Friday, August 24, 2012

Fatwa Hari Raya Posa Ke-6 1433H.

Saya cuba fahami kenapa DAP sengaja lagi (baru-baru ini) mengusik isu hudud dengan kesombongannya "konsisten menolak hudud". Bukankah isu ini telah dipakati DAP-PAS agar "setuju untuk tidak setuju" demi mendapatkan apa yang diinginkan kedua-dua pihak? Apa motif diulang-ulang benda sensetive itu sedangkan kita telah tahu?

Ada seorang taiko DAP yang bersuara, dia bukan bodoh dan jahil perlembagaan negara. Walaupun dia bukan islam tapi dia umpama penjaga masjid yang lebih tahu adab serta urusan dalam masjid daripada orang islam yang jarang ke masjid. Dia telah berkhidmat dengan banyak masjid dan berpuluh tahun serta telah dinasihat berkali-kali, tapi peliknya dia ni buat-buat lupa atau ada muslihat tertentu, tiba-tiba kata lagi " Saya Konsisten katakan tidak perlu solat Jumaat". Apa agenda dia ini? Dia selalu tengok orang islam solat jumaat, di masjid , tiba-tiba mahu memandai pulak?

Kenapa DAP sengaja garu luka itu lagi.?

Kita tahu, jika dia (wakil DAP itu) ditanya isu Hudud, boleh saja dia mengelak dengan berkata :
"No komen, and we want to focus more important thing .....", tapi lain dibuatnya.
Kemudian ada pula kawan "baik sangat konon" kepada dia dan terkenal dengan kontrovesi taqiyyahnya berkata: "dia tolak hudud, saya tak panik...." Walhal mamat taqiyyah itu tahu, mustahil DAP yang jadi peguam hebat itu tidak pernah baca Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang tertulis " Islam agama persekutuan" sehinggakan boleh difahami mudah " Persekutuan atau negara ini harus juga (kelak) diamalkan sepenuhnya hukum islam (hudud satu darinya) kerana islam adalah agama negara ini". Negara ini Islam, jadi undang-undang mesti islam. Tidak logik tiba-tiba undang-undang islam tidak boleh dilaksanakan. Budak kecik pun tahu sifir mudah ini.

Jangkaan saya, tujuannya (DAP itu) bukan untuk umat "islam biasa-biasa saja" agar tidak peduli atau rosak sensitivity Islamnya , malah ulama atau pembesar pemimpin Islam-lah sasarannya.

Setelah meneliti tindak-tanduk banyak pihak dalam beberapa hari ini, jangkaan saya tepat,
Jelas tujuan "DAP penjaga masjid itu" (disebabkan tidak masuk islam, maka dia ditugaskan jaga kasut sahaja dan bagusnya tiada kecurian kasut jika dia bertugas, betul, seorang yang cemerlang dengan kerjanya sehinggakan ada "orang islam" mahu lantik jadi tok khatib, itu yang pelik...) bukan untuk merosakkkan sensitivity makmum saja, tapi sekali pengerusi, ajk-ajk masjid, tok bilal, tok siak, tok imam muda, tok imam tua dan sampai khatib sasarannya.
Buktinya ini, bila ada seorang Tok Imam Muda yang menjadi kesukaan makmum kerana ketinggian ilmunya berfatwa hebat :
"Fatwa raya ke-3 bernilai RM2 juta : Semua parti politik di Malaysia perlu menghentikan polemik mengenai hudud. Samada PAS, UMNO, MCA mahupun DAP perlu berhenti menjadikan isu hudud sebagai punching bag mereka menjelang PRU 13. Hakikatnya isu perlaksanaan hudud memerlukan perbincangan yang lebih panjang dan bukannya sekadar isu politik semata-mata. Hakikatnya juga samada BN atau PR yang menang PRU13, tiada siapa yang akan mampu melaksanakan hudud serta merta, apatah lagi ahli politik veteran yang tidak lagi mempunyai kuasa seperti Tun M. Menjelang PRU13 eloknya kita menumpukan pada isu tatakelola kerajaan, isu polisi, isu dasar, isu rasuah, isu dana awam, isu hala tuju negara, isu dasar luar negara yang tidak bermaya, isu ekonomi negara, isu harga barang, isu pendidikan, isu royalti di Kelantan, Sabah dan Sarawak, isu harga barang, isu yang lebih melibatkan kehidupan seharian yang melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa kira bangsa, agama dan latar belakang.
 Apa yang kita boleh faham dari faktwa bernilai 2 juta ini?

1. [ kefahaman terbaik ] : Betul 100%, Sokong "kempen" atau punching bag yang akan bagi kredit kepada DAP atau mudahnya sokonglah DAP kerana DAP-lah parti yang paling JAGOH isu-isu UTAMA yang disenaraikan. Dalamnya ada Umar Abdul Aziz, tiada siapa dapat lawan ketelusan pentadbirannya , hebat polisinya ,jelas isu dasarnya , hebat isu pendidikannya dan zero rasuahnya . Jadi DAP terbaik. UMNO? Lupakan saja-jauh pangang dari api., PAS? Jangan harap PAS yang tidak profesional dan serabut macam-macam dalamnya  itu mahu lawan DAP, setakat isu royalty boleh kot.  PKR?-boleh la cuba, tapi serabutnya semua orang tahu. Jadi tok imam muda-muda di luar sana, jangan seorang dua saja jadi wakil DAP, pakat berbondong-berbondong, itu yang kita mahu.

2. [ kefahaman baik ] : Betul 99% Sokong PR, kerana PR sahaja yang akan menang semua isu-isu yang disenaraikan.

3. [ bukan tak faham faktwa, tapi ada tidak setuju ] : Alhamdulilah, Bagus fatwa itu secara "keadilan kemanusiannya" . Pandangan hudud boleh setuju. Betul, semua rakyat Malaysia perlu bicara isu yang melibatkan kebaikan bersama di Dunia, tetapi sebagai Muslim isu yang dibicarakan belum tentu baik untuk di akhirat nanti. Muslim perlu ada pandangan yang lain untuk kebaikan bersama di dunia dan akhirat.

Pandangan saya sebagai Muslim, Just 2-cent or No-Value.

