Sunday, July 28, 2013

(MSIB) Assobiyah Hasanah dalam MSIB ?


Jika anda tidak Cakna (peduli) MSIB , minima jangan salah faham.

Melayu Muslim dan Assobiyah Hasanah? Dari mana datangnya istilah Melayu Muslim dan Assobiyah Hasanah?. Jawapanya, Saya tidak pasti dari mana. Saya yang reka atau pernah saya dengar dari sesiapa?. Apa yang pasti saya boleh menjelaskannya:

1. Melayu Muslim.

Istilah ini sangat jangal kita dengar. Kenapa? Kerana Bila disebut Melayu kita akan segera membayangkan seorang muslim atau orang-orang Islam. Perkaitan sangat rapat antara Melayu dan Islam telah wujud sangat lama. Ada sumber sejarah mengatakan ianya terbenih pada kurun ke 7 Hijrah yang merupakan kurun pertama kedatangan Islam di Nusantara. Maka lahirnya masyarakat Melayu beragama Islam, pemerintahan Melayu Islam, Tamadun Melayu Islam di Nusantara, Tanah Melayu dan akhirnya sebuah negara Islam bernama Malaysia.

Dengan ini sebenarnya tidak perlu diwujud istilah "Melayu Muslim". Berlainan pula dengan perlunya wujud India Muslim cina Muslim. Ini kerana lambang agama asal perkataan India dan Cina tidak membayangkan majoritnya muslim. 

Tapi Kenapa saya wujudkan istilah Melayu muslim? Banyak sebabnya, Antaranya yang saya akan sentuh pada tulisan ini adalah, kerana pada hari ini ada sebilangan Melayu yang tidak mahu menjadi Melayu Muslim lagi. Mereka ini terbahagi kepada dua kumpulan:

Pertamanya Murtad atau keluar islam. Secara hakikatnya murtad mereka diterima, tetapi secara status kerakyatan tidak mudah diterima. Ini  kerana perlembagaan Persekutuan Malaysia mengikat Melayu dengan islam sangat erat sehinggakan Melayu mesti difahami islam dan juga sebaliknya. Akibat ikatan ini agama Islam di lindungi oleh sesuatu kaum tonggak (Melayu) di Malaysia ini.

Kumpulan ke dua adalah muslim yang benci bangsanya sendiri. Mereka merasakan bangsa tidak ada nilai dan peranannya. Bagi mereka cukuplah di katakan kami bangsa Islam.

Dengan ini saya datangkan istilah Melayu Muslim ini agar Kita semua sedar betapa bahayanya negara Islam Malaysia jika tidak pedulikan dua kelompok ini. Masalahnya cukup besar, kalau kelompok pertama kerugian di akhirat pasti menanti mereka. Kelompok kedua pula tidaklah serugi kelompok pertama, Tapi mereka akan menjadi bangsa yang lupa asal usul, menghina keturuanan sendiri, tidak berjati diri dan menjadi fitnah kepada Islam . Islam akan dianggap agama yang menghapuskan bangsa lain. Sebagai contoh: seorang berbangsa Cina yang ingin memeluk Islam akan merasakan perlu bertukar bangsa juga kepada baru bernama bangsa Islam. Inilah satu kefahaman yang salah. Hakikatnya Islam yang sebenar tidak pernah mengajar sesiapapun melupakan bangsa asalnya.
   
Istilah Melayu Muslim ini akan menjadikan melayu semakin berpecah? Akan ada budaya hukum menghukum atau mengketogeri disebabkan wujud istilah ini?. Ya , ini antara kesan besar jika istilah Melayu Muslim ini dibiasakan dalam masyarakat. Tujuan saya membuat istilah ini bukan untuk itu. Saya lakukan ini sebagai muhasabah kepada bangsa Melayu agar menghargai istilah "Melayu" sebelum terlambat. Jika berlaku budaya mengketogeri melayu maka saya katakan puncanya bukan saya, Ianya telah dimulakan oleh politik orang melayu. Semoga Allah menjauhi kita dari pepecahan dan menyatukan kita.

Kesimpulanya, saya tidak berhasrat mengubah orentasi pemikiran masyarakat umum yang memahami melayu sebagai orang islam. Teruskan berfikir begitu kerana ianya sangat baik untuk masa depan negara. Adapun istilah Melayu Muslim ini wujud hanya sebagai muhasabah agar melayu itu benar-benar menjadi muslim yang tidak pernah lupa asal usul bangsanya dan bangga dengan Islam yang dianutinya.

2.  Assobiyah (Asabiyyah) Hasanah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Bukan daripada kalangan ummat ku mereka yang menyeru ke arah berpuak-puak, yakni asabiyyah. Maka seorang sahabat bertanya tentang Asabiyyah yang bagaimana ya Rasulullah? Lalu Rasulullah menjawab; Asabiyyah di mana kamu saling tolong menolong dalam kezaliman.“-1-

Jika kita perhatikan hadis diatas, Asabiyyah WAJIB memenuhi syarat atau WUJUD-nya "tolong menolong dalam kezaliman" . Cuba kita bertanya " Adakah menolong kaum kerabat dalam kebaikan (atau juga kebaikan agama) termasuk dalam makna Asabiyyah yang di maksudkan nabi?"

Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, Al-Muqadimah secara terang dan nyata telah mengatakan bahawa “Assobiyah” adalah suatu yang mustahak di dalam usaha menegakkan pemerintahan Islam dan bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan daripada nas-nas yang mencela “assobiyah”, beliau mengatakan bahawa apabila syarak mencela satu-satu perkara bukan bererti ia mahu mencabutnya dari akar umbi tetapi menghalang daripada digunakan untuk tujuan yang salah.-1- (Tambahan saya : "Assobiyah" dimaksudkan Ibnu Khaldun bukanlah dalam urusan kezaliman atau kejahatan di sisi agama)

Menurut beliau, berdasarkan hadis tersebut, assobiyyah yang mengajak ke arah melakukan kezaliman, iaitu kita mempertahankan kaum kita walaupun secara terang-terangan kita berlaku zalim terhadap orang lain seperti menindas dan sebagainya, maka assobiyyah di dalam maksud sedemikian adalah amatlah ditentang. Walaubagaimanapun, JIKA assobiyyah tersebut adalah di dalam konteks untuk mempertahankan agama Islam, mempertahankan negara daripada serangan musuh, ataupun assobiyyah di dalam menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka assobiyyah ini adalah dibenarkan malah merupakan salah satu elemen penting dan diperlukan kepada bangkitnya sesebuah tamadun, empayar ataupun kerajaan.-1-  

Oleh itu "Assobiyyah atau asabiyyah untuk mendaulatkan Islam" bukanlah termasuk dalam asabiyyah yang dimaksudkan nabi. Dengan ini secara teorinya tidak tepat gelaran Asabiyyah dimaksudkan nabi dituduh kepada sesiapa yang memperjuangkan Slogan MSIB. 

Bagi meraikan juga yang masih keliru atau gagal memahami "Asabiyyah yang bukan Asabiyyah" atau "Assabiyah dimaksukan nabi dengan Asabiyyah yang dibenarkan nabi ", maka saya wujudkan istilah Assabiyyah Mazmumah iaitu menolong kaum kerabat dalam kejahatan sebagai yang dimaksudkan nabi dan Assobiyyah (Assabiyyah) Hasannah iaitu menolong kaum kerabat dalam kebaikan dan ketakwaaan sebagai yang tidak dimaksukan nabi.

Semoga KULIM ringkas dibawah menjelaskan lagi salah faham berkaitan MSIB. Wallahwalam.




Rujukan:

-1- http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/kenapa-perlunya-umat-melayu-islam-di-malaysia-bersepakat/

Monday, June 10, 2013

Cubit-cubit sayang dalam Jamaah.



Sempena bulan seluruh dunia memperingati hari Bapa, saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada ayahnda tercinta kerana beberapa perkataan yang pernah saya ucapkan sehingga menyakiti ayah saya dulu. 

Ayah pasti ingat, Di rumah Sabah, waktu itu Aiman baru grade diploma, masih semangat lebih dan bersama sebuah “Jamaah minal muslimin” yang agak syadid. 

Maafkan anaknda ini dalam "kalam itu“ yang telah merendahkan ayah daripada ramai pendakwah lain hanya kerana melihat ayah telah beruzlah. Hari ini anaknda ingin menarik "kalam itu" dengan berkata: 

“Maafkan anak ini... mungkin ada beberapa orang diluar sana sindir ayah juga seperti ISMA yang tertipu oleh syaitan kerana keluar Jamaah. Tapi ayah, terus bersabarlah, jangan pernah ambil peduli kata-kata mereka. Jadilah ayah sebagai qudwah kepada anak ini agar terus beramal walaupun ditomah macam-macam. Alhamdulilah, sejak masuk ISMA, Anak ini makin memahami cabaran beramal dalam kehidupan ini.

Ayahku! Ketahuilah bahwa anda adalah jaguh seluruh dunia olehku dalam banyak urusan, mungkin dalam urusan amal jamaie, anak ini belum menuruti sepenuhnya pandanganmu, tapi ketahuilah dalam urusan itu juga anak ini makin nampak sebenarnya kamu lebih baik daripada
pendakwah-pendakwah yang melampau memahami makna Jamaah walaupun dalam Jamaah.”

“ISMA yang tertipu oleh syaitan kerana keluar  Jamaah! ”
. Macam marah sangat bunyinya dari suara-suara yang tidak perlu saya dedahkan identitinya.

Bagi orang yang tidak peka, tidak kenal ISMA atau benci pandangan ISMA dalam politik baru-baru ini, pasti kalam-kalam tersebut ringan ditelan dan di imani.

Cuba kita bertanya dalam diri, Ditipu syaitan kerana keluar Jamaah?, Jamaah Apa? dan aku ini pula, dalam Jamaah? Dan Apa Jamaah yang dimaksudkan?

Adakah Jamaah dimaksukan adalah seperti contoh ini: 

Aiman dulu pernah termasuk Jamaah Tabligh asbab ajakan seorang kawan bernama Kamal. Setelah beberapa tahun Aiman tidak merasa sesuai bersama Tabligh kerana mula minat usrah PAS, akhirnya Aiman masuk PAS dan tidak aktif Tabligh lagi. Aiman terjumpa Kamal yang masih aktif tabligh dan menghormati dia sebagai sahabat dakwah juga.  Malangnya Kamal berkata: “Kamu ini Aiman, kenapa keluar Jamaah? , kamu ini telah ditipu oleh syaitan ini, bertaubatlah dan kembalilah kepada Jamaah (Tabligh) kita dulu”.

