Sunday, July 31, 2011

Tazkirah Ramadan 1.

Semoga bermanfaat 1 jam yang di luangkan untuk menghasilkannya.

Jika di izinkan akan ada setiap hari Ramadan....tapi tak janji...sebab tak masuk dalam check list..:)

Ahlan Ya Ramadan 1432H.

7:40 am,Isnin,1 Ramadan 1432H,1 Ogos 2011.

Segala puji bagi Allah swt ,tuhan sekelian alam,yang telah mencipta aku,yang telah melahirkan aku di dunia ini sebagai tempat ujian,yang menghidupkan aku dalam lingkungan iman,yang menjadi sumber sembahanku di mana sahaja aku berada,yang menjadi pengharapaku dalam semua urusan,yang menjadi tempat merintih taubatku tanpa henti,dan yang mengatur segala urusan hidup ,rezeki,jodoh dan ajalku.

Kata gembira yang tidak mampu aku ucapkan kerana Engkau masih membenarkan aku masuk hari pertama dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Sesungguhnya aku tidak mengetahui urusan hidupku yang sebenarnya melainkan engkau yang mengaturkannya.Aku tidak mengetahui adakah kerana doa ku ? atau ketetapanMu yang menjadikan aku hidup lagi di saat ini.? Soalan itu tidak penting untuku susahkan akal kerdilku memikirkanya.Ini kerana yang disuruh engkau kepada ku adalah memahami maksud ubudiah(pengabdian) kepada MU dan melaksanakannya dalam hayat yang singkat ini.

Menjadi sifat hamba yang diciptamu yang tidak merasa cukup dan sentiasa berharap,

Menjadi sifat hamba yang dihidupkanMu yang tidak ada tempat pergantungan lain,

Menjadi sifat hamba yang beriman yang tidak akan pernah meminta pertolongan lain,

Maka,

Ya Allah, Berkatilah aku juga dalam bulan Ramadan kali ini sehingga hari terakhirnya dan buah hasilnya adalah ketakwanku kepada Mu.

Semoga Misi tahun ini dipermudahkan:



Semoga check list tahun ini juga penuh:



Ya Allah berikanlah tadabur yang baik dariku dalam memahami ayat-ayat dibawah:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Al-Baqarah:183-186)

Saturday, July 30, 2011

Adakah ini mimpi yang baik ?

Sabtu 30 Julai 2011,8:20 pm.

Petang tadi aku penat betul dan tertido dalam jam 6:45pm.

Aku bermimpi :

" Dalam satu masjid yang aku kenal , aku dan juniorku di uitm (merupakan seorang yang hafiz al-quran ) baru hendak solat isyak berjemaah.Antara dailog kami:akhi(saudaraku) boleh ke nak solat tarawih 20 rakaat malam ni.Inysallah boleh , balasnya ringkas."

Kemudian aku terjaga kerana dengar azan Magrib.

Aku segera ke bilik air untuk mandi kerana mahu bersiap ke surau.

Di surau tadi pun aku terasa seperti malam Ramadan dan para jemaah seperti sudah bersedia untuk tarawih.


gambar hiasan:sumber-jimie1402.blogspot.com

Ah,dengar azan isyak pulak.masa ke surau.

Balik dari surau.Solat isyak tadi pun rasa suasana yang sama seperti magrib tadi

Malam ini dah rasa macam malam Ramadan.

Sebelum nak solat isyak tadi,Aku bersapa dengan seorang jemaah tadi:

" Abang , rasa macam dan nak solat tarawih malam ni." sapa ku .

" Em..." dia melihatku tetapi tidak memberikan sebarang jawapan.mungkin menduga aku semangat tak bertempat.

" Tak, esok malam la" balasnya seorang jemaah lagi yang dengar sapaanku,tapi suaranya tidak se-exited aku.

kenapa dengan aku ni.? terasa seperti aku seorang je paling mengharapkan Ramadan esok malam.? Ya Allah aku terasa bahagia.

Adakah mimpi petang tadi suatu yang baik ?

InsyaAllah.Semoga mimpi petang tadi satu petanda baik untuk ku.

Balik dari surau tadi nasyidku dah berubah,

aku hanya buang rangkap اللهم بارك لنا في رجب dan terjemahannya.

rangkap-rangkap lain terus aku dendangkan.