Sebagai muslim biasa, tidak terkenal, tidak ada gelaran tokoh agama, belum ada ijazah bidang agama, bukan doktor pakar bidang apapun dan tidak akan ramai yang mahu peduli orang biasa macam saya... Tapi saya mahu berpandangan juga atau ingin belajaq berfaktwa juga, (mana la tau satu hari nanti ada orang dari majlis fatwa rujuk... ^_^)

Faktwa Hari Raya Posa ke-6 1433H - Ikhlas dari Addinlove kepada rakyat Malaysia. Bernilai RM berbilion-bilion (harga sebuah negara Islam bernama Malaysia) : fatwa-ku kepada semua Malaysian dan khususnya kepada umat islam (Penyokong parti muslim di kalangan PAS, UMNO, PKR, BEBAS dsb) yang cintakan keadilan islam, kedamaian dan keharmonian. Perhatikan kata-kataku ini baik-baik:

"Semua parti politik Islam di Malaysia ini harus kembali kepada politik matang, politik membangun, politik berjati diri muslim, dan politik sepakat. Anak-anak muda muslim telah jemu diperbodohkan oleh parti politik kerajaan atau pembangkang yang menyangka mereka tidak tahu apa-apa. MEREKA (Anak-anak muda muslim) belajar isu akidah dan pertahankan pemerintahan islam dia muka bumi tercinta ini bukan boleh dikompromi.  

MEREKA juga tahu dalam sejarah tidak pernah ada "pemerintah bukan islam" yang boleh sepenuhnya mengaplikasikan syariat islam walaupun negaranya "hebat berkebajikan", Adapun kata-kata ulama masa zaman khilafah yang memuji negara bukan islam adalah satu nasihat kepada khilafah (bukan katakan hakikatnya negara bukan islam lebih baik). 

MEREKA juga marah kepada pembesar-pembesar BN yang tidak amanah, kroni, menipu dan menzalimi rakyat, seperti mereka juga marah kepada pembesar-pembesar PR yang mengambil mudah golongan syiah, tidak peduli pakatan pluralisme (liberalisme, sosialis, LGBT,dsb-isme lain) yang menempel, didoktrin (dipaksa) percaya kepada keadilah pemimpin yang syirik sedangkan al-quran mengatakan syirik adalah kezaliman terbesar, dan  

lagi-lagi MEREKA sakit hati apabila parti mewakili umat islam terbesar iaitu UMNO dan PAS buat tidak faham seruan sepakat untuk mendaulatkan negara Islam Malaysia. MEREKA tidak mahu negara Malaysia liberal. MEREKA juga yakin isu "keadilan kepada Allah" (isu akidah dan isu syariat islam) bukan boleh diletak bawah isu "keadilan kepada manusia" tanpa mengira muslim pilihanraya atau tidak. MEREKA juga pasti menyokong wakil-wakil islam tanpa sentimen PAS atau UMNO, malah mereka bersedia menyokong wakil BEBAS atau kuasa ketiga yang bernama islam demi negara islam ini. 

Sedarlah wahai UMNO dan PAS, demi Islam, KALIAN (UMNO-PAS) perlu bersepakat kerana saling memerlukan (tidak mampu satu pihak berdiri sendiri untuk islam), menangisi-lah dosa-dosa KALIAN kerana membiarkan musuh merogol fikiran KAMI sejak setengah abad lalu, Hukum-lah diri KALIAN kerana tidak pedulikan rintihan KAMI. Insaf-lah sebelum kematian menjemput KALIAN dan Janganlah meninggalkan KAMI dalam kesengsaraan (akibat perbutan kalian) .

Ingat! Kita semua mulia kerana Islam, Tidak pernah Islam dimuliakan(syariat sepenuhnya) oleh bukan islam, Semuanya masih belum terlambat.... "UMNO dan PAS Sepakat Islam Berdaulat"



PS: Bacaan lain berkaitan :

1. addinlove.blogspot.com/2012/05/buktikan-ukhwah-tidak-celaru.html
2. http://addinlove.blogspot.com/2012/03/kita-perjuangkan-istilah-melayu-bukan.html

-6.1- Kesepakatan yang saya fahami bukanlah dalam ertikata bersatu menjadi satu entiti atau satu parti . Cukuplah andai kesepakatan itu dicapai dengan bersedia untuk bersetuju dengan kebenaran daripada pihak lain demi kebaikan agama dan bangsa.

Saya melihat ciri-ciri kesepakatan dalam parti-parti Cina sebagai satu contoh yang wajar dicontohi. Walaupun DAP dan MCA berada dalam kelompol PR dan BN yang bertentangan, terdapat kesepakatan dalam isu bahasa ibunda, sekolah vernakular dan penolakan terhadap penguatkuasaan enakmen syariah dalam isu arak dan judi.

Kesepakatan yang sama saya harapkan daripada parti-parti orang melayu dalam isu berkaitan agama Islam, kedudukan bangsa, isu akhlaq umat dan kedaulatan raja.

http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/melayu-sepakat-islam-berdaulat-3/

-6.2- Hakikatnya, orang Melayu Islam tidak akan mampu untuk bersepakat sehinggalah mereka sanggup meletakkan kepentingan Islam di tempat yang paling tinggi mengatasi perkara-perkara yang lain. 

Kesepakatan ini juga tidak mungkin wujud sehinggalah lahir kesediaan dalam diri untuk mengorbankan kepentingan peribadi, kumpulan dan parti demi kemaslahatan agama dan seluruh umat Islam.

Orang Melayu Islam tidak akan mampu untuk bersepakat melainkan jika mereka memiliki kefahaman yang benar terhadap konsep al-wala’ dan al-bara’. Kesepakatan yang diharapkan tidak akan lahir tanpa ikatan ukhuwwah yang jitu antara satu sama lain. Begitu juga, tidak akan ada kesepakatan sehinggalah orang Melayu Islam memiliki akhlak mulia seperti berlapang dada terhadap perbezaan, memaafkan kesilapan orang lain, sedia mengakui kesalahan sendiri dan pelbagai lagi.

Pendek kata, prasyarat ke arah persepakatan dan kesatuan umat ialah lahirnya individu-individu yang mempunyai akidah, kefahaman serta jati diri Islam yang sahih. Di sinilah intipati atau ‘essence’ kepada slogan MSIB yang dikemukakan ISMA iaitu mengembalikan keperibadian dan jati diri Islam dalam diri umat. Bukannya menuntut UMNO dan PAS bersatu, bukan juga semata-mata memastikan agar orang Melayu terus memegang teraju kuasa politik negara atau menjadi kelompok majoriti di Parlimen seperti difahami oleh sesetengah pihak.

http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/msib-melahirkan-umat-yang-sepakat-demi-islam/
 

Saturday, August 18, 2012

Jangan Hipokrit selepas berdating.

 Catatan addinlove, 1 Syawal 1433 H, 18 Ogos 2012 M, 11 PM

Allah Maha Besar, 
Allah Maha Besar, 
Allah Maha Besar,  
Tiada Tuhan Melainkan Allah,  Allah Maha Besar, 
Allah Maha Besar, Dan Bagi Allah segala Puji.

Tiada kata terbaik selain kalimah-kaliman itu , yang memuji kebesaran Allah SWT yang telah memberikan aku kenikmatan untuk bersama kekasih (Ramadan), menikmatinya dan melepasinya tahun ini lagi. 

