Tuesday, February 24, 2009

Debaran Cinta....Ketika Tasbih Cinta Bermula.

5 bulan lalu.

"Ahmad ! jom balik ke taska ummi dan kita buat syura pasal business kita ni".Ajakku kepada adikku yang sama-sama berkongsi perniagaan kedai computer yang sekarang telah memiliki dua buah kedai.

"Ok…jap. nak shut down com ni dulu bang".balas adiku spontan.

Selepas memberi salam dan cium tangan ummiku aku segera mengajak umi dan adiku untuk bersyura di bilik atas tanpa berlengah.Aku mempengurusikan syura tersebut dan membenteng agenda business kami yang baru berusia 8 bulan ni.Masih banyak keadah pengurusan perniagaan yang tidak berjalan dengan baik terutama dari sudut penyimpanan rekod.

Perniagaan ini dah berusia 8 bulan lebih.Malangnya kami agak jarang bersyura dalam masalah yang timbul.Malah kalau tidak silap ini baru kali ke-3 kami bermusyurat dengan beragenda dan bertulis.Juga baru nak belajar macam mana nak buat minit mesyurat.

Mesyurat ini dihadiri oleh aku selaku pengurus pentadbiran,ummi ku selaku pemantau buku kira-kira ,Ahmad selaku pengurus operasi dan adik perempuanku yang baru menganjak ke tingkatan 4 sebagai setiausaha atau pencatat apa yang dibincangkan.

Kami berbincang secara kritikal dan aku turut memberikan teguran langsung kepada adiku, Ahmad kerana dilihat banyak protes kepada setiap arahan yang aku keluarkan sejak kebelakangan ni.

Aku mengerti,adiku Ahmad sebenarnya lebih meluangkan banyak masa untuk perniagaan ini.Sedang aku,bekerja sambil belajar,lebih sibuk membuat projek tahun akhir,membuat pengarahan bagi memajukan perniagaan dalam keadaan interaksi aku bersama kedai adalah terhad.Ini kerana aku masih belajar di Uitm saat perniagaan ini ditubuhkan.Aku berada dalam tahun akhir ketika aku dan adiku berpakat memulakan pernigaan ini .Sumber kewangan memulakan pernigaan ini datang dari ayah,umi,adik-adiku dan sedikit sumbangan PTPTN ku.Sekarang kalau dihitung jumlahnya hampir mencecah RM 20 ribu.Subhanallah ini jumlah yang besar dan kalau tidak diurus dengan baik pasti lingkop.

Sebab itulah kali ini aku memberikan teguran secara lansung dalam mesyurat ini akan perangai Ahmad yang dilihat banyak protes kepada perintah aku.

"Sekejap...dah habis cakap? " ahmad mula bersuara selepas aku memberi teguran serta masukan apakah yang harus dibuat selepas ini dan aku menyangka dia menerima dan mengakui kesalahan.Ternyata dia mula protes.
Ahmad pun ada nak cakap,katanya agak perlahan.

"Boleh tak kalau abang man bagi pengarahan sekali sahaja",tahulah apa yang nak dibuat.

"Tak perlulah mengulang banyak kali".katanya tegas.

"Ya,Abang mengulang pengarahan tersebut supaya beringat,mungkin Ahmad lupa ". aku mencela.

"Tapi abang asik bagi arahan berkali-kali.Sedangkan ahmad bukan tak buat.Buat dan ada banyak kerja yang Ahmad buat.Cuma dalam beberapa hari ini je kurang sihat dan agak pening kepala sehari ni.Dan saat ini masih pening lagi."sambungnya cuba menutup kesalahan yang dibuat.

"Tapi Ahmad ni abang tengok lebih cenderung buat kerja ikut suka dan banyak melengahkan pekara-pekara penting lagi segera.Fenomena ini dah lama abang tengok dan baru dapat lihat dengan jelas dalam bulan ini apabila abang turut banyak meluangkan masa untuk kedai ni setelah selesai kertas terakhir abang bulan lepas." sambungku tidak mahu mengalah.