Berikut adalah rangkap yang tinggal:

اللهم بارك لنا في شعبان

اللهم بارك لنا في شعبان

اللهم بارك لنا في شعبان

وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان

Ya Allah berkatilah aku dalam Syaban,

Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan.......

Kesimpulan:

Aku bukan jenis yang suka percayakan mimpi.Lagi jauh untuk dijadikan sandaran hukum atau mewajibkan suatu perkara.Contoh dalam kes aku ini seperti gambaran dari Allah atas nasyid atau doa yang aku dendangkan dimakbulkan Allah.TIDAK.jangan ada sesiapapun beriktikat(meyakini) seperti itu.

Jadikanlah nasihat Iman Hassan Al-Bana dalam usul 20 sebagai prinsip hidup kita:

USUL KETIGA: Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya, manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kassyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum dan nas syariat.

Friday, July 29, 2011

Doa Nasyid-ku menanti Ramadan.




Di sini saya ingin kongsi satu nasyed tanpa musik yang lahir dari inovasi doa yang kerap kita dengar apabila masuk bulan Rejab.

Saya reka nasyed ini "secara terususn" agak lewat , iaitu dalam bulan Syaban tahun ini(1432H).Saya sudah cuba cari di youtube jika ada yang pernah buat , tapi tak jumpa lagi.Jadi bolehlah di copyright kepada web ini.

Tujuan nasyed ini adalah sebuah zikir kepada Allah swt.Saya nasyidkan-nya sebagai mengisi masa lapang ketika memandu kereta , boring ketika duduk di kedai sendiri dan mengelakkan diri dari khayalan fikiran yang sia-sia.

Semoga bermanfaat dan tidak disalah guna secara melampau oleh pihak-pihak yang berjiwa sufi terlebih atau yang tidak beriman atas dasar ilmu.

Perbahasan tentang "doa hadis asal" juga saya letak di bawah ini.

Berikut adalah lirk-nya:


اللهم بارك لنا في رجب

اللهم بارك لنا في شعبان

اللهم بارك لنا في رجب

اللهم بارك لنا في شعبان

وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان


اللهم بارك لنا في رجب

اللهم بارك لنا في شعبان

اللهم بارك لنا في رجب

اللهم بارك لنا في شعبان

وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان

Ya Allah berkatilah aku dalam Ra'jab,

Ya Allah berkatilah aku dalam Syaban,

Ya Allah berkatilah aku dalam Ra'jab,

Ya Allah berkatilah aku dalam Syaban,

Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,

Ya Allah berkatilah aku dalam Ra'jab,

Ya Allah berkatilah aku dalam Syaban,

Ya Allah berkatilah aku dalam Ra'jab,

Ya Allah berkatilah aku dalam Syaban,

Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,

(tamat)


kemudian saya ulang-ulang rangkap di atara lirik bahasa Arab dengan terjemahanya sehinggalah jiwa saya merasakan pengharapan kepada Allah yang rahman dan rahim bertambah.

Ya Allah....sampaikan aku kepada Ramadan kali ini.

.....................................................................................

Penjelasan Status Hadith : Doa "berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan"

Oleh: Abu Ismaeel Muhammad Fathi Ali
al-Malizy al-Sakandary


# Matan[2] Hadith:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan


# Takhrij[3]:

Dikeluarkan oleh Ahmad (no. 2346)[4], Al-Baihaqi dalam Syu‘ab Al-Iman (no. 3654), Al-Tabarani dalam Al-Awsat (no. 4086) dan lain-lain daripada Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas daripada Nabi SAW secara marfu‘[5].

# Status:

Hadith Munkar, bahkan sanadnya[6] dha‘if jiddan[7]. Hadith ini didha‘ifkan oleh ramai ahli hadith seperti Al-Tabarani[8], Al-Baihaqi, Ibn Rajab[9], Al-Nawawi[10] dan lain-lain.

Bahkan kata Imam Al-Baihaqi sebelum menyebutkan hadith ini dalam kitabnya Fadha’il Al-Awqat[11]: “Diriwayatkan berkenaan doa masuknya bulan Rejab, hadith yang tidak kuat (lemah)”.

