Saturday, July 9, 2011

Siapa tidak mahu bersih?

Dairy Addinlove

Sabtu,9 Julai,

1:00am:

Badan dan penat,dan perlu tido segera,tapi Aku bising-bising bertanya kepada isi rumah kat mana boleh cari baju kuning.

Alhamdulilah jumpa juga satu T shirt kuning seperti warna yang dikehendaki.Aku segera lipat , masukkan dalam beg dan lemparkan diri ku ke atas katil.

4:40am:

Alhamduliah tiba-tiba mudah bangun awal pagi ni tanpa rasa dikejutkan.Mungkin sebab perlu hantar ayah ke airpot bayan lepas.Seketika duduk mamai,kedengaran engine kereta dihidupkan di luar.Aku segera ke bilik air.

5:10 am:

"Aiman,Iqah,cepat ! dah lewat ni" teriak ayah.

Beberapa minit kemudian,dalam kereta yang melaju,

"Ah ,takpe yah,insyaAllah jalan takde masalah kot pagi ni,road block polis takan dibuat ke penang kot" Kata ku yang cuba tenangkan ayah yang menyangka mungkin ada pihak berkuasa yang akan menyusahkan perjalanan kami.

"Ayah .....dalam beg aiman ada baju warna kuning," kataku lagi yg cuba cuakkan ayah.

ayah bisu tak bersuara seketika....

"tapi takpe jangan risau, tunjuk saja tiket ayah ke sarawak,jika perlu"tambahku lagi memberi solusi sendiri.

"ya jgn risau" balas ayahku selamba.

Alhamdulilah perjalanan lancar,jangkaan kami yang polis akan buat road block meleset.Lepas cium pipi plus peluk ayah, dan memberi salam kepada ayah,aku terus pecut ke sg petani.

7:35 am:

Nak pakai baju kemeja mana ni? bila pulak nak pakai baju t shirt warna kuning yang dalam beg tu sedangkan ada kursus takaful sampai petang.Takkan jam 2 nanti nak tukar baju t shirt kot.?".... monologku sendirian.

"Ha ! Baju kemeja ni yang paling kuning. Pakai sajalah." yang penting ada semangat kuning hari ini.



Gambar atas:Cukup kuning tak baju kemeja aku?...nampak macam warna orange kan? itu disebabkan oleh effek lampu.Baju yang aku pakai kuningnya agak cair.nak buat macam mana itu je ada....:)

Fenomena Bersih 2.0

"pakai baju warna kuning sebagai sokongan anda kepada tuntutan bersih 2.0 DAN/ATAU turun bersama berjalan secara aman di tempat yang ditetapkan pada 9 julai ni".itulah message penting bagi siapa yang peduli untuk membentuk fenomena bersih 2.0

Pilihan pertama aku boleh buat kerana aku memahami maksud bersih tanpa fanatik kumpulan warna biru atau hijau atau merah atau mana-mana warna parti politik .

Tapi nak suruh demo hari ni? ....Tidak untuk yang kali ini.Aku buat keputusan berkeculi atas beberapa sebab.

Antaranya:

1.Demo bukanlah jalan juang utama yang aku pilih sekarang.jalan juang utama yang aku pilih mungkin boleh difahami melalui kata-kata tokoh ikhwanul muslimin ini:"tegaklah daulah islam di dalam diri mu maka ia akan tertegak di negaramu".

2.Tak setuju Ambiga yang lead perhimpuanan aman ni.Tidak ada peguam islam lain ke?.Aku bukanlah anti orang bukan islam.Tapi dia ini ada dikaitkan dengan isu murtad dan IFC.Walaupun mungkin perlu ditabayyunkan .Disamping itu isu islam kebelakangan ini juga makin dipinggrian dari arus politik ,masalah tidak fahami istilah kesepakatan orang melayu dan hak istemewa islam di malaysia yang semakin tergugat , makanya aku menjadi sensetive dengan orang bukan islam kontrovesi yang yang asyik ditonjolkan dalam bab membawa perubahan.Adakah benar malaysia ini semakin menjadi liberal jika PR yang memerintah.?

3.Selain itu,aku adalah orang yang disusun atau mengaktifkan diri dalam ngo islam yang bernama ISMA yang telah membuat keputusan berkecuali berdemo ( bukan tidak sokong hasrat bersih2.0) kerana melihat pertimbangan yang lebih jauh dalam mendekati objek dakwah ,masalah politik berparti dan ada agenda politik ummat islam yang lebih penting dari turun berdemo.

