan dan kebebasan akdemik , malah kebebasan seluruh bangsa Malaysia dan dunia dari sebarang kezaliman.

Jika kita meng-andaikan sebuah gerakan mahasiswa sebagai usaha membina sebuah bagunan , maka bagunan yang dibina dengan Pile foundation (tapak akar) akidah dan bermanhaj dibandingkan (lawan-VS) dengan bagunan yang tidak jelas akidah perjuangan serta manhajnya , Manakah yang lebih baik ?

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.(Al-Quran,61:4)

Akidah teras perjuangan kita . Mahasiswa muslim sepakat islam berdaulat.

Wallahwalam .


PS: Cadangan panel akidah atau penasihat syariah adalah idea awal yang perlu lagi diperhalusi . Saya mengalukan sesiapa sahaja memperkemaskannya , mengurangkan atau menambah baikkan lagi jika perlu . Saya faham restriction bukanlah suatu yang sesuai dengan dunia mahasiswa . Tetapi sedikit kawalan perlu demi mengawal semangat kita dari terbabas . Oleh itu saya rasa tidak perlu penambahan banyak sangat sehingga menjadi complicated dan mengongkong . Biar simple dan mudah tetapi berprinsip dalam akidah .

Rujukan:

-1-http://www.ismaweb.net/v4/2012/01/di-sebalik-tuntutan-kebebasan-mahasiswa/

-2-http://addinlove.blogspot.com/2011/12/apa-yang-kita-tahu-isu-syiah-vs-sunni.html

-3-Jemputan saya ke HIMPUN Pulau Pinang perlu memenuhi beberapa syarat. Antaranya tidak membawa agenda selain akidah dan tidak menimbulkan provokasi . HIMPUN ini telah mendapat permit POLIS . Maka tidak perlulah risau istilah himpunan haram . Kita sentiasa berharap kepada Allah Azawajala agar HIMPUN ini sentiasa berjaya dan mendapat sambutan semua lapisan masyarakat Islam . Amin ya rob.


Wednesday, January 18, 2012

Mana Awlawiyat kita ?


Menjatuhkan Rejim yang zalim dengan terpaksa bersepakat dengan bukan islam ATAU menyatukan umat islam yang diancam kerakusan pluralisma dengan terpaksa bersepakat dengan Regim ?

Itulah soalan yang paling menghantui kita semua selaku pejuang akidah sunni di Malaysia sekarang .

Mungkin pejuang tegar PR (Pakatan Rakyat) , pejuang hak asasi manusia dan gerakan mahasiswa fahaman liberal telah ada jawapannya. Begitu juga kemungkinan telah ada jawapan bagi BN(Barisan Nasional) , geng salafi-wahabi dan pejuang assobiyyah melayu.

Kumpulan yang pening kepalanya adalah pejuang “ Akidah Sunnah Tarbiyyah Islamiyyah ” ?

Pasti mudah membuat pilihan jika kita tidak berjuang atas jalan ilmu dan akidah.

Bagi yang pilih jalan logic akal dan emosi sahaja slogannya sangat mudah : “Mereka zalim ? kita jatuhkan saja ”.Cara apa ? demo dan undi saja , tidak perlu peduli kata orang , asal rasional boleh terima , buat saja dulu , yang penting mereka turun. Akhir cerita mungkinkah kita menjadi Pak Kaduk , menang sorak kampong tergadai .?

Bagi yang pilih jalan salafi-dalil-sahih ( literalis ) slogannya mudah juga : ”mereka zalim?,tengok dalil Al-Quran -sunnah yang menyuruh kita sabar , taat dan tidak diseru rakyat menjatuhkan pemerintah islam .” Akhir cerita mungkinkah pemerintah zalim terus berkuasa kerana dalam catatan sejarah diambang kejatuhan Turki Uthmaniyah , salafi ini telah diambil kesempatan oleh parti politik atau pemerintah “ Regim ” untuk terus berkuasa-1-

Bagi yang pilih jalan moderate ?. Entah apa akhir ceritanya.

Apa yang pasti , politik berpuak telah memecahbelahkan kita dari bersatu , mendepani ilmu , berakidah dan berakhlaq .

Bila kita kritik UMNO kita dituduh PAS ,Bila kita kritik PAS kita dituduh UMNO. Bila buat tidak peduli politik dikatakan tidak ambil kisah isu ummat. Berbicara pun tak kena,tidak berbicara lagi tak kena.

Kenapa orang parti politik tamak haloba.? kenapa tidak mahu berkerjasama dan berkongsi isu atau perjuangkan suatu isu penting bersama?. Semua nak tunjuk masing-masing hero dalam sesuatu isu . Bila UMNO dapat isu A, maka PAS tidak mahu ikut serta. Bila PAS dapat isu B, maka UMNO tidak mahu peduli pula.

