Sunday, July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadan 1432H.

7:40 am,Isnin,1 Ramadan 1432H,1 Ogos 2011.

Segala puji bagi Allah swt ,tuhan sekelian alam,yang telah mencipta aku,yang telah melahirkan aku di dunia ini sebagai tempat ujian,yang menghidupkan aku dalam lingkungan iman,yang menjadi sumber sembahanku di mana sahaja aku berada,yang menjadi pengharapaku dalam semua urusan,yang menjadi tempat merintih taubatku tanpa henti,dan yang mengatur segala urusan hidup ,rezeki,jodoh dan ajalku.

Kata gembira yang tidak mampu aku ucapkan kerana Engkau masih membenarkan aku masuk hari pertama dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Sesungguhnya aku tidak mengetahui urusan hidupku yang sebenarnya melainkan engkau yang mengaturkannya.Aku tidak mengetahui adakah kerana doa ku ? atau ketetapanMu yang menjadikan aku hidup lagi di saat ini.? Soalan itu tidak penting untuku susahkan akal kerdilku memikirkanya.Ini kerana yang disuruh engkau kepada ku adalah memahami maksud ubudiah(pengabdian) kepada MU dan melaksanakannya dalam hayat yang singkat ini.

Menjadi sifat hamba yang diciptamu yang tidak merasa cukup dan sentiasa berharap,

Menjadi sifat hamba yang dihidupkanMu yang tidak ada tempat pergantungan lain,

Menjadi sifat hamba yang beriman yang tidak akan pernah meminta pertolongan lain,

Maka,

Ya Allah, Berkatilah aku juga dalam bulan Ramadan kali ini sehingga hari terakhirnya dan buah hasilnya adalah ketakwanku kepada Mu.

Semoga Misi tahun ini dipermudahkan:



Semoga check list tahun ini juga penuh:



Ya Allah berikanlah tadabur yang baik dariku dalam memahami ayat-ayat dibawah:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Al-Baqarah:183-186)

No comments:

Post a Comment