Sedih Aiman mendengar pandangan sahabatnya itu.
Bingung-nya, Tabligh rasa mereka (Tabligh) adalah Jamaah, Jumpa aktivis PAS ,ada juga rasa mereka (PAS) adalah Jamaah, Jumpa aktivis Hizbul Tahriri juga begitu, dan juga jumpa beberapa kelompok Islam yang lain di Malaysia ini, mereka rasa “cara mereka” adalah Jamaah dan sesiapa yang tidak ikut mereka atau keluar dari Jamaah atau dihukum “keluar Jamaah”.

Mungkin rasa yang sama pernah di alami oleh ayah masa muda dulu? dan akhirnya beruzlah dari semua mereka.?

Semunya kerana  aku dalam Jamaah dan kamu diluar Jamaah?

Apa masalah keluar  Jamaah?

 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :مَنْ خَرَجَ مِنَ الْطَاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مَيْتَةً جَاهِلِيَّةٍ .وَمَنْ قَاتَلَ تَحْتَ رَايَةٍ عُمْيَةٍ يَغْضِبُ لِعَصَبِيَّةٍ أَوْ يَدْعُوْ لِعَصَبِيَّةٍ أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ , وَمَنْ خَرَجَ عَلَي أُمَّتِيْ بِسَيْفِهِ يَضْرِبُ بَرَّهَا وَفَاجَرَهَا وَلاَ يَتَحَاشَيْ مِنْ مُؤْمِنِهَا وَلاَ يَفِيْ لِذِيْ عَهْدٍ عَهْدَهُ فَلَيْسَ مِنِّيْ وَلَسْتُ مِنْهُ . ( رواه مسلم(
 
Darpada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Barang siapa yang keluar dari ketaatan (derhaka) dan memisahkan diri dari Jamaah ( Islam), lalu ia mati , maka matilah ia sebagai kematian jahiliyah. Barang siapa berperang di bawah panji –panji kesesatan , ia marah kerana assobiyah atau mengajak kepada assobiyah ataupun membantu assobiyah , lalu ia terbunuh maka ia terbunuh sebagai kematian jahiliyah .Barang siapa memerangi umatku dengan pedangnya ia memenggal dengan pedangnya orang yang baik dan orang yang jahat dan ia tidak mengecualikan orang mukmin dari umatku , dan ia tidak menunaikan janji orang yang diberi janjinya , maka dia bukanlah dari golonganku dan aku bukanlah dari golongannya .” (Hadis Riwayat :Al-Bukhari, Muslim, ad-Darimai dan Ahmad). -1- 

Jelas, jujur dan lagi benar  perkataan Jamaah (Islam) yang di tafsirkan oleh penulis. Walaupun beliau aktivis PAS, beliau tidak tafsir perkataan Jamaah sebagai “Jamaah PAS” .

Oleh itu sesiapa yang keluar dari Islam maka dia selayaknya dikatakan keluar Jamaah atau ditipu oleh Syaitan.

Adakah anda merasakan Ayah saya sekarang yang tidak ikut mana-mana Jamaah minal muslim yang terkenal (sekelompok dari Jamaah yang terkenal di Malaysia ini), atau saya sekarang yang mengikut Jamaah minal muslimin yang kerdil iaitu ISMA adalah orang yang terkeluar dari Jamaah?
 
Kebanyakan ulama cenderung mengatakan Jamaah yang dimaksudkan dalam hadis itu adalah Khilafah Islam atau Jama’atul Muslimin atau Pemerintah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Persoalannya sekarang adakah telah wujud kembali Khilafah Islam atau
Jama’atul Muslimin yang kita semua maklum telah berakhir pada Turki Uthmaniah 1924 M ?

Hal ini diakui oleh ulama hebat, Hussain bin Muhammad bin Ali Jabir, MA yang membuat kajian mendalam berkenaan Jama'atul Muslimin (Jamaah). “Adakah Jama’atul Muslimin di dunia sekarang ini?” Dan kemudian beliau sendiri menyimpulkan jawabannya bahwa berbagai pemerintahan Islam yang ada saat ini tidak satu pun yang memenuhi persepsi konsepsional mengenai Jama’atul Muslimin yang dicita-citakan oleh setiap muslim yang cinta akan kemuliaan Islam dan kaum muslimin. [Dr. Salim Segaf al-Jufri, Kata Pengantar buku Menuju Jama'atul Muslimin] -2-

Buku berjudul Menuju Jama’atul Muslimin; Telaah Sistem Jama’ah dalam Gerakan Islam sangat baik untuk kita semua fahami kaedah menuju Jama'atul Muslimin yang sebenar pada abad ini. Istilah Jamaah (Jamaatul Muslimin) atau istilah Jamaah minal muslimin ( sekelompok dari Jammaatul Muslimin) juga dijelaskan dengan baik untuk kita semua faham. (PS: Ahli keluarga terdekat yang susah dapatkan buku ini dan mahu pinjam boleh jumpa saya, Alhamdulilah masih ada dalam library peribadi dan kalau nak pinjam tak boleh lebih sebulan na, ^_^). 


 Jika sekarang tidak ada Khilafah atau Jama'atul Muslimin dan tidak ada satupun yang layak lagi penuhi katerianya, jadi siapa JAMAAH?

Penafsiran yang paling tepat tentang "Jamaah" ialah: "Mereka-mereka yang tergolong dari kalangan para sahabat kerana mereka sentiasa di atas kebenaran, ahlinya dan golongan yang teramai (السواد الاعظم) mengikut fahaman (manhaj) salaf yang hak" -3-

Tapi sahabat nabi telah tiada dan lebih tepatnya "Jamaah" yang mengikut fahaman (manhaj) salaf yang hak?

