Saturday, January 21, 2012

Aktivis Mahasiswa berakidah



Al fadil Ustaz Sarip Bin Adul,YDP ISMA Sabah menulis di status Muka Bukunya:
" Mudah-mudahan rakan FB ku yang begitu kagum dengan tokoh-tokoh tertentu dalam kalangan ahli politik atau bukan , sering membela & memperkatakan ke-elokan mereka , berjuang dibelakang mereka , sanggup berdebat bahasa mempertahankan mereka TELAH mengenali habis hakikat Muhammad SAW, akidah baginda dan sirah perjuangannya , mempertahankan baginda dan ajarannya, banyak bersalawat ke atasnya dan menuruti sunnahnya . KERANA dia-lah satu-satu nya yang dipersaksikan BENAR oleh tuhannya. "
Itulah sedikit nasihat bersama berkaitan kejelasan fikrah dan awlawiyat (keutamaan) tokoh teladan pilihan setiap muslim yang beriman. Bagi seorang Islam , tidak ada tokoh terbaik lain yang wajib kita ikuti kebenarannya dan akan dipertahankan habis-habisan melainkan nabi Muhammad Saw.

Tahukah kita , ahli kitab dahulu lebih kenali nabi kita daripada anak-anak mereka.? Tidak tersindirkah kita yang sepatutnya lebih BERHAK mengenali nabi Muhammad saw daripada anak-anak kita (kelak-bagi yang belum beranak) ?.

Semoga Allah menjadikan kita TAHU dan MAHU meneladani nabi kita terlebih dulu atau di-awlawiyatkan sebelum memilih tokoh-tokoh lain sebagai figure pujaan kita .


Al-fadil Ustaz Sarip Bin Adul yang saya kenali.(gambar di atas)

Al-fadil Ustaz Sarip Bin Adul bukanlah tokoh asing dikalangan "aktivis mahasiswa tarbiyyah" secara amnya atau khusunya di Bumi Dibawah Bayu . Anak kelahiran bumi Kenyalang itu disegani kawan dan lawan . Kini beliau berkhidmat di UMS dan disayangi oleh universitynya sehingga diikat kontrak kerja "agak lama" daripada terlepas ke agensi lain yang dengar khabarnya memberikan tawaran kerja yang lebih lumayan . Semoga dengan masa yang sedikit lama lagi di bumi “Borneo juga ba” menjadikan satu hikmah besar percaturan Allah swt kepada beliau sekeluarga dalam mensantuni mahasiswa atau mad'u ( objek dakwah ) agar sentiasa dilandasan perjuangan Tarbiyyah Islamiyyah .

Saya mengenali beliau pada tahun 2006 , Tahun terakhir Diploma saya di Uitm Sabah . Ketika itu beliau aktif memberi kuliyah mingguan di surau asrama luar kampus UMS-Indah Permai . Beliau terkenal sebagai ustaz tarbawi yang boleh menyelesaikan masalah "cinta islami" di kalangan mahasiswa. Kepetahannya berceramah humor bersulam ilmu menjadikan pengajiannya sentiasa ada pengunjung setia di kalangan mahasiswa . Pernah ada seorang siswi UMS bertanyakan soalan melalui kertas semasa sesi soal jawab . Antara yang saya ingat kurang lebih ayatnya : "... ustaz , jika tidak ada siswa soleh yang mahu nikah dengan saya , saya lamar ustaz sajalah". Ketawa seluruh jemaah surau mendengar muskilah tersebut .

Gerakan mahasiswa pilihan ?

Melihat gelagat mahasiswa yang berdemo-aman isu KUIN beberapa hari lalu mengembalikan memori saya bersama gerakan mahasiswa di Sabah . Terasa mahu menjadi mahasiswa kembali . Terlalu banyak pengalaman-pengalaman indah yang dikutip semasa menjadi mahasiswa dan terasa tidak cukup lagi jiwa muda ini yang sentiasa dahagakan ilmu ,dan perjuangan orang muda.

