Monday, January 9, 2012

Siapakah Zainab ku ?

Catatan addinlove :

8 Januari 2012.

“… Dibawah lindungan Kabah aku serahkan cinta dan jiwa ini kembali pada Mu , Ya Allah….” kata Hamid penuh pasrah.

“…. Setiap pagi aku terbangun dengan air di mata , bukan kerana aku derita cinta … tapi kerana rasa syukur bahawa dia masih memberiku nafas untuk kembali menunggu Allah…..” kata-kata Zainab diabadikan dalam surat yang akhirnya berjumpa juga tuannya.

Kata-kata keramat si truna dan dara yang terpisah benua sebagai bukti sangat agungnya cinta mereka.

Kata-kata Hamid dan Zainab tersebut terlintas sengaja menggangu bacaan Al-Quranku malam semalam. Entah kenapa ? kata-kata tersebut sangat sedih , hiba , menusuk jiwa ,dan sangat dalam maknanya .

Bacaan musfahku tergangu . Terhenti seketika memikirkan maksud tersirat di sebalik kata-kata keramat tersebut . Seperti biasa , aku beristigfar menangapi kemungkinan bisikan syaitan , dan meneruskan bacaan , tapi lewat (melepasi) beberapa ayat , air mataku seperti mahu mengalir kerana digangu oleh kata-kata tersebut lagi .

“ Masa tengok movie tu dua hari lepas tidak pulak seperti ini . Apa cerita ni Man ? Sejak bila pulak engkau kisahkan kata-kata cinta dari Movie ni ? ” monolog hatiku.

“Ah, nanti-lah aku fikirkan , lebih baik aku muhasabahkan aktiviti dakwah atau perananku sebagai murobi beberapa tahun ini .” luah hatiku dan akhirnya berjaya melupakan kata-kata tersebut malam semalam dan meneruskan tilawahku.


9 Januari 2012.

Apakah pengajaran yang ingin disampaikan kepadaku dalam bait-bait “aneh” itu.?

Mahu menyuruh aku menjadi Hamid yang mencintai zainab dan mendapatkan cinta si zainab? Mungkin tidak….Siapalah zainab yang pernah kutemui dari perjalanan hidupku bermusafir merentas hampir semua negeri di malaysia ini ? Zainab kelantan , zainab sarawak , zainab sabah , zainab penang , zainab selangor atau zainab kedah?.... tidak jumpa lagi rasanya ….. Ingin mencari zainab ? Pasti mahu.

Tapi Tidak dengan cara Hamid. Aku adalah aku.

Latar belakang hidupku dengan hamid ? berbeda , Kefahaman serta cara perjuangankan islam kami ? mungkin juga berbeda , Ujian accident (kemalangan) atau terkena perangkap cinta ? Lagi jauh bezanya .

Mengatakan imanku lebih baik dari hamid.?bukan urusanku.Kefahaman cintaku lebih baik dari hamid? juga aku tidak tahu.

Apa yang aku tahu , aku tidak mahu memilih jalan cinta seperti hamid. Tapi hamid bisa (boleh) memilih sehendaknya ?

Benar , pilihan jalan cinta itu ditentukan oleh tuhan walapun sehebat manapun usaha kita mengaturkan jalannya . Pernah ku dengar kata falsafah dari benua india yang bunyinya “ Ada 2 perkara pasti dalam hidup ini , yang datangnya tanpa isyarat (tanpa kad jemputan kata seorang ustaz). Perkara pertama dinamakan maut (kematian). Perkara Keduanya adalah cinta. Bersedialah menghadapinya dalam apa jua keadaan ”.

Aku satu kategori dengan Hamid ?

kefahaman dakwah dan tarbiyyah islamiyah yang di imani pemuda-pemudi zaman ini mungkin sangat berbeda dengan zaman hamid . Bagi yang punya kesedaran agama , pergaulan mereka lebih terjaga dan pakaian pelajar perempuan-nya pula bertudung labuh walaupun dunia semakin bebas ke mana-mana , luas pilihan penghakiman serta bisa berdebat dengan golongan yang jumut ilmunya demi sebuah kebenaran.

Tapi jika aku hidup di zaman Hamid , rasanya tidak jauh bedanya aku dengan kelompok Hamid. Mungkin aku akan jadi seperti Soleh , teman karib Hamid .

