Wednesday, May 30, 2012

Buktikan Ukhwah tidak celaru.

Berborak tentang keburukan orang lain memang mudah dan menyeronokkan nafsu . lebih-lebih lagi kepada 3 bersaudara yang dijangkakan membentuk landskap "politik kesepakatan islam " di bumi ini, Insyallah suatu hari nanti. Amin Ya Robb.

Saudara tertua atau abang longnya diberi nama UMNO (lahir 1946), saudara angahnya bernama PAS (lahir 1951) dan adik terbongsunya bernama ISMA (lahir 1996).

Berlakulah cakap-cakap;
" UMNO telah keliru identity keislamannya serta melayu-nya disebabkan tidak mengamalkan sistem islam serta layak digelar pengkhianat melayu sebenar selama 54 tahun kerana kezaliman yang telah dibuatnya."


"PAS sekarang keliru identity kerana telah bertahaluf dengan bukan islam juga dalam Pakatan Pluralisme sedangkan mereka (PAS) masih "berkeadaan lemah"(kerana tidak mengetuai tahaluf dan mendominasi) serta terhijab dari membaca mafsadah(bahaya) agenda musuh islam dalam kumpulan yang mereka tahalufkan."

Adik bongsu pula (ISMA) perpendirian teguh , berani dan bertegas menyeru kepada agenda kesepakatan kedua-dua saudara tua-nya kerana melihat persengketaan abang long dan abang ngah bukan lagi dalam neraca persaingan sihat yang menguntukngkan Islam atau kata mudahnya semakin merugikkan Islam kerana agenda musuh yang berselindung dalam pakatan kedua-duanya seumpama kanser tahap 4 tetapi tidak disedari tuan badannya.

Malangnya , Adik bongsu turut ditomah ;
"Tengok ISMA, perjuangkan assobiyyah , pengkhianat gerakan islam , termakan umpan talian hayat terakhir UMNO, jual beras JATI dan terbukti berjaya didedahkan ada 3 kecelaruan utama."
Abang Long dan Abang Ngah lebih menyedihkan.

Berkata Saudara Aminuddin Yahaya:

"Kalau begitulah keadaannya, apa erti UMNO terus berkuasa, apa ertinya PAS memerintah?
Bolehkah UMNO bertindak tanpa merujuk kepada MCA atau MIC?
Bolehkah PAS membuat keputusan tanpa terlebih dulu berbincang dengan DAP?
Jangankan keputusan yang besar-besar malah nak cakap pasal Melayu pun semua pemimpin Melayu samada dalam UMNO atau PAS sangat-sangat takut. Berani saya katakan bahawa mereka semua sudah hilang  JATIDIRI. Ini persoalan yang harus bermain dalam fikiran kita maka barulah kita dapat menilai dengan lebih matang dan rasional." ( http://www.ismaweb.net/v4/2012/02/siapa-musuh/ )
Itulah reality kesedihan yang telah dikhabarkan adik bongsu kepada kedua-dua saudara tua-nya, tetapi kedua-duanya tidak peduli amarannya kerana sedang "syok" berebut atau pertahankan kerusi bernama "putrajaya" dengan cara apapun.
" Terpenting pertahankan putrajaya kemudian kita fikir semula" kata si abang long.

kata abang ngah pula ,
" Terawlawiyat(terawal sekali) dapatkan dulu putrajaya dan nyahkah UMNO, kemudian baru kita fikir semula."
kata adik bongsu yang memberi muhasabah ;
" Putrajaya itu wasilah kita dalam berjuang atau matlamat hidup kita ?"
Tidaklah adik memberikan teguran kecuali kerana cinta.



" Melayu sepakat islam berdaulat. "

Itulah usul penyelesaian politik adik bongsu kepada ke dua-dua abangnya.

Dengar sahaja slogan itu pada abang long , maka tersenyum lebarlah kerana selama ini abang long memang terkenal kejagohannya dalam bab semangat assobiyah Melayunya walaupun terbarunya melaungkan slogan 1 Malaysia.

Dengar si abang ngah pula , terus lebih pantas daripada kilat dia merespon : "

" Ini sah compom 100% terpengaruh dengan talian hayat terakhir UMNO , Dah cukup ! aku tidak mahu mendengar penjelasan kamu ( ISMA ) , walau apa pun terjadi."

Maka berlakulah hampir seperti kata abu saif (saifulislam.com) dalam facebooknya. Drama yang boleh habis 10 minit jika mendengar penjelasan menjadi menyakitkan hati kerana perlu berlarutan selama beratus-ratus episode dan ber-season-season.

Memang hidup ini sebuah drama,

Walhal jika diperhatikan adik bongsu bukan ingin abang long dan abang ngah duduk serumah , pakai baju sama warna dan jenis , makan makanan yang sama , sambil saling berkasih sayang menyuap makanan bukti kesatuan barunya atau semua benda sama dalam erti kata identity baru bernama "PAMNO" (pas+umno).

Bukan-bukan semua itu !


"Cukuplah mulakan sepakat dalam agenda nasional , hak melayu dan urusan agama kita, tidak perlu pun bersatu dan tidak usah membentuk parti wajah baru dengan meleburkan kelebihan identity masing-masing" kata adik bongsu dengan tegas , jelas dan berulang-ulang.
Bagi saya, jalan penyelesaiannya, jika pemimpin-pemimpin Melayu ini benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan Islam, ialah mereka MESTI BERSATU dalam bentuk apa sekalipun. PAS tidak harus melihat UMNO musuh segala-galanya dan begitulah sebaliknya. Yang menjadi musuh ialah serangan-serangan barat ini dan mereka (baca:UMNO dan PAS) yang menjadi agennya .( http://www.ismaweb.net/v4/2012/02/siapa-musuh/ )
Apakan daya , hidup ini memang sebuah drama, hakikatnya adalah bersiri dan panjang , bukan seperti movie yang habis dalam 2 jam happy endingnya. Ada pulak yang kata adik bongsu mengalami kecelaruan utama di antara seruan "Sepakat" atau " Bersatu". Maka cubalah saya menjelaskan:
Betul memang ada sikit keliru disitu. Jawapanya adalah Kedua-duanya. Tapi dos yang sangat besar atau rasminya kepada perkataan “kesepakatan”. Ini terbukti melalui slogan politik ISMA yang disyurokan iaitu “Melayu Sepakat Islam berdaulat” . Mudah fahamnya 99 % seruan kesepakatan dan hanya 1 %  seruan kepada kesatuan.( http://addinlove.blogspot.com/2012/05/jatidiri-identity-kumpulan-yang-lebih.html )

Politik kita belum lagi politik islam sebenar.

Ternyata benar , politik yahudi , yunani dan barat hari ini telah tertanam dalam kepala kita. Politik berparti dan demokrasi yang sanggup mengetepikan apa sahaja demi mengejar matlamat adalah bicara hampir semua lapisan masyarakat dimana-mana saja .

Cara mudah mahu kenal gejalanya adalah , bila anda kritik keras UMNO , anda akan dikatakan PAS dan sewaktu dengannya , Jika anda kritik keras PAS pula , anda akan dituduh UMNO dan sekutunya. Teorinya simpel , Anda tidak menang kerusi undi, maka anda  dikira kalah dalam berjuang . 

Itulah sifir mudah dari politik cetek yang menyedihkan.

Hal ini diakui oleh seorang ilmuan muda UMNO yang hebat:
"Kita telah bersetuju politik islam bukan ada di zaman ini. ….. Kita telah mengatakan system khalifah dan sebagainya . Kita bersetuju politik yang di zaman sekarang , politik yang direncana, yang diwadahkan dan dibentuk oleh pemikiran-pemikiran falsafah yunani dan barat.” ( http://addinlove.blogspot.com/2012/05/kecelaruan-pemikiran-yang-tidakrasional.html )

Agenda perjuangan kita harus jelas atas manhaj Islam.


Ikhwah ahli ahli ISMA sekelian!

ISMA adalah jamaah dakwah, kita harus beriltizam dengan manhaj rasul dalam penyampaian dakwah. Sampaikan mesej secara jujur dengan hujjah dan keterangan.


Kita tidak ada kepentingan untuk memaksakan pandangan kita, jika bertepatan dengan hidayah dan taufik mereka akan menerima, jika tidak Allah sebut; "bukan enkau yang beri hidayah pada sapa yang engkau sukai tetapi Allah memberi hidayah kepada siapa yang ia kehendaki".
Jadilah pembimbing dan penunjuk jalan kepada mad'u menuju kebenaran.

Jangan sesekali kita terikut dengan rentak parti-parti politik yang menjadikan mad'u sebagai lawan, memanipulasi, menghentam dan mengherdik, menghina, membuat pembohongan dan menjatuhkan maruah dan harga diri atau memfitnah.

Ingat pesanan Allah s.w.t, "Serulah kejalan tuhan kamu dengan hikmah/hujjah, nsihat yang baik (jika ia teragak agak) dan berbahaslah dengan hujjah yang lebih baik (jika ia menolak).

Jauhilah jadal (berdebat sekadar nak tunjuka hebat atau nak menang), katakan kepada mereka " maaflah, suruhlah ia buat baik dan berpalinglah dari orang yang jahil". 
( Nasihat Presiden ISMA,Al-Fadil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman kepada ahli-ahlinya.)
Mungkinkah Allah azawajala menginginkan perjalanan kesatuan itu lama lagi ?

Masing-masing terkadang keliru dan celaru bagaimana ingin memenangkan islam dan melayu dari ancaman luar. UMNO yang katanya lemah praktik agama, kurang ilmu agama ,tetapi kemelayuannya menjadikan dia kononnya akan sanggup berjihad demi islam bila menghadapi musuh luar. PAS yang dikatakan lebih berugama , tetapi tidak minat kepada agenda kemelayuan lagi (kerana tuduh UMNO telah merosakkannya), tidak lagi merasakan Melayu pentingnya dalam berjuang di tanah ini , Islam adalah segala-galanya. Kemelayuan adalah assobiyah terlarang dan tidak ada tempat untuk memenangkan Islam melalui Formula "Ke-Melayuan" di negara ini. Datang pula adik bongsu dengan latar belakang gerakan islam , hujah ilmu dan kajiannya berkata ; "Melayu adalah kunci penting mendaulatkan pemerintahan Islam di Tanah Melayu ini". Maka kekeliruan "tahap gabanlah" orang ramai yang melihatnya.

