18 Month ago!
Pulang dari perkemehan.
“Alhamdulilah perkemehan sudah selesai.”luahan rasa syukur di hati ku sendirian.
“ Insya Allah akhi,kita jumpa lagi ” kata terakhir dari mulut Akhi Helmi setelah kami selesai berpelukan sebagai tanda perpisahan.
“InsyaAllah” balasku ringkas.
Aku dan beberapa orang ikhwah dihantar semula ke stesen bas bagi meneruskan perjalanan pulang.
Sedang kami menungu dalam bas yang bila-bila sahaja akan bertolak ke Bus*Central,
Kelihatan seorang nenek sedang naik tangga bas dan mula bersuara.
“ Pergi Pekan* tak? ”tanya nenek yang kelihatan tidak bermaya ,bongkok badannya dan sambil memegang bungkusan plastic kecil.
“ Bas tak kesana.” kata pemandu spontan
“ Ke Pekan* tak?”rayu nenek tua yang kelihatan keletihan.
“Maaf nek,bas tak ke sana” .respon tidak peduli dari pemandu sambil menekan keypad telefon di tanganya .
Ke Pekan* tak? rayu nenek tua lagi yang tidak mahu putus asa.
“ Bas tak ke sana!”,terang pemandu lebih kasar.
La. Kenapa tak Pekan*? Pergilah sana.! permintaan nenek penuh harap agar bas itu membawanya kesana.
“La nek...maaf kami tak kesana.” tegas pemandu bas tanpa menunjukan rasa simpati kepada nenek tua tersebut sambil mata dan tanganya memberi perhatian lebih kepada telifon bimbit di tanganya.
“Anak derhaka!” Sumpah nenek tua kasar dan perlahan menurunkankan kaki kanannya dari bas dan berlalu dengan kekecewaan.
Muka pemandu bas terkejut dengan sumpahan kasar nenek tua yang terbermaya itu.
Aku yang saat itu sedang sandar di bangku penumpang hadapan bas keletihan dan hampir tertidur , jelas aku dengar dari awal dialog pemandu dengan nenek tersebut yang turut menarik perhatian beberapa penumpang lain. Aku memberikan pandangan keletihan kepada nenek tua yang kecewa tidak dapat naik bas ini dan berlalu sendirian di hadapan bas.
“Aku senyum sendirian dengan peristiwa yang baru berlaku tadi.Hatiku tertawa lucu.Kasihanya nenek tersebut dan lebih kasihan pemandu bas yang disumpahnya.Tak pasal-pasal kena sumpah.” Kata ku sendirian dalam hati dan kemudian aku tersenyum lagi.
Tiba-tiba hatiku menjadi serba salah.
“Eh boleh jadi kenyataan ke sumpah nenek tu ya?” aku bertanya sendirian.
“Apa akan terjadi jika sumpah nenek itu menjadi benar dan Allah memberikan musibah langsung ke atas perjalanan bas ini asbab layanan pemandu tadi?” perasan risau mula masuk di hatiku.
“Ya Allah selamatkanlah perjalanan hamba ini” .Harapan penuh hati ku kepada RabuIzzati , Rab sekelian alam dan aku buang langsung perasangka musibah yang akan menimpa bas ini.
Badanku yang penat dan hampir terlena diatas bangku bas ini tidak dapat meneruskan niat asal untuk tidur.
Aku bangun sedikit dan memalingkan wajah ke belakang untuk melihat ikhwah ku yang berada di bangku belakang dan ternyata tidur dalam kepenatan walaupun terpaksa duduk.
Aku duduk kembali dan terus mengelamun dengan rasa optimis akan aku berjaya sampai rumah serta mencium tangan ibuku.
Pengalaman safar* kali ini cukup indah.Program perkemehan yang mantap dengan pelbagai ujian dan contoh perkemahan yang islamik yang pernah aku rasai .
Allah azzawajal menguji kami sepanjang perkemehan berlangsng.
Aku mengimbau kembali saat mula berdaftar untuk perkemehan Tim sekolah IPTA dan IPTS semalaysia yang dibuat oleh ikhwahku.Program ini adalah kali pertama bersama akhwat.Biasanya kami akan buat secara berasingan.Tim yang hadir ini adalah pelajar universiti seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak yang berkecimpung sebagai fasilitator program motivasi sekolah menengah.Boleh dikatakan semua yang datang dengan duit poket sendiri.Alhamdulilah ini adalah salah satu realisasi generasi yang ditarbiah yang dinantikan.Bermujahadah dengan duit sendiri,walaupun miskin melarat,bila mendapat perintah dakwah hampir tidak pernah mengatakan tidak.
Progam ini dibuat dalam bentuk perkemehan.Sebenarnya bukanlah satu perkemehan.Lebih kepada satu kursus menyatupadukan gerak kerja tim sekolah, berkongsi masalah,keadah melaksanakan program bersama pelajar sekolah dan membuat beberapa ketetapan bagi menjayakan program tarbiah generasi muda di bangku sekolah lagi.Kalau mereka paham tarbiah masa sekolah lagi maka makin mudah proses tarbiah di university.Itulah matlamat kami.
Pada program kali ini kami diuji awalnya dengan pertembungan program perkemehan pelajar matrik bersama guru mereka.Pada asalnya hanya kami yang dimaklumkan menyewa tempat tersebut. Tetapi janji tersebut tidak ditepati oleh pengurus perkemehan tersebuat dan kami terpaksa berkongsi tempat perkemehan yang kecil ini dengan pelajar matrik tersebut.