Perasaan ku bercambur baur, antara Sedih dan Gembira, antara pemergian kekasih dan kewajiban meyambut Kemenganan. Indahnya islam, tidak diajar kita meratapi pemergian dengan kesedihan yang lama, Syariat kata : bersegeralah gembira , kerana jalan juang kita masih panjang,   

Sebuah muhsabah untuk diri.

Telah bisa kita mendengar kata-kata ulama ini:
"Jadilah kamu hamba Rabbani, bukan hamba Ramadani" 
maksudnya (pada pandangan ku) : 
Kita bukan beribadah sakan (Pesta Ibadah saja) seperti menyembah Ramadan atau menyembah Allah SWT pada bulan Ramadan Sahaja. Tetapi kita diseru  (WAJIB beribadah ) Menyembah Allah SWT pada setiap masa (tanpa memilih bulan) , suasana dan keadaan. 
Bukan salah beribadah sakan pada Ramadan , Tidak salah ibadah bertambah pada Ramadan dan berkurang pada bulan yang lain, Itu pekara biasa-(ulama juga akui), tetapi mungkin salah jika habis Ramadan tanpa sedikit (walaupun satu) perbaikan (kembali kepada ibadah dan pemahaman islam takuk lama).
Nasihat untuk diri dan teman-teman.

Tadi sebar SMS, ini sebahagiannya ayatnya :
"Kelepaskan kekasihku ptg tadi dgn doa yang panjang,agar dia bawa doa itu berjumpa tuhan"..semoga amal kita diterima Allah dan doa kita dipedulikan... ayoh bergembira seadanya sesuai fitrah, kita tungu ramadan lg dgn perjuangan sbg bukti bekalan..,maaf zahir batin,Allahuakbar"
Ramadan akan datang dengan perjuangan (mujahadah) dari hari ini juga (sekarang-1 Syawal).

Aku ingin menyampaikan nasihat untuk diri dan teman-teman dalam parit perjuangan , khususnya aktivis isma, pembina dan krim. Umumnya kepada sesiapa sahaja :

1. Bukti kita tingalkan Ramadan dengan berbekal.

Apakah bukti kita berbekal.? Bagiku , pertama , kita solat jemaah (tadi) maghrib, isyak , subuh dan hari-hari mendatang. ( tanda kita mendapat bekalan bernama "istiqamah solat berjemaah"). Kedua, kita baca alquran dalam satu syawal ini (malam ini atau esok) minima 1 juz dan berusaha untuk habis bacaan dalam sebulan sahaja. ( tanda kita mendapat bekalan bernama " istiqamah membaca Al-Quran" ). Ketiga, kita solat malam atau qiyam minima satu rakkat witir sebelum tidur atau sebelum subuh atau terbaiknya sepertiga malam ( tanda kita mendapat bekalan bernama : "istiqamah solat qiam " )      

Bagiku, Cukuplah tiga pekara asas itu bagi memberi energi berterusan buat pejuang, dan petunjuk jalan kepada segala masalah umat islam kini. Ku-ungkap lagi:
Dalam Ramadan kita mampu Puasa setiap hari, Luar Ramadan sukar puasa 2 hari sebulan?
Dalam Ramadan kita mampu Solat qiyam lebih 11 rakaat, Luar Ramadan sukar 1 rakkat witir?
Dalam Ramadan kita mampu habis baca Al-quran 30 juz, Luar Ramadan sukar 1 juz seminggu?
Dalam Ramadan kita mampu Solat jemaah di Masjid, Luar Ramadan sukar hanya mulakan isyak?  
Dalam Ramadan kita mampu Sedekah setiap hari, Luar Ramadan sukar seminggu sekali?
Dalam Ramadan kita mampu dengar tazkirah kerap,Luar Ramadan sukar hadir pengajian sekali semingu?
Dalam Ramadan kita mampu buat apa yang tidak mampu, Luar Ramadan sukar untuk seperlima dari itu?

Jika jawapan kita adalah : Tidak sukar. Ertinya kita mendapat sesuatu atau bekalan dalam Ramadan kali ini.
SubhanAllah! Kekasihku meninggalkan bekalan pada ku!,Tidak-ku sangka, Nak buang bekalan ini dan buat perangai lama atau ambil bekalan ini ? - Jawapan di tangan ku.   
Ta'aklim bersama keluarga tercinta,

Balik dari surau (Solat isyak) tadi, nampak ayah dan adik-adik tengah bertakbir (selepas solat isyak) , sakan tabirnya sebab setiap seorang adik-adik lelaki jadi tekong, join sekali ( jadi tekong terakhir) dan sempat ajak mendengar takirah "Sifat raya nabi".

Antara nohtah yang disampai aku dengan merujuk kebanyakannya-ebook Akh Fathi Askandary ( view dalam pdf fomat , dalam Ipad-atas bantal - boleh download percuma -1-) :

1. Mandi pagi raya. [ Azimi saja gurau dengan bertanya, "ada orang tak mandi ke pagi raya?"..^_^]

2. Menghiaskan diri dengan pakaian terbaik yang kita ada.

3. Bertakbir raya mula malam ini dan tamat pada solat raya (  eidil fitri.)

4. Makan sedikit sebelum pergi solat eidil fitri.

5. Kalau boleh jalan kaki ke tempat solat raya.

6. Pergi solat jalan lain, balik jalan lain. [ efah belur : macam mana tu? jawapan: pakai jalan raya,pergi jalan sebelah kanan, balik jalan yang sama sebelah kiri..^_^ ] - Ayah tambah takirah: Antara sebab nya adalah supaya balik kita boleh zirah banyak rumah ,[ masa pergi short cut( jalan cepat sebab mahu solat), masa balik jalan long cut ( jalan jauh dan panjang sebelum sampai rumah supaya boleh ziarah ).

7. Bergembiralah pada hari ini.... Takbir nada gembira ,dan penuh semangat , bukan sedih dan nada "lemah mendayu-dayu" ....^_^.


Gambar atas: Memori indah pasca Ramadan 1433H : Sedang sampaikan tazkirah 7 point . Bukan ambil semua dari ebook itu sebab perlukan keadah dakwah sampaikan (tidak setuju dengan beberapa pekara yang agak keras..^_^) . Sila download untuk dapatkan semua point.


Gambar atas: Memori indah pasca Ramadan 1433H : Sedang dengar tazkirah dari ayah berkenaan : " Minima dalam ramadan kali ini dapat satu pekara (untuk dibawa kepada bulan-bulan lain) dan di istqamah dalam hidup . Contoh ayah bagi : ramadan kali ini ayah dapat lebih ketenagan dalam setiap gerak geri dalam solat, tipsnya 1. Ibadah(solat) keran syukur, bukan kerana perintah tuhan 2.jangan gopoh untuk membaca bacaan dalam solat, dapatkan "ketenangan diri" seketika, dan baca dengan menghayati setiap makna ayat yang dibaca. itu sahaja. Itulah ayahku (baju biru muda), Ayah jaguh seluruh dunia bagi kami sekeluarga.