Sedang mereka sibuk berkelahi siapa yang betul dan siapa yang salah. Siapa yang lebih celaru dan keliru, siapa yang beragenda atau siapa di agendakan , mereka mungkin lupa,


Ukhwah tidak boleh dibiarkan lama bercelaru kerana musuh bersorak gembira melihat kita.


Allah yang maha keras azabnya , tuhan yang memegang hati semua hamba-Nya berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara keduanya bila berlaku perselisihan..” (Al-Hujurat: 10)
Assoc. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah berkata ;
"Fahamilah real politik Malaysia. Ingatlah Parti Melayu Islam (Pas dan Umno) tidak boleh menang SENDIRIAN , jika mereka tidak bersatu, kerana kita hanya ada 50 peratus. Umat Islam memerlukan antara satu sama lain. Dua parti umat Islam ini sudah cukup untuk saling memperkukuhkan Islam jika ada kemahuan. Tidak perlu mengharapkan kepada PKR. Mereka hanya parti nyamuk. Nyamuk-nyamuk ini membawa banyak virus." ( 28 Mei 2012 : Untungnya bila Umno dan Pas bertemu, http://ridhuantee.blogspot.com/ )
Sejarah Abang Ngah dan Abang Long berkait rapat ?

Fakta menunjukan Abang Ngah pernah bergabung dengan Abang Long dalam nama baru Barisan Nasional (BN) akibat tragedi 13 Mei 1969, tetapi terpisah pada 1978 apabila krisis darurat kelantan pada tahun 1978:
"PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim." (http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia )
Apa yang lebih menarik adalah lebih awal dari itu, sejarah kelahiran Abang Ngah tidak boleh dipadamkan , Terbuktilah "bersudaranya Abang Ngah dengan Abang Long":
"Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya ...:"(http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia )

Tidak mahu bersatu pun , minima Buktikan Ukhwah tidak celaru.

Abang Long tetap bersaudara dengan Abang Ngah walaupun macam berbeza haluan, air dicincang tidak akan putus. Alhamudlilah Abang Ngah tidak se-extream dulu yang pernah mengkafir dan mengelar munafik Abang Long. Malah Abang Long juga semakin islamik tambah-tambah lagi masuknya geng ILMU. Ini Tanda yang baik.


Mulalah dengan muzzakarah atau hadiri program yang menjurus kefahaman itu .

Assoc. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah berkata lagi:
Saya ingin menawarkan diri untuk menjadi orang tengah atau moderator muzakarah ini. Lagipun saya adalah orang Cina Islam yang kurang kepentingan antara dua parti Melayu ini. Saya bersetuju dengan pendapat sayap ulama muda Umno, perbincangan itu mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukannya berlandaskan emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat Baginda.( 28 Mei 2012 : Untungnya bila Umno dan Pas bertemu, http://ridhuantee.blogspot.com/ )
Terbarunya akan diadakan satu Konvensyen wacana ilmiyah oleh adik Bongsu dan beberapa NGO-NGO lain yang bersamanya. Luangkanlah masa menghadirinya , bersilaturahimlah dengan penganjurnya atau aktivisnya, dengarlah dengan hati yang terbuka dan berfikirlah dengan akal "islam (selamat)"yang ada. 

Anda nilailah sendiri agenda seruan ini , Sama ada ianya bergerak atas landasan ilmu syarak ?, Kefahaman sejarah ? , keselarian Perlembagaan negara kita ? atau sebaliknya.

Wallahwalam.
 







PS:

1. Sebagai wakil tidak rasmi , saya ingin menjemput semua wakil-wakil daripada Abang Long dan Abang Ngah untuk memeriahkan konvensyen ini . Jumpa disana.

2. Update dan segala maklumat tentang KOMPAS : https://www.facebook.com/2012kompas
 
3. (Edit 31 Mei) Pembetulan tahun kelahiran Adik Bongsu kepada 1996 dan didaftarkan pada 1997 :-)


Saturday, May 26, 2012

Kes Kecelaruan Pemikiran atau Tidak Rasional ilmuan UMNO?



Sejak beberapa hari ini saya berminat dengan perkataan celaru. Entah kenapa. Sebelum ini saya menulis satu isu perbandingan kecelaruan di antara "dua kumpulan bersaudara" daripada "3 bersaudara" . Kali ini saya ingin mengimbangi pula dengan memasukkan isu  kumpulan ke-3 daripada "3 bersaudara". Saya tidak pasti adakah ini dalam bab isu celaru atau isu rasional dalam berfikir atau lainnya ?  

Selang masa ke 4:16- 4:26 : Al – Fadil Ustaz Mohd Radzi Othman berkata: 

 

Kenapa ia hanya muncul pada Politik moden , yang bukan politik yang syarie.? Kita telah bersetuju politik islam bukan ada di zaman ini. ….. Kita telah mengatakan system khalifah dan sebagainya . Kita bersetuju politik yang di zaman sekarang , politik yang direncana, yang diwadahkan dan dibentuk oleh pemikiran-pemikiran falsafah yunani dan barat.”

Inilah salah satu fakta reality hari-ini yang terpaksa-rela akui.

Maka mulalah ilmuan di seluruh pelosok dunia , dari pelbagai latar belakang pemikiran dan bermacam-macam disiplin ilmu , dari yang terlibat bersama sesuatu jemaah islam , dari pendakwah bebas sehinggakan kepada orang awam yang bergelar muslim akan turut mahu ambil bahagian memberikan “sepatah dua kata” kepada persoalan :

“ Bagaimana kita mahu kembalikan politik syarie (politik islam sebenar) yang dikehendaki oleh islam.? ”
Abaikan seketika soalan diatas . Fokus kepada rakaman video ! Apa jawapan anda?

Jika anda melihat rakaman di atas sehingga habis , pasti anda akan ada pandangan tersendiri .
Ada yang akan bersetuju dan ada yang tidak bersetuju . Juga ada yang mana-mana pun betul kerana malas mahu berpendirian.

Saya disini bukan mahu mengubah kesimpulan masing-masing terhadap rakaman diatas. 

Saya hanya mahu mengajak kita semua yang diberikan kewarasan fikiran , "berfikir sedikit" :

Kalaulah politik islam tidak ada di zaman ini (terutama di negara kita) , maka bukankah mewujudkan politik islam itu dulu harus dilakukan dahulu, kemudian barulah dalil-dalil politik islam (contoh hadis taat pemerintah, cara nasihat pemerintah) akan valid (boleh pakai).

Dalam ayat yang lain,

Kalaulah politik islam tidak ada di zaman ini , maka bukankah mewujudkan politik islam atau menegakkan khilafah islam itu adalah tugas yang pertama sebelum mengaplikasikan dalil-dalil politik islam (contohnya hadis taat pemerintah, cara nasihat pemerintah) .

Dalam ayat yang lain,

Kalaulah politik islam tidak ada di zaman ini , maka bukankah mewujudkan politik islam atau meneggakkan khilafah islam itu tugas yang pertama . BUKANLAH tugas pertamanya kita GUNAKKAN DALIL-DALIL POLITIK ISLAM SEBENAR (contohnya hadis taat pemerintah, cara nasihat pemerintah) dalam system politik SEKARANG yang bukan ISLAM.

Dalam ayat paling mudah sehinggakan makcik-makcik tukang sapu boleh memikirkan-nya,

Dah Namanya politik sekarang Bukan islamik  , jadi kenapa gunakkan dalil-dalil ulamak atau hadis nabi untuk pertahankan pemerintah sekarang yang dibina dari sistem politik yahudi atau Barat.?

Pandangan peribadi saya kepada rakaman diatas.

Untuk makluman para pembaca,  Al – Fadil
Ustaz Mohd Radzi Othman adalah salah seorang tokoh ilmuan muda UMNO . Dan UMNO ini adalah sebuah "perkumpulan manusia politik berorganisasi" yang terlibat dengan sistem "politik  bukan islam Malaysia" seperti di akui Al – Fadil Ustaz Mohd Radzi Othman sendiri .

Antara penyebab sistem politik Malaysia tidak islamik adalah “Politik Berparti” , “Politik Demokrasi” , “Politik saling bermusuhan antara 2 parti islam atau lebih ”, “politik pilihanraya”, dan kata mudahnya “Politik pada kaca mata Yunani , Yahudi dan Barat yang telah terbiasa dalam minda  kita dan di amalkan sekarang”.

Peribadinya saya tidak bersetuju dalam banyak pandangan Al – Fadil Ustaz Mohd Radzi Othman berkaitan isu politik atau pemerintahan . Saya bukan tidak mengakui fakta yang beliau bawa. Cumanya tidakan beliau terhadap kenyataan fakta itu membingungkan logik akal saya dan saya merasakan "tindakan beliau itu" keliru dalam membina semula politik islam yang sebenar. 

Termasuklah isu demonstrasi ini. Saya bukanlah menafikan fakta sejarah demonstrasi oleh beliau dan kemudian "menghalalkan semberono demonstrasi ini dalam wajah islam". Pada saya , sangat cetek atau dangkal benar cara berfikir jika kita menyalahkan semua bentuk demonstrasi atau membakul sampahkan dengan tuduhan "apa saja bentuk demonstrasi adalah haram".

Bagi saya demonsrtasi di bolehkan jika memenuhi syarat-syarat tertentu. Saya berpendapat dibolehkan demonstrasi aman jika memenuhi "syarat-syarat kebaikan tertentu" yang selari dengan roh islam . Sebagai contoh demostrasi itu bertujuan membaiki sistem pemerintah (contoh bersihkan sistem pilihanraya), berdemo tanpa membawa senjata , berdemo dengan penuh tersusun atau kawalan oleh badan tertentu (Contoh dikawal oleh unit amal) , berdemo di tempat yang disediakan , cekap mengagalkan provokasi , pendemo tidak merosakkan harta benda tertentu atau mengotorkan tempat berdemo dan pendek katanya berdemo dalam erti kata aman dari A-Z.

Bersih 3.0 pula pada saya bermasalah disebabkan oleh unsur syubahat iaitu bercampurnya urusan demo aman dan demo yang bukan aman.

