Friday, January 6, 2012

Salafi Syndrome Politik berparti - SSPB


“ Kalau salafi di negeri Kelantan , Kedah , Penang , dan Selangor bila pilihanraya perlu sokong Pakatan Rakyat (PR) ? ( kerana difahami parti pemerintah islam sekarang adalah fahaman hadis pemerintah islam yang wajib ditaati selagi mendirikan solat . Ketua PR adalah seorang islam walaupun dalam pakatan tersebut ada parti bukan islam atas sebab tahaluf.) ” Soal-ku di wall FB (face book) seorang kawan salafi .

Tiada jawapan diberikan kepada soalan-ku itu , Sebaliknya di-deletenya soalan itu atas alasan cuba provoke . “ Sejak bila pulak aliran salaf ajar pengikutnya belah hati? ” monolog-ku kecewa dengan perangai salafi tersebut.

Di status yang lain :

“PR ini bermasalah kerana ketua pembangkang menunjukan syirik dengan menyembah Teoh,” komen seorang lagi salafi memberi hujah kenapa PR harus ditolak . Kemudian diposting-nya satu video ketua PR terikut tunduk ketika ziarah keluarga Teoh.

Aku balas dengan posting satu video ketua kerajaan juga buat hal yang sama depan Tugu Pahlawan yang telah difaktwakan haram oleh ulamak kita. Ini kerana perbuatan tersebut merosakkan akidah atau syirik juga dengan sedikit komenku , “ ketua kerajaan pun apa bezanya?. ”

Di Status Facebook yang lain :

“ Demokrasi bukan system Islam. ” lontar tulisan wall seorang salafi disertakan link article yang sarat hujah Al-Quran , hadis dan kata-kata ulamak sunnah yang membawa kepada kesimpulan tersebut.

“ Ya , betul , memang bukan system islam . Saya akui , Jadi system pemerintahan islam apa yang boleh diamalkan ( secara praktikal dalam abad ini ) ? Adakah system beraja , monarki atau warisan turun temurun , adalah system pemerintahan islam sepenuhnya ? ” komenku sambil bertanya.

Tidak diberikan jawapan soalanku itu . Diceritakan keburukan demokrasi dengan menjelaskan sifat orang kebanyakan umumnya jahil yang tidak akan melayakan mereka membuat keputusan dan demokrasi juga telah mewujudnya demonstrasi yang bertentangan adab sebenar menegur pemerintah islam . Bila ada cuba katakan kelebihan demokrasi , dituduh pula lebihkan akal daripada Al-Quran . Ada yang cuba memberi jawapan system syuro adalah penyelesainnya tapi tidak nampak macam mana praktikalnya “ system syuro yang memenuhi tuntutan islam ” dalam parti pemerintah sekarang . Dan yang lebih pintar tetapi tidak menjawab soalan juga adalah mulakan dengan perbaikan akidah .

Berkaitan perbaikan akidah , teringat pula seorang ustaz salafi yang pertikaikan kebenaran “ manhaj ” gerakan Islam Ikhwanul Muslimin (IM) di Mesir dan menuduh gerakan tersebut tidak titik beratkan perjuangan akidah yang sebenar . Antara Katanya : “ Cuba tengok IM di Mesir , telah wujud hampir satu abad , tapi masih tidak mampu miliki tampuk pemerintahan . Ini kerana mereka tidak titik beratkan perjuangan akidah . Kita harus tumpukan perjuangan akidah sebenar-benarnya , seperti perjuangan nabi Muhammad saw bersama para sahabatnya ( iaitu 13 tahun di Mekah-akidah dan ,10 tahun Madinah-hukum hakam ) . ” Komennya semberono membezakan tempoh kejayaan dakwah nabi dengan dakwah IM . Di akhir ceramah beliau adalah kesimpulan manhaj salafi “ fahaman dia sahaja ” yang betul perjuangkan akidah islam daripada manhaj gerakan islam yang lain pada hari ini .

Tidakkah timbul soalan ? : Adakah perjuangan akidah salafi baru wujud awal tahun 2000 ini ?. Tidakkah ustaz itu tahu sebelum kejatuhan khilafah tahun 1924 , telah wujud gerakan akidah salafi ? . Malah usia perjuangan akidah salafi hampir seusia islam itu sendiri iaitu lebih 1000 tahun . Tapi pencapaian mereka sehingga hari ini hanya berhasil pada sesetengah negara di Timur Tengah dengan masih banyak kepincangan dalam banyak bidang terutama kemanusiaan .