Kita mengambil contoh isu A adalah HIMPUN selamatkan akidah , kita katakan : Adakah pertahankan akidah kitapun mahu jadi isu yang direbutkan? kenapa tidak boleh semua parti orang islam ambil bahagian? Malah HIMPUN ini idea gabungan ngo islam bagi menjadikan parti politik islam semuanya ambil bahagian. Mereka katakan : tengok siapa ramai masuk, jelas agenda politik . kita katakan: Ya Allah ! apa kena anta ni.? Apa masalahnya UMNO dan PAS bersama-sama dalam isu ini ?Siapa masuk dulupun mahu jadi isu. Adakah isu akidahpun mahu direbut-rebut dan buat perangai sangka buruk kepada ngo-ngo islam juga ? Penyakit apakah ini?

Itulah hakikat yang berlaku, begitu juga isu bahasa melayu , budaya melayu-islam , pendidikan orang malayu-islam ,hak keistemewaan Melayu , dan agenda jati diri melayu-islam, semua mahu dipolitik-puakkan. Kenapa tidak boleh kerjasama?.

Politik adalah kamu undi siapa ?

Menganalisis maslahah(kebaikan) dan mufsadah(keburukan) politik Malaysia sekarang tidak mudah . Kalau tidak ikut mana-mana parti politik dikatakan tidak layak bagi pandangan. Undi PR bermasalah , undi BN pun bermasalah . kalau tidak mengundi serba salah.

Mereka mengatakan kita tidak fahami maksud negara berkebajikan atau negara madani yang diperjuangkan juga Ikhwanul Muslimin sekarang.

kita katakan : “ bukan tidak setuju . Soalannya adalah siapa yang ketuai dan sumber rujukan negara berkebajikan atau Madani itu apa?. Adakah yang ketuai misi negara madani ini adalah tokoh parti gerakan islam(PAS) atau tokoh berfahaman liberal (ketua PKR) ? Adakah sumber rujukan negara madani ini seperti Ikhwanul muslimim mesir iaitu Al-Quran-sunnah atau sumber rujukannya demokrasi-hak asasi manusia dalam kaca mata barat? ”

Mereka menuduh kita agama assobiyah melayu dan sekandang UMNO .

Hanya kerana kurang kritik UMNO dan sentuh “ melayu sepakat ” telah dituduh macam itu. Sedangkan kita bersama NGO islam dan UMNO itu parti politik. Sejarah penubuhan NGO islam KITA ,cara beramal KITA dan kefahaman islam KITA banyak bezanya dengan UMNO. Kalau PAS dengan DAP atau PKR dikatakan sekandang memang jelas tanpa perlu bersuluh .

Cubala tuduh NGO kita macam ILMU ke , ada juga rasa sedikit betul kandangnya . Ada betul jugaklah jika bersama ILMU yang guna keadah ilmu serta berakhlaq dalam berucap , tidak seperti sebahagian “ ustaz-ustaz politik ” yang biasa dalam ceramah mereka mentomah tokoh-tokoh lain dengan perkataan " kurang sopan atau kesat " . Malah lisan "ustaz-ustaz" itu turut menghentam ilmuan yang tidak sehaluannya seperti mengelar " Bapa Setan" atau terbarunya ada yang menyebarkan fitnah ILMU dapat RM 15 000 masa masuk UMNO.”

Gerakan mahasiswa mahu berpolitik atau dipolitik-an ?

UMNO dibolehkan ada kelab mereka dikalangan mahasiswa di luar negara . Juga dikatakan pro-Aspirasi mahasiwa dalam negara bersama mereka .

Jadi apa salahnya jika parti pembangkang(PR) mahu ada pengikut mahasiswa .? Jika PR tidak minta pun , mahasiswa mahu juga kerana mereka bukan bodoh sehingga tidak memahami mafhum keadilan dan kebebasan memilih.

Sebenarnya jika mahasiswa mahu berpolitik , tiada siapa dapat halang . Akta 174 atau AUKU tidak mengerunkan kerana mereka adalah manusia yang terpelajar serta harus " bijak memahami politik " . Asalkan berpolitik dengan berani dan guna akal , maka boleh selesail masalah . Hanya mahasiswa yang penakut sahaja yang tidak mahu berpolitik .

Berpolitik tidak semestinya masuk parti politik dan AUKU bukanlah masalah besar .