Hal yang buruk itu benar-benar berlaku. Ambiga masih dibiarkan menjadi ketua , Unit amal tidak efektif atau tidak mencukupi serta tidak bekerja dengan baik , Para pendemo meroskkan harta benda awam serta mengotorkan kawasan berdemo, Pendemo telah disediakan tempat tetapi masih berdegil mahu memilih jalan, dan Berlakunya provokasi serta pendemo yang tidak mampu disiplin dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Mungkin ada pendemo menyalahkan pihak lain terutamanya polis. Benar polis ada yang bersalah dan pendemo juga kena akui di pihak mereka juga banyak kelemahan atau salahnya. Kesimpulannya pihak yang membuat salah berdosa dalam demo ini , Demo aman menjadi tidak aman. Matlamat tidak menghalalkan cara. Itulah padangan saya berkaitan demostrasi terbaru ini.   

Kembali kepada isu dalil-dalil islam digunakan dalam "sistem politik bukan islam" demi kepentingan sebelah pihak sahaja :

“Logikkah jika dalil-dalil hadis seperti tidak boleh memberontak dan taat pemerintah yang zalim diguna pakai dalam sistem politik bukan islam sekarang?


“Sampai bilakah politik islam sebenar akan tertegak jika “dalil politik sebenar islam” diguna pakai untuk mempertahankan pemerintah dalam sistem “politik barat” sekarang?.


“Analogi lain untuk mudah faham : Logikkah kita membicarakan hujah Al-Quran untuk mempertahankan “Al-Quran itu bukan makhluk” dalam mahkamah Civil yang kita tahu bukanlah guna rujukan mahkamah Syariah (makhmah sistem islam)?.
fikir-fikirkan soalan diatas dan selamat mencari jawapan.

Beberapa Kajian Situasi untuk difikirkan bersama:
Kajian Situasi Untuk Difikirkan Bersama. 
(sumber: https://www.facebook.com/nasribinazhar)
Soalan 4 dan 5 oleh: https://www.facebook.com/ahmad.aiman.509
 
Satu Armada penjajah menyerang tanah air Islam kemudian setelah menang, penjajah melantik seorang talibarut terlatih yang beraliran sekular dari kalangan rakyat negara yang dijajah itu untuk menjadi pemimpin. Perlantikan talibarut adalah penting untuk menjamin kesinambungan kuasa penjajah di balik tabir. Untuk menjadikan 'pertukaran kuasa' itu nampak rasional, semua penjajah akan memberikan 'kemerdekaan' kepada negara itu secara percuma walaupun berbilion harta dan bergalon darah mereka telah dihabiskan untuk mendapatkan negara tersebut. Jika kita lihat negara-negara yang 'dimerdekakan' oleh penjajah, para penjajah hanya akan berurusan dengan tokoh yang sememangnya telah dilatih dengan pendidikan sekular lalu rakyat akan menganggap tokoh itulah yang berjasa dalam proses kemerdekaan negara. Kemudian pemimpin sekular ini menghadapi 3 situasi dari rakyat :
1) Golongan munafiq yang sememangnya telah lama berasa rimas dalam kepimpinan Islam sebelum itu memberikan sokongan padu kepada pemimpin talibarut tersebut.
2) Rakyat yang membenci talibarut itu dan tidak membai'ahnya sebagai pemimpin.
3) Rakyat yang keliru dan duduk di atas pagar atau tidak peduli siapa pun yang memerintah.
Soalan :  
1) Adakah pemimpin itu sah menurut syarak ?
2) Apakah hukum memberontak kepada talibarut itu ?
3) Adakah hadis-hadis tentang taat kepada ulil amri terpakai untuk situasi pemimpin yang naik takhta dengan cara itu ?
4) Penjajah juga meninggalkan tanah islam itu dengan sistem pemerintahan "demokrasi berparti" yg membolehkan pertukaran pemerintah dalam proses pilihanraya . Bolehkah kita bersetuju mengatakan parti yang memerintah adalah ulil amri yang tidak boleh dijatukah seperti dalam hadis nabi sedangkan "sistem membolehkannya".?

5) Jika kita tidak setuju dgn "sistem demokrasi pilihanraya itu" , maka bukankah sepatutnya kita ubah sistem tersebut dulu sebelum menyalahkan orang yang terlibat dalamnya? Lagi aneh dan kejinya KITA adalah TERLIBAT berparti (masuk satu pihak yang sedang memerintah sekarang) dan kemudian menuduh parti yang membangkang sebagai khawarije. Bolehkah kita mengkhawarije parti pembangkang dalam "sistem demokrasi pilihanraya" yang tidak islamik itu.?

Pandangan anda pula dengan kata-kata Al-Syahid Abdul Qadir Audah dibawah ini!

Seorang mujahid dakwah dan ahli fiqh Islam, Al-Syahid Abdul Qadir Audah telah menunjukkan makna ini kepada kita lalu berkata:

“Di dunia Islam pada hari ini ada generasi terpelajar yang mepunyai ilmu Islam yang tinggi. Mereka bersungguh-sungguh mengembalikan semula kedudukan Islam yang telah hilang. Dalam menegakkan kebenaran, mereka tidak takut kepada cercaan orang ramai. Namun, kekurangan mereka yang ketara ialah mereka terpengaruh oleh pendekatan generasi terdahulu (ketika ada khilafah). Kebanyakan kerja-kerja mereka tertumpu kepada soal ibadah dan nasihat sahaja. Adalah lebih baik bagi mereka dan bagi agama ini sekiranya mereka tumpukan sebahagian besar usaha mereka bagi mengingatkan orang Islam terhadap perlunya menghidupkan semula syariat mereka yang telah dipinggirkan dan menghapuskan undang-undang mereka yang bertentangan dengan Islam.”98 (sumber:http://addinlove.blogspot.com/2011/02/selangkah-memahami-perjuanganbhg2.html )


PS: “Maaf saya bukan pengikut Hizbul Tahrir , Malah saya adalah salah seorang yang tidak minat "kelemahan keadah ilmunya" dalam impian besar mereka meneggakkan khilafah.”




Thursday, May 24, 2012

Jatidiri (identity) kumpulan yang lebih celaru ? .

Hari ahad (20 mei 2012) lepas, saya berjumpa dengan seorang pemimpin ISMA pusat dalam satu progam di sekitar Utara. Al-fadil Ustaz berkata:

“...kehadiran kita semakin dirasai , kita telah mula diserang oleh -A- ( jemaah-jemah lain) terutama adik-adik mereka kerana pandangan atau kenyataan (siasah) yang kita lontarkan (baca: kenyataan ilmiyah dengan hujah syarak) ,.... dan sampai sekarang sebenarnya kita belum lagi membalasnya ...”

Saya merespon beliau : “....yang membalasnya pun sekarang ustaz.... hanyalah adik-adik ISMA saja”.

Atas  dorongan itu, saya aktivis setahun jagung , juga boleh digelar adik junior atau level lebih bawah ( masih bayi ) dalam ISMA ini tergatal jari untuk mengisi sedikit masa terluang memberi penjelasan ringkas kepada beberapa  serangan kepada ISMA yang saya yakini kebanyakannya dibuat atas dasar ikhlas inginkan pencerahan dan menzahirkan makna ukhwah sebenar iaitu saling menasihati dengan kebenaran.

Tulisan ini ditulis atas kapasiti peribadi  dan dituju lebih khusus merespon tulisan Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan dalam satu note-FB-nya yang diberi bertajuk : 3 kecelaruan utama melanda ISMA.

Tahniah kepada sesiapa sahaja yang peduli tentang “agenda ISMA” sambil melontarkan pandangan dengan tujuan baik atau sebaliknya. Dengan izin Allah nama ISMA semakin dipopularkan secara percuma dan semakin masyarakat “curious” (ingin mengenali) ISMA seperti mana Islamaphobia di barat yang dijangka  akan menjauhkan masyarakat dari Islam tetapi berlaku sebaliknya. Insyaallah target ahli ISMA tahun 2015 seramai 50 000 akan semakin mudah tercapai. Amin Ya Robb.

Saya mengucapkan Alhamdulilah dan jazakallahu khairan kathira kepada Al-fadil Ust Mohd Azrul atas tulisan beliau. Bagi saya ianya satu tulisan seorang insan hebat yang ikhlas, masih  tersusun  adab ayatnya , ada puitisnya , mudah difahami bahasa bicaranya dan sangat berilmu lagi.

Pertamanya , saya akui penulisan saya mungkin tidak sehebat beliau , lagi kurang ilmiyah dan bukanlah sangat  mampu menjawab semua nokhtah kecelaruan yang dilontarkan. Mungkin adik-adik atau abang-abang  ISMA yang lain lebih mampu menjawabnya atau jika perlu biarlah pemimpin ISMA sendiri bersuara. Tulisan saya ini akan lebih kepada comparison (perbandingan) dengan fakta ilmu, pandangan dari pengalaman serta pemahaman yang saya ada dan akan juga saya biarakan pembaca menilainya sumber-sumber bacaan saya dan mengkaji sendiri , sama ada berpijak di bumi nyata atau tidak kesimpulan yang akan saya berikan.

Apa yang ditulis Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan saya boleh simpulkan:

“ Jika itulah kecelaruan UTAMA pada pandangan Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan , maka kecelaruan tersebut bukanlah SEPARAH (seteruk) kecelaruan PAS . ”

Maaf jika kesimpulan saya ini agak berterus terang , teruskan membaca .

Kecelaruan ISMA yang Pertama.

Inilah kecelaruan pertama yang saya nampak terdapat pada pimpinan ISMA iaitu apa yang digariskan tidak sama dengan apa yang dilakukan. Yang digariskan adalah seruan kerjasama PAS-UMNO di dalam isu bersama tetapi yang dilakukan adalah serangan terhadap PAS disebabkan PAS jalin kerjasama politik dengan DAP. Perkara ini berterusan sebulan dua ini walaupun PAS bersama ulamanya sudah menerangkan berkali-kali berkenaan tahalluf siyasi ini, namun pernah ISMA cuba untuk memahami dan menghormati PAS?

Jawapan saya:

PAS-UMNO diseru bersepakat atau bersatu ? mana satu ni?

