Saturday, November 6, 2010

Ujian tercium lembu selepas halaqah

Sudah menjadi rutin mingguan untuk menghadiri halaqah walaupun telah tamat belajar dari uitm.Lokasi halaqah Tahun ini pula lebih mencabar.Menaiki motosikal selama 30 minit ,kemudian parking moto di salah satu surau di Pematang Pauh dan menaiki kereta ikhwah usm selama lagi sejam tambah setengah jam untuk sampai ke tempat halaqah.Perjalanan itu hanya sehala(kurang lebih 2 jam).Tidak hairanlah biasanya aku mula meninggalkan rumah jam 6 petang dan balik rumah antara pukul 1-3 pagi kerana halaqah pun biasanya telan masa lebih 3 jam.

Halaqah bagi ku seperti rutin mingguan yang paling bernilai selepas aku mengenal "erti program tarbiyah" di negeri bawah bayu,Sabah.Masa tu aku dalam tahun ke-2 diploma di uitm.Memori yang tidak akan dilupakan,sangat menyentuh hati.Itulah halaqah pertama yang ku hadiri dan menjadi titik perubahan penting dalam hidupku bagi memahami islam dengan jalan halaqah tarbiah.Apa pun badai apa yang melintang,pasti ku redah.Tiada duit untuk ke halaqah,demam,assignment,esok test,dekat final exam,bertembung program university,iman down,dan seribu macam alasan yang tidak syarie atau kurang syarie tidak pernah menghalangku untuk menghadiri sebuah "halaqah".

Jika deman,Datang dan tidur sebelah ikhwah-ikhwah yang lain.

Jika "takdo pitis"untuk ke hlaqah,Datang juga dengan kita pinjam dari kawan-kawan.

Jika ada assignemet,Datang halaqah dan buat assinment lepas halaqah.

Jika ada test esok,Datang juga, sebab mana ada lecture yang tiba-tiba kata esok kita buat test tanpa sebarang hint.(sapa suruh last minute study,lain kali study awal,lagipun jadual halaqah mingguan memang dah tahu awal.)

Jika malas,penampa diri sendiri dan tanya iman:"adakah engkau berasa rugi seminggu sekali hadiri halaqah bersama kawan-kawan yang beriman?".

Itulah halaqah yang ku fahami,program akar tarbiah,program luar kokurikulum university yang dijumpai oleh aku dan beberapa ikhwah(sahabatku).Sungguh bernilai buat mereka yang menjiwi nilai sebuah pertemuan halaqah yang sunatullahnya juga memerlukan mujahadah melawan urusan dunia,syaitan dan nafsu yang sentiasa ingin mengagalkannya.

Semuanya kerana kefahaman dari tadabur ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang dibawa oleh ustaz atau ikhwah yang "faham dan bersemangat" dalam menyerahkan seluruh jiwa raga mereka untuk membaiki masalah ummat ini dengan jalan tarbiah halaqah:

1.Tarbiah Halaqah difahami dengan belajar dan mengajarkan.Antum dihalaqah dan antum perlu menghalaqah,antum di ajar sepotong ayat al-Quran dan antum sebarkan.Tidak boleh perkataan "dan" diganti dengan perkataan "atau".Allah berfirman:(3;79)

2.Istiqamah halaqah adalah level ukur keimanan secara zahirnya.

3.Halaqah adalah solusi "asas pentarbiahan individu muslim" dalam ummat islam sekarang yang masih ramai berpenyakit jahil,buta ilmu dan fanatik.Halaqah adalah langkah mula kepada pembinaan kembali "Tamadun islam".Tamadun islam yang pastinya pernah gemilang suatu ketika dahulu dan tidak mampu dinafikan oleh sejarah akan kebenaran dan keadilan pemerintahan-nya yang menggunakan sistem khalifah.

Semuanya perlu bermula dengan sebuah halaqah.Sebuah halaqah bermanhajkan Al-Quran dan sunnah,Sebuah halaqah yang merupakan perbincngan strategi dakwah,Sebuah halaqah adanya perbincangan bagi menyelesaikan masalah ahlinya,Sebuah halaqah dijalankan dengan bertahap dan teratur bagi mendidik kembali umat ini dengan nilai islam yang moderate.

itulah kefahamku dan antara rahsiaku kekal bersama halaqah sehingga hari ini.

Cuma terkadang tidak seronok bila aku gagal dalam tugasan yang diberikan oleh murobiku.Sejak tukar murobbi awal tahun ni,dia sangat menekankan bab hafalan al-quran dan hadis yang diberikan,yang malangnya aku terkenal di kalangan sahabatku sebagai ikhwah yang lemah hafalan.Semua halaqah mate yang lain sentiasa ke depan dalam bab hafalan,tetapi aku tidak.Tergolonglah aku di kalangan mereka yang lemah dalam ilmu hafalan.

Bukan semua ikhwah punya motivasi dalaman sendiri untuk menghafal sendiri Al-Quran dan hadis.Sedikit disiplin paksaan diperlukan pada peringkat awal bagi mendidik mereka yang tiada motivasi dalaman yang kuat ini.Jika tidak ada halaqah ,aku rasa urusan hafalan-ku dan cita-citaku untuk menghafal Al-Quran hanya angan-angan kosong.Aku yakin hafalanku akan membaik satu hari nanti.Tengoklah nanti,ikhwah-ikhwahku.(Ya Allah bantulah aku)..

Tapi sudah 2 minggu aku tidak menghadiri halaqah.

"semuanya gara-gara lembu yang aku terpaksa cium itu".umpatku sekali sekala apabila melihat tangan yang masih sakit ini.

kisahnya bermula ketika aku memandu motosikal kris adiku sendirian pulang dari halaqah.jam menunjukan 1.30 pagi.entah dari mana sekumpulan lembu melitas.kawasan yang gelap ,lembu yang tengelam dalam gelap malam itu dan lampu kriss yang malap menjadikan aku tidak nampak awal atau sempat mengalak.Jawabnya terpaksalah aku rempuh salah seekor dan mencium badan lembu yang ku rempuh.Alhamdulillah kedua-dua tanganku menjadi pelapik awal.Vaiser(penghalang lutsinar depan helmet)juga membantu dari mukaku tersembam keras ke badan lembu.Kalau kepalaku langsung yang pergi ke badan lembu itu,alamatnya mungkin dah awrah aku ni kerana patah tulang tengkuk.

Bila tangan dah pergi dulu ke badan lembu itu,maka patah kedua-dua tulang radius dan terseliuh lah pergelangan ku.Pembedahan meletak besi dah dibuat,tapi pergelangan masih bermasalah,Subhanallah ujian ini boleh tahan juga. Ya Allah sembuhlah aku segera demi meneruskan amanah mu.

ps:halaqah disini adalah halaqah dakwah,bukan specifik halaqah ilmu seperti yang aku pernah tulis dalam posting yang lalu.

No comments:

Post a Comment