Wednesday, February 25, 2009

Debaran cinta!bhg 2

Dairy 2008

Debaran cinta!bhg 2

Petang jumaat,di rumah sewa ikhwah.

“Assalamulaikum”.aku memberi salam di hadapan pintu rumah sewa ikhwah ku,

“Walaikum salam”.la anta rupanya lama tak jumpa,balas akhi Z selepas membuka pintu.

Kami berjabat tangat erat dan menyentukan pipi kanan dan kiri seperti biasa.

“Akh murobi ada? ”.tanyaku ringkas

“Dalam bilik”.balasnya lagi.

“Assalamulaikum akhi!”sapaku kepada murobbi.

“Ya ,walaikumsalam,masuk dan tutup pintu” pinta murobi.

“Ada apa akh,pangil ana?”tanyaku tak sabar-sabar dan sambil berbuat seperti pertemuan dengan akhi Z tadi.

“Ada la sikit nak bincang dengan anta,Anta dah solat asar?”tanya murobi cuba berlengah.

“Dah,dari masjid tadi”balasku ringkas.

“Begini Akhi ,anta harus nikah!”.balasnya jelas.

“Ha…,nikah! Ya Allah ! ”aku merespon terkejut dan menelan air liur.

“Dah agak dah,mesti kena pengarahan yang bukan-bukan lagi”umpatku dalam hati..

“Serius akh?”tanyaku bersungguh.

“Ya” balasnya ringkas.

“Akh ,anta bukan tak tahu ana.Ana bukan tak mahu nikah,Cuma masalah keluarga yang menimpa ana sampai sekarang terus melemahkan ana dan membuatkan ana tak sempat nak pikir masalah nikah.Memang dalam tarbiah ni dah lama ana nak nikah seperti ramai ikhwah kita yang lain.Ana juga cemburu kat mereka.Memang target asal ana nikah sebelum sebelum habis belajar.Anta juga tahu,tapi masalah yang timbul menyebabkan ana tak sempat nak planning nikah .Sedar-sedar dah habis habis kuliah..” bicaraku panjang lebar dan bernada alasan.

“Sebab tu anta harus pikir sekarang,dan anta tak seperti ikhwah kita yang masih belajar,dah tak punya alasan untuk tak nikah.Cuma perlu bukti cari kerja je.Ummi dan ayah anta dah ok!” .balasnya tegas.

Aku diam sebentar.

“Ya Allah berikanlah aku kekuatan.”bisik hatiku.

“Begini akh,ada seorang akhwat yang juga telah bersedia untuk nikah.Akhwat ni kat Perak sekarang,juga dah gred , dan macam biasa ditekan oleh keluarga dalam banyak hal.Ye lah lepas grade tak nak kerja seperti diharapkan keluarga,dan bagi alasan buat perniagaan dengan kawan-kawan.Mana tak kena tekanan keluarga.” Terang murobiku lagi.

“Akh,anta harus bantu dia.”pinta murobi.

“Juga, insyaAllah dia seorang yang mantap luar biasa dakwahnya.”tambah murobbiku meyakinkan.

“Asalnya nak suruh takruf dengan seorang ikhwan ni,akhi B dan anta kenal dia.Tapi dia ana tengok tak sepadan dengan akhwat ni .Sudut usia , kefahaman dan gerak kerja juga jauh dari akhwat ni.Jadi pendek cerita , ana lihat anta lebih sesuai.”terang murobiku cuba memotivasikan ku.

“Ya Allah,Akhwat !.dambaan setiap lelaki , seorang bidadari dunia, solehah lagi dan kuat dakwah pulak tu.Alangkah ruginya jika aku menolak”.bisiku sendirian.

“Alangkah indah mendengar pelengkap dirimu itu,kuat berdakwah!”hatiku mula berbunga-bunga.

“Adakah layak kau buat diriku,wahai bidadari dunia.Sedang aku seorang yang banyak maksiat,masih buat benda laro,dakwah tak mantap dan banyak kelemahan”aku mengeluh sendirian.

2 comments:

  1. nikah.. huhhh. panjang pembahasannya. mmg buat aktivis dakwah nikah sangat di anjurkan agar lebih mudah bergerak dan tidak terpalit fitnah.. namun, siapkan kita untuk menjalaninya?? nikah bukan sekedar memenuhi keinginan tapi juga sebuah tanggungjawab yang akan kita pikul sehingga ke akhirat... BTW, ceritanya bagus akhi.. teruskan..

    ReplyDelete
  2. akhwat.. knapa dan siapa anta?? kenapa membaca setiap yg anta tulis rasa nak menangis.. bukan..memg menangis..
    inshaAllah anta pasti dapat yg terbaik..

    ReplyDelete