Siapa tidak mahu bersih kan sistem pilihanraya?

Dari laman sesawang bersih 2.0, aku melihat hasrat bersih ini adalah apa yang diingikan oleh setiap warganegara malaysia yang waras fikiranya.Malah isu ini juga tidak harus dilihat dari kaca mata politik mana-mana parti bagi melihat pilihanraya di Malaysia tercinta ini semakin bertamadun.

tapi sayang.....kefahaman politik berparti yang sangat pekat merosakkan segalanya.

Perhimpuanan aman yang asalnya mudah , selamat dan boleh diorganisasi dengan baik diprovokasi,dilihat macam nak merusuh untuk jatuhkan pemerintah(entah!tak ada kaitan pun) dan di fitnah macam-macam lagi.

akibatnya:

1.Kerajaan malaysia yang mendapat malu.
2.Imeje polis kita menjadi buruk di mata dunia.jujurnya aku sangat kasihankan mereka.mereka bertindak mengikut arahan bos,jadi tak boleh salahkan mereka.
3.orang yang datang demo...emm akan ada yang cedera.

ps:insyallah aku akan bertindak adil dengan menyiarkan kebaikan polis disamping ke brutalan mereka dalam fenomena bersih 2.0.

10.00pm:

masa untuk update apa yang berlaku.

banyak jangkaan menjadi nyata....ada yang kena pukul,ada yg patah kaki,ada yang kena langar....dan ada juga polis yang bagi makan kepada pendemo....

ini antara komen pilihanku yang dikutip dari sahabat fb aku :

fb;DrMAZA.com

‎..Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi memaklumkan kepada saya bahawa dalam usaha 'mencari beliau', pihak polis telah mengambil ayahnya untuk keterangan mengenai anaknya..sedangkan ayahnya baru sahaja keluar hospital akibat sakit paru-paru..pihak polis menahan ayahnya di balai Bandar Tun Razak, Keratong, Pahang...mereka meminta supaya ayahnya menasihati beliau..saya tertanya-tanya: "perlukan sampai begitu? ia hanya menyemarakkan kebencian dalam jiwa rakyat..saya harap pihak kerajaan lebih berhati-hati..kegelabahan apakah ini? elok bertenang dan bertindak dengan waras..

..apabila kita menyokong beberapa idea kerajaan bukan bererti kita musuh pembangkang..apabila kita menyokong beberapa idea pembangkang bukan bererti kita musuh kerajaan..apabila kita mengkritik kerajaan bukan bererti kita bersetuju dengan pembangkang..demikian, apabila kita mengkritik pembangkang bukan bererti kita bersetuju dengan kerajaan..itu adalah hak rakyat yang merdeka untuk menilai sendiri setiap yang terjadi..kita mempunyai prinsip dan norma yang dipegang..parti politik bukan akidah, ia hanyalah saluran..boleh ditolak dan diterima..prinsip bukan berdasarkan parti, tetapi berdasar keyakinan terhadap asas keadilan dan amanah yang berteraskan wahyu..

‎..dari diam diri kita mula simpati..dari memerhati kita mula membenci..kita bukan bodoh sehingga tidak boleh menilai..layan rakyat bagaikan melayan penjenayah..ramai 'atas pagar' mula timbul keyakinan bahawa BN patut berundur dari kerusi kuasa kerana sudah hilang budi dan cara sebagai pemerintah yang terhormat..http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/in-bersih-row-bn-risks-electoral-fallout/

fb;Mohd Hazizi Ab Rahman-ISMA

Revolusi di Mesir ada Ikhwan yang kuat tolong sambut. Tapi di Tunis tiada, di Libya tiada, di Syria tiada. Di Yaman kekuatan Ikhwan tak seberapa. Sejauh mana kekuatan gerakan Islam di Malaysia untuk sambut? Atau ia akan disambut oleh tangan lain yang lebih dominan, maka berulanglah sejarah perjuangan kemerdekaan oleh para ulamak yang akhirnya disisihkan. Sejarah itu sesuatu yang berulang, maka ambillah iktibar.

Fenomena BERSIH menampakkan kita betapa umat Islam di Malaysia memerlukan pemimpin muslim yang beriltizam dengan fikrah Islam dan bukan berfikiran liberal, memimpin dengan mentaliti pemimpin umat keseluruhannya dan bukan mentaliti pembangkang saja, mampu ke depan menundukkan kaum lain di bawah pimpinannya dan mampu memimpin umat bergerak keluar daripada kemunduran dari tahun ke tahun.