Hadith ini mempunyai beberapa kecacatan:


1- Za’idah bin Abi Ruqqad dikritik oleh jama‘ah nuqqad:

Kata Imam Al-Bukhari: “Munkar Al-Hadith”, kata Imam Al-Nasa’i: “Tidak diketahui siapakah dia”, kata Al-Nasa’i lagi: “Munkar Al-Hadith”, kata Imam Abu Daud: “Tidak diketahui khabarnya”, kata Imam Al-Hakim: “Hadith-hadithnya tidaklah kuat”[12]

2- Ziyad bin ‘Abdullah Al-Numairi yang juga dikritik nuqqad:

Kata Imam Yahya Ibn Ma‘in: “Dha‘if Al-Hadith”, kata Imam Abu Hatim: “…Tidak berhujah dengannya”, kata Imam Ibn Hibban: “Munkar Al-Hadith”, juga didha‘ifkan oleh Imam Abu Daud, dan lain-lain.


3- Bersama-sama dha‘ifnya Za’idah, dia turut bersendirian (tafarrud):

Kata Imam Al-Tabarani selepas meriwayatkan hadith ini: “Tidak diriwayatkan hadith ini daripada Rasul melainkan dengan isnad ini, bersendirian Za’idah bin Abi Ruqqad”


4- Bahkan silsilah jalur sanad ini (Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas) hadith Munkar :-

Kata Imam Abu Hatim: “menyebutkan (meriwayatkan) Za’idah daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas hadith-hadith marfu‘ yang Munkar”[13]

Kata Imam Al-Bukhari: “Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad, Munkar Al-Hadith”[14]


# Fiqh al-Hadith:

Hadith ini walaupun ia Munkar dan isnadnya dhai`f jiddan, namun ia hanyalah doa, dan tidak bersangkut hal hukum-hakam dan lafaz doa itu tidak bercanggah dengan mana-mana asas umum dalam syariat Islam, maka beramal dengannya adalah mubah (dibolehkan) dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.

Perlu diketahui bahawa manhaj para huffaz salaf dalam berinteraksi dengan hadith-hadith doa secara khusus ialah: hadith-hadith doa walaupun ia tidak thabit dari segi naqal, iaitu samada ia dha`if khafif, atau dha`if jiddan, atau maudhu' (palsu) sekalipun, hukum beramal dengannya adalah mubah (dibolehkan), selagimana isi kandungan doa itu tidak bertentangan dengan asas-asas umum agama, dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.


Imam Ibn Khuzaimah (311H) dalam kitab beliau Mukhtasarul Mukhtasar, dalam bab al-Manasik, telah menerangkan kecacatan ('illah) satu hadith yang mengandungi doa. Namun , sejurus selepas itu beliau berkata hadith doa ini sekalipun tidak 'thabit' dari segi naqal (iaitu rantaian periwayatan samada dhaif khafif, atau dhaif jiddan, atau maudhu' (palsu) sekalipun) namun ia mubah (boleh) diamalkan. Isyarat yang sama dinyatakan oleh Imam al-Baihaqi, Imam `Abdulrahman ibn Mahdi dan lain-lain.


Antara sebab bolehnya beramal dengan hadith-hadith doa yang dha`if ini ialah kerana lafaz doa adalah bersifat bebas dan tidak terikat sepertimana lafaz zikir yang ma'thur dari Nabi SAW. Maka berdoa dengan menggunakan lafaz hadith-hadith doa yang dha`if adalah lebih utama daripada menggunakan lafaz doa yang bersifat bebas, bahkan tanpa sanad langsung.


Walaubagaimanapun, sekiranya dalam sesuatu perkara itu telah mempunyai hadith doa yang sahih, maka beramal dengan hadith doa yang sahih itu sudah tentu lebih utama daripada beramal dengan hadith doa yang dha`if atau palsu.


Hal ini berbeza dengan hadith-hadith dalam fadha`il `amal yang lain (selain daripada jenis doa) dimana syaratnya agak ketat sedikit berbandiang hadith-hadith doa, iaitu ia boleh diamalkan dengan beberapa syarat antaranya ia bukan hadith yang dha`if jiddan, tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.

sumber penjelasan:http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/06/penjelasan-status-hadith-doa-berkatilah.html

.....................................................................................

PS:rasanya tidak ada yang nak tiru sebelum Ramadan kali ini kerana tinggal sehari lagi saja.... :)

Tuesday, July 26, 2011

Planning Ramadan kali ini ?