Tidak saya segelemor Adam atau Safwan yang di nobat sebagai hero mahasiswa sekarang. Tidaklah juga saya mahu berjuang sepopular atau seperti mereka kerana saya punya tafsiran gerakan mahasiswa yang sedikit berlainan dan berperanan dengan cara yang berbeza.

Sejujurnya saya gembira melihat mahasiswa yang berani tampil melihat kepincangan sistem pendidikan kita. Bagus , itulah orang muda yang sentiasa menjadi front line perjuang apa-pun yang telah berjaya dalam lipatan sejarah .

Benarlah kata Sukarno ; “berikan aku 10 pemuda ,akan aku gegarkan dunia”. Itulah potensi yang sentiasa ada pada pemuda dan sesiapa yang memandang rendah pemuda atau mahasiswa pasti akan ditinggalkan.

Jika kita melihat fenomena gerakan mahsiswa "bebas akdemik " baru-baru ini , bukan ramai mahasiswa bersama mereka, tetapi media tertentu yang mempotret cerita mereka dan meng-istilahkan mereka wakil "mahasiswa", menjadikan mereka seakan-akan hero sejati yang mewakili suara seluruh mahasiwa .

Kemudahan teknologi dan kepelbagaian media alternative.

Anak muda sekarang semakin bijak menapis berita . Mereka telah mampu menjadi pemberita bebas walaupun dalam kelompok yang kecil atau sendirian . Apa tidaknya , semuanya semudah rakam dengan smart-phone(vlogging), blogging dan share posting di laman web social . Beberapa saat sahaja ribuan manusia mengetahuinya. Tidak hairanlah jika “media mereka” semakin ditakuti dan mereka tidak mudah lagi digula-gulakan media arus perdana .


Bebas Akademik . Apa yang dimahukan mahasiswa? AUKU adalah masalah sebenar?

Saya bukanlah sokong AUKU dan sememangnya akui wujud ketidak-adilan dalam pelaksanaan AUKU. Contoh mudah kita boleh lihat adanya kelab penyokong Umno di luar negara yang dijemput setiap kali AGM mereka dan mahasiswa pro-aspirasi pula dikatakan memihak kepada parti pemerintah . Maka , Apa salahnya jika mahasiswa mahu menyokong parti sebaliknya ?. Itulah bukti kepelikan politik mahasiswa yang jelas cuba "membodohkan" mahasiswa kita dan hanya mahasiswa penakut sahaja yang akan terpedaya atau menjauhi politik.

Mahasiswa mencorakan masa depan negara. Perjuangan mahasiswa yang kabur asasnya akan merugikan negara islam malaysia .


Saya menyokong 6 tuntuntan bebas akademik oleh mahasiswa .(gambar atas)

Tetapi saya masih kabur dan ingin bertanyakan dua soalan asas yang akan menentukan perlayaran bahtera gergasi mahasiswa ini berlabuh di mana .
Pertama apakah Pautan atau sumber rujukan mahasiswa dalam berjuang ? Hak asasi manusia (HAM) barat atau Al-Quran-Sunnah .

Kedua , Apa manhaj (sistem) perjuangan mahasiswa yang boleh menjelaskan agenda tarbiyyah (pendidikan) jangka panjang untuk kebaikan bersama ?
Itulah 2 soalan asas yang jawapannya masih tidak memuaskan saya untuk menyokong sepenuhnya gerakan mahasiswa sekarang . Kerana sepanjang pembacaan serta pengalaman saya dalam gerakan mahasiswa , sesebuah gerakan yang berkiblatkan selain Al-Quran dan Sunnah (contoh : hak asasi barat) serta tidak bermanhaj atau bertanzim jelas , gerakan tersebut tidaklah mampu bertahan lama , tidak jelas tujuan akhirnya dan mudah di tunggangi atau diambil kesempatan pelbagai pihak.

