Tuesday, March 10, 2009

Ikhwanul muslimim cawangan Malaysia!

Bismilah Ar-Rahman dan Ar-rahim aku menulis poting ini.

Dalam satu silaturahim bersama ikhwah uitm Sarawak di KL , kami berkesempatan untuk berkongsi permasalahan dakwah uitm dan beberapa cerita lucu tentang dakwah di sana.

Akh F menceritakan ,pernah sekali mereka didatangi beberapa orang muda yang ingin bersilaturahim dengan mereka di surau pusat islam uitm Sarawak,

Setelah berborak panjang lebar mengenai islam dan bagaimana harus bangkit dalam keadaan yang kalut ini , mereka berkata:

“Kami adalah ikhwanul muslimim cawangan Malaysia” kata akh F yang menyampaikan kata salah seorang dari abang tersebut dengan sanad dan matan yang sama seperti yang didengarinya.

Kami yang mendengarnya agak ketawa dengan pengakuan tersebut.Bukan lah kami bermaksud ingin memperli atau tidak percaya kata mamat tu,Cuma memang agak lucu.Ada juga yang berani mengelar diri mereka sebagi ikhwanul muslimin cawangan Malaysia.

Terlebih dahulu jika kita menyelami fikrah dan gerak kerja ikhwan muslimim,kita akan dapati mereka memang orang-orang yang cukup mengkagumkan,Mereka adalah jemaah islam yang mendapat tentang hebat dari pihak berkuasa mesir yang sekular ketika itu dan ikhwan muslimim ini masih dimusuhi sampailah sekarang.

Ikwahanul muslim (IM) .Satu nama jemaah yang cukup hebat sehebat namanya.Jika dikaji asal nama jemaah ini,kita dapat lihat ia dihasilkan secara kebetulan oleh imam al-syahid Hasan Al-bana dan sahabatnya.Satu jemaah yang merobah pandangan masyarakat terhadap islam yang ketika itu telah berada pada zaman kejatuhan,Satu jemmah yang membawa semanagt baru untuk kembali kepada keaslian Islam.Satu jemaah yang telah mengegarkan dunia apabila berjaya menghantar tentera-tentera sukarela dalam jumlah yang besar untuk berperang di palestine .

Sampai ada yang mengatakan jumlah tentera ikhwan atau tentera sukarela ketika itu pernah mencapai 10 000 orang dan mereka lebih digeruni zionis dari tentera yang dihantar oleh kerajaan mesir yang lengkap bersenjata cangih.Hanya mereka IM,memiliki senjata yang cukup sederhana,mereka mengerunkan pihak zionis seperti tentera Khalid Al-walid yang berhadapan dengan tentera Rom satu ketika dahulu.

Allah maha besar,yang telah memelihara agamaNya,

Maka secara ringkas , Jemaah ini dikagumi dunia ketika itu ,sehinggakan pengasanya di gelar sebagai mujadid (pembaharu agama) abad ke 21.

Jika dilihat di negara kita, Ikhwanul muslimim ini turut memberi kesan yang besar kepada pemuda dan pemudi pada tahun 70 an untuk menuju kepada sistem hidup yang lebih islamk apabila ada diantara mahasiswa kita ketika itu mendapat didikan tarbiah mereka. Pelajar yang balik dari mesir dijadikan rujukan.Usrah-usrah mula dihidupkan dengan lebih kerap.Pemuda pemudi universiti yang bakal menjadi profesional turut menerima tarbiah ini .Malah di Universiti , pergerakan pelajar yang tercelup dengan tarbiah IM ini menerajui kebangkitan islam ketika itu. Maka kebangkitan islam pada tahun 80 an berlaku di malaysia,Terdengar tentutan-tuntutan ekonomi islam,pemeritahan islam,makan islam,pergaulan islam,cara berpakaian islam,sistem pelajaran islam dan pelbagai lagi tunutan sistem islam lain yang memberikan definasi kehidupan secara menyeluruh.

Alhamdulilah aku turut bersyukur atas kurnian Allah yang telah menjadikan ayah dan ummiku salah seorang yang bersemangat atas kefahaman tarbiah ketika itu dan berjuang bersama-sama sahabatnya serta beberapa tokoh masyarakat lain untuk mewujudukan kedaaan islam yang lebih baik untuk generasi mendatang.

Dan ternyata Allah menjadikan titik peluh dan darah perjuang yang terpaksa ditumpahkan ketika itu membuahkan hasil dengan beberapa sistem pemerintahan islam yang semakin membaik dan sistem ekonomi islam yang semakin jelas. Apatah lagi dalam keadaan sekarang , yang ekonomi kapitaslisnya telah terbukti menipu kita.Cuma politik je kita belum lihat lagi.Malah makin huru-hara la pulak akhir-akhir ni.