Debaran Ramadahan semakin terasa.Dengan izin Allah swt tinggal kurang 4 hari lagi.

Tapi apa yang terasanya?

Siapa yang merasakannya ?

atau,Apa bukti rasa debarannya ?

Ada jualan lelong ke? Orang ramai pergi ke pusat membeli belah ke? Ada diulang-ulang lagu menyambut ramadhan di semua corong-corong radio dan tv selalu ? Atau ada artis buat program menyambut Ramadhan ke?

Emm ,mungkin ada …tapi tidak semeriah atau sedebar pemergian Ramadahan .

Pemergiannya lebih banyak disambut ramai orang daripada kedatanganya.

Inilah negaraku Malaysia,masih banyak aktiviti dakwah dan tarbiyah islamiyah yang harus dilaksanakan kepada masyarakat bagi menjadikan terasa debaran Ramadahan lebih daripada debaran Raya dan Persiapan Ramadahan lebih dari persiapan menyambut Raya .

Yang mendebarkan penantian Ramadan dengan persiapan ruhiyyah,mendebar dengan penuh keriangan ibadah dan mendebar demi membuktikan kecintaan kepada Allah hanyalah sedikit.

Jadi siapakah golongan sedikit dan kurang mendapat liputan media yang akan merasakan debaran Ramadan lebih dari debaran raya ini ?

Mungkin mereka adalah :

“ Orang –orang yang telah mengambil langkah pertama dengan banyakkan pengharapan mereka kepada Allah melalui doa yang diajarkan nabi serta sentiasa memperbaharui taubat mereka bagi menghadapi Ramadhan”.



Beruntungalah mereka kerana telah membuat langkah pertama yang tepat dan aku mahu menjadi sebahagian daripada mereka.

Langkah berikutnya?

Jawapan yang biasa kita dengar : ”Perbanyakan ibadah”.

Ya , betul.Tetapi perlu specifik.




Para ulamak dulu sanggup tutup kitab dan menghentikan majlis ilmu demi aktiviti ibadah yang luar biasa banyak di bulan Ramadahan.Paling banyak tilawah Al-quran dan solat malam.Berkali-kali khatam dan berjam-jam . Malah ada yang sangat sedikit tidurnya.

Kita yang biasa-biasa saja ni? mahu tiru amalan para ulamak?.

Ya pasti mahu,tapi ada tahapanya awal yang harus dilalui dahulu sebelum capai level itu.

bagi kita yang biasa-biasa saja ni,mungkin berkata:

Bagi level remaja dan dewasa : “Kalau Ramadahan lepas khatam sekali,kali ini 2 kali,”

Bagi level adik-adik di sekolah : “Kalau Ramadahan lepas separuh quran je,kali ini khatam Al-quran,”

Nagi level adik-adik sekolah rendah: “Kalau ramadahan lepas puasa tak penuh,kali ini mesti penuh,”

Bagi semua level: “ kalau ramadahan lepas solat tarawih tak penuh,kali ini mesti penuh”.

dan macam-macam lagi "kalau" yang boleh terlintas berdasarkan keupayaan masing-masing.

Alhamdulilah itulah "kalau" yang bagus.Yang kita namakan azam ,iltizam dan perancangan kasar yang sangat perlu.

Kerana yang terpenting adalah: ” Ada peningkatan ibadah dan jadikan Ramadahan kali ini lebih baik dari sebelumnya ”.



Bagi yang ingin membuat planning yang lebih berkesan , maka dia boleh membuat misi Ramadhan kali ini secara lebih specifik .Tulis besar-besar dan tampalkan di tempat yang dilihat setiap hari atau setiap pagi.

Buat juga satu bentuk check list jadual pemantauan ibadah.



Dalam kaedah menilai prestasi ,kita juga digalakkan membuat satu jadual pemantauan amal peribadi bagi memastikan ada rekod yang jelas sejauh mana prestasi kita ketika menghadiri “ Akdemik Ramadah ” selama sebulan nanti.



Selamat beramal.

Kesimpulan:

1.Buat misi ramadan kali ini segera(bagi yang belum) dan tampal supaya kita lebih bersungguh.