Masalah yang kita mahu timbulkan bukanlah penglibatan mahasiswa dalam politik . Tetapi mahasiswa “dipolitikkan oleh politik berpuak diluar sana” .

Soalanya , Adakah mereka membawa perjuangan mahasiswa yang seimbang tanpa menyebelahi mana-mana parti politik ? Apakah kebebasan yang mereka mahukan ? Sumber apakah rujukan mereka ? dan Adakah akhlaq gerakan mahasiswa yang berdemo panjat pagar dan teriak penuh emosi adalah cara politik berhikmah yang akan membawa kepada penyelesaian ?

Dr Ahmad Kamsani Samingan,Pengerusi Biro Pembangunan Belia,ISMA berkata “ Terus terang saya katakan, yang saya tidak manganggap AUKU sebagai penghalang kepada pembangunan potensi mahasiswa. Dalam lain perkataan, kita masih mampu untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti di bawah AUKU sekiranya mahasiswa sendiri bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dalam menentukan halatuju kehidupan mereka.-2-

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dalam akhbar Berita Harian 1 Disember 2011 yang lalu menyatakan bahawa apa yang menjadi masalah ialah apabila ideologi parti, agenda politik kepartian yang bersifat memihak atau ‘partisan politics’ menular dalam kampus. Ini dikhuatiri menimbulkan masalah jika ia tidak terkawal. Beliau turut menggalakkan mahasiswa untuk mengikuti perkembangan dan berbahas mengenai keadaan politik negara dan dunia bagi menajamkan daya analisis dan pemikiran kritis mahasiswa. Beliau menegaskan bahawa tiada siapa pun harus menyekat mahasiswa daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti sebegini.-2-


Musuh lebih dahsyat dari Sekularisme telah mengganas.

Selepas merdeka kita diseru sepakat berjuang melawan fahaman Sekular . Al-Fadil Ustaz Hasrizal dalam kajiannya menulis : " Para Ulama, pemimpin masyarakat, pendidik dan pendakwah menggunakan menggunakan teori Pareto iaitu, memfokuskan daya usaha kepada subjek 20% yang menjadi punca kepada kerosakanmasyarakat yang berlaku pada 80% yang berbaki.20% yang sepatutnya menjadi tumpuan kita adalah soal penggembelengan tenaga serta kesatuan fikiran dan amal untukmerawat derita oleh racun sekularisma yang telah memutuskan hubung hidup mereka dengan Islam-1-

Perjuangan membetulkan fahaman sekularisme ternyata sukar , sangat panjang , dan menyakitkan . Malah perjuangan yang diwarsikan kepada generasi muda hari ini tidak selesai lagi dan Tidak tahu bilakah akan selesai.

Dalam kesungguhan perjuangan kita melawan sekularisma yang belum selesai , pada awal Tahun 2000 pula , kita terpaksa berhadapan kerakusan musuh yang bersepakat dan lebih bahaya iaitu Pakatan Pluralisma Agama.

Fahaman sekular adalah memisahkan agama dengan urusan kedunia-an . Agama hanya dianggap ritual atau amalan tertentu seperti pernikahan dan urusan kematian. Maksudnya agama masih punya tempat tertentu dalam kehidupan manusia.

Pluralisma pula membawa kefahaman semua agama sama benarnya , semua agama bertuhankan tuhan yang sama (cuma lain nama) dan boleh berkongsi syurga yang sama kelak dengan syarat taat beragama atau membawa perjuangan untuk kebaikan bersama .

Dengan ini jelaslah pluralisme mempunyai tujuan yang lebih bahaya iaitu mengikis amalan beragama , merosakkan kefahaman akidah islam yang sebenar-benarnya dan men-jahanamkan jati diri muslim muda mudi kita .

Jika Fahaman Pluralisma tidak dibendung , mahukah anda melihat masyarakat kita suatu hari nanti tidak kisah cara agama apapun pernikahan mereka , sesama jantina(lesbian atau gay) atau sesuka hati mereka merayakan amalan agama apa pun. Semuanya kerana beramal cara agama atau fahaman apapun kita tetap akan kembali ke tuhan dan syurga yang sama .

Alawiyat kita?

Ada yang bertanya , Adakah kejahatan yang lebih dahsyat dari ketidak-adilan , agama assobiyyah , dan agama rasuah?