Sebagai contoh gerakan akidah salafi hebat iaitu wahabi yang katanya diasaskan oleh Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab (1701M )-1- . Adakah “ gerakan wahabi ” yang usianya lebih 2 abad (lebih 200 tahun) atau lebih tua dari gerakan IM itu telah kuasai tampuk pemerintahan di semua Negara islam ?.

Atau soalan yang lebih tepat adalah : “ Cubalah cermin gerakan salafi sendiri dulu berapa lama telah ada di persada perjuangan dunia atau perjuangan dalam negara sendiri tapi masih minority , menimbulkan banyak perselisihan dan tetap tidak mampu kuasai tampuk pemerintahan negara sendiri-pun sebelum mahu menghukum gerakan Islam yang lain ”.

Dari seorang sahabat FB salafi lagi : “ Demonstrasi bukan cara Islam ! ”, sambil tulisnya berserta dalil dan quote ulamak yang sangat banyak . Bila dikatakan “Demo Aman dan Bukan-Aman ( rusuhan atau pemberontakan bersenjata)” HARUS dibezakan. Dia balas : “Tidak ada-bezanya , semuanya HARAM,” katanya sambil berjela-jela lagi dalil dia .

Ini juga satu golongan bermasalah yang tidak gunakan akal serta tidak faham pembahagian ibadah khusus ( perlukan dalil khusus - contohnya bilangan rakkat solat fardu ) dan ibadah umum ( terbuka luas ijtihad – contohnya dalam masalah muamalah dan politik ) . Bila di-label literalis , melenting pulak.

Inilah perangai kawan-kawan “Salafi Syndrome Politik Berparti (SSPB ) ” yang aku katogerikan buget ilmiyah , tapi perangai tidak ilmiyah . Bila tidak tahu nak jawab soalan dari mana-mana sumber “ ulama mereka ” yang boleh di copy-pastekan , maka buatlah perangai delete-kan soalan , unfriend dan me-label kita ( aku atau sesiapa sahaja) yang bertanya soalan sebagai meng-agungkan akal melebihi Al-Quran & sunnah ( muktazilah ), tidak ilmiyah , menyokong demokrasi , membela demonstrasi jalan-an (tanpa dibezakan aman atau tidak) , tidak fahami cara tegur pemerintah , tidak menyokong akidah golongan salaf , bercirikan khawarije dan paling teruk tuduhan “comfom berniat jahat menjatuhkan pemerintah islam atau khawarije.

“Salafi Syndrome Politik berparti-SSPB ”.

Aku tidak tahu bilakah wujudnya kumpulan ini . Analisis ringkasku , golongan ini baru lahir melinium ini. Boleh dikatakan kesemua SSPB ini terdiri daripada golongan belia . Disebabkan muda dan berpendidikan , mereka pintar kuasai teknologi media , ber-blogging dan “aktif ” di alam maya terutama laman social Facebook yang sangat subur dengan manusia . Keahlian mereka bagaikan “ cendawan tumbuh selepas hujah” apabila berijtihadnya sebahagian “ asatizah timur tengah yang hebat , beradab dan berilmiyah ” menyertai UMNO sebagai ulamak muda (ILMU) .

Secara peribadainya aku tidak menyalahkan mana-mana salafi yang ingin berparti atau menjadi SSPB menyokong BN sepertimana tidakku salahkan sesiappun yang memilih PR . Kita bebas memilih parti pilihan kita .

Cuma aku sedikit muskil , “Adakah perangai kalian yang telah sertai SSPB ( secara sedar atau tidak ) ini benar-benar mencontohi akhlak dan keadilan yang di-warisi oleh nabi Muhammad saw ? Adakah ianya suatu keadilan dan akhlaq islam ? , jika kalian menutupi “kepincangan” parti kalian , mengentam parti lawan secara tidak adil (contoh bila parti lawan buat demo tidak dibenarkan,Parti sendiri buat di negeri-negeri PR, membisu sahaja) , tidak berani mengupas sesuatu secara rasional , dan mudah sangat menghukum orang lain dengan pelbagai label apabila tidak sependapat ? Apa beza kalian dengan aktivis parti pembangkang yang juga jenis Syndrome politik berparti (SPB) , dan perangai tidak ilmiyah ? Tidakkah anda menjadikan orang ramai yang melihat gelagat anda dengan musuh politik anda 2x5 saja.? ”

Sebenarnya aku sedikit kecewa dengan sahabat salafi yang menjadi SSPB . Ini kerana mereka banyak bermain dengan dalil Al-quran serta hadis sahih bagi menghalalkan keputusan mereka dan MEYAKINI 100% IJTIHAD mereka adalah BENAR .