2.Buat juga satu bentuk jadual check list pemantauan ibadah sendiri.




PS:gambar di atas hanya sekadar contoh atau panduan untuk buat.

Persiapan menyambut Ramadhan.?


Pernah kita bertanya pada diri sendiri:

“ Apakah perkara pertama yang harus aku lakukan untuk menyambut Ramadhan?”

Pasti ramai yang mengetahui kelebihan bulan ini telah memikirkan langkah pertama yang harus mereka ambil untuk menyambut bulan yang penuh rahmat ini. Malah mereka memikirkan agak awal dan bertindak melaksanakan perkara pertama tersebut pada bulan sebelum Ramandan lagi.

Ketahuilah Rasulululah saw mengajarkan kita untuk memikirkan apakah planning atau tindakan-tindakan awal yang harus diambil umatnya untuk menghadapi bulan Ramadan .

Buktinya pada doa Rasulullah saw ini :

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “ [Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]

Subahanallah betapa telitinya Rasulullah saw mengajarkan kita untuk membuat persiapan menghadapi peristiwa sesuatu kebaikan .Bahkan sesuatu “event” kemulian yang hanya berlangsung kurang lebih 29 hari sahaja dibuat persiapan hampir 60 hari sebelumnya melalui satu doa khas yang pastinya diteladani seratus peratus perkataan dalam doa tersebut oleh umatnya.

Tapi,Yang kita asik mengulang-ulang doa tersebut dalam solat atau luar solat seawal bulan Rejab dan juga pada bulan Syaban untuk tujuan apa ? apalah tujuan asasnya ?

Untuk dapat pahala sahaja kerana nabi buat ? .

Apalah makna doa tersebut jika ianya hanya dilakukan oleh kita kerana Rasululah saw lakukan tanpa memahami maksud yang tersirat disebalik doa tersebut . Fahamilah , sesuatu doa tidak bermakna jika hanya ditutur bibir sahaja tanpa akal dan hati menangkap maknanya.

Oleh itu Syaikah Muhammad Hassan menjawab pertanyaan perkara pertama yang harus dilakukan oleh seorang muslim apabila ingin menghadapi Ramadan adalah dengan memperbaharui taubatnya.

"Tidaklah dinamakan aktiviti taubat jika memisahkan dengan element doa."

Nah , Inilah tujuan pertama yang sangat tepat yang telah ditafsirkan oleh para ulamak yang berjaya menangkap maksud sebenar kenapa rasulullah saw meyuruh kita berdoa.

Ya Allah , kami menantikan Ramadhanmu dengan persiapan pertama kami dengan memperbaharui taubat kepadamu.

Teruskan melihat nasihat video dibwah bagi membuat persiapan asas untuk Ramadan kali ini.

Saturday, July 9, 2011

Siapa tidak mahu bersih?

Dairy Addinlove

Sabtu,9 Julai,

1:00am:

Badan dan penat,dan perlu tido segera,tapi Aku bising-bising bertanya kepada isi rumah kat mana boleh cari baju kuning.

Alhamdulilah jumpa juga satu T shirt kuning seperti warna yang dikehendaki.Aku segera lipat , masukkan dalam beg dan lemparkan diri ku ke atas katil.

4:40am:

Alhamduliah tiba-tiba mudah bangun awal pagi ni tanpa rasa dikejutkan.Mungkin sebab perlu hantar ayah ke airpot bayan lepas.Seketika duduk mamai,kedengaran engine kereta dihidupkan di luar.Aku segera ke bilik air.

5:10 am:

"Aiman,Iqah,cepat ! dah lewat ni" teriak ayah.

Beberapa minit kemudian,dalam kereta yang melaju,

"Ah ,takpe yah,insyaAllah jalan takde masalah kot pagi ni,road block polis takan dibuat ke penang kot" Kata ku yang cuba tenangkan ayah yang menyangka mungkin ada pihak berkuasa yang akan menyusahkan perjalanan kami.

"Ayah .....dalam beg aiman ada baju warna kuning," kataku lagi yg cuba cuakkan ayah.

ayah bisu tak bersuara seketika....

"tapi takpe jangan risau, tunjuk saja tiket ayah ke sarawak,jika perlu"tambahku lagi memberi solusi sendiri.

"ya jgn risau" balas ayahku selamba.

