Tuesday, July 26, 2011

Planning Ramadan kali ini ?

Debaran Ramadahan semakin terasa.Dengan izin Allah swt tinggal kurang 4 hari lagi.

Tapi apa yang terasanya?

Siapa yang merasakannya ?

atau,Apa bukti rasa debarannya ?

Ada jualan lelong ke? Orang ramai pergi ke pusat membeli belah ke? Ada diulang-ulang lagu menyambut ramadhan di semua corong-corong radio dan tv selalu ? Atau ada artis buat program menyambut Ramadhan ke?

Emm ,mungkin ada …tapi tidak semeriah atau sedebar pemergian Ramadahan .

Pemergiannya lebih banyak disambut ramai orang daripada kedatanganya.

Inilah negaraku Malaysia,masih banyak aktiviti dakwah dan tarbiyah islamiyah yang harus dilaksanakan kepada masyarakat bagi menjadikan terasa debaran Ramadahan lebih daripada debaran Raya dan Persiapan Ramadahan lebih dari persiapan menyambut Raya .

Yang mendebarkan penantian Ramadan dengan persiapan ruhiyyah,mendebar dengan penuh keriangan ibadah dan mendebar demi membuktikan kecintaan kepada Allah hanyalah sedikit.

Jadi siapakah golongan sedikit dan kurang mendapat liputan media yang akan merasakan debaran Ramadan lebih dari debaran raya ini ?

Mungkin mereka adalah :

“ Orang –orang yang telah mengambil langkah pertama dengan banyakkan pengharapan mereka kepada Allah melalui doa yang diajarkan nabi serta sentiasa memperbaharui taubat mereka bagi menghadapi Ramadhan”.



Beruntungalah mereka kerana telah membuat langkah pertama yang tepat dan aku mahu menjadi sebahagian daripada mereka.

Langkah berikutnya?

Jawapan yang biasa kita dengar : ”Perbanyakan ibadah”.

Ya , betul.Tetapi perlu specifik.




Para ulamak dulu sanggup tutup kitab dan menghentikan majlis ilmu demi aktiviti ibadah yang luar biasa banyak di bulan Ramadahan.Paling banyak tilawah Al-quran dan solat malam.Berkali-kali khatam dan berjam-jam . Malah ada yang sangat sedikit tidurnya.

Kita yang biasa-biasa saja ni? mahu tiru amalan para ulamak?.

Ya pasti mahu,tapi ada tahapanya awal yang harus dilalui dahulu sebelum capai level itu.

bagi kita yang biasa-biasa saja ni,mungkin berkata:

Bagi level remaja dan dewasa : “Kalau Ramadahan lepas khatam sekali,kali ini 2 kali,”

Bagi level adik-adik di sekolah : “Kalau Ramadahan lepas separuh quran je,kali ini khatam Al-quran,”

Nagi level adik-adik sekolah rendah: “Kalau ramadahan lepas puasa tak penuh,kali ini mesti penuh,”

Bagi semua level: “ kalau ramadahan lepas solat tarawih tak penuh,kali ini mesti penuh”.

dan macam-macam lagi "kalau" yang boleh terlintas berdasarkan keupayaan masing-masing.

Alhamdulilah itulah "kalau" yang bagus.Yang kita namakan azam ,iltizam dan perancangan kasar yang sangat perlu.

Kerana yang terpenting adalah: ” Ada peningkatan ibadah dan jadikan Ramadahan kali ini lebih baik dari sebelumnya ”.



Bagi yang ingin membuat planning yang lebih berkesan , maka dia boleh membuat misi Ramadhan kali ini secara lebih specifik .Tulis besar-besar dan tampalkan di tempat yang dilihat setiap hari atau setiap pagi.

Buat juga satu bentuk check list jadual pemantauan ibadah.



Dalam kaedah menilai prestasi ,kita juga digalakkan membuat satu jadual pemantauan amal peribadi bagi memastikan ada rekod yang jelas sejauh mana prestasi kita ketika menghadiri “ Akdemik Ramadah ” selama sebulan nanti.



Selamat beramal.

Kesimpulan:

1.Buat misi ramadan kali ini segera(bagi yang belum) dan tampal supaya kita lebih bersungguh.

2.Buat juga satu bentuk jadual check list pemantauan ibadah sendiri.




PS:gambar di atas hanya sekadar contoh atau panduan untuk buat.

No comments:

Post a Comment