Pilihan ditangan aku.

Pilihan pertama: Hipokrit dengan Ramadan dengan banyak ibadah,seperti solat malam, jadi imam, tazkirah sana sini, cerita nikmat iktikaf dsb, tetapi habis Ramadan tanpa sebarang bekalan,...ATAU ... Pilihan ke-dua: Habis "dating" dengan Ramadan membawa bekalan (walapun satu) perubahan untuk lagi 330 Hari.

Ya Allah ....pilihan ke-dua.....Bantulah aku.

Gambar atas: Pagi syawal, ..semoga amal kita diterima Allah dan doa kita dipedulikan...,maaf zahir batin,Allahuakbar ..[ keluarga Zuki , 1 Syawal 1433H ] 

Rujukan:

-1- http://ansarul-hadis.blogspot.com/2012/08/ringkasan-sifat-puasa-qiam-iktikaf-raya.html



Thursday, August 16, 2012

2 hari lagi bersama kekasih.

Catatan addinlove 16 Ogos,28 Ramadan, 8:12 pm.

Masa iktikaf di masjid Kilang Lama petang tadi, aku take 5 di celah-celah baca alquran dengan sms teman-teman, Alhamdulilah rasanya lebih 30 orang di sengat tazkirah ini :
"Kekasih kita ada 2 hari lagi dan akan terpisah(tinggalkan kita) +/- 330 hari atau selamanya jk allah bekhdak...usah ucakpan selamat raya lagi selagi kita masih tidak hargai 2 hari tersisa ini dengan iktikaf,Ingat!nabi akhiri iktikaf pd mlm raya.kita?blm lmbt lagi wlpun bebaki 2hari..Yg dah sampai kg ajak akhli keluarga lain ke msjid,katakan buat kuih,lemang n main mencun adalah bukan sunah atau semua itu laro.^_^"
Mungkin tazkirahku agak kasar,memaksa, sindir tajam, dan ada unsur gurauan ^_^....juga seperti tazkirah sebelum ini yang bicara iktikaf juga....juga nadaku masih seperti tahun-tahun lepas....

Kenapa aku sangat peduli? 

kerana ramai manusia mensia-siakan kehadiran iktikaf ini.....
kerana aku merasakkan masih sanggat perlu di ulangi peringatan ini...
kerana aku mahu berkongsi nikmatnya aku dalam iktikaf ini sejak beberapa tahun lepas...
kerana peluang ini datang setahun sekali dan hanya 10 hari dari 365 hari.....
kerana kekasih ini "kurasa" sakit hati melihat manusia-manusia yang tidak melayaninya...

Adakah kita merasakan kekasih ini pasti datang tahun depan?....

Kekasihku akan pergi 2 hari lagi.

kekasih yang mengajakku wajib berpuasa..... 
kekasih yang mengajaku pulun membaca alquran....
kekasih yang mengajakku pulan solat malam.....
kekasih yang mengajakku pulan beristigfar....
kekasih yang mengajakku pulan berzikur mathur....
kekasih yang mengajakku  pulun beriktikaf...     
kekasih yang mengajakku pulan mengingati allah....
kekasih yang mengajakku pulun bermuhasabah diri....
kekasih yang mengajakku pulun kekang nafsu....
kekasih yang mengajakku  pulun sebar sebanyak mungkin kebaikan....    
kekasih yang mengajakku pulun membuat segala macam kebaikan....
 Kenapa sangat berharga kekasih ini?
kerana orang-orang soleh menghargai kekasih ini...
kerana salaf menangisi kekasih ini....  
kerana Nabi memuliakan kekasih ini...
kerana Allah juga menceritakkan kemulian kekasih ini di sisi-Nya lebih dari yang lainnya...
"Semua amalan Anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku (sendiri yang) akan membalasnya."

Wahai kekasihku Ramadan...kenapa sekejap sangat terasa kehadiranmu,? engkau mahu pergi lagi 2 hari? adakah tahun depan kita bertemu lagi? .....


Sunday, August 12, 2012

Ramadan akan datang?


Catatan addinlove 11 Ogos 2012.

"Aiman, bagi sedikit tazkirah " Kata paklong mengejuktkan ku setelah kami selesai tarawaih 8 rakkat di rumahnya itu.

"Err...nak cerita pasal apa paklong" tanyaku semula.

"Apa-apa sajalah...5 minit ke..." balas paklong.

Aku  ke depan dan duduk bersimpuh sambil mengucapkan Syukur kepada Allah dengan membaca ucapan membuka majlis yang biasa diamal. Aku sentuh beberapa perkara untuk perhatian adik-adik, sepupuku dan pak-mak menakan yang hadir:
1. Cari malam kemulian iaitu malam yang lebih baik seribu bulan.
2. Malam lailatul Qdar ini berlaku pada malam ganjil 10 ramadan terakhir dan petanda sahih malam ini adalah selepas berlakunya malam tersebut.-1-
3. Satu lagi perkara penting yang kita kerap cuai amalkan atau sunnah yang payah peluang untuk dapat mengamalkan adalah sunnah iktikaf pada 10 malam terakhir ramadan.Jika di negara arab telah menjadi kebiasaan ambil cuti 10 ramadan terakhir dan iktikaf di masjid. Tapi negara kita baru nak mula. Boleh mulakan dengan iktikaf malam saja atau penuhi jemputan qiyamulai yang dilakukan oleh masjid-masjid berdekatan.

Itu sahaja yang aku tazkirahkan, kali pertama rasanya kurang lebih 5 minit, selalunya lebih....^_^

Catatan addinlove 12 Ogos 2012.  

Tadi sebarkan sms ini:
Tazkirah Ramadan 1433H aiman: alhamdulilah,malam 21 msjd Kilang Lama,22-23 msjd di Sg2,mlm ni sampai 29 insyallah di masjid X dgn ust X , ayoh coba hidup sunah iktikaf yg jarang dpt ini. ingat ! nabi tak pernah tinggal sunnah iktikaf ini sampai wafat, malah di smbung isteri2nya. jk bkn rmdan ini, akan dtg?
Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi SAW biasa beri'tikaf pada 10 hari terakhir dari bulan Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri-isteri Baginda terus beriktikaf selepas tahun Baginda wafat - pada 10 hari akhir Ramadhan - " [HR. al-Bukhari dan Muslim]

Wahai Rasulullah, apa pandangan kamu jika aku bertemu dengan malam lailatul qadar, apa yang perlu aku ungkapkan, Rasulullah s.a.w bersabda : Pohonlah : Wahai Tuhanku, engkau maha pengampun dan mulia, engkau sukaan pengampunan, ampunkanlah diriku ( Riwayat Tarmizi )

Motivasi kerana sunnah, bukan malam lalilatul Qadr sahaja.