Betul memang ada sikit keliru disitu. Jawapanya adalah Kedua-duanya. Tapi dos yang sangat besar atau rasminya kepada perkataan “kesepakatan”. Ini terbukti melalui slogan politik ISMA yang disyurokan iaitu “Melayu Sepakat Islam berdaulat” . Mudah fahamnya 99 % seruan kesepakatan dan hanya 1 %  seruan kepada kesatuan.

Kenapa perlu bersepakat ?Telah banyak kali dihujahi dengan dalil syarak , logik akal dan lebih praktikal seruan ini jika melihat pengalaman politik kedua-dua pihak. Diterangkan oleh pemimpin ISMA dan aktivisnya di banyak tempat , baik secara lisan dan bertulis. Saya juga ada menyimpulkan secara ringkas di blog peribadi saya. Alhamdulilah kefahaman  Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan adalah benar.

kenapa perlu bersatu? – Juga telah dihujahi dengan ilmu syarak terutama ilmu usul fiqh oleh ramai pemimpin ISMA seperti Ust Hazizi , tetapi sedihnya hal ini mungkin sangat kurang praktikal sekarang dengan pengalaman politik umno dan PAS. Alhamudillah Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan telah mengaku bukan pakar usul fiqh dan Ust Hazizi pula TIDAK pernah kata dirinya atau ada pengikutnya (ahli isma) pernah menabalnya sebagai pakar usul fiqh. Istilah itu mungkin wujud disebabkan pahitnya menelan teguran dalam tulisan ini  : http://ustazhazizi.wordpress.com/2012/04/29/sampaikanlah-pandanganku-ini/

Hujah bersatu dengan umno ini juga mengambil kira pertimbang  maslahah-mafsadah (baik-buruk) agenda musuh yang bersifat external (luar).

Kita namakan ancaman external ini dengan satu induk nama iaitu “Pakatan Pluralisme” .

Saya pohon jasa baik pembaca menziarahi  link-link dibawah ini dan berhujah secara ilmiyah atau berfakta jika ingin menafikannya :

1.Agenda liberalisme , pluralisme dan “tokohnya yang paling kontrovesinya sekarang”. 


Maaf , sampai sekarang  saya lihat tidak ada sesiapa lagi boleh mendatangkah hujah balas menyangkal kenyataan wall saya dulu (kurang lebih) bunyinya “YB Datuk Anuar  Ibrahim tidak layak dikatakan Pemimpin Islam, hakikatnya dia adalah Pemimpin Liberal” – anda setuju?- Silakan terus membaca tulisa-tulisan lain di link yang saya berikan diatas.

2.Agenda ultra kaisu terutama agenda cina dan agenda DAP. (baca:bukan orang cina sahaja). 


Saya juga melihat semua orang melayu islam yang membaca dengan hati yang terbuka akan terkedu dan hanya mampu memuhasabahkan diri kerana malu dengan seorang cina muslim yang lebih perjuangkan islam dan melayu daripada orang melayu sendiri . Mereka yang  tidak setuju dengan beliau kebanyakan dilihat kurang ilmiyah dan membawakan fakta yang tidak solid dalam menyangkal pandangan beliau. Anda setuju dengan saya?- Bacalah sendiri.

3.Agenda Syiah dalam PAS yang kita boleh lihat dibiarkan oleh PAS demi Putrajaya. 


Mungkin ada yang bertanya , apa level parahnya syiah dalam PAS?, saya kata macam kanser iaitu level 4,dan tiada ada level 5.-bukti solidnya ? Maaf saya tidak boleh bagi disini atas beberapa alasan, Perlu di adakan pertemuan bersemuka dengan saya , atau tokoh kajian Syiah dalam ISMA iaitu Al-fadil ust Muhammad Ismail atau beberapa ilmuan lain terutama panel akidah JAKIM yang kaji bab ini.

Terbaru mungkin strategi nikah dengan aktivis muslimat pas : Khalid Ismath nikah dgn seorang aktivis muslimat PAS,


4.Agenda musuh yang “lebih bahaya” tanpa kita sedari.

Kalau begitulah keadaannya, apa erti UMNO terus berkuasa, apa ertinya PAS memerintah? Bolehkah UMNO bertindak tanpa merujuk kepada MCA atau MIC? Bolehkah PAS membuat keputusan tanpa terlebih dulu berbincang dengan DAP? Jangankan keputusan yang besar-besar malah nak cakap pasal Melayu pun semua pemimpin Melayu samada dalam UMNO atau PAS sangat-sangat takut. Berani saya katakan bahawa mereka semua sudah hilang  JATIDIRI. Ini persoalan yang harus bermain dalam fikiran kita maka barulah kita dapat menilai dengan lebih matang dan rasional.


Sejujurnya saya ada banyak lagi link , tetapi saya hadkan kepada 4 noktah dia atas sahaja dengan 6 link sebagai langkah pertama memahami hal ini. Boleh baca tulisan-tulisan lain yang berkaitan link di atas dalam web atau video yang sama.

Selain itu , IJTIHAD politik ISMA dalam masalah ini tidak akan difahami oleh orang yang meletakkan fikir logik akal, dendam politik , tidak belajar atau tidak praktikkan ilmu usul fiqh dan tidak tahu meletakkan awlawiyat bahaya agenda Pakatan Pluralisme. Juga tidak akan difahami oleh orang-orang yang beriman dengan politik kepartian (baca:bukan politik islam) . Dan lagi jauhlah mahu di pandang oleh golongan yang fanatik kepada parti tertentu sahaja.

Hanya kerana istilah sepakat atau bersatu telah dituduh celaru UTAMA yang mungkin merbahaya?. Bukankah ini masalah istilah atau masalah kecil yang sengaja diperbesarkan?

Golongan yang fasik itu lebih baik kita “terpaksa bersama” daripada seorang yang  Syirik . Hujahnya adalah ini "Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang amat BESAR ", ( Luqman : 13).

Sekarang kita diuji terpaksa memilih teman kita antara fasik ATAU syirk !, lalu kita berani mengatakan yang syirik itu lebih baik atau kurang mudarat ! Ada sesiapa berani mendahului ayat Al-quran itu dengan mengatakan kezaliman oleh orang islam fasik adalah kezaliman yang amat Besar?

Kecelaruan ISMA yang kedua.

Di sinilah kelihatan jelas kecelaruan ISMA yang kedua iaitu seruan dan tindakan dibuat tanpa melihat realiti yang berlaku. Hinggakan seruan yang sepatutnya lebih ditujukan kepada UMNO, diarahkan kepada PAS. PAS dikatakan haram berkerjasama dengan DAP sedangkan ia perlu dilontarkan kepada UMNO yang banyak mengkhianati umat Islam.

Jawapan saya:

Kerana melihat realitylah seruannya seperti itu. Malah saya melihat mereka yang menulis(menyerang) tentang ISMA bukanpun semua berada di bumi Malaysia ini sekarang. betul tekaan saya?

Sebenanrya PAS dan UMNO , kedua-duanya telah bersama-sama menghancurkan “politik umat islam” di Malaysia ini. Kedua-dua sama perangai saja merosakkan masa depan orang islam. Mungkin ramai tidak setuju dengan saya. Takpe kajilah sendiri , mungkin anda akan mengerti.

Pendapat peribadi saya , Pas lebih dekat dengan ISMA atau serumpun yang "faham bahasa bicara kita". Inilah puncanya kenapa bicara ISMA kepada Pas LEBIH banyak kerana dalamnya masih ramai ilmuan , ulamak dan pemuda yang sangat ikhlas memperjuangkan ISLAM, berbanding UMNO yang geng ulamaknya baru berusia setahun jagung dan budak-budak ultra salafi yang lebih menyakitkan hati.

Volume serangan kepada PAS dikatakan tinggi dibandingkan volume serangan kepada UMNO dalam beberapa bulan ini ? – Betul tinggi sikit , sebab kita makin dekat pilihan raya. Seperti jawaban kecelaruan pertama , masalah lebih besar dilihat dalam PR , sebab itu lah volume spaeker di kuatkan kepada mereka. Lepas pilihanraya nanti kita adjustlah semula volume ( .... jika agenda Pakatan Pluralisme tidak seteruk diduga ).

Kecelaruan ISMA yang ketiga.

Namun, kenapa ISMA seolah-olah tidak mahu faham dan terus menerus mempertikaikan ijtihad politik PAS ini. PAS bersama ulamanya yang merupakan ahli di dalam lapangan jihad siasah di Malaysia langsuung tidak dihormati oleh ISMA. ISMA terus menerus menganggap PAS salah segalanya dan ISMA betul segalanya. Walaupun yang diseru adalah penyatuan Islam, tetapi tahalluf siyasi inilah yang dipermainkan ISMA setiap hari.Inilah kecelaruan ketiga yang melanda ISMA iaitu bertindak mengatasi bidang pengkhususannya sehingga menafikan ijtihad ahli bidang tersebut.

Jawapan saya:

PAS and the geng saja yang layak digelar ahli bidang siasah (politik) islam sebenar ?

Isma pertikaikan ijtihad politik PAS kerana ijtihad politik PAS hanya boleh dipakai dan dihormati dalam konteks bicara “politik berparti”. Kalau kita semua beriman politik sempit atau berparti(hizb) SAHAJA adalah “politik islam sebenar” , maka isu tidak timbul.

Sebab itulah jika sesiapa yang berbicara isu “politik islam sebenar” sedangkan dia adalah ahli atau cenderung kepada UMNO atau PAS maka perbicaraannya kurang valid kerana dia terikat dengan peraturan tersebut( perlu saling menghormati ijtihad parti lawan).

Hakikatnya “politik berparti”di Malaysia sekarang bukanlah “politik islam” sebenar . Jadi ISMA tidak melihat politik berparti sempit yang sumber humanisem  atau SELAIN AL-Quran-sunnah harus diraikan.

Kami bisa berlapang dada dengan ijtihad bersumberkan al-quran sunnah , tetapi kami aneh bagaimana “ijtihad tahaluf siyasi yang jelas tidak cukup syarat atau terlalu banyak syarat yang pincang atau boleh diragui” itu diimani juga?.