Dr Kamsani , seorang bekas aktivis mahasiswa tarbiyyah berkata :

“ Mungkin para penunjuk perasaan yang berhimpun tidak berpuas hati dengan pihak kerajaan yang hanya menjanjikan pindaan kepada AUKU. Kepada mereka saya ingin bertanya, tidakkah sama, pindaan kepada akta sedia ada dengan mengubah beberapa peruntukan yang bermasalah, berbanding tindakan memansuhkan terus akta tersebut dan menggantikannya dengan akta lain?

Pada saya, hasil akhir kepada kedua-duanya adalah sama, kecualilah jika kita memang berhasrat untuk memberi kebebasan mutlak kepada mahasiswa tanpa perlu terikat kepada apa-apa peraturan khusus; dan jika itu arah perjuangan kita, maka adakah kita yakin bahawa kebebasan tersebut akan mengangkat martabat mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi?

Terus terang saya katakan, yang saya tidak manganggap AUKU sebagai penghalang kepada pembangunan potensi mahasiswa. Dalam lain perkataan, kita masih mampu untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti di bawah AUKU sekiranya mahasiswa sendiri bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dalam menentukan halatuju kehidupan mereka.”-1-

Akidah tetap perhatian UTAMA kita.

Berbicara panjang lebar atau berdebat sehebat manapun kita prons(kelebihan) dan cons(keburukan) sesuatu perjuangan mahasiswa , penilaiannya tetap akan bermula dengan melihat asas manhaj dan akidah perjuangan itu sendiri.

Dua tahun lepas saya berkenalan secara tidak sengaja dengan seorang pemimpin aktivis mahasiswa yang kelibatnya boleh dilihat hampir semua video fenomena kebebasan akademik beberapa bulan ini . Saya bertanyakan dia berkenaan agenda tarbiyyah atau pengajian berkala seperti seminggu sekali dilakukan oleh gerakannya atau tidak . Jawapanya tidak ada. Saya bertanya kenapa tidak boleh dilakukan sedangkan dia ada latar belakang sekolah agama dan sedar akan pentingnya agenda tarbiyyah . Tiada pula jawapan diberikan . Pertemuan kami sangat singkat , saya hanya sempat nasihati dia agar meletakkan agenda tarbiyyah dan pengajian dalam gerakannya kerana itu adalah asas ilmu dalam berjuang. Beberapa bulan selepas itu saya mendapat tahu dia seorang syiah . Ini satu lagi masalah besar yang membawakan kepada penulisan ini .

Panel akidah atau Penasihat Syariah Gerakan mahasiswa.

Ketika share video mahasiswa “Isu insaniah” baru-baru ini saya sempat memberi nasihat : “ tubuhkan panel akidah gerakan mahsiswa dulu ” .

Suatu idea yang mungkin nampak pelik dan tidak praktikal bagi sesetengah orang yang tidak peduli isu akidah perjuangan.

Bukan sebab tidak peduli akidah tapi ada alasan “kuat” kononnya . Alasan Pertamanya mungkin jumlah ahli gerakan mahasiswa ini masih tidak ramai maka tidak cukup tenaga untuk fikir bab akidah atau panel syariah ini . Keduanya “ mungkin benar dasar asas perjuangan mahasiswa berkiblatkan hak asasi barat ” , maka pastinya cadangan saya ini akan sentiasa dipandang sebelah mata atau dibuang ke bakul sampah saja.

Mahasiswa , BEBAS JANGAN sampai TERBABAS.

Sebagai saudara semuslim yang mencintai adik-adik mahasiswa yang seakidah , saya serius dengan perkara akidah ini dan mengharapkan mahasiswa yang jelas akidahnya mampu memainkan peranan dalam gerakan mahasiswa jika menginginkan salimul (selamat) akidah kepimpinan gerakan “ Mahasiswa Hero ” kita itu .