Tadi buka FB kejap, ada sahabat FB yang rasa malam 23 (semalam) adalah malamnya .

Jika ya pun, Aku katakan, kita bukan kejar malam itu saja. kita kejar amalan sunnah iktikaf juga.

Masa iktikaf malam 22 Ramadan di satu masjid sekitar Sungai 2 , aku sempat berkongsi :
.... Sunnah iktikaf 10 malam terakhir ini , ada ustaz pandai suruh buat saja, tapi mereka pun belum tentu buat. kita bukan mahu bangga telah buat, malah yang kita buat hanya 2 hari sahaja (itu pun bukan penuh, lemah disiplin atau kesimpulanya belum seperti yang nabi buat)... tapi minima kita berusaha... dan kepada adik-adik dan ikhwah yang hadir , ana harap betulkan motivasi kita iktikaf kerana mahu (berusaha) hidupkan sunnah ini, bukan kerana ajakan abang sekian-sekian...."

Gambar: Suasana semasa baca zikir mathurat, salah satu cawangan ISMA di Selangor yang menjayakan iktikaf perdana selama 2 hari ( 10-12 Ogos 2012) juga. insyaallah setiap cawangan ISMA buat program tahunan ini. Gambar yang aku ikut di Sungai Dua?, aku tak ambil dan rasanya ramai peserta segan nak kongsi iktikaf mereka. InsyaAllah iktikaf kita bukan disini saja. 2 hari itu hanya sebagai booster untuk baki 6 hari lagi di tempat masing-masing atau jumpa lagi tahun depan.?  

Wallahwalam.
 
PS: Rakan FB, Akh Fathi  ada berkongsi buku terbarunya yang sangat sesuai untuk beberapa hari Ramadan berbaki ini.


Nama buku: Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW

Penulis: Muhammad Fathi Ali

Edisi: Ramadhan 1433H / Ogos 2012M

Jumlah halaman: 68 halaman termasuk kulit

Berkenaan buku:

Buku ini adalah sambungan silsilah Himpunan Status Facebook, beberapa lama dahulu atas permintaan beberapa sahabat yang meminta saya menghimpunkan faedah-faedah yang saya catatkan dalam status Facebook saya sama ada berkaitan hadith, fiqh dan sebagainya dalam satu ruangan yang khas, maka saya kabulkan permintaan mereka dalam satu buku yang khas dengan nama “Siri Himpunan Status Facebook”.

Dan alhamdulillah, saya telah himpunkan kesemua tulisan tersebut sebanyak dua siri sebelum ini. Siri pertama bertajuk “91 Faedah Hadith”, dan siri kedua bertajuk “139 Faedah Hadith”, dan buku yang sedang berada di tangan para pembaca sekarang ini adalah siri ketiga. Siri ketiga ini agak unik berbanding siri-siri sebelumnya. Jika siri sebelum-sebelum ini berkonsepkan ilmu hadith secara khusus, tetapi siri ketiga ini ia lebih berkonsepkan fiqh. Ia adalah himpunan status-status Facebook yang saya tulis semasa bulan Ramadhan tahun 1433H / 2012M berkisar puasa, qiam, iktikaf serta hari raya al-Fitr, maka saya namakannya “Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW”.

Seperti tajuknya, isi dalam buku ini adalah merupakan ringkasan-ringkasan perbahasan fiqh berkaitan puasa, qiam, iktikaf serta raya. Saya tidak bercadang untuk membahaskan setiap isu secara terperinci, sebaliknya hanya menulis beberapa rangkap untuk sesuatu isu kerana itu saya namakan ia “Ringkasan”. Saya namakan ia juga sebagai “Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi SAW” kerana ianya berdasarkan hadith-hadith Sahih dan juga fiqh para Salaful Ummah mencakupi isu puasa, qiam, iktikaf serta raya.

Saya berdoa moga buku ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya, moga Allah SWT menerima usaha saya ini dan menjadikannya sebagai salah satu amalan yang diberkati dan membantu saya di akhirat kelak.

Index kandungan:

Pendahuluan 4

Sifat Puasa Nabi 5
1. Hukum Puasa: 6
2. Puasa sebelum Ramadhan: 6
3. Hukum puasa bagi yang tidak solat: 6
4. Penentuan masuk Ramadhan: 6
5. Doa & zikir melihat hilal (anak bulan): 7
6. Kepada siapa puasa Ramadhan diwajibkan? 8
7. Mengucapkan tahniah sempena masuknya Ramadhan: 9
8. Penetapan niat puasa Ramadhan, bilakah ia? 9
9. Bilakah perlu mula berhenti dari segala perkara yang membatalkan puasa? 10
10. Hukum suhur: 13
11. Waktu suhur, bilakah ia? 14
12. Perkara yang membatalkan puasa, apakah ia? 15
13. Adab berbuka puasa: 17
14. Memberi makan orang yang berbuka puasa: 19
15. Berpuasa 6 hari di bulan Syawal: 19
16. Menggabungkan niat puasa ganti bersama-sama puasa 6 Syawal: 19
17. Waktu qadha’ puasa Ramadhan: 20

Sifat Qiam Nabi 21
1. Hukum Qiam al-Lail: 22
2. Waktu Qiam al-Lail: 22
3. Solat Qiam itu dengan berjamaah atau sendirian? 22
4. Bacaan solat Qiam: 24
5. Jumlah raka’at solat Qiam: 24
6. Hakikat Solat Tarawih: 24
7. Solat Witir: 26
8. Hukum Solat Witir: 27
9. Waktu Solat Witir: 28
10. Qadha’ solat Witir: 28
11. Hukum Solat sunnah setelah Witir: 29
12. Tiada dua Witir dalam satu malam: 29
13. Bilangan raka’at Solat Witir: 29
14. Bacaan solat Witir: 30
15. Hukum qunut dalam solat Witir: 32
16. Waktu qunut dalam solat Witir: 32
17. Lafaz doa qunut Witir: 34
18. Hukum mengangkat tangan ketika qunut Witir: 35
19. Zikir setelah solat Witir: 38