Menurut saya yang paling selamat tafsir "Jamaah" adalah "sesiapa sahaja baik secara individu atau berkelompok yang berpegang teguh kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah".

اَلْجَمَاعَةُ : هِيَ الَّتِيْ مَا اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ
 
"Al-Jamaah:  Iaitu (sesiapa yang amal dan akidahnya mengikuti aku atau persis) serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku (sesiapa yang sepertiku dan para sahabatku)." -Lihat:  تحفة الاحوذى(7/399-340).  Berkata Turmizi: Hadis ini hasan dan  gharib. Lihat: سلسلة الاحاديث الصحيحة  No. 203 atau 1192. Syeikh Al Albani.

اَلْجَمَاعَةُ مَا وَافَقَ الْحَقَّ وَاِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ.
 
"Al-Jamaah (berjamaah) atau (yang dikatakan berada dalam jamaah) ialah apabila (engkau) mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan) - Lihat: Riwayat Baihaqi. al-Madkhali.  الحوادث والبدعHlm.  22.  Abu Syamah.-

Jamaah adalah
Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Akhir kalam saya ingin menyeru semua ahli keluarga saya khususnya dan semua individu muslim secara amnya agar berjinak-jinak dengan mana-mana saja gerakan Islam atau jamaah minal muslimin yang ada di Malaysia ini. Kalau boleh masuklah dan aktif  dalamnya jika anda cenderung kepada mereka.

Hiduplah dalam perkumpulan J
amaah minal muslimin kerana kewajipan berjamaah telah jatuh kepadanya selagi belum wujud khilafah. Tapi ini tidak bermaksud Jamaah minal muslimin yang kita ikut itu boleh berkuasa penuh seperti Khilafah yang boleh "memaksa". Buatlah perkumpulan Jamaah minal muslimin sendiri jika tidak setuju dengan mana-mana Jamaah minal muslim yang sedia ada. Asasnya Jamaah minal muslimin yang anda pilih masih dalam lingkungan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kesempatan ini, saya juga ingin mohon maaf kepada ahli keluarga saya jika teguran saya ini agak terbuka. Sengaja agar dapat membantu insan lain yang dalam delima sama. Harapnya jadi "cubit-cubit sayang” supaya boleh membetulkan tasawur Jamaah kita, saling menghormati dan hubungan kekeluargaan masih terjaga.
 
Tanpa mengurangi rasa hormat kepada sesiapapun yang lebih makan garam, saya hanyalah mahu sampaikan pandangan peribadi 2 cent dari ilmu yang saya ada. Asasnya menyampaikan nasihat dengan kebenaran dan ketakwaan.

Saya bersyukur ada ahli keluarga saya yang pelbagai Jamaah minal muslimin. Ada UMNO, ada PAS, ada IKRAM, ada TABLIGH, ada SALAFI MODERATE, ada PENGAJIAN PONDOK, ada ISMA, ada Ber”UZALAH (buat Jamaah minal muslimin sendiri) dan macam-macam ada. Ingat terpentingnya kita semua masih dalam Jamaah induk ASWJ (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dari segi iktikad dan amalan. Insyallah semoga saling berlapang dada dan banyak beramal dari berbicara akan mempercepatkan Jamma’ataul Muslimin yang kita idamkan.


Wallahwalam.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” (Surah At-Taubah: 105)

Rujukan:


-1- http://sautulhaq.blogspot.com/2012/06/hadis-ketujuh-larangan-keluar-dari.html


-2- http://www.dakwatuna.com/2011/05/25/12372/menuju-jamaatul-muslimin/#ixzz2VmcqEEfv







 

 

 





Friday, March 29, 2013

Menang kecewa, kalah pun kecewa.


Minggu ini ada "qoute merisaukan" dikongsikan aktivis ISMA yang menziarahi YDP PAS kawasan X  iaitu salah satu kawasan ISMA akan bertanding . Riwayatnya adalah sahih kerana didengari lebih dari 4 orang aktivis ISMA pada masa yang sama.
" ...kerana ISMA masuk bertanding yang menyebabkan PR kalah dan memenangkan BN, ....ISMA berdosa kerana menghalang kemenangan Islam," kata Al-fadil ustaz YDP PAS kawasan X.

...setelah lama sembang, seorang aktivis ISMA berkata dengan niat menutup perbincangan dengan aman;

".....kami, ISMA walau menang atau kalah dalam pilihanraya kali ni, insyaAllah takkan kecewa...." belum sempat nak habiskan ayatnya (aktivis isma tersebut), Al fadil YDP PAS kawasan X terus menyampuk.;

"Tetapi mengecewakan PAS....."
Itulah antara luahan hati seorang tokoh masyarakat atau ketua kawasan X untuk PAS.

Ada beberapa persoalan dan tafsiran yang bermain dalam fikiran saya:

Pertama : Hanya apa yang jemaah PAS buat adalah pahala ? cara PAS sahaja layak menangkan islam? kalau jemaah islam lain membuat keputusan tidak senada PAS, maka itu berdosa , merugikan dan melambatkan kemenangan islam?

Kedua : mengapa PAS kecewa? Ini pelik . Saya boleh katakan Orang yang sepatutnya kecewa tak jadi kecewa, yang tidak patut kecewa pula kecewa atau Kita sangka kita paling kecewa rupa-rupanya ada orang lain lebih kecewa.