Kita katakan:

Kita tidak sokong kezaliman, agama asobiyah dan agama rasuah. Tapi jika soalan anda seperti itu, maka ini jawapan kita :

“ Ada . Pakatan Agama Pluralisme jauh lebih dahsyat dan bahaya . Salah satu cabang Pakatan pluralisma adalah Agama Syiah . Agama Syiah lebih dahsyat dari Agama Assobiyah. Jika di Tanah Melayu agama assobiyah pernah mencatatkan sejarah hitam di Memali yang mengorbankan belasan orang . Tahukan anda dalam sejarah , Agama Syiah telah mencatatkan pembunuhan atau permerkosaan ratusan ribu muslim-sunni tanpa sebab seperti hanya kerana bernama Abu Bakar, Umar , Uthman dan Aisyah . Selain agama Syiah, agama kafir yang mencatatkan peperangan dengan islam sepanjang zaman dan korban manusia yang tidak terhitung. Juga cabang Pakatan pluralisma adalah mengamalkan syirik , anti hadis , kumpulan songsang(LGBT) dan mengamalkan bidaah yang banyak dalil sahih Al-Quran serta Sunnah yang mencela dosa mereka sehingga ada yang tidak diampunkan oleh Allah azawajala .”

Jadi Awlawiyat kita?

" Menjatuhkan rejim yang zalim dengan terpaksa bersepakat dengan orang kafir (bukan islam) ATAU menyatukan umat islam yang diancam kerakusan Pakatan pluraslime dengan terpaksa bersepakat dengan regim? "

Kalau jawapan saya : Sudah pasti menyatukan umat islam yang diancam kerakusan Pakatan pluraslime dengan terpaksa bersepakat dengan regim adalah lebih awlawiyat . Selain itu saya memilih jawapan ini atas pemasalahan tahaluf (kerjasama) dengan bukan islam yang terlalu banyak sisi kelemahannya . Sila lihat 3 siri kupasan tahaluf siyasi Presiden ISMA untuk memahami masalah tahaluf ini.-3-

Bersepakat bukan bermaksud bersatu atau setuju semuanya dengan regim itu . Kita harus cuba sepakat dan menampakkan kesedian berkongsi isu dengan regim atau menghulurkan tangan kepada regim agar bersama-sama perjuangkan isu yang boleh disepakati . Janganlah kita menjadi suatu bangsa yang tidak diketahui “ kebodohan jenis apakah ” apabila tidak mahu bersatu dalam isu akidah kita , bahasa kita , pendidikan kita dan budaya kita sedangkan orang bukan islam boleh bersatu dalam isu tersebut.

Antara sokong BN atau PR ? mana mahu undi ? Jawapanya undi adalah rahsia….:)

Jika ada yang bertanya : Mana dosa atau pahala ? undi BN atau PR ?

Jawapan saya : Saya tidak tahu . Apa yang saya tahu kita pilih BN dapat dosa , Pilih PR pun dapat dosa , merosakkan undi juga berdosa dan tidak keluar mengundi turut dapat dosa . Yang tidak berdosa adalah berusaha menyatupadukan umat islam , berjuang menegakkan akidah islam dari sumber asas Al-Quran-Sunnah , menghukum dengan adil berdasarkan landasan ilmu , mencontohi akhlaq rasulullah saw ketika berjuang dan sentiasa berusaha memenangkan islam atas agama yang lain.

Apa yang penting : Say No To Pakatan Pluralisma Agama

Allah azzawajala berfirman:

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur’an) dan dinul-haq (agama yang benar/Al-Islam) untuk dimenangkan-Nya atas segala agama lainnya, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai. (QS. At-Taubah [9] : 33)


Rujukan:

-1- Malang sekali, apabila pengaruh golongan fakĭs(salafi) menjadi begitu kuat, khususnya di kalangan rakyat bawahan, terdapat sebahagian pegawai tinggi pemerintah dan ahli politik cuba memanipulasi pengaruh itu dengan menyatakan sokongan mereka kepada golongan fakĭs. Golongan ini yang secara dasarnya cuba mengembalikan masyarakat kepada Sunnah, telah dijadikan sebagai alat konspirasi oleh golongan ahli politik itu tadi. Akhirnya Köprülü Mehmed (m. 1661) yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah mengambil tindakan mengusir keluar golongan fakĭs ini daripada Istanbul demi untuk mengelakkan tercetusnya perang saudara.( KERTAS KERJA SUMBANGAN ULAMA AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH DALAM MEMELIHARA KEMURNIAN AQIDAH AHL AS-SUNNAH WA AL-JAMAAH DI AMBANG KERUNTUHAN OTHMANIYYAH: PENGAJARAN BUAT UMMAH ,HASRIZAL ABDUL JAMIL,2006)-http://addinlove.blogspot.com/2012/01/pengajaran-dari-usaha-ulamak-uthmaniyah.html