"Kalau keadaan ini berterusan,masalah perniagaan kita ni akan semakin parah dan kita terpaksa menangung banyak kerugian kewangan,masa dan tenaga.Ahmad tahu kan?"aku bertanya.

"Ya tahu!cuma kat sini Ahmad minta tolong jangan asik ulang pengarahan yang sama.Tu je."suaranya masih keras.

"Ok.kalau begitu tolong ambil serius pengarahan penting selepas ini kerana Ahmad akan lebih bersendirian mengurus perniagan ni kelak.Abang pun memang tak lama".kataku penuh harap.

Ahmad membisu sebentar.

"Satu lagi...Abang minta maaf,Abang tahu Ahmad pening kepala sebelum syura lagi.Sebab itu abang cuba nak ringkaskan syura ni dan … minta maaf juga sebab kita nak bersyura malam ni".Tambahku cuba mengalih perhatian dan mengharap masalah aku yang menegur dia banyak kali difahami.

"Takpe memang tidak ada masalah pening kepala ni.Dan sekarang dah semakin reda.Cuma nak tekankan sekali lagi Ahmad tahulah apa yang perlu dibuat".tambahnya dengan nada yang tidak puas lagi.

"Pelik juga adiku ni.Bila ditegur makin baik pula pening kepala dia.Mungkin juga teguran dariku yang tidak berapa kasar.Kalo tidak , tak pasal-pasal naik darah dia.Ah takpelah, aku memang dah biasa mengalah dengan dia"kataku sendirian.

"Ok.selesai…dan ada lagi hal-hal lain.?"Aku memalingkan kepala kepada ummi dan adik permpuanku yang senyap sahaja mendengar perbualanku dengan Ahmad.

"InsyaAllah tidak ada lagi kot …dan Man ada peranan yang harus dimainkan dan Ahmad ada peranan tersendiri yang turut penting dimainkan dalam perniagaan ini. Jangan kita saling berbalah dan bermasam muka pula lepas ni".kata ummi penuh hikmah dan motivasi.

"Terima kasih ummi! " Hatiku berkata sendirian.

"Ok ! jadi sebelum mengakhiri syura ini Abang ingin memberikan pesanan dari ustaz abang tentang perkara baik yang telah kita lakukan.Baik berupa program besar atau kecil." kataku sambil menarik nafas.

Kata ustaz abang:

" Kerap kali kebanyakan kita ,apabila telah selesai membuat satu kebaikan sama ada dalam bentuk ibadah kepada Allah swt atau kebaikan sesama makhluk,kita lupa untuk beringat kepada dua pekara.Dan lebih kerap kali satu darinya diingati dan yang satu lagi dilupakan. Sebagai contoh apabila kita selesai membuat program dakwah.Kita akan membuat postmortem program berkenaan dan akan saling berpesan kepada setiap AJK untuk mengikhlaskan niat kepada Allah.Sama juga seperti jika kita selesai dari memberi ceramah.Banyak pencermah akan mengingatkan diri dan hadirin agar ikhlas kepada Allah.Dan ini telah memenuhi salah satu dari dua perkara yang dianjurkan kebanyakan ulamak apabila kita selesai membuat ibadah.Jadi tahukah antum apakah perkara ke dua itu?

Nada dan cara soal yang sama aku ajukan kepada umi,Ahmad dan adik perempuanku.

Aku memandang adik perempuanku,dan dia segera menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
Ya betul, jawapannya adalah.

" Tak tahu!".Jawapan paling mudah abang dan ikhwah-ikhwah abang bagi kepada ustaz usrah kami ni.ceritaku dengan nada berlawak kepada umi dan adik-adiku.Aku memang sengaja menimbukan susasana bercanda dalam syura ini agar suasana tegang sebelum ini terubat.Adik perempuanku dan umiku tersenyum.

"Nampaknya lawak tak menjadi!"aku bermonolog dalaman lagi.

"Jadi ustaz abang menyatakan perkara ke dua itu adalah beristgfar kepada Allah.Ini kerana kita telah berangapan kebaikan yang kita buat itu sebagai satu kebaikan dan pahala.Tapi hakikatnya kita tidak mengetahui akibat ibadah kita itu,terutama kepada kita sendiri.".Sambungku perlahan.