Sifat Iktikaf Nabi 39
1. Hukum Iktikaf: 40
2. Bilakah seseorang itu iktikaf di bulan Ramadhan? 40
3. Bilakah masuknya seseorang untuk beriktikaf di bulan Ramadhan? 40
4. Tempoh minima iktikaf: 41
5. Tempat iktikaf: 41
6. Adakah puasa termasuk syarat iktikaf? 42
7. Bolehkah wanita beriktikaf? 43
8. Wanita haidh & istihadhah, bolehkah beriktikaf? 43
9. Amalan ketika iktikaf: 44
10. Perkara yang membatalkan iktikaf: 44
11. Perkara yang boleh dilakukan ketika iktikaf: 44
12. Hukum qadha’ iktikaf: 45
13. Malam al-Qadr: 45
14. Kelebihan malam al-Qadr: 46
15. Bilakah malam al-Qadr itu terjadi? 46
16. Cara mencari malam al-Qadr: 47
17. Tanda-tanda malam al-Qadr: 47
18. Amalan pada malam al-Qadr: 52

Sifat Raya Nabi 53
1. Hukum `Eid (Raya) al-Fitr: 54
2. Mandi di pagi `Eid: 54
3. Memperindah diri di pagi `Eid: 54
4. Hukum Takbir `Eid: 54
5. Lafaz Takbir `Eid: 54
6. Sifat Takbir `Eid: 56
7. Makan sebelum keluar bersolat `Eid: 56
8. Berjalan kaki ke tempat solat `Eid: 56
9. Hukum solat `Eid: 57
10. `Eid jatuh pada hari Jumaat, adakah gugur kewajipan solat Jumaat? 57
11. Waktu solat `Eid: 58
12. Tempat solat `Eid: 58
13. Larangan membawa senjata di hari `Eid: 58
14. Solat sunnah sebelum dan selepas solat `Eid: 59
15. Azan & Iqamah untuk solat `Eid: 59
16. Tatacara solat `Eid: 59
17. Khutbah `Eid: 60
18. Pulang dari solat `Eid dengan mengikuti jalan berbeza: 60
19. Ucapan tahniah pada hari `Eid: 61
20. Bergembira pada hari `Eid: 61
21. Menziarahi kubur di pagi `Eid: 62
22. Meminta maaf di pagi `Eid: 62

Thursday, August 9, 2012

Saddul Az-Zara'i itu perlu.


"Syiah lebih baik dari umno"
Saya mungkin setuju jika kenyataan umum itu ditujukan kepada si Umno, nama seorang non-muslim.-1-

Tapi jika umno itu dirujuk kepada nama satu parti politik di malaysia ini.! Ini satu masalah kerana walaupun parti umno itu banyak masalah, umumnya masih bersyahadah dengan pemahaman ASWJ(ahli sunnah wal jamaah) dan tidak wajar dikatakan lebih teruk atau dibanding dengan syiah.

Lagi tidak setuju jika kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin pejuang islam yang ditarbiyyah
. (Jika muslim yang jahil atau non muslim yang katakan seperti itu mungkin boleh tolerate lagi.)
"Syiah lebih baik dari umno kerana tidak rasuah"
Entah saya belum selongkar atau kaji kes-kes rasuah dalam kelompok syiah, tapi mungkinlah saya boleh setuju kerana dikhususkan perbincangan dalam masalah atau tema tertentu. Dalam kenyataan di atas rasuah dijadikan tema atau isu perbincangan. Sama juga contoh lain:" dap lebih baik dari pas kerana lebih profesional dan cekap dalam pentadbiran".

Walaubagaimanpun demi maslahah dan mafsadah orang umum Malaysia yang kebanyakan jahil hakikat sebenar syiah (hakikat sebenar syiah dikalangan ilmuan sunnah adalah ajaran sesat dan bukan mazhab) dan tidak belajaq fiqh awlawiayat !, kata-kata di atas tetap satu masalah besar.

Antara masalah besarnya adalah melahirkan masyarakat umum yang meremahkan atau "ambil mudah" isu akidah yang sentiasa wajib terawlawaiyat dari segala isu lain.
Ingat !, kekhilafan kita dalam isu selain akidah boleh dimaafkan Allah swt, tapi Allah swt tidak akan mengampuni kekhilafan kita dalam akidah walaupun kita hidup dengan membuat segala kebaikan pada mata manusia di dunia ini.
 

Isu yang berlaku di laman sosial (FB dan twitter) baru-baru ini.
Ditanya soalan (kurang lebih bunyinya) : Pas syiah ke?, 
Diberi jawapan: Pas bukan Syiah. tapi Syiah baik sikit dari umno sebab tidak korupsi dan tidak rompak duit rakyat.
Komen saya :
1. Pemberi jawapan mencampur aduk, atau mengalih isu lain. Ini boleh menjadikan masyarakat umum keliru atau salah faham. Kenapa tidak dijawab saja diantara dua entiti iaitu pas dan syiah sahaja tanpa melibatkan umno, itu kan lebih baik.

2. Dengan cara jawab seperti ini kita boleh faham satu isyarat mudah: Pemberi jawapan mungkin lebih utamakan (awlawiyatkan) isu kemanusian(cegah rasuah , cegah kezaliman sesama manusia dsb) daripada isu ketuhanan ( cegah kezaliman kepada allah).

3. Wallahwalam, semoga Allah mengampuni pemberi jawapan atas khilaf dia ini, menarik balik atau memberi penjelasan adalah jalan terbaik agar salah faham terpadam dan menjadikan cara menjawab yang mengelirukan ini tidak dipraktikkan oleh sahabat atau pengikutnya lagi.
Akhir kata dari saya pada tulisan muhasabah kali ini,

Wahai seluruh pejuang islam di malaysia ini, berdakwahlah dengan jangan menambahkan serabut masyarakat umum pada perjuangan islam.
Dalam isu Syiah, gunalah keadah Saddul Az-Zara'i iaitu menutup pintu-pintu fitnah. 
Katakan tidak pada syiah lebih baik walaupun tidaklah semua dalam syiah itu harus ditolak. Bersikap Azimmah dengan syiah lebih baik agar kita tidak semakin serabut kelak berhadapan "Syiah Malaysia" yang sedang membiak sekarang.

Ingatl! Syiah terkenal sepangjang zaman menimbulkan sentiman cinta keluarga nabi kepada golongan jahil, mengkafirkan sahabat serta isteri nabi, golongan pertama pencetus fitnah besar dalam islam dan ramai pengkaji ulama sunnah telah sepakat syiah ini ajaran sesat tertua dan terbesar yang telah menghuru-harakan dunia islam. Sebab itu jangalah hairan jika anda dengar ramai ilmuan dalam disiplin hadis berfatwakan kafir kepada syiah ini.
Selamat menyambut last round (10 hari) terakhir bulan Ramadan. Semoga pecutan ibadah kita mampu memuhasabahkan kepedulian kita kepada isu akidah juga.
‘Sesungguhnya syirik -2- adalah benar-benar kezaliman yang besar’ (QS. Luqman : 13)”
PS:

-1- Tapi saya lebih berpendapat "kafir lebih baik dari syiah". Isu ini saya pernah bahas sebelum ini atau lain kali saya detailkan.