-2-http://www.ismaweb.net/v4/2012/01/di-sebalik-tuntutan-kebebasan-mahasiswa/

-3-http://www.ismaweb.net/v4/2011/12/siyasah-syar%E2%80%98iyyah-tahalluf-siyasiyy-di-malaysia-satu-analisis-kritikal-siri-3/

Wednesday, January 11, 2012

Pengajaran dari usaha ulamak uthmaniyah (kesimpulan) 2/2

Ulamak Uthmaniyah Siri 2 Kesimpulan Siap

Tuesday, January 10, 2012

ES : Hujah acting dalam Maher Zain - The Chosen One | ماهر زين - المختار



Saya suka sangat video ini . Berikut sedikit koleksi hujah perbuatan nabi kita cintai Muhammad saw yang ditunjukkan dalam clip video di atas :

Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "While a man was walking he felt thirsty and went down a well and drank water from it. On coming out of it, he saw a dog panting and eating mud because of excessive thirst. The man said, 'This (dog) is suffering from the same problem as that of mine. So he (went down the well), filled his shoe with water, caught hold of it with his teeth and climbed up and watered the dog. Allah thanked him for his (good) deed and forgave him." The people asked, "O Allah's Apostle! Is there a reward for us in serving (the) animals?" He replied, "Yes, there is a reward for serving any animate."

Hadith #551 Chapter Distribution of Water, Sahih Bukhari

Narrated 'aisha: Allah's Apostle came to my house while two girls were singing beside me the songs of Bu'ath (a story about the war between the two tribes of the Ansar, i.e. Khazraj and Aus, before Islam.) The Prophet reclined on the bed and turned his face to the other side. Abu Bakr came and scolded me and said protestingly, "Instrument of Satan in the presence of Allah's Apostle?" Allah's Apostle turned his face towards him and said, "Leave them." When Abu Bakr became inattentive, I waved the two girls to go away and they left. It was the day of 'Id when negroes used to play with leather shields and spears. Either I requested Allah's Apostle or he himself asked me whether I would like to see the display. I replied in the affirmative. Then he let me stand behind him and my cheek was touching his cheek and he was saying, "Carry on, O Bani Arfida (i.e. negroes)!" When I got tired, he asked me if that was enough. I replied in the affirmative and he told me to leave.

Hadith #155 Chapter Jihaad, Sahih Bukhari

Narrated Aisha, Ummul Mu'minin: while she was on a journey along with the Apostle of Allah (peace_be_upon_him): I had a race with him (the Prophet) and I outstripped him on my feet. When I became fleshy, (again) I had a race with him (the Prophet) and he outstripped me. He said: This is for that outstripping.

Hadith no 2572-Kitab Al-Jihad, Sunan Abu Daud.Hadis no 2214 - cetakan versi maktabah syamilah versi al-islam.com.

Kitab Al-Adabul Mufrad imam al-bukhari..siap ada bab lagi "memasak sup dan berkongsi dengan jiran" (When there is a lot of stew, it is divided between the neighbours), Kitab Jiran (Neighbours), al-bukhari menyenaraikan dua hadis dibawah bab ini:

113. It is reported that Abu Dharr said, "My dear friend, may Allah bless him and grant him peace, enjoined three things on me: 'Hear and obey, even if the ruler is a slave with his limbs amputated. When you cook a stew, put a lot of water in it and then go and see the people of a neighbouring house and give them a reasonable amount of it. Pray the prayers at their proper prayers. Then if you find that the imam has already prayed, you have guarded your prayer (by already having performed it). If not, it is a supererogatory prayer (since you have done it again)."

114. Abu Dharr reported that the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, said, "Abu Dharr! If you cook some stew, make a lot of it and fulfil your duty to your neighbours (or divide it among your neighbours)."

Indeed, they would come with bloodied intestines and throw it on my doorstep…” [al-Tabaqa, Ibn Sa’d, as quoted in Suyuti’s Jami’ al Kabir]

In other narrations, it is mentioned that when this would happen, the Prophet (peace and blessings be upon him) would pick up the refuse with a stick, come outside of his door, and say aloud, “O sons of Bani Abdi Manaf [his own clan], what kind of protection is this? [am: his clan had pledged to protect him, but did not stop people’s abuses from even reaching his doorstep] Then, he would remove the waste from his doorstep and take it out to the street. [Subul al-Huda wa al-Rashad, al-Solihi; al-Raheeq al-Makhtum, al-Mubarakpuri]

Fathi Al-Sakandary : " kisah org yahudi buang sampah dpn rumah nabi, then dia sakit Nabi lawat .itu palsu".

Mohd Syamirulah Rahim yg lain2 tu dibawah keumuman hadis kot.. macam penjual belon yg bagi extra belon kat budak tu..