Alhamdulilah perjalanan lancar,jangkaan kami yang polis akan buat road block meleset.Lepas cium pipi plus peluk ayah, dan memberi salam kepada ayah,aku terus pecut ke sg petani.

7:35 am:

Nak pakai baju kemeja mana ni? bila pulak nak pakai baju t shirt warna kuning yang dalam beg tu sedangkan ada kursus takaful sampai petang.Takkan jam 2 nanti nak tukar baju t shirt kot.?".... monologku sendirian.

"Ha ! Baju kemeja ni yang paling kuning. Pakai sajalah." yang penting ada semangat kuning hari ini.



Gambar atas:Cukup kuning tak baju kemeja aku?...nampak macam warna orange kan? itu disebabkan oleh effek lampu.Baju yang aku pakai kuningnya agak cair.nak buat macam mana itu je ada....:)

Fenomena Bersih 2.0

"pakai baju warna kuning sebagai sokongan anda kepada tuntutan bersih 2.0 DAN/ATAU turun bersama berjalan secara aman di tempat yang ditetapkan pada 9 julai ni".itulah message penting bagi siapa yang peduli untuk membentuk fenomena bersih 2.0

Pilihan pertama aku boleh buat kerana aku memahami maksud bersih tanpa fanatik kumpulan warna biru atau hijau atau merah atau mana-mana warna parti politik .

Tapi nak suruh demo hari ni? ....Tidak untuk yang kali ini.Aku buat keputusan berkeculi atas beberapa sebab.

Antaranya:

1.Demo bukanlah jalan juang utama yang aku pilih sekarang.jalan juang utama yang aku pilih mungkin boleh difahami melalui kata-kata tokoh ikhwanul muslimin ini:"tegaklah daulah islam di dalam diri mu maka ia akan tertegak di negaramu".

2.Tak setuju Ambiga yang lead perhimpuanan aman ni.Tidak ada peguam islam lain ke?.Aku bukanlah anti orang bukan islam.Tapi dia ini ada dikaitkan dengan isu murtad dan IFC.Walaupun mungkin perlu ditabayyunkan .Disamping itu isu islam kebelakangan ini juga makin dipinggrian dari arus politik ,masalah tidak fahami istilah kesepakatan orang melayu dan hak istemewa islam di malaysia yang semakin tergugat , makanya aku menjadi sensetive dengan orang bukan islam kontrovesi yang yang asyik ditonjolkan dalam bab membawa perubahan.Adakah benar malaysia ini semakin menjadi liberal jika PR yang memerintah.?

3.Selain itu,aku adalah orang yang disusun atau mengaktifkan diri dalam ngo islam yang bernama ISMA yang telah membuat keputusan berkecuali berdemo ( bukan tidak sokong hasrat bersih2.0) kerana melihat pertimbangan yang lebih jauh dalam mendekati objek dakwah ,masalah politik berparti dan ada agenda politik ummat islam yang lebih penting dari turun berdemo.

Siapa tidak mahu bersih kan sistem pilihanraya?

Dari laman sesawang bersih 2.0, aku melihat hasrat bersih ini adalah apa yang diingikan oleh setiap warganegara malaysia yang waras fikiranya.Malah isu ini juga tidak harus dilihat dari kaca mata politik mana-mana parti bagi melihat pilihanraya di Malaysia tercinta ini semakin bertamadun.

tapi sayang.....kefahaman politik berparti yang sangat pekat merosakkan segalanya.

Perhimpuanan aman yang asalnya mudah , selamat dan boleh diorganisasi dengan baik diprovokasi,dilihat macam nak merusuh untuk jatuhkan pemerintah(entah!tak ada kaitan pun) dan di fitnah macam-macam lagi.

akibatnya:

1.Kerajaan malaysia yang mendapat malu.
2.Imeje polis kita menjadi buruk di mata dunia.jujurnya aku sangat kasihankan mereka.mereka bertindak mengikut arahan bos,jadi tak boleh salahkan mereka.
3.orang yang datang demo...emm akan ada yang cedera.

ps:insyallah aku akan bertindak adil dengan menyiarkan kebaikan polis disamping ke brutalan mereka dalam fenomena bersih 2.0.

