Tuesday, May 12, 2009

Debaran cinta ...........( Program tarbiah di Taman )

Bismilah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Alhamdulilah ummi sudah mula pergi pengajian dengan isteri Cikgu Razi.Syukur kepada Allah azzawajala atas berita ini.Hari ini aku begitu gembira bila mendengar ummi ku sudah mula pergi pengajian taklim atau usrah untuk para ibu di Taman rumahku yang diadakan sebelum mabrib setiap hari Rabu.

Diceritakan kepadaku petang tadi perjalanan usrah itu.Dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan terjemahannya , tafsiran beberapa ayat terpilih dan pengenalan dengan ummiku yang pertama kali hadir.Yang hadir dalam 5 orang.Alhamdulilah.Semoga mereka istiqamah,kerana yang penting dari situ bukanlah ilmu sahaja tetapi ikatan hati antara para ibu di tamanku.

Cikgu Razi adalah seorang pensyarah maktab perguruan yang telah lama bergabung dengan salah satu gerakan tarbiah islam yang terkenal di Malaysia .Aku mengenalinya sejak keluargaku pindah di sini .Cuma akhir-akhir ini sahaja aku baru mengenali lebih rapat keluarga yang telah lama bersama tarbiah JIM itu.

Subhanallah, terlalu banyak benda ,peluang dan potensi kami yang telah di sia-siakan.Keluargaku telah menetap di sini kurang lebih 2 tahun.Tapi aku merasakan masih baru di taman ini.Mungkin kerana kesibukanku dengan kuliah di uitm dan hanya memberi tumpuan di sana sahaja telah menyebabkan aku mengabaikan anak-anak muda taman ini yang amat berporensi untuk ditarbiah.Mungkin juga kerana aku yang hanya balik hujung minggu yang lengang dari urusan dakwah dan hanya mampu bersilaturahim dengan penduduk taman ini di surau pada waktu solat sahaja menyebabkan aku tidak berapa ramah dengan mereka sedangkan rumahku dengan Uitm yang menjadi tempat kuliahku sarjana mudaku hanyalah dalam jarak 30 KM sahaja.

Betapa tidak pekanya aku dengan rijal-rijal mujahid muda yang semakin memerlukan bimbingan yang lebih senior.Dalam 3 minggu lepas Cikgu Razi baru memaklumku akan usrah pemuda sekolah menengah yang baru diatur dirumahnya bagi meneruskan agenda tarbiah dan juga bagi menjadi kesinambungan mentoring Al-Quran yang aku mulakan dahulu secara sukarela tetapi tergendala lebih sebulan.Beliau menyatakan kesedian rumahnya untuk sebarang aktiviti seumpama itu dan keberadaan ku merupakan satu rahmat kepada budak-budak taman ini.

Juga baru dalam 3 minggu lepas sahaja aku di khabarkan oleh beliau yang isterinya menjadi Naqib bagi pengajian para ibu atau suri rumah di taman ini.Sedangkan pengajian para ibu telah lama dimulakan.Katanya tahun lepas lagi dah dibuat dan istiqamah setiap Rabu petang ,dalam jam 6 petang di surau.

Astafirullah,Kenapalah aku boleh terlepas pandang perkara penting seperti ini.?sedangkan ibuku amat memerlukanya.Alhamdulilah minggu ini ummi pergi dan akan aku pastikan untuk minggu-minggu yang berikutnya juga.

Ingat lagi aku antara perbualan aku dengan Cikgu Razi selepas kami selesai solat di Surau Taman kami.

“Anta kalau nak buat usrah,sebut saja usrah ,penduduk taman ni semua faham .Mereka dah biasa dengan pengajian.Potensi anta amatlah diperlukan.Dan kenapa dah agak lama pengajian Al-Quran terhenti?”tanya cikgu Razi.

“Oh, Mentoring Al-quran tu.Ya, afuan cikgu sejak kebelakangan ini agak sibuk,”balasku beralasan.

