Tuesday, March 31, 2009

My Dairy 2009

My Dairy 2009

23 Mac 2009

1.Bangun jam 6.00 am di rumah Ayah.Tidak sempat solat tahjud dan solat witir.Kaki masih terasa sakit.

2.Ayah ajak solat bersama.-Ahmad terus bangun dan ke surau.Kaki yang sakit ni dijadikan alasan nafsu untuk tak ke surau.Aku ambil wuduk dan tunggu kat sejadah solat.

3. Ayah imamkan solat subuh.Aku,Din,Amik dan Ikah menjadi makmum.Aku solat dalam keadaan duduk.

4. Selesai bagi salam,kami melakukan zikir rutin selepas solat serta beristigfar .Kemudian Ayah memulakan ucapan dengan rasa syukur kepada Allah dan mengatakan dia dan Ummi baru balik dari berkabung di satu program yang cukup luar biasa,ESQ165.

5. Ayah memberikan ucapan pagi itu dalam suara yang sederhana dan tersekat-sekat,-Ayah kerap mengulangi rasa syukur kepada Allah.

6. Dan …ayah menangis!.. saat menceritakan apa yang dia Alami ketika program tersebut dan juga dia tidak dapat menceritakan perasaan dia sekarang..

7. Apa kena dengan ayah aku ni ?.”What the hell with my father”.aku bertanya sendirian saat ayahku mula menangis.Ini kali kedua aku melihat Ayah menagis.Kali pertama masa aku masih begitu kecil-Rasanya dalam Darjah dua kot,memori yang begitu lama.Masa kematian Tokwanku.Masa itu aku memang tidak mengerti sehinggalah ayah menceritakan bila aku dah di sekolah menengah.

8. Tapi kali ini aku juga tidak faham.Apa yang ESQ165 telah buat kepada ayahku?Nampaknya memenag betul kata orang.Satu program yang hebat.Boleh buat orang tua menangis.Program motivasi yang aku tahu dan pernah urus,sekadar mampu buat budak sekolah dan budak U saja menangis.Tak sangka ada program yang boleh buat orang tua menagis.

9. Aku buat tidak peduli asalnya,hanya menunduk muka dan dengar luahan rasa dari ayahku itu,-Dia kerap mengulangi perkataan maaf pada kami.- Sebenarnya aku tidak kisah pun dia tidak mengaku kesalahan selama ini ...kerana ego seorang Ayah itu perlu.Dan memang pun kadang-kadang dia mengakui kesalahanya..

10. Tapi kali ini lain.Dia betul-betul menangis dan meluahkan perasan dan mula bercerita akan kesamaan anak-anaknya dengan adik beradiknya.

11. Aku mula tidak dapat membendung perasaan hiba bila dia samakan aku dengan Paklong dan Ahmad yang panas baran sikit seperti dia…..Air mata ku turut mengalir.

12. Aku tidak perasaan adik-adik ku yang lain.-(Ahmad berada di sebelah ku-Dia balik dari surau dan terus duduk atas sofa sebelahku.Waktu tu ayah baru mula tazkirah)

13. Ayah mengakhiri tazkirah dan bangun memeluk setiap dari kami.

14. Saat memelukku, ayah membisikkan maaf lagi ….dan Kata ….”dia dah tidak lama”.Ini perkataan yang paling tak seronok dengar.

15. Aku terus masuk ke dalam bilik.

16. “Kalau cakap dah tak lama,aku pun nak cakap,”kata ku sendirian.

17. Ayah!Kau masih ada banyak yang perlu dibuat!….Aku terus bermonolog sendirian.

18. Ya Allah….Ampunilah aku.


26 MAC 2009.

1. Aku menolak pelawaan ayah ke program ESQ 165 yang dia dapat secara percuma untuk dua orang anaknya.Dia rancang untuk hantar Aku dan Ahmad.Program ESQ 165 kali ini dibuat dengan budak U.

2. Aku cadangkan LI,adik ku yang masih menuntut di UITM Arau sekarang.

3. Li kata dia sibuk,dan ada pertandingan karate di Shah Alam,Tapi bersedia pergi jika perlu.

4. Li cadangkan Din yang masih sekolah di Tingkatan 4.umur Din Sekarang sepatutnya dah sebaya dengan yang akan masuk U semester hadapan atau yang graduate baru Spm tahun 2008.Dia masuk sekolah lambat kerana mengafal Al-quran. Alhamdulilah ada juga sorang Penghafal Al-quran dari keluarga ini.Engakau Ya Allah,Maha besar ,yang telah memberikan nikmat ini.