Ummi ,Ahmad dan adikku perempuanku mula serius memahami kata-kataku.

"Ya ! Perkara yang kerap kita lupa adalah beristigfar ".sambungku.

" Dan kita sendiri terutamanya harus banyak beristigfar atas masalah ….keluarga kita ni "sambungku lagi.

"Ah kenapa tiba-tiba aku masuk point kelurga ni pulak",aku kehairanan sendirian.

Aku diam seketika dan kembali berkata….

"Ya .Mari kita beristigfar atas ujian kekeluargaan yang lebih besar ini"…

Kami beristigfar bersama-sama…

Kali pertama aku mengucap astafigrallah.pikiranku melayang kepada masalah keluarga ku…dan hilang segala masalah perniagaan yang dibincangkan tadi.

Yang timbul di pikiranku sekarang adalah masalah umi dan ayah yang tidak tahu dimana kesudahanya.

"Astagfirullah al azim." ucapan istigfar kali kedua keluar perlahan dari celah bibirku.

Tanpa aku sedari air mataku mula bertakung.

"Astagfirullah al azim."ucapan istigfar kali ketiga dan air mataku mula keluar dari kelopak mata yang dah penuh.

YA Allah! kenapa aku menangis.?

"Astagfirullah al azim".ucapan istigfar kali keempat.

Dan air mataku terus mengalir.Mengapa?Kenapa aku menangis? Malulah Man…..engkau lelaki.Aku cuba memujuk diriku.

Aku terus beristigfar untuk kali ke-lima dan hatiku terus hiba dan mataku terus mengeluarkan airmata.Aku sapu air mata dengan tangan kananku.Aku cuba bangun dan ternyata tidak mampu dan dengan sendirinya aku badanku tertolak ke belakang .Aku duduk bersimpuh sambil menyandarkan belakangku ke almari.

Dalam air mata yang mengalir ini aku lihat Ahmad dan adik perempuanku bangun dan meninggalkan bilik.

Hatiku dan mulutku terus beristigfar perlahan.Dan aku saat ini… kalah pada ego seorang lelaki yang berusia 23 tahun ini dan yang menjadi abang sulung kepada keluarga ini.

Dahlah man ! Engkau lelaki …..takan nak nangis seperti ini! Malulah kat Ahmad ,ummi dan adikmu…Bukankah tangisanmu ketika tahajudmu?..suara hatiku cuba memujuk lagi.

Tapi aku tidak mampu hentikan air mata ini..dan aku ….terus beristigfar perlahan.

"Ya.Semua salah aku!.kalau aku bersunguh-sunguh tahun lepas atau sebelumnya membantu baik pulih keadan ayah dan ummi pasti keadaan tidak akan teruk seperti sekarang." kata hati ku menyalahkan diri.

Tiba-tiba kedua tangan ku berasa hangat dipegang seseorang.

Aku membuka mataku yang masih basah.Ummi! ..aku bersuara perlahan.

" Maafkan ummi man!.Ummi tahu. Man telah banyak berusaha untuk keluarga ini.Maafkan ummi…." ujar umi perlahan dan berlinangan air mata.Kedua-dua tangan ummi erat memegang tangaku.

"Takpe mi.Bukan salah umi"….kataku perlahan.

Kami berdua terus diam dalam beberapa minit.

Aku melepaskan tangan ummi dan mengesat air mataku.

"Dah la mi," AMan ada banyak urusan di kedai.Aku mula bersuara dan seakan telah berjaya memujuk diri ini.

Aku segera turun dari tangga dan melihat kakak dan adik-adiku sedang menonton tv.

"Wah ada juga lagi cerita lawak karton malam-malam ni.! " Tegurku kepada kakak dan adik-adiku yang lain.

"Yelah Man!Macam-macam cerita sekarang ni".balas kakakku spontan.

Selepas minum segelas air ,aku dan ahmad kembali ke kedai.Kami bermalam di kedai.

No comments:

Post a Comment