Friday, July 29, 2011

Doa Nasyid-ku menanti Ramadan.




Di sini saya ingin kongsi satu nasyed tanpa musik yang lahir dari inovasi doa yang kerap kita dengar apabila masuk bulan Rejab.

Saya reka nasyed ini "secara terususn" agak lewat , iaitu dalam bulan Syaban tahun ini(1432H).Saya sudah cuba cari di youtube jika ada yang pernah buat , tapi tak jumpa lagi.Jadi bolehlah di copyright kepada web ini.

Tujuan nasyed ini adalah sebuah zikir kepada Allah swt.Saya nasyidkan-nya sebagai mengisi masa lapang ketika memandu kereta , boring ketika duduk di kedai sendiri dan mengelakkan diri dari khayalan fikiran yang sia-sia.

Semoga bermanfaat dan tidak disalah guna secara melampau oleh pihak-pihak yang berjiwa sufi terlebih atau yang tidak beriman atas dasar ilmu.

Perbahasan tentang "doa hadis asal" juga saya letak di bawah ini.

Berikut adalah lirk-nya:


اللهم بارك لنا في رجب

اللهم بارك لنا في شعبان

اللهم بارك لنا في رجب

اللهم بارك لنا في شعبان

وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان


اللهم بارك لنا في رجب

اللهم بارك لنا في شعبان

اللهم بارك لنا في رجب

اللهم بارك لنا في شعبان

وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان,وبلغنا رمضان

Ya Allah berkatilah aku dalam Ra'jab,

Ya Allah berkatilah aku dalam Syaban,

Ya Allah berkatilah aku dalam Ra'jab,

Ya Allah berkatilah aku dalam Syaban,

Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,

Ya Allah berkatilah aku dalam Ra'jab,

Ya Allah berkatilah aku dalam Syaban,

Ya Allah berkatilah aku dalam Ra'jab,

Ya Allah berkatilah aku dalam Syaban,

Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,Sampai ke Ramadan,

(tamat)


kemudian saya ulang-ulang rangkap di atara lirik bahasa Arab dengan terjemahanya sehinggalah jiwa saya merasakan pengharapan kepada Allah yang rahman dan rahim bertambah.

Ya Allah....sampaikan aku kepada Ramadan kali ini.

.....................................................................................

Penjelasan Status Hadith : Doa "berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan"

Oleh: Abu Ismaeel Muhammad Fathi Ali
al-Malizy al-Sakandary


# Matan[2] Hadith:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan


# Takhrij[3]:

Dikeluarkan oleh Ahmad (no. 2346)[4], Al-Baihaqi dalam Syu‘ab Al-Iman (no. 3654), Al-Tabarani dalam Al-Awsat (no. 4086) dan lain-lain daripada Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas daripada Nabi SAW secara marfu‘[5].

# Status:

Hadith Munkar, bahkan sanadnya[6] dha‘if jiddan[7]. Hadith ini didha‘ifkan oleh ramai ahli hadith seperti Al-Tabarani[8], Al-Baihaqi, Ibn Rajab[9], Al-Nawawi[10] dan lain-lain.

Bahkan kata Imam Al-Baihaqi sebelum menyebutkan hadith ini dalam kitabnya Fadha’il Al-Awqat[11]: “Diriwayatkan berkenaan doa masuknya bulan Rejab, hadith yang tidak kuat (lemah)”.

Hadith ini mempunyai beberapa kecacatan:


1- Za’idah bin Abi Ruqqad dikritik oleh jama‘ah nuqqad:

Kata Imam Al-Bukhari: “Munkar Al-Hadith”, kata Imam Al-Nasa’i: “Tidak diketahui siapakah dia”, kata Al-Nasa’i lagi: “Munkar Al-Hadith”, kata Imam Abu Daud: “Tidak diketahui khabarnya”, kata Imam Al-Hakim: “Hadith-hadithnya tidaklah kuat”[12]

2- Ziyad bin ‘Abdullah Al-Numairi yang juga dikritik nuqqad:

Kata Imam Yahya Ibn Ma‘in: “Dha‘if Al-Hadith”, kata Imam Abu Hatim: “…Tidak berhujah dengannya”, kata Imam Ibn Hibban: “Munkar Al-Hadith”, juga didha‘ifkan oleh Imam Abu Daud, dan lain-lain.