Jika sukar tubuh satu biro panel akidah dalam gerakan aktivis mahasiswa disebabkan alasan munasabah , maka perlu ada sebuah gerakan mahasiswa lain yang berkongsi objektif “kebebasan akdemik sama” bertahaluf dengan mahasiswa hero kita . Gerakan mahasiswa berakidah boleh melancarkan misi serampang dua mata menjadi penasihat akidah disamping menjayakan misi yang diinginkan .

Jika sukar juga , saya menasihati adik-adik mahasiwa yang memilih jalan perjuang demonstrasi aman ini sentiasa menjadikan asatizah (ustaz-ustaz) fahaman salaf-moderate tertentu sebagai penasihat "rasmi atau tidak rasmi" gerakan mahasiswa .

Kenapa perlu panel atau penasihat pulak ?

Adik-adik aktivis mahasiswa yang dikasihi kerana Allah swt ,

1. Tidak ada perjuangan yang lebih selamat dan benar melainkan perjuangan kita berada di atas landasan akidah dari sumber Al-Quran dan sunnah . Kita tidak menolak perjuangan hak asasi manusia , tetapi hak asasi yang difahami barat bukanlah caranya kerana survivor islam yang terancam di bumi ini sekarang akan semakin punah atau sukar dipulihkan kelak .

2. Kewujudan panel ini bertujuan menetapkan garis panduan aktiviti-aktivity yang sesuai dengan akhlak islam dan roh perlembagaan negara islam Malaysia .

3. Panel akidah islam bukanlah bermaksud membina tembok dengan sahabat mahasiswa non-muslim. Tidak salah jika non-muslim juga punya penasihat akidah mereka .

4. Panel syariah penting untuk memastikan undang-undang persatuan atau pakatan mahasiswa yang ditubuhkan hendaklah melantik pemimpin yang berfahaman sunni daripada berfahaman “ bukan sunni ” dan mendahulukan atau menonjolkan pemimpin non-muslim daripada “ muslim bukan sunni ”.

Contoh "bukan Sunni" adalah syiah,anti hadis,dll.

5. Nokhtah ke 4 sangat penting . Hal ini akan menafikan “muslim bukan sunni” untuk menonjol dan menjadi pemimpin . Tetapi ini bukan bermaksud menidakkan hak bersama atau berkerjasama dalam perjuangan mahasiswa . Kita harus faham muslim "bukan sunni" yang “di-hero-kan” dalam majority sunni Malaysia akan menimbulkan konflik mazhab di masa hadapan . Bagi memahami sedikit pandangan saya berkaitan Sunni-syiah sila lihat link di bahagain rujukan-2-

Mungkin ada yang kurang setuju dengan cadangan saya ini yang dilihat mendiskriminasi pemilihan pimpinan di kalangan muslim sendiri . Peribadinya saya pernah bermusafir hampir semua negeri di semenanjung Malaysia dan tanah borneo . Dengan ini saya juga ada ramai kenalan yang bukan islam dan sempat juga bergaul seketika dengan "muslim bukan sunni" terutamanya syiah. Sedikit diskriminasi atau ketegasan saya kepada syiah bukanlah bermaksud saya ingin bermusuh atau merosakkan hubungan kehidupan dengan mereka . Bangsa dan akidah agama yang berbeza bukanlah mengharuskan permusuhan. Kita tetap saudara SeMalaysia yang dituntut bersama-sama membangunkan negara Malaysia tercinta ini .

Kesimpulannya , 5 nokhtah yang saya kemukakan di atas mengambil kira faktor keselamatan akidah , keelokan akhlaq , keselarian perjuangan mahasiswa dengan pemerintahan sunni , tahalluf yang mampu "jelaskan sempadan fahaman" yang berlainan akidah dan kelangsungan agenda perjuangan mahasiswa yang perlu berpijak kepada reality negara Islam Malaysia serta roh perlembagaan.

Sedikit permintaan , First assignment (Tugasan pertama).