10.00pm:

masa untuk update apa yang berlaku.

banyak jangkaan menjadi nyata....ada yang kena pukul,ada yg patah kaki,ada yang kena langar....dan ada juga polis yang bagi makan kepada pendemo....

ini antara komen pilihanku yang dikutip dari sahabat fb aku :

fb;DrMAZA.com

‎..Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi memaklumkan kepada saya bahawa dalam usaha 'mencari beliau', pihak polis telah mengambil ayahnya untuk keterangan mengenai anaknya..sedangkan ayahnya baru sahaja keluar hospital akibat sakit paru-paru..pihak polis menahan ayahnya di balai Bandar Tun Razak, Keratong, Pahang...mereka meminta supaya ayahnya menasihati beliau..saya tertanya-tanya: "perlukan sampai begitu? ia hanya menyemarakkan kebencian dalam jiwa rakyat..saya harap pihak kerajaan lebih berhati-hati..kegelabahan apakah ini? elok bertenang dan bertindak dengan waras..

..apabila kita menyokong beberapa idea kerajaan bukan bererti kita musuh pembangkang..apabila kita menyokong beberapa idea pembangkang bukan bererti kita musuh kerajaan..apabila kita mengkritik kerajaan bukan bererti kita bersetuju dengan pembangkang..demikian, apabila kita mengkritik pembangkang bukan bererti kita bersetuju dengan kerajaan..itu adalah hak rakyat yang merdeka untuk menilai sendiri setiap yang terjadi..kita mempunyai prinsip dan norma yang dipegang..parti politik bukan akidah, ia hanyalah saluran..boleh ditolak dan diterima..prinsip bukan berdasarkan parti, tetapi berdasar keyakinan terhadap asas keadilan dan amanah yang berteraskan wahyu..

‎..dari diam diri kita mula simpati..dari memerhati kita mula membenci..kita bukan bodoh sehingga tidak boleh menilai..layan rakyat bagaikan melayan penjenayah..ramai 'atas pagar' mula timbul keyakinan bahawa BN patut berundur dari kerusi kuasa kerana sudah hilang budi dan cara sebagai pemerintah yang terhormat..http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/in-bersih-row-bn-risks-electoral-fallout/

fb;Mohd Hazizi Ab Rahman-ISMA

Revolusi di Mesir ada Ikhwan yang kuat tolong sambut. Tapi di Tunis tiada, di Libya tiada, di Syria tiada. Di Yaman kekuatan Ikhwan tak seberapa. Sejauh mana kekuatan gerakan Islam di Malaysia untuk sambut? Atau ia akan disambut oleh tangan lain yang lebih dominan, maka berulanglah sejarah perjuangan kemerdekaan oleh para ulamak yang akhirnya disisihkan. Sejarah itu sesuatu yang berulang, maka ambillah iktibar.

Fenomena BERSIH menampakkan kita betapa umat Islam di Malaysia memerlukan pemimpin muslim yang beriltizam dengan fikrah Islam dan bukan berfikiran liberal, memimpin dengan mentaliti pemimpin umat keseluruhannya dan bukan mentaliti pembangkang saja, mampu ke depan menundukkan kaum lain di bawah pimpinannya dan mampu memimpin umat bergerak keluar daripada kemunduran dari tahun ke tahun.

Friday, July 8, 2011

Negaraku bersabarlah menunggu BERSIH.

Oleh:Ahmad Aiman(addinlove1948@gmail.com)

Negaraku,
Ketahuilah tuhan kita mengajar berjuang demi ke-merdekaan-Mu,

Negaraku,
Ketahuilah tuhan kita mengajar perhebatkan jatidiri melayu demi keislaman-Mu,

Negaraku,
Ketahuilah tuhan kita mengajar perjuangkan keadilan demi keAmananMu,

Negara ku,
Ketahuilah tuhan kita membenihkan cinta yang sangat mendalam dariku kepadamu,

Negaraku,
Ketahuilah tuhan kita menjanjikan RAKYAT yang BERSIH hatinya akan berjuang demi memuliakan-mu,

Negaraku,
Ketahuilah,doa mu telah didengari tuhan,
Maka bersabarlah sekelip mata lagi,
Manusia-manusia pilihan tuhan akan berjuang demi mem-BERSIH-kan MU.



Gambar atas:sumber Ke-Bersihan utama.



Gambar atas:usaha Bersih2.0