363. 'Amr ibn Shu'ayb reported from his grandfather that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, "Anyone who does not show mercy to our children nor acknowledge the right of our old people is not one of us." (Al-Aadabul Mufrad)


Rujukan:

1.Game takhrij hadis oleh sahabat FB saya,r Fathi Al-Sakandary.Game masih berlangsung , siapa yang nak join silakan.: http://www.facebook.com/profile.php?id=100002346096427

2.Sahabat saya Dr Fathi Al-Sakandary pasti akan buat tulisan penuh takhrij yang telah dibuat. Mari nantikan di blog dia:http://ansarul-hadis.blogspot.com/

Semoga Allah swt terus merahmati hidup kita dengan berusaha meneladani nabi Muhammad saw yang sangat kita cintai. Maafkan saya jika tidak dapat bagi sumbangan mentakhrij hadis dalam chat ahli-ahli hadis di FB . Hanya mampu tiru dan tampal je :-) saya sangat cemburu dengan mereka . Doakan saya juga mampu join group mereka suatu hari nanti.

Teruskan men-takhrij sahabat-sahabatku.

Monday, January 9, 2012

Siapakah Zainab ku ?

Catatan addinlove :

8 Januari 2012.

“… Dibawah lindungan Kabah aku serahkan cinta dan jiwa ini kembali pada Mu , Ya Allah….” kata Hamid penuh pasrah.

“…. Setiap pagi aku terbangun dengan air di mata , bukan kerana aku derita cinta … tapi kerana rasa syukur bahawa dia masih memberiku nafas untuk kembali menunggu Allah…..” kata-kata Zainab diabadikan dalam surat yang akhirnya berjumpa juga tuannya.

Kata-kata keramat si truna dan dara yang terpisah benua sebagai bukti sangat agungnya cinta mereka.

Kata-kata Hamid dan Zainab tersebut terlintas sengaja menggangu bacaan Al-Quranku malam semalam. Entah kenapa ? kata-kata tersebut sangat sedih , hiba , menusuk jiwa ,dan sangat dalam maknanya .

Bacaan musfahku tergangu . Terhenti seketika memikirkan maksud tersirat di sebalik kata-kata keramat tersebut . Seperti biasa , aku beristigfar menangapi kemungkinan bisikan syaitan , dan meneruskan bacaan , tapi lewat (melepasi) beberapa ayat , air mataku seperti mahu mengalir kerana digangu oleh kata-kata tersebut lagi .

“ Masa tengok movie tu dua hari lepas tidak pulak seperti ini . Apa cerita ni Man ? Sejak bila pulak engkau kisahkan kata-kata cinta dari Movie ni ? ” monolog hatiku.

“Ah, nanti-lah aku fikirkan , lebih baik aku muhasabahkan aktiviti dakwah atau perananku sebagai murobi beberapa tahun ini .” luah hatiku dan akhirnya berjaya melupakan kata-kata tersebut malam semalam dan meneruskan tilawahku.


9 Januari 2012.

Apakah pengajaran yang ingin disampaikan kepadaku dalam bait-bait “aneh” itu.?

Mahu menyuruh aku menjadi Hamid yang mencintai zainab dan mendapatkan cinta si zainab? Mungkin tidak….Siapalah zainab yang pernah kutemui dari perjalanan hidupku bermusafir merentas hampir semua negeri di malaysia ini ? Zainab kelantan , zainab sarawak , zainab sabah , zainab penang , zainab selangor atau zainab kedah?.... tidak jumpa lagi rasanya ….. Ingin mencari zainab ? Pasti mahu.

Tapi Tidak dengan cara Hamid. Aku adalah aku.

Latar belakang hidupku dengan hamid ? berbeda , Kefahaman serta cara perjuangankan islam kami ? mungkin juga berbeda , Ujian accident (kemalangan) atau terkena perangkap cinta ? Lagi jauh bezanya .

Mengatakan imanku lebih baik dari hamid.?bukan urusanku.Kefahaman cintaku lebih baik dari hamid? juga aku tidak tahu.

Apa yang aku tahu , aku tidak mahu memilih jalan cinta seperti hamid. Tapi hamid bisa (boleh) memilih sehendaknya ?

Benar , pilihan jalan cinta itu ditentukan oleh tuhan walapun sehebat manapun usaha kita mengaturkan jalannya . Pernah ku dengar kata falsafah dari benua india yang bunyinya “ Ada 2 perkara pasti dalam hidup ini , yang datangnya tanpa isyarat (tanpa kad jemputan kata seorang ustaz). Perkara pertama dinamakan maut (kematian). Perkara Keduanya adalah cinta. Bersedialah menghadapinya dalam apa jua keadaan ”.