"Orang yang sepatutnya kecewa" adalah ISMA dan rakyat Melayu di kawasan itu . Ini kerana :

1. Kawasan majority muslim, tapi wakil rakyat non muslim.

2. Sebelum ini mereka (orang melayu disitu) tiada pilihan atau "dipaksa memilih" diantara dua orang bukan islam (BN bukan islam, PR juga bukan islam),

3. PAS dan UMNO tidak bertanding disitu kerana ada semacam perjanjian Hudaibiyah.

4. Kata orang melayu disitu : " wakil rakyat bukan islam disitu pada mulanya saja peduli orang islam dan macam bagus, lama-lama tetap sama saja, tidak boleh percaya juga dan sibuk dengan orang dan agama dia saja". 


5. Kalau BN tahaluf dengan bukan islam, kenapa PAS buat juga dan membuatkan orang melayu disitu jadi mangsa?. Dari laporan servey dilakukan aktivis isma, ramai melayu yang tidak membuang undi, sangat ramai mengundi dengan tidak rela hati, dan ramai juga malas peduli.

Tapi yang berlaku sekarang "orang yang mungkin tidak patut kecewa pula kecewa".

PAS atau UMNO yang memberi laluan kepada "rakan parti komponen mereka yang bukan islam" merasa KECEWA ?.

Dan kenapa harus kecewa pada ISMA pula ?

ISMA hanya membawa suara keluhan orang Melayu Islam disitu, isma pula dituduh mengecewakan? Adakah maksudnya orang Melayu disitu mengecewakan PAS (atau UMNO) ?

Lebih ajaib: kalau ISMA kalah pun kecewa juga?

M
ungkin wajar juga , Kalau ISMA kalah juga akan kecewa sebab yang jadi wakilnya adalah bukan Islam dari PKR atau DAP.  Kalau ISMA menang lagi kecewa kerana sepatutnya wakil PAS yang bertanding dan menang.

Kesimpulannya orang Islam ini selalu hidup dalam kecewa. Kalau menang pun kecewa kalau kalah pula, lagi la kecewa. yang tidak kecewanya hanyalah bukan Islam dan wakil rakyat bukan Islam yang menang disitu. Seronok mereka, orang islam yang berkempen mati-matian, berdemo agar tumbangkan kerajaan dan sanggup berbalah sesama Islam sendiri untuk bagi mereka menang. Takpe kemenangan mereka (wakil bukan islam) itu untuk menangkan islam juga kan? 

Oleh itu marilah kita buat kerja yang lebih kurang sama juga PRU kali ini, "Mari pakat ramai-ramai  kempen ABI (asal bukan isma) , kami anti isma, boikot isma, terus berpersepsi ISMA adalah tali barut UMNO kerana berpersepsi adalah cara politik kita dan jangan lupa "undilah calon non muslim DAP atau PKR yang berwibawa itu" kerana KALAU undi calon muslim berwibawa ISMA itu ....kita akan LEBIH kecewa. .

Eh, tapi ada orang kata : "....Katakan-lah PR menang atau PR dan BN menang sama banyak bilangan kerusi, maka ISMA akan jadi bargin power yang boleh untungkan islam ... ATAU... kalau kita undi "calon muslim berwibawa isma" itu akan lebih tinggi kebarangkalian atau ada peluang PM kita dari orang PAS. Ini kerana non muslim dari DAP dan PKR memang sah sah hanya minta Anwar yang berfikiran Islam liberal itu dan TOBAT tidak akan setuju PM dari PAS".

Kata satu suara ghaib : "....jangan percaya semua itu, jangan lupa persepsi kita "ISMA adalah UMNO". walaupun sekarang tiada bukti kukuh , satu hari nanti pasti ada. itulah keimanan kita yang akan sentiasa mendapat pahala dan membawa kepada kemenangan Islam, sesiapa yang sokong ISMA atau undi ISMA, dia.... berdosa ! "

Penghasut yang ikhlas : Addinlove.

[ tulisan ini ditulis seorang aktivis ISMA yang tak jadi nak kecewa kerana lihat ada orang lain yang lebih kecewa. aktivis ISMA ini hanya mampu mengakhiri tulisan ini dengan doa : " Ya Allah janganlah engkau masukkan aku dikalangan orang yang kecewa, Amin ya rabal alamin"]






Wednesday, March 27, 2013

Salah faham terhadap ISMA dan Arus Baru


Assalamulaikum, pandangan ini telah mula ditulis sebelum Al Fadhil Ustaz Abdul Halim, Ketua Unit Penerangan Biro Politik ISMA Pusat memberikan jawapan, saya selesaikan juga apa yang termampu sebagai sisi pandang seorang ahli biasa isma.

Melayu sepakat, Islam Berdaulat.?

Kita semua maklum Melayu adalah bangsa tongak Islam di Malaysia ini. Ini jelas dilihat pada fakta yang banyak "mensaudarakan Melayu dengan Islam" di negara ini. Persaudaraan itu begitu erat sehingga termaktub dalam perlembagaan negara ini. Hal ini terbukti apabila istilah Melayu boleh difahami Islam dan Islam adalah Melayu apabila banyak kes mahkamah negara ini gagal menjatuhkan status Islam dalam kad pengenalan beberapa individu Melayu yang murtad (keluar Islam). Kefahaman lainnya juga adalah bila seseorang itu memeluk agama Islam maka kita boleh fahami dia masuk Melayu dari sudut statusnya. Selain itu seruan "orang Melayu sepakat" turut boleh ditafsir seruan agar "umat Islam sepakat".