-2- Syirik = sekutukan Allah, dosa yang tidak terampun kerana kezaliman kepada Allah. Menghapuskan syirik adalah hakikat islam atau hakikat ajaran nabi Muhammad saw itu sendir (12:108)..."Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." 

Dengan ini jelas Primiry misi nabi diturukan adalah kerana isu akidah ini sebelum misi Secondry lain seperti kebaikan sesama manusia dengan hapus rasuah, tidak menipu duit rakyat dsb. 

Wallahwalam.

Addinlove,
20 Ramadan 1433H

Friday, August 3, 2012

Buku pilihan Ramadan 1433H

Assalamualaikum warahmatullah wktu,

1. Saya baru (semalam) beli e-buku yang sangat hebat , ini linknya http://www.takkenalmakatakcinta.com/

2. Komen saya : "Bahkan Aktivis Dakwah harus memiliki buku ini".

3.Saya tidak boleh memberi link download secara percuma (belum lagi) kerana itu melangar copyright, menjejaskan perniagaan penerbit dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Saya plan untuk bagi fotocopy (percuma dan bukan tujuan perniagaan- macam biasa kita fotocopy buku-buku dakwah yang payah dapat) dengan cara antum sedut guna pendrive bila jumpa saya face-to-face atau re-upload ( 2 cara ini tidak mudah dikesan dibandingkan download link original) jika betul-betul mahu tengok bestnya buku ini, tetapi mungkin tidak akan bagi 3 video yang disertakan sekali sebagai galakan untuk beli juga. Apapun mungkin kena minta izin penerbit juga atau terbaiknya tunggu mereka kata boleh sebarkan secara percuma.
4. kesimpulannya, saya disini ingin promote secara percuma kepada pembaca blog saya. belilah juga dari penjual yang sah. kalian tidak akan rugi jika beli e-buku ini. hanya RM 25.90.

" Saya jamin , buku terbaik bagi orang terbaik (faham dan amalkan apa yang difahami) ".

Beli Ramadan ini juga. Anggaplah ianya satu pelaburan masa depan anda. ^_^

PS:

1. Memang payah dunia copyright sekarang. Teringat ulama-ulama silam yang menulis kitab hebat, tebal dan tidak copyright-pun demi manfaat ummah. walaubagaimanapun saya rasa tidak salah mahu copyright kerana sesuai dengan dunia sekarang yang macam-macam ada terutama yang ambil kesempatan untuk comercial dengan cara yang salah.

2. Copyright dan fotocopy boleh jadi dua perkara yang berbeza. Saya juga rasa pendakwah yang ikhlas tidak akan kisah bukunya di fotocopy percuma (non-comercial) untuk ummah.

3. Antara Beli yang original atau fotocopy (sedut dari kawan) ? Walaupun benda sama, cara kita menilai atau menghargai keduanya tidak sama. Sama seperti benda percuma atau benda beli.

InsyaAllah pahala, manfaat pelaburan dan keberkatan dari yang original adalah lebih.
Wallahwalam,

Thursday, August 2, 2012

Warkah terbuka untuk Artis tanahair-ku


Warkah terbuka untuk Artis (seniman dan seniwati) tanah air tercinta.

Assalamulaikum warahmatullah wabarakatu,

Dengan nama Allah yang Rahman dan Rahmin, saya menulis untuk artis muslim khususnya dan untuk semua Malaysian Muslim umumnya.

Satu kesyukuran dan tanda rahmat apabila melihat semakin ramai artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih islami. Sangat pelbagai caranya apabila hidayah Sang Khaliq menyapa, ada dari free hair kepada bertudung, dari bertudung kepada berpurdah, dari berlagu dangdut-rock-laro kepada lagu nasihat atau nasyed, dari lawak bodo kepada lawak berilmu, dari penyanyi atau pelakon kepada penceramah, dari tidak berpolitik kepada berpolitik dan golongan artis yang paling saya suka sehinggakan mahu dikatakan "saya adalah peminat pertama anda" iaitu dari yang tidak minat pengajian ilmu kepada pengajian ilmu.

Allah SWT itu boleh memuliakan sesiapa sahaja dari sehina keturunan dengan kehendak-Nya. Sebaik-baik kita semasa jahiliyah adalah sebaik-baik kita (dari kelompok kita) masa beriman, jika kita memahami syariat. Benarlah hadis sahih Imam Bukhori dan Muslim yang merakamkan perbualan Rasulullah saw ini,

Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW ditanya, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Lalu mereka (yang bertanya) berkata : “Bukan itu yang kami maksudkan.” Maka sabda baginda lagi, “Daripada keturunan Arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka yang terbaik semasa Jahiliah adalah terbaik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami syariat Islam.” [muttafaq 'alayhi]

Tidak cukup penampilan baru yang Islami, juga kena "benar-benar memahami syariat Islam".

Wahai artis diluar sana, izinkan saya yang no-body dan tidak terkenal ini, berkongsi pandangan ringkas tentang fenomena hijrah artis (anda) dengan 3 nokhtah ringkas sahaja.

1. Hijrahlah anda hanya kerana Allah SWT semata-mata dan tetapkanlah kesabaran anda dengan kehidupan Islam.

Adalah sunnah berjuang, anda akan kehilangan beberapa contract kerja, mendapat tekanan teman-teman sekeliling seperti disindir alim, diperli buget bagus, ditomah bukan-bukan , digosip tidak sporting lagi dan tidak kurang juga makin kurang laku atau hilang peminat.

Nasihat saya, Janganlah risau tentang rezeki anda, teman setia atau tidak setia telah Allah zahirkan, anda berada di atas jalan kebaikan daripada artis-artis lain, dan peminat-peminat beriman dibelakang anda yang sedikit itu lebih baik daripada ramainya peminat yang jahil.

Yakinlah janji Allah, kerana anda telah menolong agama-Nya dengan menjadi artis beriman :
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. ( Muhammad : 7)

2. Hijrahlah dengan pertamanya memilih jalan pengajian Ilmu dari manhaj Salafusoleh dan istiqamah diatasnya.

Carilah ilmuan, ulama atau asatizah (ustaz-ustazah) bermazhab Syafie dari Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang perpegang teguh kepada Sunnah dan manhaj Salaf. Jadikanlah mereka guru dan sahabat anda. Hadirlah pengajian-pengajian mereka atau jemput mereka mengajar di tempat anda.