Berikut sedikit pandangan peribadi saya yang merasakan pincangnya tahaluf siyasi PAS :


Ini pula analisis dari tokoh isma :


Mungkin Kerana itulah ISMA seolah-olah terus membuat kenyataan tidak bersetuju dengan ijtihad politik PAS. Anggapan “Pas salah segalanya” adalah exaggerate  Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan. Sedangkan dari ISMA tidak seperti itu.

Cukuplah coretan "panas" saya ini . Kepada semua yang membaca saya mengalukan-alukan kalian untuk berjumpa pemimpin atau aktivis ISMA sendiri yang berada hampir semua negeri di Malaysia, bukanlah medan amal utama ISMA itu berada di Mesir atau Australia. Malah aktivity dan program ISMA lebih banyak di medan daripada apa yang dilaporkan di media atau laman sesawang.

Anda boleh menilai kami “face to face” tanpa baca sahaja di web atau dengar cerita orang lain sahaja , Silakan berjumpa,dan  bertanyakan apa sahaja tentang kami. Kami sedia membantu anda. 

Akhir kata dari saya, maaf kerana saya ini tidak pandai menulis , dan saya ini hanyalah level "junior" sahaja dalam ISMA , bukan level adik-adik latar belakang agama yang standing mahu “sparing hujah” dengan Al-fadil Ust Mohd Azrul Azuan .  

..... Maaf juga jika terkasar bahasa.

Apa yang pasti 3 kecelaruan utama ISMA tidaklah secelaru PAS..... betul tak?

Dalam ISMA ahlinya berjati diri atau beridentity ASWJ dan dengan izin Allah  semua ahlinya mengimani agenda yang dibawa oleh qiadahnya (pemimpinya) . Bermanhaj , Tegas dan tegar memusuhi Pluralisme dan syiah . Paling teruk pun hanya akan duduk bermajlis dengan pemimpin melayu yang fasik .

Dalam PAS pula. Katanya identity dasarnya ASWJ , tetapi ada wajah Syiah Rafidahnya,  ada wajah liberal-pluralisme , ada wajah Malaysia-malaysiannya , bertahaluf dengan golongan musyrik dari DAP atau PKR dalam keadaan mereka "lemah" dan macam-macam ada.

Jadi identity siapa lebih celaru? Anda nilailah sendiri ,  jangan percaya semua yang saya tulis.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Ali-’Imraan: 118)

Saya bukan pejuang BN dan bukan pejuang PR, hanya Seorang musafir pejuang islam yang biasa saja, Bukan pelajar bidang Syariah dan lagi jauh perjalanan jadi pakar Usul fiqh,....hanyalah Garaduan Uitm sahaja,

23 Mei 2012.
Bumi Cinta, Kulim , kedah
aktivis isma kepala batas ,

Friday, May 4, 2012

Siap-kah kita menghadapinya?

Catatan addinlove . April 2012

 

"Tau tak tadi di trafik light Desa Aman ada kemalangan ? " kata Amin di muka pintu sambil tengah buka kasut .

"Tak pulak.... " balas ku separa terkejut dengan berita itu.

"...meninggal jugalah rasanya..." kata Amin lagi setelah masuk rumah.

"Innalilah wainn ilaihoroji'on.....macam mana berlaku ?"  tersirap darahku ,dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada Amin daripada layan laptop.

"Amin sampai agak lambat di sana .... waktu agak hujan sikit.... Jenis Motosikal besar langar kereta kelisa.....,yang kereta kelisa tu nak masuk Desa Aman ...dan moto tu pulak dari arah Baling.... motosikal terlekat di sebelah kiri kereta.... tangki minyak moto tu tercabut ....tak dapat bayangkan lajunya moto tu..... walaupun penunggang motosikal tu pakai suit penuh tapi masa buka helmet darah dah keluar dari mulut dia ... dan beberapa orang telah cuba bantu.....tapi tak berjaya.... luaran badan dia ok saja ....tidak nampak cedera langsung....tapi mungkin dalaman...." Riwayat Amin lagi .

"Astafirullah ....Ya Allah..." kataku penuh hiba , lebih-lebih lagi bila mendengar perkataan motosikal.

"Moto tu dari arah Baling?...... kalau macam tu rasanya dah tahu siapa yang bersalah , siapa yang langar lampu merah dan siapa lampu hijau... kita dan orang tempatan yang mendengar berita ni pasti akan dapat agak siapa yang bersalah .... " tambahku.

Ya.... Amin pun dapat rasa siapa yang bersalah ..... kalau dulu pernah berlaku sekali seorang penunggang moto yang baru nak keluar dari Desa Aman dan ada satu kereta laju dari arah kiri ( Kulim ) langgar lampu merah...nasib baik moto tu sempat juga elak sikit dan naik atas divider trafik light di sebelah kanan saja...dan penungangnya cedera sikit je...." sambung amin.

"Tadi ada juga kawan-kawan dia yang pakaian sama buat calling dan cakap bahasa kelantan atau terenganu , maksudnya satu konvoi mereka ni dari sana agaknya...." kata amin lagi.

"Ya Allah .....sedih dan kasihanyanya....mereka dari jauh ni...." kata ku lagi,

Gambar atas: Google-Map "Tempat kejadian". Peringatan kepada sesiapa yang melalui jalan ini , apabila berjumpa SIMPANG : PERLAHAN-KAN kenderaan anda walaupun LAMPU anda HIJAU .


Tahu siapa bersalah tidak penting , kerana yang mati tidak akan hidup semula. Tiada siapa mahukan kemalangan .

Kemudian aku dan Amin terus berborak isu tersebut hampir setengah jam.

Antara bicara kami sebelum bersurai:

"Dengar berita macam ni.... amin terfikir....bayar insurance (takaful) bulan ni ok ke tak? " kata Amin yang merupakan agen Takaful-insurance (Prudential) dan sanggup mencarum lebih RM 800 sebulan menjadi pembayar takaful 3 ahli keluargaku yang lain.

"Ya betul ! Pertama sekali kita fikirkan amal ibadah kita macam mana dan keduanya macam mana takaluf kita....." balasku yang juga seorang agen takaful (Ikhlas) dan mempunyai 2 polisi takaful yang dibayarku RM 135 sebulan walaupun gaji tidak stabil .

Siap-kah kita menghadapi-Nya ?


Sepengetahuanku jika penunggang motosikal itu mati, maka kali pertamalah kes kematian di trafik light Desa Aman itu. Suatu taman perumahan yang baru berusia se-dekat (10 tahun) lebih dan tertetak antara jalan lurus express-way Butterworth ke Gerik .


Jalan expressway yang panjang itu sebenarnya telah mencatatkan banyak kes ngeri. Kes di Desa Aman bukanlah kali pertama. Pernah aku dengar di Gerik sana pertembungan antara Naza-Ria dengan Toyota-Wish meragut nyawa hampir sekeluarga dan banyak lagi kisah ngeri yang tidak sanggup aku naqal-kan disini. Manusia-manusia yang tinggal berdekatan atau yang sentiasa berinteraksi dengan jalan tersebut lebih mengetahuinya. Walau bagaimanapun ianya bukanlah tempat yang paling banyak kemalangan di Malaysia ini kerana express-way itu bukanlah tertua.

Itulah sejarah hitam jalan raya dimana saja. Disamping banyak berbudi kepada kita , ianya  akan sentiasa menagih nyawa orang yang menggunakanya.

Dan aku sentiasa bermohon agar kesyahidan-ku bukan di jalan raya , Kerana cita-citaku mahukan syahid di medan jihad Qital (peperangan) bertembung musuh Allah suatu hari nanti.


Apa yang pasti , kita semua tahu kematian itu bukan kawalan kita. Kita hanyalah mampu berharap , yang menentukan hanyalah Allah swt jua.

Kesedihan itu sekarang dekat denga-ku. Muhasabah tuhan untuk diri ini.


Baru pergi saja , adalah Pak-Jang Mizi pada 22 Mac lalu. Beliau meninggal di rumahnya dalam usia yang relatif muda. Tidak disangka semua ahli keluarga yang kehadiranya ke walimah sepupuku (Fahmi ) adalah terakhir "berusrahnya" kami sekeluarga. Puncanya kematiannya adalah kesihatan Jantungnya .

Semua ahli keluarga-ku berdukacita.

Tidak pulak diketahui PakJang ada ambil takaful atau tidak ?, Nanti sajalah aku bertanyakan hal ini kerana duka hati anak-anaknya masih segar.


Apa-pun alasannya, bicara hal ini sangat penting walaupun dalam dukacita,
Ini kerana ramai orang muslim yang masih tidak mengetahui  , tidak peduli atau salah faham urusan takaful ini. Bila dah terkena baru menyesal .

Sebelum terkena , kata-kata mereka " kita yakin saja pada qada dan qadar , tak perlu takaful atau isurance."
Kataku : " TIDAK , kata-kata itu satu kesalahan dan tidak melambangkan iman yang kuat serta benar. Ketahuilah orang yang beriman kepada "qada dan qadarlah" akan mengambil perlindungan atau takaful . Ini kerana dia tidak mengetahui bila musibah itu datang , maka  keharusan membuat persiapan adalah bukti keimanan kepada "qada dan qadar" .

Kita bukanlah  meminta musibah datang, Tetapi kebarangkalian sentiasa ada walaupun kita sangat berhati-hati. Cuba bayangkan diri kita yang akan susah bila kemalangan dan mengalami hilang upaya kekal atau meninggal dunia. !

Bagaimana kita mahu mencari rezeki bila telah bergelar OKU ? apa nasib isteri , anak-anak dan hutang kita  ? Sanggupkah kita membebankan hidup orang yang kita sayangi , membiarkan mereka hidup susah atau terminta-minta.? 

Mari kita perhatikan sedikit penjelasan berkaitan perlindungan (takaful) ini :

1. Takaful adalah pelindungan yang mengurus risiko musibah kita

Musibah adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Ia merupakan satu ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji tahap kesabaran mereka. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar [155].Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali [156].Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya [157].


Sebagai hamba, kita perlu menerima ketentuan ilahi dan perlu pasrah kepada qada’ dan qadarNya. Bagaimanapun ini bukan bermaksud kita perlu berdiam diri tanpa perlu berikhtiar untuk mengelak ia daripada terjadi atau mengurangkan risiko yang bakal menimpa jika berlaku.

Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi.

Sehubungan dengan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.