5. Aku sebenarnya ingin sangat ke program ESQ165 tu , malah aku dah lama sebelum ini dengar tentangnya.Dah ada offer free depan mata sekarang .Kalau lain kali nak pergi yuran dia boleh mencecah RM 800,jika orang awam.

6. Tapi….Aku terpaksa tolak kerana ada program Dakwah yang lebih penting.Aku ajukan masalah ini kepada murobi dan dia harap aku hadir program dakwah yang ini. penting!

7. Aku jelaskan dengan baik kepada ayah.

8. Alhamdulilah macam biasa biasa dia faham-Jazakalah ayah kerana support dakwah anak ini..Insya Allah rezeki ESQ lain kali.

29 MAC 2009.

Alhamdulih aku masih hidup.

5.30 pm:Kereta proton saga-edisi baru Ummi ku hilang kawalan dan terbabas.

Aku dan 3 orang lagi ikhwah menaiki kereta tersebut dalam pejalanan balik ke Utara. Kami dari program dakwah di KL.

Saat ini…Aku terkenang kata akhi Hisyam dari Sarawak yang menyampaikan salam ikhwah Sarawak masa pipi ku dan pipinya bersentuhan sebelum berpisah..

Mungkin berkat salam ikhwah dari Sarawak, Musibah siang tadi tidak terlalu berat.

Alhamdulilah Ya Allah. Engkau telah selamatkan kami,Semua ikhwah –ikhwah ku yang dalam kereta tadi tidak luka-luka.Yang Nampak teruk …Aku.Kaki sebelah kanan yang masih tidak sembuh masa Mukayam Pembina 2 minggu lepas mendapat hadiah lagi dengan sedikit luka dari kemalangan tadi..

Aku sekarang di rumah tok.Tok bagi minyak gamat dan.Alhamdulilah perdarahan sedikit depan betis ini dah berhenti.


Aku waras saat yang mendebarkan itu!.Aku yang berada di belakangnya pemandu hanya mampu megerakan bibir dan mengucapkan kalimah Allah pada saat yang genting itu .

Kalimah tersebut keluar secara tidak sengaja.Semua berlaku sekelip mata.Rasanya dalam 2 saat sahaja peristiwa tersebuat.

Akhi Zul yang hilang kawalan dalam suasana hujan itu membelokan stering ke sebelah kanan dan menekan brek.

Akibatnya kereta menghentam pembahagi jalan yang dibuat dengan batu dan memantul semula kereta dan hentamman kedua di bahagian belakang dan kereta terseret seketika sebelum berhenti .

Semua panik.Hujan lebat ketika itu.Alhamdulilah kereta kami tak berhenti di tengah jalan.Posisi kereta ketika itu dalam separuh line ke dua jalan.Atau paling tepi jalan.Kereta berada pada posisi songsang jalan sekarang. Kami baru keluar dari Tol KL-Ipoh masih berada di jalan Highway. Niat untuk terus ke Tol jelapang terhalang.

Keadaan amat merbahaya.kami terbabas dia atas fly over.Kiri dan kanan dihimpit pembahagi jalan yang dibuat dari batu. Bila bila sahaja kenderaan dalam laluan kami boleh menghentam kami.

Aku minta semua bertenang.Dalam keadaan hujan lebat aku terlihat kon di hadapan kami,Jaraknya dalam 30 meter.Aku mencapai tuala biru yang disangkut di bangku pemandu dan segera keluar dari kereta.

Aku berjalan menuju ke kon tersebut sambil memberikan isyarat perlahan dengan tangan kiri.Aku terus berjalan sambil menutup kepala dengan tuala biru dan ..beristigfar mohon Allah permudahkan.

Aku menoleh ke kiri jalan dan terlihat dua orang mamat bangla yang menuju kearah kereta.Berdekatan dengan kon aku mencapai dua kon dan menoleh kearah kereta ummiku.Aku lihat mamat bangla tadi seberang jalan sambil membawa kon untuk diletakan di depan kereta ummiku.

Cukup berisiko mamat bangla ni.

YA Allah ….Tiba-tiba sebuah treler memberikan hon kepada kereta kancil yang terpaksa masuk sedikit ke jalan tengah kerana kereta kami terbabas di line ke dua.