Di Bawah Lindungan Kabah membawa latar belakang masyarakat islam Indonesia tahun 20-an yang masih terjaga adab sopan dan tatasusila-nya . Hamid , seorang pemuda miskin , anak soleh , dibesarkan ibunya , dari keturuan yang baik , diberikan asuhan agama yang mencukupi , pelajar cemerlang termuda di sekolahnya , sangat mencintai ilmu dan bercita-cinta menunaikan haji di Mekah. Dalam mengejar cita-citanya itu , hadir Zainab mengoncang jiwanya .

Zainab , si gadis pintar , cantik serta sopan santun , hampir sebaya hamid , dari keturanan yang kaya , membesar bersama hamid kerana ibu hamid bekerja dengan keluarganya , puteri solehah yang taat ibu bapanya dan direncana menikah dengan dengan seorang pemuda yang ada hubungan darah dengan keluarganya demi menjaga harta.

Hamid tahu dirinya dimana . Beza zainab dengan dia bagaikan langit dan bumi , seperti puteri raja dengan hamba suruhan atau enggang dengan pipit . Ironinya perasaan cinta kepada zainab itu hadir entah kenapa , tidak pula diluahkan kepada zainab , tetapi zainab memahaminya dan membalasnya .

Hamid tetap harus sedar diri , dia tidak mampu meluahkan cintanya kerana terletak antara fantasi dan reality yang akan melukakan perasaan ramai orang . Segera dia mengantikan perkataan “aku ingin naik haji Nab ” apabila ditanya impian terbesar dalam hidupnya.

Itulah dua acktor utama kisah cinta nukilan ulamak hebat indoneisa yang turut terkenal dengan Tafsir al-Azhar. Setelah selesai menonton movie ini aku segara mencari tulisan cerpen PDF nya.-1-


Apa maksud bait-bait aneh (kata-kata keramat) itu.?

Bagiku Kata-kata Hamid dan zainab yang di coret awal catatanku ini adalah inti kepada movie tersebut . Ada pengajaran penting buat mereka yang terjebak dalam ujian cinta .

Energi cinta di sandarkan kepada Allah ? Kesakitan cinta di kembalikan kepada Allah swt ?

Aku rasa telah fahami maksud kata-kata itu . Kesakitan menjadi kenikmatan, Kesakitan cinta diterjemahkan dengan nikmat kesyukuran kepada Allah swt dan mentaati syariat-Nya adalah seagung-agung cinta . Itulah bukti cinta sejati yang ditunjukkan dua insan beriman dalam melayari bahtera cinta.

Kisah cinta agung diajar islam sangat berlainan dari yang ditunjukkan dalam movie romantic di belahan timur atau barat . Kebanyakan dua sejoli dari “movie cinta selera rendah” akan sanggup melakukan apa sahaja demi cinta sejati mereka . Kononnya akan happy ending . Ada yang menghina tuhan , berkata kesat kepada orang tua sendiri , melakukan hubungan sex terlarang , lari dari keluarga , sanggup merampas tunang orang , tidak kisahkan suami atau isteri orang dan nikah tanpa restu orang tua , atau buat apa sahaja sesuka hati sebagai manifestasi bukti cinta agung mereka. Itulah yang dicontohkan dalam kisah-kisah romantic yang bersepah di luar sana . Akhirnya rosaklah iman penontonnya dan semakin jauh-lah mereka dari tuhan maha Esa .Semuanya kerana tarbiyyah (didikan) Cinta nafsu yang menjelik-kan itu .

Ayahku pernah berkata:

“ Penyakit belakang ayah ini dah lama . Beberapa ubat ayah ambil. Ada satu ubat yang ayah merasakan kelainan iaitu Satu kenikmatan saat solat malam menghadap Allah swt . Kesakitan yang diuji menjadi kenikmatan yang payah dicerita dan rasa penuh syukur atas penyakit yang diberikan ”, kata ayahku yang mengemari munajat malam dengan tuhannya.

Kesakitan ujian menjadi nikmat?

