Wednesday, February 25, 2009

Debaran Cinta !Bhg 1

Debaran Cinta !Bhg 1

Lebih kurang 4 bulan lalu!

Tit.tit.tit,bunyi sms masuk,aku segera buka dan baca.

“Salam akh.ana nak jumpa anta jumaat ni.ada hal penting. ” sms yang berbentuk arahan dari murobi* tercinta.

“Ada apa lagi murobi aku ni?.Pasti ada lagi arahan yang bukan-bukan pasal dakwah.Macam pengarahan ke Sabah hari tu ! ” perasangka buruk ku yang tengah iman down .

“Astagfirullah! Wajarkah aku perasangka begini!”.Aku pohon ampunan Allah segera.

Aku segera menelifon murobiku itu.

“Assalamulikum akhi , maksud anta ? , jumpa masa usrah kita? Tanya ku kepada sang murobi.

Aku bertanya begitu sebab nak ke tempat murobiku makan masa hampir satu jam dari rumahku.Biasanya aku ke sana seminggu sekali.Kalau tak usrah,urusan dakwah.Sama ada Riadah, iftar bersama atau kena tegur kalau dakwah tak ok.

“Walaikum salam akh.Tak ! usrah kita waktu lain ! Ana nak jumpa anta sorang je.ada hal penting,Sebelah petang ya akh”. Balas murobiku.

“Ek..ok.Maksudnya ana ke sana? Tanyaku lagi.

“kalau anta keberatan,Ana akan ke tempat antum?”balas murobbiku.

“Akh..takpe ,ana bersedia ke sana.” balasku segera.

“Dan lagi satu…anta kena cepat cari kerja.Dan apply sekitar Perak.” Tambanya lagi

“Ha.….Ok ”jawabku terkejut dan ringkas.

“Ok jumpa nanti.Asalamulaikum akhi” suara penutup biasa perbualan kami.

“Walaikumsalam”balasku seperti biasa.

Kilik,perbualan kami terhenti dan aku melihat skrin telefonku.

“Kerja kat Perak?.” Aku kehairaan sendirian.

“Kalau cari kerja,sudah pasti!.Aku baru habis kertas peperiksaan terakhir subjek water.Insyaallah kali terakhirlah peperiksan aku di uitm tu ,harap tak repeat. Kecuali sambung Master.Tapi aku plan kat Usm ”aku berkata sendirian.

“Takpe .Lagipun Perak dekat je.Kira kampung sendiripun.”aku optimis atas permintaan murobiku itu,

“Ah.Nampaknya aku harus lebih bersedia .Akan ada amanah yang lebih berat menanti”.

“InsyaAllah aku bersedia.” bicaraku sendirian lagi.

“Eh,kenapa tiba-tiba hatiku menjadi berat,adakah aku tidak ikhlas ?.InsyaAllah ikhlas,walaupun aku lebih suka berdekatan dengan keluarga ku.Banyak urusan keluarga yang harus aku bagi perhatian.”. aku bermonolog lagi.

Memang berat ujian yang dilalui muslim dalam hidup ini.Semakin membesar semakin payah. Surah Al-balad ayat ke ayat 10 sampai ayat18 menceritakan hakikat hidup ini.

“Jalan yang mendaki lagi sukar!”.itulah hakikat hidup,keluhku sendiri.

Ayat ini betul-betul menyentuh aku ketika ditadaburkan oleh seorang pensyarah sains di Uitm.Masa tu aku ambil diploma kat sana.Pensyarah tersebut merupakan pendidik yang payah dijumpai.Dia sanggup mengorbankan hampir setiap hari masanya selepas solat zohor di pusat islam seketika bersama pelajar yang minat dengan pengajian harfiahnya.Dibawa bersama tafsir Al-Azhar karangan Dr Hamka.

“Ah kenangan pengajian yang cukup manis ” aku mengimbau kembali masa lalu itu.

“Sekarang? InsyaAllah ,aku hampir mendapat segulung Ijazah.”

“Yang dakwah bukanlah bidang Ijazahku.Tapi aku dah terpaham dan tersentuh denganya”.

Alangkah indahnya dakwah ini.Betullah.Ianya merupakan “Azzomikmatullah”.Salah satu nikmat Allah yang besar.

Aku adalah seorang pemuda yang telah tersentuh dengan dakwah.Yang menyeru diri ini untuk kembali mengislahkan diri kepada Allah azzawajlla .Ya.Aku lakukan semua kerja dakwah dan tarbiah sejak 4 tahun yang lepas ini atas kemahuanku sendiri,atas kejelasan jalan islam yang memahamkan diriku akan maksud tarbiah seperti tadaburku pada surah ke 3 ayat 79 ,atas arahan jelas dari Allah azzawajalla kepada Rasulullah saw untuk menjalani kehidupan sebagai muslim dia atas muka bumi ini seperti termaktub dalam surah 12 ayat ke 108,atas pemahaman keadah dakwah dan cara seruan yang betul seperti dalam surah 16,ayat 125,dan banyak lagi ayat yang telah aku hafal nombornya.

“Ah.! Terasa beban la pulak ayat-ayat Al-quran yang telah aku faham!”.Ya Allah ampunilah aku ,dan perbaikilah urusan hidpuku ini.

“Ah cukuplah mengelamun Man!”pujukan biasa diri sendiri bila dah memikirkan
macam-macam.

translate word

murrobi=guru atau ustaz,
akhi=saudaraku,
ikhwah=saudara lelaki,
akhwat=saudara perempuan,
safar=perjalanan.
ana=saya
anta=engkau
antum=kamu.

No comments:

Post a Comment