Aku teringat akan cerita ayahku bagaimana ,ketika itu dia terpaksa berhadapan dengan beberapa orang besar petronas bagi menerangkan ketidakadilan riba dalam skop islam . Dia yang hanya ketika itu pegawai rendah akaun di hantar oleh pihak universitinya untuk memberi penjelasan tentang masalah riba. Sedangkan ketika itu ada ramai ustaz yang seharusnya lagi mahir , tapi entah kenapa, dia juga yang dipaksa pergi.

Maka dia ceritakan perdebatan yang panjang diantara dia dan beberapa pegawai tinggi Petronas ketika itu. Sehinggakan ada salah seorang yang bertanyakan kepadanya dalam masalah pinjaman riba .

Pegawai tersebut berkata,

”Come on apple is apple,why cannot take some advantage from it”-lebih kurang begitulah dailog yang diingati ayah ku ketika diceritakan kepadaku.

Maka ayahku berhujah dengan memberikan penjelasan riba dari surah Al-Baqarah, ayat 275 sehinggalah ayat 282,dijelaskan dari sudut pengetahuan akaun yang dipelajarinya , akan makna mudah riba , definasi memberi pertolongan , menerangkan tujuan sebenar memberi pinjaman dan keadah pinjam-meminjam yang digariskan syariat islam.

Kesimpulannya dia bersyukur ketika itu kerana berjaya menyediakan satu kertas kerja ringkas (tapi sayang dia tak simpan ) dan dia berjaya meyakinkan pegawai-pegawai tersebut akan keburukan riba dan mereka turut bersetuju dengan keadah pinjaman islam yang diterangkan ayahku ketika itu.

Maka pihak Petronas adalah antara Syarikat besar yang mula mengaplikasikan keadah pinjaman yang bersesuaian dengan syariat islam.

Turut diceritakan bagaimana dia dan para sahabatnya antara yang mengasas dan menjadi pencetus koperasi islam seperti Kohilal , Koperasi belia islam dan beberapa koperasi islam yang lain.

Ya . Itulah antara sumbangan genarasi awal tarbiah yang tidak dapat dinafikan .Malah ayahku berkata , Jemaah islam yang mengambil bentuk tarbiah Ikhwanul Muslimin yang mencakupi semua aspek kehidupan menjadi peneraju daripada jemaah-jemaah islam yang lain pada ketika itu.

Tapi anehnya tidak pula diceritakan kepada aku dari mana-mana sumber ada satu badan yang mengelar diri mereka IM cawangan Malaysia.

Yang ada adalah , manhaj (sistem) tarbiah IM di akui diambil dan dijadikan contoh dalam beberapa jemaah islam yang besar seperti PAS , ABIM , JIM , dan beberapa lagi jemaah yang lain .Cumanya tidaklah 100 peratus di ambil,semua jemaah yang di sebutkan mengatakan mereka menyesuaikan sistem IM dengan keadaan di Malaysia.

Maka dari mana datangnya IM cawangan Malaysia ? Adakah betul-betul ada? Mungkin mamat tu salah satu dari jemaah di sebutkan di atas ?atau Cuma dia mungkin silap cakap.

Apapun ,isu ini tidaklah penting .

Ini kerana yang penting adalah bukan nama IM, tetapi adalah praktik yang ada dalam IM yang bersesuaian dengan manhaj salafusolehin serta berpandukan Al-Quran dan sunah.

Sebenarnya aku jumpa banyak lagi jemaah yang yang claim mereka ikut manhaj IM,tapi praktik tidak serupa IM. Memang mudah cakap,sapa-sapa sahaja boleh.

Serupa juga dakwah.Kalau ditanya , semua orang akan cakap buat dakwah , tapi praktik , pemahamn dan keadah dakwah yang betul boleh dipertikai.

Maka kalau benar IM cawangan Malaysia ada,aku minta maaf .

Tapi kita boleh tahu benar atau tidak dengan indikator mudah amal ahlinya.

Lihat sahaja,interaksi dengan Al-Quran dan solat Tahajud,

Iman Al-syahid Hasan Al-bana mengatakan setiap al akh harus baca al-Quran satu juz sehari.- Jadi bagaimana interaksi anda dengan Al-quran?

Para ikhwan yang aku kenal , ramai Qatam Al-Quran sebulan sekali , hampir tak tinggal solat tahajud dan purata baca Al-Quran aku pula sejak kenal tarbiah 4 tahun lepas....lebih kurang 4 juz seminggu.....,tak berani la pulak nak claim , kami Ikwhanul muslimin Cawangan Malaysia.

Juga teguran kepada PEMUDA jemaah yang aku sebutkan( PAS , ABIM , JIM terutamanya) ,Adakah kalian menitik beratkan usaha mensahihkan amal kalian bersesuaian dengan musofat tarbiah ?

Ayoh mari kita lumba sahihkan ibadah kita ,buat dakwah dari bicara kosong ,dari bicara bidaah dan dari bicara bangga dengan nama jemaah sahaja.

Wallahwalam.

Semoaga Allah merahmati kita semua.

No comments:

Post a Comment