Seorang ulamak harakah islamiyah yang hebat , Syed Qutb rah berkata:

Kemenangan yang paling bernilai di sisi Allah ialah kemenangan jiwa atas materialistik, kemenangan AKIDAH menghadapi sakit dan sengsara, kemenangan IMAN menempuh badai fitnah. Di dalam kisah pembunuhan beramai-ramai di dalam Ashabul Ukhdud (walapun secara kasar ia menunjukkan kekalahan Islam dan kemenangan Musuh-musuh Islam), nyata sekali kemenangan orang-orang beriman itu mengalahkan perasaan TAKUT dan SAKIT; kemenangan mengatasi godaan-godaan duniawi, kemenangan menghadapi fitnah, kemenangan kehormatan umat manusia di sepanjang zaman. Inilah kemenangan sejati! (Maalim Fit Toriq-Petunjuk sepajang jalan )"
Begitulah juga kemenangan cinta yang datangnya dari Allah , merubah takut menjadi berani , dan merubah segala betuk kesengsaraan cinta menjadi nikmat "Cinta kerana Allah" . Itulah tuhan pemilik sejati cinta yang mencampakkan cinta itu kepada hamba-hamba pilihan-Nya.

Maka itulah yang dirasai Hamid dan Zainab yang sentiasa menjaga batas cinta mereka tanpa dorongan nafsu dan tipu daya syaitan.

Ya Allah , Siapakah zainab dalam hidupku ?

Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dijadikan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah at-Tolaq:2-3)

Cinta kepada si dia adalah suatu rezeki yang pasti di ingini oleh sesiapa sahaja. Begitu juga aku , tengah bersabar dan muhasabah diri menanti rezeki itu.

Jika aku tidak berjumpa zainabku di dunia ini , pasti ada zainabku di syurga nanti. Jika rezeki si dia itu tidak hadir di dunia ini , cukuplah kecintaan ku kepada dakwah dan tarbiyyah ini aku kembalikan kepada-Mu (Allah swt) sebelum ajalku.

Ya Allah tetapkanlah aku dalam jalan perjuangan ini , faqihkan aku dalam agama-Mu , dan bantulah aku mencapai cita-cita tertinggiku seperti tokoh teladanku Syed Qutub rah;

“Sesungguhnya lapangan perjuangan bukanlah terhad di dunia dan bumi ini sahaja. Para saksi terhadap perjuanganmu dan jerih payah mu bukanlah hanya umat mahusia yang hidupnya terbatas dalam lingkungan generasi tertentu sahaja. Para malaikat dan penghuni langit pun sebenarnya pun menyaksikan setiap aktiviti-aktiviti kehidupan dunia, mereka menjadi saksi atas segala kejadian dan aktiviti itu, juga peranan membuat perhitungan dan statistik mengenai nilai kejadian itu. Para malaikat penghuni langit bertugas menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk orang beriman berlipat ganda lebih baik daripada ruangan dan tempat tinggal yang dapat dibuat oleh penduduk bumi. Dan adalah pujian dan markah yang, diberi oleh para malaikat penghuni langit itu lebih bernilai daripada pujian seluruh penghuni dunia ini. Kerana di sana , akhirat jualah tempat kesudahannya! (Bab Inilah Jalannya- Syahid Sayyid Qutb).


Gambar di atas: Saat-saat akhir sebelum Sayyid Qutb rah dibawa ke tali gantung. Berjalan mendapatkan rindu kekasihnya. Setelah bertahun-tahun diseksa di dalam penjara. Masa yang dinanti telah tiba. Selamat Tinggal Dunia yang penuh pancaroba dan ujian yang tidak pernah padam . Selamat tinggal hai dunia yang penuh melalaikan!

PS:

-1-edisi pdf telah di download tapi belum baca lagi. Pasti ada pengajaran lain yang lebih bermakna seperti saratnya pengajaran dalam novel Ketika Cinta Bertasbih berbanding movie-nya.

-2-kata-kata Sayyid Qutb rah dikutip dari seorang rakan seperjuanganku di Mesir ,Akh Muhammad Izzuddin Bin Selamat .Bacalah tulisan beliau ini . Sangat memotivasikan ( http://izzsalamah.blogspot.com/2011/12/bila-sudah-jatuh-hati1-message-received.html )

-3-kepada sesiapa yang berminat mahu tengok cerita ini , kena download sendiri. Pandai-pandai la cari.;-)

No comments:

Post a Comment