Friday, February 27, 2009

Debaran Cinta !.......... Bhg 3.

Debaran Cinta ! Bhg 3.

“Jadi macam mana akhi?”sapa murobbiku yang membangkitkan aku dari lamunan.

“Apa yang anta fikirkan?”tambahnya lagi.

“Pasal wajah? ”.tanyanya lagi.

“Tak”jawabku spontan

“Ana tak kisah pasal muka.Sudah cukup baik akh,offer yang Allah bagi ni”aku menambah.

“Asal saja dia boleh terima kelemahan ana seadanya.ok lah.”sambungku mantap.

“Tapi ana ni.masih rungsing akh!”jelasku lagi.

“Maksud anta?” murobiku hairan.

“Entah,Akhi!”jawabku ringkas

Aku berdiam seketika.Saat ini , aku tak tahu lagi apa yang aku fikirkan.Nikah? keluarga? duit? atau Ummi dan ayahku?.

“Macam mana ya?.”tanyaku sendirian.


“Akh,ini hanya proses .Bukan bermaksud antum memang dah nak kena kahwin dengan dia segera .Tengok akhi Z,dia dah takruf dan InsyaAllah nikah dalam petengahan tahun depan .Juga kalau lepas takruf antum rasa tak sesuai itu urusan lain.Cuma sekarang ana perlu jawapan dari antum.Agar boleh diatur.” Ujar murobiku lagi.

“Insyaallah akhi .Boleh jadi pernikahan antum juga ,jalan keluar kepada masalah keluarga anta.!” Suara optimis dari murobiku.

Aku terus berdiam.Tak mengucapkan sepatah kata.

Murobiku turut diam dan mengamatiku.

Aku menari nafas dan bersuara:

“Jawapan nak segera ke akhi?”aku bersuara jelas.

“Itu sebaiknya”jawabnya ringkas.

“kalau begitu bagi ana habiskan bacaan Al-Quran setengah juz dulu?”pintaku.

“Takde masalah,dan anta boleh je balik rumah dan bagi jawapan lepas ni.” balas murobi aku yang tidak mahu memberi tekanan.

“Takpe,ana perlu dalam 40 minit je.Ana akan baca kat bilik Akhi J,di sebelah.”jelasku.

“Boleh” respon murobiku.

Aku membuka Al-Quran kecil yang kerap aku bawa ke mana-mana.Ku tarik nafas dalam-dalam dan mula menyambung bacaan ayat terakhir yang telah aku tanda.Aku membaca setiap ayat dengan perlahan,penuh hati-hati dan pengharapan kepada Allah agar berikan aku jawapan.Tidak aku perasan surah apa yang aku baca.

Tiba tiba aku melewati ayat 7 dari surah 47yang aku tahu maksudnya.Aku berhenti membaca. Ayat tersebut adalah,Wahai orang-orang beriman!Jika kamu menolong agama Allah ,Nescaya dia akan menolongmu dan meneguh kedudukanmu.

“Ya Allah! betapa memberi motivasi dan memujuknya ayat ini.Sedang yang memerlukan agama ini adalah kita sebagai manusia dan hamba,bukan Allah.Ayat ini kerap aku dengar tazkirahnya,dan aku turut banyak kali memberi tazkirah dengannya.”aku berkata sendirian.

“Apakah maksudnya ini?”aku terus bertanya diriku.

Aku mengulangi bekali-kali ayat ini.Sampai hatiku menjadi hiba dan serba salah.

“Boleh jadi dengan pernikahan ini aku menolong akhwat tadi yang mendapat tekanan keluarganya,?Tidak ! Sebenarnya nikah ini perlu untuk diriku.Aku perlu menolong diriku sendiri.” Kataku sendirian.

Aku teruskan bacan Al-Quranku,dan tanpa ku sedari dah masuk muka surat terakhir setengah juz yang aku janjikan.Aku menghabiskan ayat terakhir dengan perlahan.
Aku terus duduk dan diam.aku perhatikan kembali surah yang aku baca.Telahpun aku melewati dua surah yang cukup banyaknya pengajaran di dalamnya.Surah Muhammad dan Surah Al-Fath.

Ku tarik nafas dalam-dalam dan Ya , aku dah punya jawapan.Aku segera bangkit dan menuju ke bilik murobiku.

“InsyaAllah Akhi,Ana bersedia”kataku mantap.

“Alhamdulilah.jadi antum harus bersedia.Cari kerja cepat sikit!”katanya dengan bersemangat.

“Anta bawa pendrive tak?Ana nak bagi resume untuk diisi.”pintanya lagi.

“Ada.”jawabku.

Aku memandu Honda Wave ku pulang dengan hati yang bahagia.

“Akan aku khabarkan kepada ummi segera!.”niatku tak sabar-sabar.

No comments:

Post a Comment