Alhamdulilah ,Nyaris betul tadi.Aku melajukan langkah dan meletakan kon pada jarak yang sesuai.seorang Mamat bangla mendekatiku dan bertanya mengantuk ke?.

Aku menjawab ringkas ,tak ! dan terus menuju ke kereta ummiku itu.

"Maaf Mamat bangla, sekarang bukan waktu untuk berborak." kataku dalam hati.

Alhamdulilah!Sebuah kereta ontow datang pada arah jalan kami dan parking di belakang kereta kami.

Driver ontow tersebut keluar dan melihat aku yang basah kuyup dan cuba berkata sesuatu.

Hujan masih lebat.Badanku dah basah kuyup .Ah….pening kepala pulak.Aku kerap melihat ke belakang sambil berjalan ke kereta.Aku berhenti 10 meter dari jarak kereta.Melihat kereta yang datang.

Aku serba salah ke mana aku harus tuju,Aku rasa aku perlu di sini sambil terus memberikan isyarat tangan agar kereta lain perlahan.

Keadaan amat merbahaya.Ikhwah-ikhwahku masih dalam kereta.

"Ish....ini keadaan yang amat bahaya".kataku sendirian bila melihat ikhwah yang masih dalam kereta.

"Akhi antum kena keluar!",Teriak ku dari luar.

Tiada tindak balas.

Aku terus teriak dan memberi arahan dengan tangan.

"Ya Allah Akh,takkan tak faham isyarat ana.?" Keluhku sendirian, menuju ke kereta dan meminta mereka keluar.Tingkap dibuka dan mereka kelihatan mengerti.

Akhi Zul,Akhi Sahril dan Akhi Apul keluar dan menuju ke tepi jalan.

“Akh Zul ,tolong deal dengan Abang ontow tu.”teriakku memberi arahan.

Aku menuju 10 meter ke depan kereta dan terus memberikan isyarat tangan agar kereta berhenti.

Aku melihat kearah mereka.Belakang kereta mula dipasang ontow dan akhi zul mula memangil aku.

“Macam mana bang?”,tanyaku kepada abang ontow tersebut,dan kebetulan melayu.

“Kita ke tempat yang selamat dulu”katanya ringkas.

“Ok”.balasku ringkas.

“Kita akan naik lori abang tu”kata Akhi zul.

“Ok jom cepat.”balasku.

“Ana bagi tahu Apul dan sahril dulu.Mereka akan naik kereta” tambah Zul lagi.

Lori ontow di hidupkan dan kami meninggalkan tempat tersebut.

“KOME ni!,Boleh duduk dalam kereta!.”abang ontwo mula bersuara.

“Tu lah akhi,” aku menambah teguran abang Ontow kepada akhi zul yang di sebelah ku.

“Kome belum tengok orang duduk dalam kereta dan kereta lain datang mengentam.” suara abang ontow yang pekat perak dalam nada yang tinggi.

Akhi Zul yang di sebelah ku senyum saja.

“Macam mana Kome bawa keta ni?”tanya abang ontow.

“Pakcik , saya lost control”balas Akh Zul ringkas.

“Biasalah,lepas tu tekan brek!”abang ontow menduga.

“Ya”balas Zul ringkas.

“Lain kali,Kome jangan tekan brek,biar je kereta tu jalan je,ikut je .tu cara nye.”ucap abang ontow menasihati.

“Oh macam tu !” Akh Zul membalas .

Dan Abang ontow tu terus bertanya pasal siapa punya kereta ?,insurant mana? Dari mana?nak ke mana? Sampai kepada Cerita pasal anak dia di U yang pernah accident.

Yang pentingnya .Alhamdulillah semua selamat.dan sekarang kereta ada di bangkel.

Dan aku sekarang duduk di Rumah Opahku yang dalam 40 minit je dari tempat kejadian.

Mungkin Allah nak bagi aku peluang balik kg dan bertemu dengan tok yang kesepian sejak opah meniggal 9 April 2007 yang lepas.

Ya Allah ,engkau jadikan sesuatu dengan penuh hikmah….

Aku dah Banyak kali turun ke selatan atas urusan dakwah.

Tapi amat jarang singah umah opahku ini.…

Maafkan Aku ,Tok dan opah…….

No comments:

Post a Comment