“Tapi Aman, kalau ada masa buatlah walaupun sekejap.”saranan Cikgu razi memotivasikan.

“insyaAllah cikgu”.balasku ringkas.

“Ok .Assalamulaikum,jumpa lagi”.balasnya.

kami bersalam dan dan dia terus menuju ke keretanya.

Sejak grade dari uitm 6 bulan lepas aku tidaklah terlalu sibuk.Walaupun masih menjadi pemantau gerak kerja dakwah bagi ikhwah-ikhwah junior di university.Memang kerap sahaja macam biasa dengan program dakwah hujung minggu ,hadir usrah mingguan pekerja dan terlibat dengan beberapa lagi program dakwah.Tapi, sebenarnya masih punya masa untuk mereka.Entah?Mungkin iman down kot .

“Insya Allah aku mahu mula semula minggu ni”azamku sendirian.

Beberapa hari kemudian ,selepas solat magrib kami berborak lagi dalam perjalanan balik dari surau.Aku menyapanya dari belakang.

“Ana, afuan cikgu,kalau ikut planning dakwah ,ana sepatutnya dah ada di Perak dan berkerja kat sana dan insyaAllah nak nikah dengan akhwat sana.Entah macam mana ana dapat kerja training perniagaan bagi garaduan di sini.InsyaAllah minima sampai hujung tahun ini ana masih disini.Jadi bolehlah buat planning lebih detail.”kataku yang memulakan perbicaraan.

“Sebab tu lepas gred hujung tahun lepas ana sebenarnya masih lagi kabur ,maka tidak dapat buat perancangn dakwah detail kerana masih lagi tidak pasti kat mana akan berada. “tambahku lagi.

“Oh begitu.bagus.Alhamdulilah,InsyaAllah anta ni, memang akan cepat nikah.Ana doakan” respon cikgu Razi seperti bergurau.

“Alhamdulilah,ana juga mengharapkan seperti itu.”balasku sambil bersenyum.
Kami sudahpun sampai di depan rumahnya.

“Aman macam ni,Ahad malam lepas , pakcik panggil mereka semua himpun di rumah dan buat usrah ringkas.Pakcik baca kitab tauhid Abdul Majid Aziz yang disahkah dengan fakta sains,beliau pengasas university Yaman.Lepas tu ana buat makan sikit.Kalau anta dan adik anta join sekali lagi baik.InsyAllah setiap ahad malam ,isyak berjemaah di rumah pakcik.”

“Wah cadangan yang baik,usrah kat rumah cikgu.emm..tapi cikgu,Ahad malam ana ada usrah ana.”balasku.

“Tapi takpe cikgu.Ana akan usahakan bincang dengan murobi ana.”tambahku lagi.

“Alhamdulilah ,kalau boleh hadir sekali,ana amat harap anta ada sekali.Cuba kosongkan Ahad malam”suara Cikgu Razi penuh harap.

“InsyaAllah ana akan usahkan hadir.Ok cikgu ,jumpa lagi”.

Kami bersalam dan berpisah.

Sambil berjalan ke Rumahku yang makan masa 2 minit lagi,aku teringat pula nasihat ringkas Paktehku yang juga merupakan Ahli JIM.

“Aman, Dalam jemaah tarbiah islam,ada 3 pekara penting yang harus diperhatikan oleh setiap ahli Jemaah bagi mengekalkan nilai tarbiah.Pertama,sentiasa istiqamah dengan usrah,Kedua,sentiasa melatih ahlinya mengeluarkan infak dari poket sendiri dan ketiga,harus melatih setiap ahli jemaah memahami serta mengaplikasi rukun-rukun baiah yang digariskan oleh Imam Albana”.

Alhamdulilah.Aku melihat ada aplikasi kata-kata paktehku itu dalam keluarga Cikgu Razi.

Semoga Allah memberkati mereka dan menjadikan kebaikan mereka diteladaniku.

No comments:

Post a Comment