Dalam hal ini, konsep Takaful merupakan kaedah pengurusan risiko yang boleh diterimapakai untuk mengurangkan penderitaan yang bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda.
-3-

2. Takaful adalah bukti Kerjasama dan Tangungjawab Kemasyarakatan ( Ta’awuni @ Ijtima’ie )


Insuran(takaful) termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas (‘uqud tabbaru’at) yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu di antara individu masyarakat yang menghadapi musibah dan demi mengurangkan bebanan yang ditanggung.


Dalil Keharusannya :   

Mafhum Hadith : “ Sesungguhnya al-‘Asy’ariyyun apabila bertolak ke medan peperangan, berkuranglah bekalan makanan keluarga mereka di Madinah, maka dikumpulkan apa yang terdapat dari kalangan mereka dalam satu tempat, kemudian di bahagikan antara mereka, mereka daripada kami, dan kami daripada mereka” 

(Riwayat al-Bukhari & Muslim, Rujuk Fath al-Bari 6/55)

Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa (al-Birr  
dan al-Taqwa) dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. 

(Surah Al-Maidah, Ayat 2)

Perbandingan hubungan dan perasaan antara Mukmin umpama sebuah badan; apabila salah 
satu daripada bahagian merasa sakit, akan terasa seluruh badan. 

(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
 
Demi diriku, yang di dalam kekuasan ALLAH, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika ia 
tidak melindungi jirannya yang di dalam kesusahan. 

(Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal)
 
Berdasarkan dalil-dalil di atas, para sarjana Islam telah membuat keputusan bahawa perlunya ada usaha yang bersepadu untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah yang terbaik untuk menghuraikan keperluan ini. - 2 -Inilah bentuk kerjasama, tolong menolong mengurangkan bebanan musibah yang menjadi asas Insurans ta’awuni.-1-

Dalam islam perlindungan ini dinamakan takaful dan dalam sistem bukan islam pelindungan ini dinamakan Insurance. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan fatwa bahawa Insurans nyawa adalah HARAM - 2-


3. Takaful menyediakan jaminan untuk masa depan anak-anak dan isteri kita.


Orang yang meninggalkan anak isterinya dengan keadaan kaya itu adalah lebih baik dari meninggalkan mereka  di dalam keadaan miskin dan meminta – minta –

(Riwayat Bukhari & Muslim)

4. Carumlah Takaful walaupun kecil.

 
Terdapat pelbagai manfaat perlindungan kepada sesiapa yang mengambil takaful . Semunya bergantung kepada kadar bayaran , usia dan plan yang diambil. Kesimpulanya, soal kita semua ambil takaful atau tidak , adalah urusan yang sangat berkaitan dengan iman tetapi wallahwalam-insya-Allah tidaklah sampai kepada urusan neraka Allah Azawajala .

Yang menjadi bicara kita neraka atau syurga adalah , kata-kataku yang pertama sebelum mengakhiri bicara dengan adiku sebelum ini .

Iman dan amal kita dimana?

Cukupkah amal kita untuk menghadapi rob kita.?

Bagaimana solat kita ?, puasa kita ?, zakat dan sedekah kita ?, dah naik haji ke belum ? dosa dan taubat kita ?....dan banyak mana pahala kita....? hanya kita dan Allah yang tahu.


Wallahwalam.

PS:

1. Jika anda carum Takaful  RM 30 ringgit sebulan dan tidak berlaku apa-apa sehinggalah tempoh caruman matang , duit itu akan jadi seperti simpanan dalam bank dan akan dilaburkan . Maksudnya duit itu akan dikembalikan kepada anda dengan sedikit keuntungan . Malah dalam takaful ikhlas anda boleh keluarkan sebanyak 5 kali sepanjang tempoh caruman anda. Tetapi kalau anda simpan RM 30 sebulan dalam “ bank biasa sahaja ” , ada manfaat takaful (insurance) seperti yang sms kepada sahabat saya diatas ?.-4-

2. Sesiapa sekitar Penang , Kedah , Perak atau dimana sahaja lokasi anda di semenanjung ini yang berminat ingin mendengar nasihat perunding takaful secara percuma , sila call , sms , email atau ber-chat FB dengan saya . Insyaallah pertemuan secara individu dan berkumpulan boleh dilakukan dalam jarak yang mampu termampu .-4-

3. Saya juga adalah aktivis NGO dakwah , ISMA cawangan kepala batas . Jika ada yang berminat untuk berjumpa saya atau ahli-ahli ISMA lain yang jadi perunding takaful , boleh call : Ahmad Aiman-saya sendiri : 013-5025046 (Perunding Takaful Ikhlas) email : mad_aim85@yahoo.com -6-, Ahmad Amin : 013-5826368 (Perunding Prudential BSN -Takaful) , Ust Yusuf : 019-5734834.(Perunding Etika-takaful) -4-

4. Anda ambil takaful dengan siapa bukanlah saya kisahkan , jika menjadi pelanggan saya maka amanah sayalah untuk menjaga anda sepanjang tempoh caruman anda . Begitu juga jika anda ambil dengan kawan yang anda lebih percayai .

Apa yang penting ! Ambil Takful ,(BUKAN Insurance kerana ianya haram di sisi Syarak).

Tuesday, May 1, 2012

"Gerakan islam" Malaysia men-SAMA-kan mereka seperti IM Mesir?

SAMA tapi TIDAK SERUPA.


Ada beberapa orang sahabat saya mengatakan tindakan gerakan islam Mesir (terutama IM) bertahaluf siyasi dengan non muslim (kejasama politik-dengan bukan islam) selari dengan apa yang dibuat oleh gerakan islam di Malaysia sekarang . Hujah mudahnya adalah kerana konsep negara madani atau negara berkebajikan dengan adanya pemimpin bukan islam dalam  parti Parti Kebebasan dan Keadilan .

Mungkin tulisan ini adalah sebahagian rujukan mereka :
"Sebaik sahaja pendaftaran parti tersebut diterima, Musryidul 'Am Ikhwan Muslimin (IM) dan Presiden parti, Dr.Mohammad Mursi menerima ucapan tahniah dari dalam dan luar Mesir atas berita gembira tersebut. Dalam organisasi parti tersebut, Dr.Mohammad Mursi disahkan sebagai Presiden, Dr.'Isom Iryan dan Dr.Rafiq Habibi (seorang beragama Kristian) sebagai Timbalan Presiden manakala Dr.Sa'ad Al-Katatni sebagai Setiausaha Agung.

Apa yang menarik, tidak lama kemudian, mereka telah menukar slogan yang masyhur selama ini iaitu "ISLAM HUWAL HAL" yang dijadikan slogan lebih 20 tahun lalu yang bermaksud "Islam Adalah Penyelesaian" kepada "Nahmilul Khair Li Misr" (Membawa Kebaikan Kebajikan Untuk Mesir)..-0-
Berikut sedikit kajian ringkas saya bagi mencari keselarian yang dikatakan mereka:

1. Demografi dan anutan agama .

Di Mesir :

Islam = kurang lebih 90% 
Bukan Islam=kurang lebih 10%.

Mesir merupakan negara Arab paling banyak penduduknya sekitar 74 juta orang. Hampir seluruh populasi terpusat di sepanjang Sungai Nil, terutama Iskandariyah dan Kairo, dan sepanjang Delta Nil dan dekat Terusan Suez. Hampir 90% dari populasinya adalah pemeluk Islam dan sisanya Kristen (terutama denominasi Coptic). -1-

90% dari penduduk Mesir adalah penganut Islam, mayoritas Sunni dan sebagian juga menganut ajaran Sufi lokal. Sekitar 10% penduduk Mesir menganut agama Kristen; 78% dalam denominasi Koptik (Koptik Ortodoks, Katolik Koptik, dan Protestan Koptik)..-1-

Di Malaysia .

Islam = kurang lebih 60%
Bukan Islam = kurang lebih 40%

Malaysia adalah masyarakat multi-agama dan Islam adalah agama resminya. Menurut gambaran Sensus Penduduk dan Perumahan 2000, hampir 60,4 persen penduduk memeluk agama Islam; 19,2 persen Buddha; 9,1 persen Kristen; 6,3 persen Hindu; dan 2,6 persen Agama Tionghoa tradisional. Sisanya dianggap memeluk agama lain, misalnya Animisme, Agama rakyat, Sikh, dan keyakinan lain; sedangkan 1,1% dilaporkan tidak beragama atau tidak memberikan informasi.[74][75] -2-

Semua orang Melayu dipandang Muslim (100%) seperti yang didefinisi pada Pasal 160 Konstitusi Malaysia.[76] Statistik tambahan dari Sensus 2000 yang menunjukkan bahwa Tionghoa-Malaysia sebagian besar memeluk agama Buddha (75,9%), dengan sejumlah signifikan mengikuti ajaran Tao (10,6%) dan Kristen (9,6%). Sebagian besar orang India-Malaysia mengikuti Hindu (84,5%), dengan sejumlah kecil mengikuti Kristen (7,7%) dan Muslim (3,8%). Kristen adalah agama dominan bagi komunitas non-Melayu bumiputra (50,1%) dengan tambahan 36,3% diketahui sebagai Muslim dan 7,3% digolongkan secara resmi sebagai pengikut agama rakyat.[75] -2-

2. Politik dan kerusi undi menang piliharaya .

Di Mesir.

Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi. Dengan perolehan yang turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir semalam mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat. Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.-3- 

Satu-satunya parti sekular yang mencatatkan kemenangan besar ialah Blok Rakyat Mesir yang memperoleh 13.35 peratus undi. Jurucakap Ikhwan seperti yang dilaporkan oleh Agensi berkata, “Rakyat memilih calon yang mewakili identiti Islam dan dipercayai pengundi." .-3-

Parti islami = 235 + 121 = 356 kerusi

Parti tidak islami = 36 + 33 =69 kerusi.  


Di Malaysia.

Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 telah dinafikan majoriti 2/3 dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas (iaitu lebih daripada 1/2 jumlah kerusi, tetapi kurang daripada 2/3 jumlah kerusi).-8-

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, gabungan tidak formal PKR-PAS-DAP yang membentuk Barisan Rakyat[3] berjaya memenangi 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen, dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang Barisan Nasional sejak kemerdekaan. -10-11-
Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-12 pada 8 Mac 2008 bagi Dewan Rakyat

Undian % undi Kerusi % kerusi +/–
Barisan Nasional (BN): 4,082,411 50.27 139 63.1 58
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 2,381,725 29.33 78 35.6 30
Persatuan Cina Malaysia (MCA) 840,489 10.35 15 6.8 16
Kongres India Se-Malaysia (MIC) 179,422 2.21 3 1.4 6
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) 184,548 2.27 2 0.9 8
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 131,243 1.62 14 6.3 3
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 119,264 1.47 6 2.7
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) 52,645 0.65 4 1.8
Parti Rakyat Sarawak (PRS) 33,410 0.41 6 2.7 6
Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) 58,856 0.72 4 1.8
Parti Bersatu Sabah (PBS) 44,885 0.55 3 1.4 1
Parti Maju Sabah (SAPP) 30,827 0.38 2 1.4 1
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

1 0.5
Parti Liberal Demokratik (LDP) 8,297 0.10 1 0.5 1
Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) 16,800 0.21 0 0 1
Barisan Alternatif (Kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat): 3,796,464 46.75 83 36.9 62
Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1,509,080 18.58 31 14.0 30
Parti Islam SeMalaysia (PAS) 1,140,676 14.05 24 10.4 16
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 1,118,025 13.77 28 12.6 16
Tidak mewakili sebarang parti (dan lain-lain) 65,399 0.81 0 0 1
Jumlah keseluruhan 7,944,274 100 222 100 3
*PBRS memenangi satu kerusi sahaja menerusi menang tanpa bertanding ketika hari pencalonan Sumber: Sin Chew Jit Poh[32], Malaysia

Parti islami  : PAS= 24 kerusi.

Parti tidak islami  : 198 kerusi.


3. Ancaman external ( liberal , pluralisme dan Desakan menerima hak asasi 1948 -9-). dan Ancaman internal ( keruntuhan jati diri dan kekuatan tarbiiyah dalam masyarakat ).

Di Mesir.

Saya tidak pernah ke negara tersebut. Mungkin bab ini boleh disentuh oleh sahabat-sahabat yang pernah kesana. Gambarkan secara umum , majoritynya masyarakat masih hidup dengan budaya Arab dan Islam . Nilai tarbiyah masyarakat mungkin masih pada tahap yang lemah kerana sebelum kejatuhan Husni Mubarak, gerakan islam  disana "dipukul teruk" supaya menghindari agenda tarbiyah mereka kepada masyarakat .

Di Malaysia .

Ancaman Internal.

Kecelaruan akidah dan keruntuhan akhlaq muda mudi yang rakus kepada perubahan sekarang sangat mengusarkan kita. Isu Murtad , akidah aktivis refomasi yang syiah ( telah difaktwakan haram pada tahun 1996 ) dan fikrah liberal yang sekarang berselindung dalam gerakan islam atas nama tahaluf memeningkan kepala kita. Semakin parah pula adalah kebejatan sosial seumpama rempit, pergaulan bebas , pembuangan bayi , dadah , dan banyak lagi jenayah-jenayah orang muslimin Malaysia yang penat kita mendengarnya.

Turut memilukan adalah orang islam di Malaysia ini tidak lagi merasakan mereka perlu berjati diri Melayu Muslim , tidak perlu banga menjadi orang melayu , tidak bangga beradat, berpakaian atau berbahasa melayu, dibarahi penyakit  "Dengar perkataan Melayu saja ,kita katakan assobiyah" dan memandang skeptik dan menyalah tafsir "makna kesepakatan MSIB (melayu sepakat islam berdaulat) " atas bangsa tonggak iaitu "Melayu demi Islam"walaupun punya hujah sejarah, perlembagaan dan syarak .

Kesedihan yang maksima pula adalah golongan agama yang membelakangi hujah agama yang mereka belajar sendiri demi nafsu politik mereka .

Al-fadil Ustaz Mohd Hazizi bin Abdul Rahman, memberi tazkirah :
Pada ketika itu, orang yang belajar ilmu fekah dan usul fekah semestinya faham bahawa tuntutan bersatu (wajib) adalah ganti kepada kerjasama dengan organisasi kafir itu. Adapun sikap membandingkan antara kerjasama UMNO dengan MCA dan kerjasama PAS dengan DAP, yang mana satu lebih baik, adalah mentaliti orang yang tak belajar fekah dan usul fekah, atau ia mentaliti orang yang belajar ilmu fekah dan usul fekah tetapi sengaja mengetepikannya kerana hawa nafsu politik. -6-  
Ancaman External.

Perjuangan membetulkan fahaman sekularisme ternyata sukar , sangat panjang , dan menyakitkan . Malah perjuangan yang diwarsikan kepada generasi muda hari ini tidak selesai lagi dan Tidak tahu bilakah akan selesai. Dalam kesungguhan perjuangan kita melawan sekularisma yang belum selesai , pada awal Tahun 2000 pula , kita terpaksa berhadapan kerakusan musuh yang bersepakat dan lebih bahaya iaitu Pakatan Pluralisma Agama.-14-

“Kadang-kadang ia muncul dalam (bentuk) yang tidak jelas, ia muncul yang kita nampak dari segi programnya Islamik, tetapi apabila diteliti, diperhalusi, kita mendapati bahawa ia bukan datang dari falsafah Islam”, katanya.

Menurutnya, liberalisme adalah merujuk kepada satu konsep, iaitu ‘tidak ada kebenaran mutlak’.

“Sebab itu gejala yang berlaku, apabila aktiviti liberalisme ini masuk ke Malaysia adalah pluralisme agama. Orang Islam yang keliru pun menyebut semua agama adalah baik.-15-

Bagaimanapun, perlu diingat, proses globalisasi yang sedang rancak berjalan, lambat laun akan mencabar undang-undang setiap negara. Apabila kubu pertahanan ini tumbang dan bilangan penduduk Islam di Malaysia tidak menjadi majoriti, sudah tentu kedudukan Islam dan bangsa Melayu akan tergugat (Ugi Suharto 2007).-13-

4. lain-lain aspek.

Di Mesir, kadar buta huruf rakyat masih lagi tinggi dengan 28.6% rakyatnya buta huruf. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia jauh lebih menyakinkan daripada Mesir. Begitu juga kadar miskin tegar di Mesir yang masih lagi tinggi serta kadar inflasi dan pinjaman yang tinggi. Faktor-faktor ini menjadi basic fundamental kepada kemarahan rakyat kepada Hosni Mubarak. Di negara ini, parti pembangkang tidak sewajarnya menyamakan negara sendiri dengan Mesir.-7-

5. Pandangan peribadi .

Situasi di Mesir banyak bezanya dengan Malaysia .


Pada hemat saya sekarang , tindakan IM membawa konsep "negara madani mereka" sesuai dengan situasi dan reality di Mesir sekarang . Malah hal ini adalah satu kebijakan yang menyebabkan Amerika-Isreal dan sekutunya terkedu untuk menghentam mereka seperti yang pernah mereka lakukan di Gaza . Hujah pertama nya adalah gerakan islam disana "mudah memenuhi syarat-syarat tahaluf siyasi" yang banyak digariskan oleh para ulamak kerana 90% rakyat mesir adalah  Islam , cenderung kepada kefahaman Islam dan mengundi pemimpin islam . Selain itu ancaman liberalisme dan pluralisme boleh dikawal disebabkan oleh kemantapan IM yang terkenal dengan Tarbiyyahnya .

Walaubagaimanpun dalam kemantapan tarbiyah mereka , masih sukar IM ingin mendominasi dan mendapat kepercayaan rakyat. Buktinya adalah pemilihan Presiden yang tengah hangat sekarang memaparkan pemimpin IM masih sukar mendapat tempat . Berikut adalah sedikit analisis :
Menurut ramai penganalisis politik di mesir, dan juga pendapat mantan kepimpinan dan anggota IM yang telah meninggalkan kumpulan tersebut, pencalonan Morsi menggantikan Shater dan juga keengganan IM untuk menyokong Abul Futouh sebenarnya datang dari kumpulan konservatif di dalam IM. Kumpulan konservatif tersebutlah yang menguasai Maktab Irshad (kepimpinan tertinggi) IM dan keputusannya. Golongan konservatif ini juga dikenali oleh para pengkaji dan pengamat gereakan Islam di Mesir sebagai golongan ‘Qutbiyun’ (kerana kecenderungan mereka terhadap ide radikal Syed Qutb berbanding ide moderat al-Banna) ataupun ‘Tarbawiyun’ (kerana sering mendakwa kepentingan tarbiyah berbanding aktiviti dakwah dan politik). -4-
Maktab Irshad boleh difahami kita sebagai kumpulan majlis syura ulamak sesuatu jemaah islam itu . Jika di Malaysia mungkin boleh kiaskan majlis ulamak PAS . Dari kenyataan di atas kita boleh melihat masalah  Mesir dalam memahami peranan Maktab Irshad yang dikatakan macam-macam . Dari krisis ini kita boleh melihat level tarbiyah masyarakat dan penerimaan IM dalam masyrakat Mesir sekarang .

Bayangkan IM yang kita dengar mantapnya, turut menghadapi konflik seperti ini ! Ialu bagaiman PAS  yang kerapa di kritik agak lemah urusan tarbiyahnya dan tidak boleh mengawal semua ahlinya yang bermacam kepala atau "macam-macam ada". Ada berkepala  syiahnya , ada berkepala erdogannya , ada kepala ulamaknya , ada lebih dari satu kepala dan lain-lain kepala .

Lalu kita bertanya bagaimana PAS mengawal "macam-macam ada" dalam jemaah mereka ? Sudah menjadi lumarah bila kita tidak dapat mengawal pengikut untuk taat kepada kita  , maka kita terpaksa-rela mengikut telunjuk pengikut yang "macam-macam ada" secara liberal tanpa sebuah "prinsip yang pasti" demi menjaga kesetian mereka kepada kita .      


Secara peribadinya saya tidak menolak konsep negara berkebajikan atau menolak sepenuhnya tahaluf siyasi yang dibawa oleh gerakan islam mainstream itu. Hidup bermuamalah dengan bukan islam dan memberikan hak mereka adalah tuntutan Islam , tetapi persoalan yang kita timbulkan sekarang adalah : Adakah tahaluf siyasi di malaysia sekarang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan?