Pemimpin isma ada kebijakan sendiri dalam memilih slogan politik "Melayu sepakat Islam berdaulat". Jika istilah "umat Islam" dipilih mengantikan "Melayu" ianya akan bersifat terlalu umum, tidak menarik perhatian dan tidak memfokus kepada masalah sebenar negara ini. Bila perkataan Melayu dipilih , ia boleh ditafsir serampang dua mata sasarannya (pertama orang Melayu dan keduanya orang Islam), fokus khas kepada kaum Islam terbesar iaitu Melayu yang banyak masalah dan ada nilai publisity (popularkan nama isma) mudah dengan mencetus pelbagai tafsiran dari umat Islam.

Sebagai muslim saya yakin Islam akan berdaulat jika umat islam negara ini sepakat dalam hak kebaikan dan ketakwaan. Juga adalah mustahil berdaulatnya Islam jika sepakat dalam hal kezaliman atau kejahatan kerana hal itu tidak tercatat dalam sejarah dan bertentangan dengan sifat Islam itu sendiri. Maka seruan isma adalah mengajak umat islam amnya dan khusunya Melayu kembali bertakwa jika mahu Islam berdaulat.

Saya percaya fitnah kepada Islam "kurang" ketika pengabungan UMNO-PAS pada tahun 1974-1978. Kedudukan Islam lebih baik pada tahun pengabungan tersebut  kerana ahli PAS-UMNO lebih aman solat dalam satu masjid, kurang kedengaran doa laknat antara PAS-UMNO, juga sikit kes mengkafirkan UMNO oleh ahli PAS dan terpentingya musuh Islam sebenar rasa terancam kerana kedua dua parti besar umat Islam bersatu.

Tidaklah Melayu mulia dari bangsa lain. Tidak pernah saya mendengar tokoh isma mengajar dalam usrah (pengajian kecil) sehingga ke ceramah umum, "Islam ini untuk orang Melayu sahaja". Hal ini dibuktikan lagi dengan ramai aktivis dan asatizah isma terlibat secara langsung atau tidak dalam misi pengislaman non muslim di serata negara ini. Di Penang sendiri (saya aktivis isma Penang) ada "aktivis isma India muslim" (seorang baru memeluk Islam dan seorang lagi India muslim). Jika dalam manhaj dan silibus isma hanya bicara Islam untuk Melayu saja, adakah akan ada bukan Melayu muslim yang bersama isma?

Salah faham "isma mengkhususkan Islam untuk Melayu saja" turut saya lihat berlaku kepada Dato Dr Asri di wacana kelantan baru-baru ini. Dato Dr Asri kelihatannya
tidak memahami bahasa "pertahankan syaukah (kekuasaan politik) islam" oleh Ustaz Hazizie dengan asik mensamakan hal ini (Dakwah Islam untuk Melayu saja) dan menghentam isma seperti menafikan hak non muslim atau muslim yang bukan Melayu. Bagi isma sebelum perkatakan hak bangsa lain kita harus melihat apa hak kita sebagai orang islam di dalam kerajaan Islam. Bagaimana kita mahu perkatakan hak bangsa bukan islam jika hak bangsa dan kekuasaan islam sendiri semakin terhakis atau terabai? Adakah jika ada agamawan kristian yang menuntut hak kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu maka tidak ada hak orang Islam untuk mencegahnya kerana kuatir akan menimbulkan salah faham?.

Benar, kita boleh nampak banyak kesamaan dalam istilah dakwah islam dan istilah siyasah Islam, Tapi kita tidak boleh menafikan perbezaannya yang banyak juga. Bila kita membicarakan kekalkan kekuasaan "Siyasah Islam di kalangan orang Melayu" itu tidak bermaksud kita katakan dakwah atau "Islam untuk melayu sahaja". Juga bila kita katakan "fokus dakwah kepada Melayu dulu dalam tempoh sekian-sekian" itu bukan bermakusd "Islam ini untuk Melayu selamanya", Bila kita katakan "Melayu Sepakat" hari ini kerana melihat signifikan kadar langsung "Melayu dengan Islam (Melayu hina-Islam hina, Melayu hebat Islam hebat)", itu bukan bermaksud selamanya akan kekal jika Cina muslim dan India muslim telah berbukti mampu memerintah dan mensyaukahkan kaum mereka, maka kita katakan "Melayu,Cina dan india sepakat Islam berdaulat". Semua itu hanya slogan politik yang bersifat flexible dengan keadaan, bukan suatu prinsip keimanan yang tetap sifatnya.   

PAS sepakat dengan Umno.?

Bicara sebenar isma berkaitan PAS-UMNO bukan perkataan bersatu, tapi ber"sepakat"nya PAS dan UMNO. Seruan bersatu hanyalah pandangan peribadi beberapa tokoh isma. PAS dan UMNO telah ada pengalaman bernikah (bersatu) yang tidak membuahkan hasil yang baik, kata mudahnya PAS pernah gagal dalam pernikahan. Oleh itu jika soal wajar atau tidak ditimbulkan, saya ingin bertanyakan " wajarkah PAS mengajak semua umat Islam bersatu dibawahnya atau menyokongnya jika PAS sendiri pernah gagal dalam pengabungan dengan umno (sejarahnya juga pas lahir dari umno) tanpa kita selidik secara adil kegagalan pengabungan tersebut.?"

begitu jugalah adakah wajar jika isma (sejarahnya pula isma bukan pecahan PAS atau JIM) pernah gagal dalam peristiwa pengabungan dengan beberapa jemaah islam maka kita terus menghukum isma tidak layak bicara soal bersatu atau sepakat dan berkesimpulan pihak yang nampak salahnya adalah isma?