Aku satu kategori dengan Hamid ?

kefahaman dakwah dan tarbiyyah islamiyah yang di imani pemuda-pemudi zaman ini mungkin sangat berbeda dengan zaman hamid . Bagi yang punya kesedaran agama , pergaulan mereka lebih terjaga dan pakaian pelajar perempuan-nya pula bertudung labuh walaupun dunia semakin bebas ke mana-mana , luas pilihan penghakiman serta bisa berdebat dengan golongan yang jumut ilmunya demi sebuah kebenaran.

Tapi jika aku hidup di zaman Hamid , rasanya tidak jauh bedanya aku dengan kelompok Hamid. Mungkin aku akan jadi seperti Soleh , teman karib Hamid .

Di Bawah Lindungan Kabah membawa latar belakang masyarakat islam Indonesia tahun 20-an yang masih terjaga adab sopan dan tatasusila-nya . Hamid , seorang pemuda miskin , anak soleh , dibesarkan ibunya , dari keturuan yang baik , diberikan asuhan agama yang mencukupi , pelajar cemerlang termuda di sekolahnya , sangat mencintai ilmu dan bercita-cinta menunaikan haji di Mekah. Dalam mengejar cita-citanya itu , hadir Zainab mengoncang jiwanya .

Zainab , si gadis pintar , cantik serta sopan santun , hampir sebaya hamid , dari keturanan yang kaya , membesar bersama hamid kerana ibu hamid bekerja dengan keluarganya , puteri solehah yang taat ibu bapanya dan direncana menikah dengan dengan seorang pemuda yang ada hubungan darah dengan keluarganya demi menjaga harta.

Hamid tahu dirinya dimana . Beza zainab dengan dia bagaikan langit dan bumi , seperti puteri raja dengan hamba suruhan atau enggang dengan pipit . Ironinya perasaan cinta kepada zainab itu hadir entah kenapa , tidak pula diluahkan kepada zainab , tetapi zainab memahaminya dan membalasnya .

Hamid tetap harus sedar diri , dia tidak mampu meluahkan cintanya kerana terletak antara fantasi dan reality yang akan melukakan perasaan ramai orang . Segera dia mengantikan perkataan “aku ingin naik haji Nab ” apabila ditanya impian terbesar dalam hidupnya.

Itulah dua acktor utama kisah cinta nukilan ulamak hebat indoneisa yang turut terkenal dengan Tafsir al-Azhar. Setelah selesai menonton movie ini aku segara mencari tulisan cerpen PDF nya.-1-


Apa maksud bait-bait aneh (kata-kata keramat) itu.?

Bagiku Kata-kata Hamid dan zainab yang di coret awal catatanku ini adalah inti kepada movie tersebut . Ada pengajaran penting buat mereka yang terjebak dalam ujian cinta .

Energi cinta di sandarkan kepada Allah ? Kesakitan cinta di kembalikan kepada Allah swt ?

Aku rasa telah fahami maksud kata-kata itu . Kesakitan menjadi kenikmatan, Kesakitan cinta diterjemahkan dengan nikmat kesyukuran kepada Allah swt dan mentaati syariat-Nya adalah seagung-agung cinta . Itulah bukti cinta sejati yang ditunjukkan dua insan beriman dalam melayari bahtera cinta.

Kisah cinta agung diajar islam sangat berlainan dari yang ditunjukkan dalam movie romantic di belahan timur atau barat . Kebanyakan dua sejoli dari “movie cinta selera rendah” akan sanggup melakukan apa sahaja demi cinta sejati mereka . Kononnya akan happy ending . Ada yang menghina tuhan , berkata kesat kepada orang tua sendiri , melakukan hubungan sex terlarang , lari dari keluarga , sanggup merampas tunang orang , tidak kisahkan suami atau isteri orang dan nikah tanpa restu orang tua , atau buat apa sahaja sesuka hati sebagai manifestasi bukti cinta agung mereka. Itulah yang dicontohkan dalam kisah-kisah romantic yang bersepah di luar sana . Akhirnya rosaklah iman penontonnya dan semakin jauh-lah mereka dari tuhan maha Esa .Semuanya kerana tarbiyyah (didikan) Cinta nafsu yang menjelik-kan itu .

Ayahku pernah berkata:

“ Penyakit belakang ayah ini dah lama . Beberapa ubat ayah ambil. Ada satu ubat yang ayah merasakan kelainan iaitu Satu kenikmatan saat solat malam menghadap Allah swt . Kesakitan yang diuji menjadi kenikmatan yang payah dicerita dan rasa penuh syukur atas penyakit yang diberikan ”, kata ayahku yang mengemari munajat malam dengan tuhannya.

