my dairy
Bismilah Ar-Rahman dan Ar Rahim aku menulis posting ini.
alhamdulilah aku masih diberi peluang untuk hidup.tiada kuasa dan upaya untuk aku menjalani hidup ini tanpa izin Allah.Ya Allah ampunilah hamba ini.
selepas balik dari mukayam pembina minggu lepas aku di uji dengan sakit kaki yang tak tahu apa sebabnya.Tidak ada kesan bengkak pun.Tapi terasa sakit dalam otot sekitar paha sebelah kanan.Sampai nak jalan pun susah.kalau duduk atau baring pun sakit.Terkadang tahan sakit sampai rasa nak muntah.Ubatnya hanyalah minyak angin panas dan penadol untuk rehatkan badan.
Jika hendak dikatakan mukayam tersebut lasak sampai sakit semua otot-otot ?.tidak la juga.Sebelum ini aku pernah ikut mukayam dalam 6 hari,dari pantai ke bukit dan pelbagai aktiviti lasak.Bila balik memang otot keletihan bangat.Tapi tak la pulak sampai sakit.Mukayam kali ini yang dibuat hanya 3 hari dan aktivitinya amat ringan sekali.yang berat pun dayung sampan.Tapi tu hanya guna tangan je.yang aku dapat kesan mungkin ada beberapa keadah senaman yang baru dibuat dan ianya tidak sesuai dengan otot aku.entahlah...
Ya Allah.Ampunilah aku.Aku optimis ini ujian buat aku.
Alhamdulilah hari ni hari ke 6 aku pulang dari mukayam pembina.Dan paha kanan aku, agak lega sikit.tidaklah sakit macam beberapa hari lepas.tapi masih jalan macam orang sakit kaki.
Semoga Allah bagi aku kekuatan untuk ke usrah hari ni.Akan dibuat lepas Asar.pejalanan ke sana dalam 45 minit.Usrah rabu lepas pun aku pergi . ok je.sakit kaki bukan penghalang.
teringat la pulak kisah murobi ku yang datang usrah dalam keadaan demam,Aku yang datang usrah dalam tahun lepas walaupun demam(bila masa usrah murrobi akan bagi bantal untuk tido sebelah ikhwah-ikhwah yang lain,dah waktu muskilah dan nak balik baru murobi kejut),juga kisah imam As-syahid Hasan Albana yang turut memberi pengisian dengan semangat walaupun dalam keadaan sakit,terbayang la juga muka-muka ikhwah ku yang datang ke program dengan macam-macam sakit,juga terkenang akan penderitaan sahabat dan Rasulullah dalam meneruskan agenda dakwah islam walaupun fizikal mereka dalam keadaan yang amat menyedihkan.
Tapi,adakah mereka akan beralasan untuk tidak melaksanakan dakwah?
Jawapanya adalah,....insyaAllah ,tidak.
Mereka memahami dan mentadabur dengan baik surah 24 ayat 51.
No comments:
Post a Comment