Di peringkat dunia selepas jatuhnya khalifah turki uthmaniyah pada 1924 , tiada satu pun jemaah Islam yang layak mengatakan dirinya peganti khalifah turki uthmaniyah (khalifah ada kuasa memaksa jemaah lain bersamanya) hatta Ikhwanul Muslimin yang mempunyai cawangan lebih seratus buah negara. Begitu juga Malaysia, PAS atau jemaah senior yang lain tidak boleh memaksa jemaah kecil atau baru bersama mereka. isma  yang mempunyai beberapa pandangan berbeza dengan jemaah senior lain mutakhir ini pastinya menjadikan dirinya lumpuh atau tidak praktikal jika bernaung dibawah jemaah pas atau jemaah senior lain. Adapun "ke-engganan bernaung" ini tidak wajar ditafsir tidak boleh mencari titik kesepakatan atau saling berperanan.

Alangkah baiknya jika isma dilihat saling menguat PAS , check-& balance dan melengkapi jemaah Islam yang sedia ada dari luar saja kerana isma sekarang mampu membuat apa yang "kurang mampu dibuat secara optima" oleh beberapa jemaah senior yang lain. Sebagai contoh, isma tidak memihak kepada BN atau PR, fokus pembinaan jati diri Melayu muslim, lantang memerangi syiah-liberalisme-pluralisme, dan tegas mengkritik bukan Islam yang "memerangi" agenda negara Islam Malaysia.

Amanat Haji Hadi vs Amanat Dr Mahathir.?

Dr Mahathir di maklumi bukan agamawan berpengaruh seperti Tuan Guru Haji Hadi. Seorang "agamawan berpengaruh" yang keliru dalam pandangan lebih bahaya daripada pemimpin negara yang dimaklumi "lemah agamanya". kesesatan amanat Dr Mahathir boleh dikesan budak sekolah atau orang kampung yang mengaji tidak habis, tetapi kesalahan fatwa seorang "agamawan berpengaruh" sukar dikesan dan jarang dibangkang rakyat terutama ahli parti agamawan tersebut. Buktinya hari ini masih kedengaran suara mengkafirkan atau me-munafikkan (islam pada luaran tapi dalam kafir-hakikatnya kafir) UMNO walaupun kesnya sangat terpencil.

Penglibatan dalam pilihanraya ?

Isma mengkritik pengamalan politik yang kotor, kepartian dan merugikan islam. ini bukan bermaksud isma tidak mahu terlibat mengatur politik negara ini . Perlembagan isma hanya melarang gelar dirinya parti politik dan tidak boleh terlibat politik "kepartian".

Disebabkan politik adalah sebahagian dari Islam dan tiada pun sekatan isma "tidak boleh berpolitik", tahun 2010 telah menyaksikan isma berani mengiklankan slogan politiknya "Melayu sepakat Islam berdaulat" yang telah menimbulkan banyak acara kontrovesi "agenda Melayu dan Islamnya" seperti HIMPUN, mencetus beberapa konvensyen , menyertai demonstrasi aman pertahankan kalimah Allah sehinggalah  terbarunya terlibat dalam PRU ke 13.

Kuasa politik orang Melayu.?

Apa yang saya fahami dari kuasa politik atau syaukah orang Melayu bukanlah quantity (jumlah) wakil rakyat tetapi quality (berfungsi dengan baik). Apa guna bertambahnya wakil rakyat tetapi tidak mencapai hasrat atau syaukah parti (umno dan pas) umat Islam tetap semakin lemah. kemerosotan quality syaukah ini dapat dilihat dalam "toleransi melebih-lebih" ke dua-dua pihak kepada isu ditimbulkan politikus non-muslim muttakhir ini.

Apa yang kita perlukan bukan bertambah bilangan sahaja tetapi quality atau yang benar benar ada fikrah atau idelogi sepakat demi islam. Kita lebih rela jika kurang quantity tetapi berquality (mencapai maksud syaukah). Tetapi bacaan politik kini melihat tidak boleh bergantung kepada wakil rakyat muslim dari BN atau PR sahaja dalam isu syaukah ini. Buktinya jelas bertambah wakil rakyat muslim dari PR tapi syaukah umat Islam tetap sama atau makin lemah . Dengan izin Allah saya yakin calon muslim berwibawa dari isma ada ciri ciri ini dan dilihat lebih mudah dipercayai kerana bukan dari kandang BN atau PR.

Hubungan intim dengan Umno?

Hal dana pru isma mungkin dapat dirungkaikan jika isma sendiri mengakui dan didatangkan bukti jelas UMNO menjadi dalangnya. jika tidak ada sebarang bukti jelas maka marilah kita kekal beriman dengan menjauhi prasangka dan memikirkan sesuatu yang lebih bermanfaat.

pada saya sekarang, tiada dalang disebalik penglibatan isma memeriahkan lagi pru paling sengit ini melainkan dalang "iman dalam diri ahli ahli isma".

Arus Baru bukan Arus Biru dan bukan Haru Biru.