Disamping ilmuan Sunnah, ada ramai ilmuan Ahlul Bida’ah (ulamak yang membuat perkara baru dalam agama). Sekarang anda mungkin kurang kenal atau menganggap tidak salah menuntut ilmu dari mereka, tapi apabila "ilmu islam" anda  bertambah, anda akan kenal mereka dan tahu satu perkara yang sangat penting iaitu ; "Ahli Bida’ah lebih bahaya dari Ahli Maksiat". Maka Jauhilah ahli Bida’ah serta sifu-sifunya (ulamaknya) sepertimana anda takut kembali ke lembah maksiat dulu dan sepertimana anda jauhi teman-teman serta sifu dunia gelap yang sentiasa cuba menggoda hijrah anda.

3. Parti politik sebagai pilihan terakhir.

Belajar kenal Islam sebelum kenal kelompok-kelompok islam (juga parti-parti politik). Murrobi (guru) saya , Akhuna Azza Zaini berkata : "Al-Islam qabla jamaah, saya mengajar kamu kenali islam, kemudian baru kenal jemaah-jemaah Islam. Kamu pilih mana jemaah, kelompok atau politik islam mana yang kamu suka bila kamu telah kenal islam (dengan jalan ilmu) ".

Telah tersebar pelbagai fatwa dari artis yang berhijrah kepada jalan islam yang "paling terfitnah" iaitu jalan hijrah menyertai parti politik secara highlight. Satu contoh Fatwa yang menarik perhatian saya adalah "kerana ingin mendekati agama". Ayat ini bukanlah bahaya mana atau merosakkan akidah , tetapi boleh mula membawa salah faham di kalangan peminat atau orang awam bahawa "politik berparti" yang "belum lagi islami" sekarang adalah jalan "mendekati agama".

Tercatat dalam banyak kalam ulama, cara sebenar "mendekati agama" bermula pada platform pengajian tasfiyyah (pemurnian) akidah & akhlaq, tarbiyyah (pendidikan) & takwin (pembinaan) jati-diri individu, Usrah (keluarga) & Masyarakat Muslim sebelum yang lainnya (penglibatan lebih besar). Juga ulama menulis panjang lebar berkaitan urusan dunia yang besar (dunia politik) itu dari zaman berzaman. Majoritynya menasihati agar sangat berhati-hati dengan platfom politik serta berusaha menjauhi kerana fitnahnya sangat berat.

Anda baru berhijrah.

Apatah lagi dunia Demokrasi-Politik berparti sekarang tidak ditunjuki politik Islaminya seperti pada zaman salaf (zaman Rasulullah,sahabat,tabien dan tabiutabien) atau zaman Khilafah Islam (terakhir Turki Uthmaniyah-1924M) . Politik demokrasi telah dibuktikan sejarah akarnya dari politik yahudi-nasrani dan bersumberkan humanisme (tuntutan manusia bukan tuntutan syariat Islam). Kerana itulah saya suka menamakan politik sekarang "belum kembali islam lagi" kerana masih bercampur-adukkan dengan praktik politik yang bukan islami. 

Negara kita juga tidak terkecuali. Oleh itu saya ingin menasihati artis yang "baru berhijrah ini" , sebaiknya, berusahalah menjauhi keaktifan mana-mana parti politik demi dakwah yang lebih jauh, luas mad'u(target dakwah), adil berpendirian dengan ilmu syarak dan kaki bebas berjalan.
Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (Al-Baqarah ; 147)
Fikirlah perasaan peminat anda di pihak parti lawan.

Bukanlah saya ingin melarang artis dari mendaftar ahli mana-mana parti politik atau melarang cabut undi, bukan itu ! kita dalam negara merdeka, bebas berkeputusan dan wajib mengundi. Cumanya biarlah keputusan dibuat bijaksana untuk mensantuni semua peminat kita dari macam-macam kumpulan politiknya supaya nampak tidak bijaksini sahaja.

Medan dakwah untuk para Artis sangat luas.

Ada 1001 cara artis untuk berbakti atau berdakwah kepada masyarakatan tanpa platfom (medan) politik berparti . Antaranya aktif kumpulan pengajian ilmu, mengikut misi dakwah ke tempat belum islam (contoh orang asli), aktif dengan kumpulan perbandingan agama, bersama NGO (badan bukan kerajaan) yang membuat aktiviti dakwah dan kemanusiaan, menganjur karnival islami, membuat akademik artis islami, membuat produk muslim atau menjadi duta dan pelbagai lagi. Walaubagaimanapun tidak dinafikan berpolitik ada banyak manfaatnya tersendiri. Anda bebas memilih untuk berdakwah di medan apa saja kerana anda bukanlah anak kecil yang tidak tahu risikonya.

Kesimpulannya, saya tidak melarang berpolitik, tetapi saya sarankan agar lebih mendahului cara "mendekati agama" dengan pendekatan lain yang lebih baik dan lebih bijaksana daripada menjadi pelaris atau dipergunakan mana-mana parti politik.

Jangan marah pada saya.

Akhir kalam, saya mohom maaf atas warkah terbuka yang mungkin menguris hati mana-mana Artis atau mengundang rasa kurang senang beberapa pihak dalam bulan yang mulia ini. Bukan niat saya menyerang sesiapa, saya hanya ingin mentazkirah atau berpandangan dengan ilmu didada untuk muhasabah semua pembaca (tanpa mengira artis atau tidak). Juga terpentingnya bukanlah tujuan saya menulis ini untuk mengurat mana-mana artis perempuan cun diluar sana kerana hati saya telah berpunya.^_^

Izinkan saya mengakhiri warkah ini dengan syair dari Pujanggga Cinta Agung, Syaikul Islam, Ulama besar dan Sastrawan Muslim terbesar di Abad Pertengahan. Pasti semua Seniman dan Seniwati Islam kenal beliau, Dengarkan syair beliau ini baik-baik;
Dia utamakan umat Muhammad dengan Quran mulia
Di tempatkan semuanya di penjuru dunia
Di tangan Muhammad purnama terbelah dua
Tapi Al-Quran adalah mukjizat terbesarnya
Yang selalu terjaga kesucian dan kemurniannya
Dia selamatkan kita dari kekufuran yang nista
Jika tidak, kita niscaya sudah binasa sejak lama
Maka, ayo kita hilangkan kedunguan kita
Agar selamat dari neraka yang apinya terus menyala.
(Syaikul Islam Ibnu Hazm El Andalusy , Bab 30 Keutamaan Menjaga Kesucian Cinta, bait diatas dari rangkap Syair terakhir bukunya Tauqul Hamaamah “Dibawah Naungan Cinta - Anif Sirsaeba” )

Wallahwalam,

Hanyalah 2-cent dari saya , addinlove,
Belum lagi ahli mana-mana parti politik kepartian,
Hamba Allah , bermusafir di bumi cinta , kulim, Kedah
Negara Islam Malaysia.
13 ramadan 1433H.

Gambar (dibawah) artis berhijrah :



gambar (bawah) : Politik dunia hari ini.