Bagi membuktikan kepedulian akidah “ hero-hero mahasiswa kita” , saya menjemput hero-hero kita ( Adam , Safwan and the geng ) menghadiri HIMPUN 28 Januari ini di Kepala Batas , Pulau Pinang . Saya faham “isu akidah berbeza isu akdemik perjuangan kalian”. Tapi saya yakin kalian memahami kerjasama dalam isu akidah lebih penting dari isu akademik dan bila kita mengambil bahagian dalam isu akidah bukanlah bermaksud kita mengetepikan perjuangan bebas akademik kita .

Saya menasihati kalian jangan tidak matang seperti parti-parti politik . Untuk makluman hero-hero kita , HIMPUN telah ditolak oleh parti politik tertentu dengan “alasan tidak cerdik ” dipolitikkan atau “ takut tidak bertempat hilang undi bukan islam” . Ahh , kita biarkan sahaja “parti-parti politik berpuak” yang menyakitkan hati diluar sana. (lihat video dibawah - lalang)

Saya yakin hero-hero kita adalah adil dalam menilai dan tidak bermental politik berparti dalam berjuang seperti aksi demo-aman kalian di depan pejabat PAS berkaitan isu KUIN yang “sedikit berjaya” meyakini mahasiswa kalian bukanlah ditunggangi parti politik tertentu. Jika kalian memenuhi jemputan saya , saya lihat akan lebih ramai mahasiswa meyakini akidah perjuangan kalian .-3-
Semoga sedikit perkongsian di atas memberikan survivor panjang dan masa depan cerah gerakan mahasiswa sejati yang sentiasa bergerak seiring misi Islamisasi dunia dan “ keadilan akademik ” serta mampu memicu agenda perubahan yang lebih besar .



Jika akidah dan manhaj perjuangan mahasiswa jelas islamiknya , mahasiswa bukan sahaja mampu menerajui keadilan dan kebebasan akdemik , malah kebebasan seluruh bangsa Malaysia dan dunia dari sebarang kezaliman.

Jika kita meng-andaikan sebuah gerakan mahasiswa sebagai usaha membina sebuah bagunan , maka bagunan yang dibina dengan Pile foundation (tapak akar) akidah dan bermanhaj dibandingkan (lawan-VS) dengan bagunan yang tidak jelas akidah perjuangan serta manhajnya , Manakah yang lebih baik ?

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.(Al-Quran,61:4)

Akidah teras perjuangan kita . Mahasiswa muslim sepakat islam berdaulat.

Wallahwalam .


PS: Cadangan panel akidah atau penasihat syariah adalah idea awal yang perlu lagi diperhalusi . Saya mengalukan sesiapa sahaja memperkemaskannya , mengurangkan atau menambah baikkan lagi jika perlu . Saya faham restriction bukanlah suatu yang sesuai dengan dunia mahasiswa . Tetapi sedikit kawalan perlu demi mengawal semangat kita dari terbabas . Oleh itu saya rasa tidak perlu penambahan banyak sangat sehingga menjadi complicated dan mengongkong . Biar simple dan mudah tetapi berprinsip dalam akidah .

Rujukan:

-1-http://www.ismaweb.net/v4/2012/01/di-sebalik-tuntutan-kebebasan-mahasiswa/

-2-http://addinlove.blogspot.com/2011/12/apa-yang-kita-tahu-isu-syiah-vs-sunni.html

-3-Jemputan saya ke HIMPUN Pulau Pinang perlu memenuhi beberapa syarat. Antaranya tidak membawa agenda selain akidah dan tidak menimbulkan provokasi . HIMPUN ini telah mendapat permit POLIS . Maka tidak perlulah risau istilah himpunan haram . Kita sentiasa berharap kepada Allah Azawajala agar HIMPUN ini sentiasa berjaya dan mendapat sambutan semua lapisan masyarakat Islam . Amin ya rob.


No comments:

Post a Comment