Saya mohon maaf kerana berminat dan mampu memberi 6 pandangan saja dari 11 yang ditimbulkan. Sebelum mengakhiri kalam, saya ingin mengajak semua aktivis parti PAS atau UMNO rasional dengan seruan arus baru atau penglibatan isma ini agar tidak merugikan kita kelak.

Perhatikan sedikit nokhtah ini:

1. Isma mendatangkan "Arus Baru" dengan seruannya undilah "calon muslim berwibawa" (CMB) . seruan CMB bukanlah menyuruh anda tidak mengundi calon PAS atau UMNO, bahkan menyuruh lagi. Undilah CMB dari PAS atau UMNO yang  anda yakini.

2. Isma akan mengunakan tiket parti Berjasa untuk CMB yang dipilihnya. Isma berkomitmen tidak menghantar CMB nya di tempat yang ada calon PAS atau UMNO. Maka jelas calon CMB isma hanya akan bertanding di tempat tiada calon UMNO atau PAS. Dengan ini SEPATUTNYA dapat dielakkan jentera isma akan bertempur dengan jentera PAS dan UMNO.

3. CMB isma juga akan bertanding di tempat majority muslim tetapi calon akan datang atau wakil rakyat sebelum ini adalah non muslim. Isma melakukan hal ini kerana mendengar keluhan masyarakat Islam di tempat tersebut dengan menjadi alternatif dan melihat "BERPOTENSI MENAMBAH WAKIL RAKYAT MUSLIM BERFIKRAH KESEPAKATAN ".

Jika wakil rakyat non muslim kita telah maklum pastinya bukan dari UMNO atau PAS tetapi adalah parti sekomponen PAS atau UMNO. Dengan ini akan ada isu jentera BN dan PR yang akan bertembung dengan jentera isma.

Saya hanya ingin menimbulkan sedikit persoalan kepada ahli PAS dan UMNO di kawasan bakal ada CMB isma:
"walaupaun terdapat hukum harus dengan syarat tertentu, sanggupkah anda berkempen untuk pemimpin bukan Islam yang pastinya agenda utama mereka tetap menetang perlaksaan Islam sepenuhnya di negara ini.?"

"jika ditakdirkan PR menang, adakah anda yakin mereka akan memilih PM dari orang PAS?"

"jika ditakdirkan BN pula kekal, adakah anda yakin mereka akan menyokong syariat islam sepenuhnya?"
"Jika perlantikan mereka (Calon bukan muslim) bukan isu walak sekalipun, Tidak adakah rasa kasih sayang seakidah, bersangka baik sesama muslim dan memahami kefarduan memilih seorang muslim (CMB isma) yang LEBIH BERPOTENSI menyokong PM di kalangan PAS jika PR menang atau memperkasakan suara agenda islam jika BN atau PR memerintah?"

4. Ingatlah saudaraku, saat ini isma masih berkomitmen belum PR dan belum BN. tidak ada lagi bukti solid mengaitkan isma ini akan ke PR atau BN. Bagi saya isma yang macam "sedikit lunak" dengan UMNO bukan suatu yang mudah dibaca atau indikator awal. Tanpa mengira PR atau BN menang, apa yang saya pasti kemenangan CMB isma ada manfaat besar untuk agenda islam.

5. jika isma belum PR atau belum  BN maka isma berhasrat menjadikan kuasa penentu undi atau memiliki kuasa tawar menawar (bargin power). kuasa ini hakikatnya sekarang ada pada undi bukan islam dan inilah antara bukti besar kelemahan syaukah parti islam di negara ini sekarang. Isma bertekad mengembalikan kuasa tawar menawar ini kepada umat islam dengan secepat mungkin kerana sejarah negara ini mencatatkan kebanyakan "hak yang kita beri tidak akan mampu di ambil kembali".

kesimpulannya, saya melihat tidak perlu pun atau kurang bijak jika aktivis PAS dan UMNO bermusuh atau bertembung dengan arus baru kerana banyak titik kebaikan dan manfaat akhir CMB isma tetap dikongsi bersama kelak dan pastinya banyak membantu usaha mendaulatkan islam tanpa mengira BN atau PR yang menang. Tenaga aktivis dan penyokong PAS-UMNO saya cadangkan lebih bermanfaat memperkasakan tugas-tugas kempen sedia ada dari menambahkan keserabutan di kepala memikirkan atau menambah arus baru sebagai seteru baru masing masing.



Sungguh, Arus Baru tidak pernah menganggap atau mahu meletakkan ahli PAS atau UMNO sebagai jentera musuh ketika PRU nanti, bahkan kami adalah saudara kalian yang memerlukan bantuan kalian agar kita sama sama memenangkan Islam.

Tidak banyak pun kerusi yang isma bakal tandingi, sepuluh peratus pun tidak sampai. Kemungkinan 7 Parlimen dan 3 Dun. Kedekut sangatkah sedikit kerusi itu untuk bagi peluang CMB isma menang.? Jika awal-awal lagi telah lancar kempen boikot CMB isma, macam mana mahu tahu isma akan ke PR atau BN? atau bagaimana mahu tahu arus baru berkesan atau tidak ? Menangkan CMB isma kemudian baru kita tahu.

Ayoh undi CMB isma
di tempat yang ada calon isma dan teruskan mengundi calon muslim berwibawa (PAS atau UMNO) pilihan anda di tempat-tempat yang lain.

"Melayu Sepakat Islam Berdaulat"

"Undilah Calon Muslim Berwibawa"

Wallahwalam,