3- Bersama-sama dha‘ifnya Za’idah, dia turut bersendirian (tafarrud):

Kata Imam Al-Tabarani selepas meriwayatkan hadith ini: “Tidak diriwayatkan hadith ini daripada Rasul melainkan dengan isnad ini, bersendirian Za’idah bin Abi Ruqqad”


4- Bahkan silsilah jalur sanad ini (Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas) hadith Munkar :-

Kata Imam Abu Hatim: “menyebutkan (meriwayatkan) Za’idah daripada Ziyad Al-Numairi daripada Anas hadith-hadith marfu‘ yang Munkar”[13]

Kata Imam Al-Bukhari: “Za’idah bin Abi Ruqqad daripada Ziyad, Munkar Al-Hadith”[14]


# Fiqh al-Hadith:

Hadith ini walaupun ia Munkar dan isnadnya dhai`f jiddan, namun ia hanyalah doa, dan tidak bersangkut hal hukum-hakam dan lafaz doa itu tidak bercanggah dengan mana-mana asas umum dalam syariat Islam, maka beramal dengannya adalah mubah (dibolehkan) dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.

Perlu diketahui bahawa manhaj para huffaz salaf dalam berinteraksi dengan hadith-hadith doa secara khusus ialah: hadith-hadith doa walaupun ia tidak thabit dari segi naqal, iaitu samada ia dha`if khafif, atau dha`if jiddan, atau maudhu' (palsu) sekalipun, hukum beramal dengannya adalah mubah (dibolehkan), selagimana isi kandungan doa itu tidak bertentangan dengan asas-asas umum agama, dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.


Imam Ibn Khuzaimah (311H) dalam kitab beliau Mukhtasarul Mukhtasar, dalam bab al-Manasik, telah menerangkan kecacatan ('illah) satu hadith yang mengandungi doa. Namun , sejurus selepas itu beliau berkata hadith doa ini sekalipun tidak 'thabit' dari segi naqal (iaitu rantaian periwayatan samada dhaif khafif, atau dhaif jiddan, atau maudhu' (palsu) sekalipun) namun ia mubah (boleh) diamalkan. Isyarat yang sama dinyatakan oleh Imam al-Baihaqi, Imam `Abdulrahman ibn Mahdi dan lain-lain.


Antara sebab bolehnya beramal dengan hadith-hadith doa yang dha`if ini ialah kerana lafaz doa adalah bersifat bebas dan tidak terikat sepertimana lafaz zikir yang ma'thur dari Nabi SAW. Maka berdoa dengan menggunakan lafaz hadith-hadith doa yang dha`if adalah lebih utama daripada menggunakan lafaz doa yang bersifat bebas, bahkan tanpa sanad langsung.


Walaubagaimanapun, sekiranya dalam sesuatu perkara itu telah mempunyai hadith doa yang sahih, maka beramal dengan hadith doa yang sahih itu sudah tentu lebih utama daripada beramal dengan hadith doa yang dha`if atau palsu.


Hal ini berbeza dengan hadith-hadith dalam fadha`il `amal yang lain (selain daripada jenis doa) dimana syaratnya agak ketat sedikit berbandiang hadith-hadith doa, iaitu ia boleh diamalkan dengan beberapa syarat antaranya ia bukan hadith yang dha`if jiddan, tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Baginda SAW.

sumber penjelasan:http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/06/penjelasan-status-hadith-doa-berkatilah.html

.....................................................................................

PS:rasanya tidak ada yang nak tiru sebelum Ramadan kali ini kerana tinggal sehari lagi saja.... :)

No comments:

Post a Comment