2 comments:

  1. kesimpulanku berkaitan bersih 2.0

    "Bersih 2.0 ini bukan revolusi atau rusuhan untuk jatuhkan pemerintah pun seperti yang berlaku di negara-negara islam di timur tengah.Ianya satu fenomena buat semua pihak berfikiran waras dan mahu kembali kepada kebenaran islam.Ingat! tuhan mengasihi mu dan berbicara untuk menasihatimu sebelum terlambat."

    Sebenarnya perhimpunan aman ini tidak sepatutnya menjadi seperti apa yang kita lihat semalam.Sayangnya sejarah hitam terukir lagi disebabkan oleh faktor tentangan luaran seperti fintah,provokasi dan tindakan-tindakan yang tidak waras oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bersih fikiran dan hati mereka.

    akibatnya pihak berkuasa kita juga yang dapat malu,kerajaan kita juga yang diperlekehkan lagi di mata dunia dan semakin membara yang atas pagar terjun kepada pakatan pembangkang.

    kepada pemimpin negaraku:

    bertakwalah(takutlah) kepada allah yang keras azabnya,janganlah kalian ego, memperlekeh kebenaran,memandang remah suara rakyat yang lemah ,menzalimi dan mengambil hak mereka.hidup ini singkat,setiap pemimpin akan dipersoalkan apa yang dipimpinya.

    kepada rakyat:

    kuatkan kesabaran dan keimanan kepada allah,tambahkan ilmu dan ibadah kepada tuhan.katahuilah demo bukanlah jalan penyelesaian utama kita.penyelesaian utama kita adalah tarbiyyah(pendidikan) islamiyyah.

    INGAT jangan sampai islam disishkan demi mengejar cita-cita politik berparti kalian.berpolitiklah demi membangun ummah,sepakatlah atas kebenaran walaupun ianya pandangan dari parti lawan.

    jangan menang sorak kampung tergadai.
    (jangan menang sorakan revolusi liberalisasi tetapi islami terancam.)

    ketahuilah kembali kepada islam adalah sebaik-baik penyelesaian.

    Demi survivor islam negaraku,walaupun saudaraku di luar sana masih ramai salah faham dengan kata-kataku ini dan akan men-fitnahku,aku tidak peduli, aku ingin katakan juga:

    "melayu sepakat islam berdaulat".

    ReplyDelete
  2. ....lagi lontaran dari fb yang boleh memuhasabahkan kita:

    Zaharuddin.net

    Apabila sudah disekat 'gila-gilaan', ugutan, surat pekeliling, tangkapan dalam & luar KL, tetapi rakyat masih BOLEH berkumpul seramai ini di beberapa lokasi, ini menandakan tahap MAHA SERIUS utk pemerintah TIDAK EGO, buka telinga & hati utk berubah. Perubahan itu pasti baik utk semua termasuk pemerinth itu sendiri. Kerajaan responsif akan disayangi rakyat. Tanpa gangguan spt di atas, jumlah easily boleh mencecah 2 juta orang!. Apalah gunanya ego sgt jika akan ke kubur juga nanti.

    Tugas ahli akademik & pemikir adalah memberikan buah pandangannya terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Status ini bukan soal menyokong mana-mana pihak secara sembrono, kecuali mencadangkan solusi yg terbaik menurut hemat masing2. Itulah dilakukan dalam status ini. Islam sentiasa berkait dgn pentadbiran semasa, justeru ilmuan Islam dituntut utk memberi pandangan dalam hal ehwal semasa, bukan hanya bab solat, puas, haji, haid & yg seperti itu shj. Tidak kiralah walau pandangan mereka berbeza2 mengikut telahan & pengamatan masing-masing.

    Dtg seorg shabat kpd nabi mengadu terdpt seorg lelaki yg memakai kasut & baju yg cantik & bersih, adakah itu dilarang krn takabbur? Nabi jawab : "Sessunghnya Allah itu indah & sukakan yg indah(selagi ikut hukum); ego & takbur itu menolak kebenaran (permintaan benar serta baik) & menghina (memperlecehkan) org lain" (riywt Muslim). Sama2 jauhi sifat ini sama ada sbg parents, ketua syrkt, pemimpin & rakyat.

    ReplyDelete