Keduanya ,kami diuji dengan luhan rasa tidak puas hati guru-guru matrik terbabit yang menuduh kami menggangu pelajar mereka.
Kisahnya bermula apabila seorang pelajar perempuan mereka enggan mengikuti salah satu program yang dirancang.Pelajar perempuan tersebut ingin menyendiri dalam khemah dan memberi alasan kurang sihat.
Masalah timbul apabila salah seorang muslimah kami dilihat memasuki khemah pelajar terbabit.Jadi guru matrik tersebut membuat tuduhan pihak kami menghasut pelajar tersebut.
Hasil siasatan pelajar tersebut tidak sakit dan beralasan cuma hanya tidak mahu mengikuti program yang matrik dirancang untuknya kerana dilihat kurang islamik.
Malah bila diselidik lagi, budak perempuan matrik tu memang boleh dikata ada latar belakang keluarga yang kuat beragama .Maka jelas dia sendiri yang buat keputusan tanpa campur tangan dari akhwat kami.Dia sendiri yang tidak bersetuju dengan beberapa program yang pergaulanya terlalu bebas dengan budak laki.Jadi nak buat macam mana ya?
Kalo urusan nak tegur pihak pengurusan matrik pasal pergaulan memang payah.Dah itu termasuk dalam modul mereka.Jadi keadah teguran kami dengan menunjukan bagaimana kami berprogram.
Alhamdulilah betapa Allah azzawalla telah memberikan aku kesempatan bersama generasi tarbiah ini.Ikhwan dan Akhwat yang menjaga pandangan , pertuturan , akhlak dan menjaga ibadah .Malah yang lebih penting adalah memahami dengan baik Al-Quran dan sunah sebagai sumber suci , jernih dan utama dalam membentuk keperibadi muslim.
Aku terus bermonolog dalaman sendirian.
Alhamdulillah syukur.
Memang sangat berbeza akhwat yang ditarbiah dengan akhwat yang tidak ditarbiah.Ketika perkemahan tadi pun dapat dilihat dengan jelas.Khemah akhwat kami dalam 8 buah dan dibuat di sebelah dewan utama dengan dikelilingi kain ela yang tingginya lebih dari khemah.Sehinggakan memang kalau kita dari luar tidak nampak kawasan dalam antara khemah akhwat.Sedangkan khemah perempuan pelajar matrik tidak dapat dibezakan dengan khemah lelaki.Hanyalah dipisahkan oleh jarak satu khemah dengan khemah pelajar matrik lelaki.
Untung khemah ikhwah dalam 6 buah berada terbelakang selepas khemah pelajar lelaki matrik.Jadi pergaulan pelajar matrik ketika kat khemah secara tak langsung di awasi para ikhwah.
Alhamdulilah perangai pelajar lelaki matrik sepanjang program baik-baik saja.Aku doakan mereka kelak ramai yang mahu ditarbiah ketika di matrik bersama ikhwah IPTA tim matrik dan malah makin baik ketika kat universiti nanti.Insyaallah.
Alhamdulilah para ikhwah juga setelah selesai program mendapat respon yang baik dari pengurus tapak khemah.Pihak pengurus merasa kagum dengan ikhwah kerana sepanjang 3 hari program bangun tahajud sendiri tanpa perlu healer untuk kejutkan.Malah bangun lebih awal dan laksanakan solat tahujud sendirian .Tambah menghairankan lagi setiap kami dilihat mengisi masa lapang dengan membaca Al-Quran kecil masing-masing.Memang ikhwah ramai berperangai seperti itu,sampai kami dikatakan riak dan sombong di mana sahaja.Baik di Universiti mahupun rumah.
InsyaAllah kami paham dan ianya tidak akan menggangu proses muamalah kami.Cuma kami hanya ingin berkomitmen kepada Al-Quaran seperti generasi awal yang diceritakan dalam satu perbualan nabi bersama sahabatnya.Sahabat Rasulillah bertanyakan kepada nabi, Berapa lamakah masa yang diperlukan oleh seorang muslim untuk menghabiskan bacaan Al-Quran?.Maka Rasulullah mejawab ,40 hari,dan ada riwayat mengatakan 30 hari.Jadi kami hanya ingin mengamal sunnah ini.Kami lebih memilih baca bersendirian.Tapi tekadang terlalu sibuk , maka kesempatan menungu kuliah dan bas digunakan.
Aku kembali teringat kata terakhir dari pihak pengurus khemah .Mereka dilihat amat berterima kasih dengan kehadiran kami di tempat mereka dan mengharapkan kehadiran kami lagi untuk membuat program yang lebih islamik di sana.
“Alhamdulilah syukur .Ana dapat berkenalan dengan antum,wahai ikhwahku,wahai mujahid muda,wahai generasi yang dinanti,semoga Allah memberkati perjuangan kita.” hati kecil ini terus berharap dan senyum puas.
Hatiku puas kerana program perkemahan yang cukup bermakna ini.Mengajarkan kepadaku islam itu juga adalah Perkemahan.
"POON ! bas dari arah bertetangan membunyikan honnya".Aku terkejut dari lamunan.
“Sial!” umpatku dalam hati.
"Astafirullah .Itu mungkin keadah pemadu bas bertegur sapa."apa pasal aku umpat dia.?
Bas terus melaju melalui jalan-jalan kecil dengan lincah.
Pikiranku menjadi kosong sambil memalingkan muka ke belukar yang dilepasi bas dengan laju
Dan …mataku tertutup.
No comments:
Post a Comment