Kesakitan ujian menjadi nikmat?

Seorang ulamak harakah islamiyah yang hebat , Syed Qutb rah berkata:

Kemenangan yang paling bernilai di sisi Allah ialah kemenangan jiwa atas materialistik, kemenangan AKIDAH menghadapi sakit dan sengsara, kemenangan IMAN menempuh badai fitnah. Di dalam kisah pembunuhan beramai-ramai di dalam Ashabul Ukhdud (walapun secara kasar ia menunjukkan kekalahan Islam dan kemenangan Musuh-musuh Islam), nyata sekali kemenangan orang-orang beriman itu mengalahkan perasaan TAKUT dan SAKIT; kemenangan mengatasi godaan-godaan duniawi, kemenangan menghadapi fitnah, kemenangan kehormatan umat manusia di sepanjang zaman. Inilah kemenangan sejati! (Maalim Fit Toriq-Petunjuk sepajang jalan )"
Begitulah juga kemenangan cinta yang datangnya dari Allah , merubah takut menjadi berani , dan merubah segala betuk kesengsaraan cinta menjadi nikmat "Cinta kerana Allah" . Itulah tuhan pemilik sejati cinta yang mencampakkan cinta itu kepada hamba-hamba pilihan-Nya.

Maka itulah yang dirasai Hamid dan Zainab yang sentiasa menjaga batas cinta mereka tanpa dorongan nafsu dan tipu daya syaitan.

Ya Allah , Siapakah zainab dalam hidupku ?

Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dijadikan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah at-Tolaq:2-3)

Cinta kepada si dia adalah suatu rezeki yang pasti di ingini oleh sesiapa sahaja. Begitu juga aku , tengah bersabar dan muhasabah diri menanti rezeki itu.

Jika aku tidak berjumpa zainabku di dunia ini , pasti ada zainabku di syurga nanti. Jika rezeki si dia itu tidak hadir di dunia ini , cukuplah kecintaan ku kepada dakwah dan tarbiyyah ini aku kembalikan kepada-Mu (Allah swt) sebelum ajalku.

Ya Allah tetapkanlah aku dalam jalan perjuangan ini , faqihkan aku dalam agama-Mu , dan bantulah aku mencapai cita-cita tertinggiku seperti tokoh teladanku Syed Qutub rah;

“Sesungguhnya lapangan perjuangan bukanlah terhad di dunia dan bumi ini sahaja. Para saksi terhadap perjuanganmu dan jerih payah mu bukanlah hanya umat mahusia yang hidupnya terbatas dalam lingkungan generasi tertentu sahaja. Para malaikat dan penghuni langit pun sebenarnya pun menyaksikan setiap aktiviti-aktiviti kehidupan dunia, mereka menjadi saksi atas segala kejadian dan aktiviti itu, juga peranan membuat perhitungan dan statistik mengenai nilai kejadian itu. Para malaikat penghuni langit bertugas menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk orang beriman berlipat ganda lebih baik daripada ruangan dan tempat tinggal yang dapat dibuat oleh penduduk bumi. Dan adalah pujian dan markah yang, diberi oleh para malaikat penghuni langit itu lebih bernilai daripada pujian seluruh penghuni dunia ini. Kerana di sana , akhirat jualah tempat kesudahannya! (Bab Inilah Jalannya- Syahid Sayyid Qutb).


Gambar di atas: Saat-saat akhir sebelum Sayyid Qutb rah dibawa ke tali gantung. Berjalan mendapatkan rindu kekasihnya. Setelah bertahun-tahun diseksa di dalam penjara. Masa yang dinanti telah tiba. Selamat Tinggal Dunia yang penuh pancaroba dan ujian yang tidak pernah padam . Selamat tinggal hai dunia yang penuh melalaikan!

PS:

-1-edisi pdf telah di download tapi belum baca lagi. Pasti ada pengajaran lain yang lebih bermakna seperti saratnya pengajaran dalam novel Ketika Cinta Bertasbih berbanding movie-nya.

-2-kata-kata Sayyid Qutb rah dikutip dari seorang rakan seperjuanganku di Mesir ,Akh Muhammad Izzuddin Bin Selamat .Bacalah tulisan beliau ini . Sangat memotivasikan ( http://izzsalamah.blogspot.com/2011/12/bila-sudah-jatuh-hati1-message-received.html )

-3-kepada sesiapa yang berminat mahu tengok cerita ini , kena download sendiri. Pandai-pandai la cari.;-)