BN sebagai pemerintah islam yang dimaksudkan hadis adalah suatu IJTIHAD (boleh betul dan boleh salah)-?

Tanpa memandang rendah keilmuan sesiapapun , aku ingin bertanya, Adakah kita memahami sepenuhnya sejarah pembentukan pemerintahan negara Malaysia yang istilah tepatnya sekarang adalah “ Demokrasi Terpimpin atau Pemerintahan Raja Berpelembagaan ”.? Adakah kita mengkaji perlembagaan negara ISLAM Malaysia ini sebelum membuat keputusan siapakah pemerintah ISLAM yang sebenar di negara ini.?

Dari kefahaman kita tentang sejarah Malaysia , perlembagaan dan system pemerintahannya maka barulah kita akan tahu seni mengislamkan demokrasi serta keunikan system beraja yang memungkinkan definasi pemerintah islam yang lebih TEPAT .

Jika tidak , kita akan menjadi orang yang “ meludah ke langit dan terkena ke muka sendiri” atau “membakul sampahkan system demokrasi tetapi kita sendiri terpaksa akur dan masuk system tersebut ” untuk berjuang (secara sedar ataupun tidak ) .

Pandanganku berkaitan pemerintah ISLAM sebenar negara Malaysia.

Aku kurang setuju jika pemerintah ISLAM yang sebenar ditafsirkan parti yang memerintah sekarang .

Bagiku “ Pemerintah ISLAM sebenar kerajaan Malaysia ” adalah Yang Dipertua Agung . Majlis perlantikanya penuh istiadatnya 5 tahun sekali melalui syuro 9 orang sultan-sultan negeri Tanah Melayu .

Adapun parti memerintah , yang jawatan tertinggi milik-nya hanya Perdana Menteri ( bahasa lama adalah bendahara ) memiliki sifat pemerintah ISLAM tidak mutlak atau tidak tetap selari yang termaktub dalam perlembagaan. Maksudnya parti memerintah boleh diganti setiap 4 tahun sekali dengan persaingan sihat yang dinamakan proses pilihanraya . Jika hari ini parti A yang memerintah , mungkin 4 tahun lagi , parti B pula yang memerintah dan begitulah kemungkinan saling bergantian yang ada dalam system demokrasi-pilihanraya.

Maka tidaklah cerdik jika kita tuduh parti B yang hari ini tidak menjadi parti pemerintah sebagai membangkang “ pemerintah ISLAM ”. Lagi kejilah tuduh kita jika mengeluarkan perkataan khawarije kepada persaing-pesaing parti memerintah .

Siapakah khawarije atau pembangkang pemerintah islam Malaysia yang sebenar.?

Seperti yang telah disebutkan pemerintah ISLAM sebenar adalah sultan-sultan tanah melayu dan Yang Dipertuan Agong , maka golongan Kahwarije sebenar adalah mereka yang wujud secara individu atau kelompok dengan cubaan melenyapkan kuasa ISLAM sultan kita atau berciri-ciri MENCABAR KEDAULATAN ISLAM yang telah DISUMPAH akan dipertahankan oleh AGUNG KITA .Rujuk jadual 4 perlembagaan-2-

Oleh itu Khawarije di Malaysia ini adalah yang memperjuangkan kefahaman selain ASWJ (Ahli sunnah wal jamaah) . Antara mereka adalah yang sedang mengembangkan fahaman bertentangan mazhab ASWJ seperti Syiah , mengikuti ajaran sesat , mempromosi Pluralisem agama , menafsir kebenaran dari kaca mata HAM (hak asasi manusia) barat , lebih utamakan persaudaraan ( tahaluf ) dengan yang bukan islam dan sentiasa berburuk sangka dengan usaha menyatupadukan umat islam .

Salafi yang kita mahukan.

Sesiapa yang lebih berfikiran terbuka , mengkaji kelompok salafi serta pecahannya dan memilih manhaj hidup wasatiyah , pasti akan lebih senang memilih bersalafi dengan cara yang moderate . Antara tokoh salafi yang moderate adalah DrMaza yang tidak menyertai mana-mana parti politik . Rakyat yang pintar lebih cenderung untuk bersama kelompok salafi moderate kerana teguran ilmiyah yang diberikan adil , rasional dan lebih diterima mana-mana parti dengan hati yang terbuka.

Wallahwalam.

Rujukan:-

-1- http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahabi
-2-lihat bahagian rujukan tulisan sebelum ini bertajuk: Daulat Tuanku.

No comments:

Post a Comment