Penegasan sekali lagi , Jika kita waras melihat demografi dan taburan agama di Malaysia , adalah mustahil orang islam memerintah negara ini 100% tanpa bertahaluf dengan bukan islam . Maka isu yang ditimbulkan disini bukanlah boleh-tidak tahaluf ini? , tetapi siapa yang mengetuai tahaluf ini dan sejauh mana manfaatnya untuk Islam demi pertahankan hak orang islam serta bertambah baik di Malaysia ini?
Adakah "kuasa" yang medominasi tahaluf di Malaysia ini adalah PAS seperti IM yang mengetui tahaluf di Mesir? atau yang dominasinya PKR atau DAP? ( dalam rujukan no.10 disenaraikan DAP dahulu sebelum PKR dan PAS )

Adakah ketua tahaluf ini pemimpin PAS seperti pemimpin IM di Mesir yang berfikrah islamik ? atau pemimpinnya berfikrah liberal dan bukan PAS ?

Adakah PAS mampu bertegas dalam urusan Islam ketika mempraktikan makna keadilan yang wajib bersumberkan Al-Quran Sunnah atau terpaksa-rela menerima mafhum keadilan  HAM(hak asasi manusia) ?

Adakah 60% muslim sahaja yang sekarang telah terpecah kepada 4 kelompok ( UMNO - 2 juta ahli katanya, PAS dan PKR-2 juta ahli katanya , MELAYU SEPAKAT - insyallah lebih 4 juta dan kelompok tidak ambil bahagian - berjuta-juta jugalah ) mampu kita bicarakan isu tahaluf ini dalam perpecahan seperti ini ?
Adakah kita terlalu mudah bersangka baik dengan bukan islam ( 40 %) yang mereka ini bijak bersepakat dalam urusan agenda mereka seperti agama, bahasa, pendidikan dan budaya mereka. Akan mudahkah mereka menerima agenda kita  yang selari dengan perlembagan ? , Islam agama negara(bukan agama rasmi) , bahasa melayu bahasa kebangsaaan , dan hak-hak orang melayu dan bumiputera dilebihkan sesuai dengan sejarah tanah ini . atau kita terpaska memenuhi apa yang mereka minta supaya SAMA rata hak , malaysia for Malaysian demi undi mereka ?
Adakah undi itu penting dalam hidup ini ? kita mahu menang undi dan balas dendam atau menangkan islam ?

Dan banya lagi soalan yang meragukan dan boleh dipertikai berkaitan tahaluf siyasi PAS -PKR dan DAP ini sekarang .Cukuplah itu dulu sebagai renungan bersama.
Akhir kata saya hanya mampu muhasabahkan kaum muslim tanpa mengira bangsa di Malaysia ini agar jangan kita jadi Pak Kaduk "Menang sorak kampung tergadi" , yang menang jadi abu yang kalah jadi arang, PR atau BN menang boleh jadi SAMA sahaja ISLAM. Islam dan masyarakatnya terus hina di bumi sendiri.

Saya bukan pejuang BN dan bukan PR ,saya adalah pejuang islam.

Melayu Sepakat Islam Berdaulat-12

wallahwalam.

PS: Bagi memahami syarat-syarat tahaluf siyasi , boleh rujuk laman dibawah . Juga sedikit kajian  ilmuan islam dalam pro-cons berdasarkan hujah syarak dan realitynya :

Tahaluf siyasi:

http://www.manhal.pmram.org/2011/10/hukum-tahaluf-siasi-dalam-gerakan-islam.html

Kajian ini telah dibuat oleh Muhamad Ahmad Rasyid yang lebih dikenali sebagai Abu Ammar. Beliau adalah seorang pemikir dakwah yang banyak menghasilkan tulisan-tulisan yang berkaitan dengan metodologi dakwah dan pendakwah. Antara hasil tulisan beliau ialah al-Raqa’iq, al-Awa’iq, al-Muntalaq, al-Masar dan banyak lagi tulisan beliau yang memperkatakan tentang peranan pendakwah dan metodologi dakwah yang sepatut dilaksanakan. Kebanyakan buku-buku yang dihasilkan oleh beliau adalah ketika menetap di Malaysia.
Tajuk tentang tahaluf siyasi dengan orang kafir ini adalah hasil pemerhatian, pandangan dan kajian beliau sewaktu tinggal di Malaysia. Kebanyakan contoh yang dibawa sebenarnya adalah merujuk kepada suasana yang ada di Malaysia. Muhamad Ahmad Rasyid banyak menggunakan sumber-sumber yang premier selain daripada al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah. Antara ulama yang banyak dirujuk oleh beliau ialah Ibn Hajar, al-Syaibani, al-Karabisi, al-Sarkhasi, al-Qurtubi, ulama empat mazhab dan lain-lain lagi.

http://www.ismaweb.net/v4/2011/07/tahaluf-siyasi-hukum-syarat-menurut-muhamad-ahmad-rasyid-bhg-1/

(Tambahan)

Dari noktah pertama dan ke dua saja kita boleh melihat corak perjuangan yang berlainan yang akan dilalui oleh "pejuang islam" di Malaysia berbanding di Mesir.

Di Mesir parti liberal-sekular-demokratik hanya menang kerusi 15 peratus sahaja dan parti islam pula sangat mendominasi iaitu 85 peratus.

Di malaysia pula , PAS (kerana di saja rasa diri parti islam) hanya kuasai 24 kerusi daripada 222 kerusi, maksudnya hanya 11 peratus sahaja. Baiklah kita katakan jumlahnya 15 peratus.

Jadi bukahkah yang berlaku adalah "terbalik".?


Lalu bagaimana boleh dikatakan sama atau selari dengan Mesir ?.

[maaf , saya hanya iktiraf PAS sahaja dalam PR sebagai "parti perjuangkan islam". PKR dan DAP dikeluarkan kerana "serbut sangat" atau banyak sangat boleh dipertikai manhaj(himpunan pengalaman) serta matlamat perjuangan mereka dari dikaitkan dengan islam walaupun ada orang islam dalam parti tersebut].

PAS hanya mendapat 15% dari keseluruhan kerusi dan 24/83 iaitu 28.92 % SAHAJA dalam Pakatan Rakyat.

Mampukah PAS mendapat SYAUKAH atau SELAIN PAS yang mempunyai SYAUKAH-nya sendiri dalam Pakatan Rakyat?


Apa itu SYAUKAH?
" Dalil ini adalah jelas, kerana setinggi-tinggi hukum meminta tolong dengan non muslim ialah HARUS sahaja, tidak sampai WAJIB. Sebaik-baiknya pemimpin kena menjauhi dari meminta tolong dengan non muslim. Abu Hanifah meletakkan syarat yang sangat ketat tentang meminta bantuan dengan orang kafir, berdasarkan Kisah Rasulullah pernah meminta bantuan Yahudi Qainuqa’ bagi memerangi Bani Quraizah.
Al-Syaibani pula meletakkan dua syarat untuk meminta bantuan dengan non muslim;

1-      Boleh meminta bantuan dengan syarat non muslim boleh dipercayai, di mana kita merasa aman apabila berperang dengan mereka dan tidak menimbulkan fitnah bersama mereka.

2-      Hukum Islam yang dominan ke atas mereka, dengan kata lain… non muslim itu golongan yang lemah, dan jemaah Islam itu lebih kuat dan dominan.

Bagi al-syaibani, meminta bantuan dengan non muslim HARUS tetapi lebih kepada JARANG-JARANG BERLAKU dan dalam keadaan pengecualian. Ini adalah pandangan tokoh-tokoh  ilmuan feqh termasuk tokoh-tokoh daripada kalangan pengikut Imam Hanafi dan al-Tahawiah.

Bagi Abu Hanifah, al-Syafei, Thauri dan Awza’ie berpendapat;

Tidak ada masalah meminta bantuan dengan non muslim selagi mana Islam lebih kuat dan dominan, tetapi makruh meminta bantuan ketika non muslim lebih dominan dan kuat.


Pendapat Al-Karabisi, boleh meminta bantuan orang non muslim apabila mereka;

1-      Tiada SYAUKAH
2-      Berada bawah pemerintahan atau undang-undang  ORANG ISLAM

3-      Tidak memberi mudarat kepada orang Islam

Bezanya di sini ialah syarat untuk bercampur dengan mereka ialah apabila;

1-      Mereka berada di bawah kekuasaan dan hukum kita; (ps : Adakah PKR dan DAP berada di bawah kekuasaan PAS dan PATUH pada perjuangan menegakkan HUKUM ISLAM OLEH PAS?)

2-      Bilangan mereka adalah sedikit dan minoriti, (ps : DAP dan PKR mungkin ahlinya tidak seramai PAS, tapi bagaimana jumlah KERUSI PEMIMPIN dan AGENDA siapa yang mendominasi.?)

Apabila jumlah mereka adalah kecil, ini tidak mendatangkan mudarat kepada orang-orang Islam. Sekiranya wujud suasana ini, minta bantuan mereka adalah HARUS.

Tidak HARUS meminta bantuan sekiranya mereka mempunyai SYAUKAH, kerana mereka mungkin tidak akan berada di bawah kuasa dan hukum kita, mereka tidak akan keluar untuk membantu kita dan mengalahkan agama mereka, kita tidak akan merasa aman dengan meminta pertolongan mereka,
jadi tidak HARUS meminta pertolongan mereka. Kita kembali kepada hadis Rasulullah yang tidak mahu meminta bantuan orang kafir tadi.
http://www.ismaweb.net/v4/2011/07/tahaluf-siyasi-hukum-syarat-menurut-muhamad-ahmad-rasyid-bhg-2/


http://www.ismaweb.net/v4/2011/08/tahaluf-siyasi-hukum-syarat-menurut-muhamad-ahmad-rasyid-bhg-4/

http://www.ismaweb.net/v4/2011/08/tahaluf-siyasi-hukum-syarat-menurut-muhamad-ahmad-rasyid-bhg-5/

Satu analisis dan pandangan.

Siri 1 : http://www.ismaweb.net/v4/2011/11/siyasah-syar%E2%80%98iyyah-tahalluf-siyasiyy-di-malaysia-satu-analisis-kritikal-siri-1/