Thursday, June 30, 2011

Islam ber-maksud apa?

PENGERTIAN ISLAM

Dari sudut bahasa, islam berasal daripada perkataan arab, iaitu 'salima' yang bermaksud selamat dan sentosa atau kedamaian, ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk, patuh dan taat.

dari sudut istilah pula islam memberi maksud patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan.



MENGAPA AGAMA INI DINAMAI ISLAM.

oleh:Abu’l A’la Al-Maududi.

Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas, atau kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama Masehi misalnya mengambil namanya daripada A1-Masih ‘a.s. Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya, Gautama Budha. Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panjipanjinya bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi. Demikian seterusnya.

Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan “Islam” itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim(orang islam).

MAKNA PERKATAAN ISLAM

Apabila anda memeriksa kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”.Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.

HAKIKAT ISLAM

Adalah dimaklumi bahawa tiap sesuatu yang ada di alam ini tertakluk kepada kaedah tertentu dan undang-undang yang khas. Matahari, bulan dan bintang-bintang menjalani peredarannya mengikut suatu kaedah yang tetap. Ia tidak menyimpang dan kaedah itu dan tidak terkeluar meskipun sesimpul rambut. Bumi beredar di sekeliling kutubnya, tidak bergerak lebih daripada kadar yang ditentukan baginya. Pergerakan dan perjalanan gerakannya tidak berlain dan tidak bertukar. Air, udara, cahaya dan panas, semuanya berlaku mengikut peraturan yang khas. Benda-benda beku,tumbuh tumbuhan dan binatang-binatang, semuanya mengikut cara yang tetap, tidak mengembang dan tidak menyusut, tidak hidup dan tidak mati melainkan dengan kehendak pengaturNya.

Bahkan manusia sendiri, apabila anda perhatikan ke adaannya, nyatalah kepada anda bahawa ia tunduk kepada ketentuan tabi’i sepenuhnya. Ia tidak bernafas dan tidak merasakan hajatnya akan air,makanan, cahaya dan panas melainkan mengikut undang-undang tabi’i yang berkenaan dengan hayatnya. Dan kerana adanya undang-undang inilah, dengan sendirinya hati manusia terpandu dalam gerak-gerinya, dalam peredaran darahnya, dalam keluar masuk nafasnya.

Kepadanya tertakluk seluruh anggota tubuhnya, seperti otak, perut, paru-paru, urat-sarap, urat-urat daging, dua tangan,dua kaki, lidah, dua mata, hidung dan telinga. Segala pekerjaan yang dilakukan oleh anggota-anggota ini tidak akan berlaku melainkan mengikut apa yang ditentukan oleh tabi’i. Mereka tidak akan berbuat apa-apa melainkan sejauh jalan yang telah ditetapkan baginya.Adapun undang-undang semesta, yang kepadanya Seluruh alam maujud ini menyerah, dan tiada kuasa baginya menghindarinya, mulai danipada planet yang terbesar di langit, sampai kepada
butir pasir yang paling kecil di bumi, adalah ciptaan maha pemiik, maha agung dan maha berkuasa.



Apabila setiap yang ada dilangit, di bumi, dan di antara keduanya tertakluk kepada undang-undang ini maka alam seluruhnya tunduk kepada pemilik yang maha berkuasa itu, yakni yang menciptanya; ia mengikut akan segala perintah Nya. Dan sudut ini, nyata bahawa Islam itu adalah agama sejagat semesta, kerana Islam bermakna takluk dan mengikut segala perintah Maha Pemerintah dan menjauhi laranganNya tanpa bantahan sebagai yang anda ketahui terdahulu. Mata hari, bulan dan bumi adalah benda-benda Muslim (yang menundukkan din — pent). Udara, air,cahaya, kegelapan dan panas adalah
benda-benda Muslim.

Pohon, batu dan haiwan adalah benda-benda Muslim. Bahkan juga manusia yang tidak mengenal Tuhannya dan yang mengingkari ujudNya dan yang mengingkari tanda-tanda kebesananNya, atau orang yang bertuhankan selain Allah, atau yang menyengutukan Tuhan dengan yang lainNya, adalah seorang Muslim dan segi fitrah yang telah difitrahkan kepadanya.

Yang demikian itu, kerana ia tidak dilahirkan, tidak hidup dan tidak mati melainkan sesuai dengan apa yang telah digariskan Allah Ta’ala di dalam undang-undang yang mengatur kelahirannya, yang mengatur hidup dan matinya. Demikian juga, setiap anggota tubuhnya tidak menganut sesuatu agama melainkan agama Islam: kerana ia tidak terjadi, tidak menjadi besar dan tidak bergerak melainkan mengikuti undang undang Tuhan itu sendiri. Bahkan pada hakikatnya, lidahnya yang dipergunakannya untuk menzahirkan pandangan pandangan syirik (menyengutukan Tuhan — pent.) dan kufur secara bodoh dan jahat, tidak menganut agama — dalam dirinya — melainkan agama Islam.

Demikian juga kepalanya yang memaksanya tunduk di hadapan yang lain daripada Allah tidak menganut sesuatu agama melainkan agama Islam, mengikut fitrahnya yang telah difitrahkan ke atasnya. Demikian juga hatinya yang mengaliri dirinya dengan cinta kepada selain Allah dan penghormatannya kepada kejahilan dan kejahatan, seluruhanya ini adalah Muslim dan sisi fitrahnya dan semulajadinya. Maka semuanya itu telah Islam (tunduk — pent.) kepada Allah dan mengikut undang-undangNya.



Jika anda telah memahami ini marilah kita lihat pula dan sudut lain. Bagi manusia, dalam hidupnya ada dua pihak yang berlainan:

Pertama: Ia tunduk kepada undang-undang fitrah, mengikutinya begitu sahaja. Yang lain, kepadanya didatangkan akal, kekuatan berfaham ketelitian dan pandangan, maka ia menjadi Islam pada satu pihak dan ingkar pada yang lain. Ia menyukai satu jalan dan membenci cara.yang lainnya.Diletakkannya dalam dirinya pengawal bagi sudut-sudut ke hidupan yang bermacam-macam itu. Atau ia menerima peraturan-peraturan kehidupan yang diletakkan oleh orang lain. Ia tidak terbelenggu di dunia ini. Bahkan ia mempunyai kemerdekaan berfikir dan memilih dalam pandangan dan perbuatan.

Ini adalah dua golongan yang berlainan yang dijumpai dalam hidup manusia. Setiap orang mengikut apa yang ada padanya.

Golongan yang pertama adalah Muslim yang telah tercipta atas Islam dan telah terfitrah untuk melaziminya. Ia menyertai makhluk lain di alam ini. Ini telah pun anda ketahui terdahulu.

Golongan yang lain, Islam atau tidaknya adalah dengan piihan. Dan pilihan ini menyebabkan manusia tergolongan dalam dua golongan:

Manusia yang mengenal penciptanya, beriman kepada Nya sebagai Tuhan, pemilik dan tuan bagi dirinya. Ia mengikuti undang-undang syara’Nya di dalam kehidupan pilihannya (ikhtiyariyyah),sebagaimana ia menurut kepada undang undang tabi’iNya dalam kehidupan paksaannya (al-jabariah).

Inilah orang Muslim yang sempurna, yang telah menyempurnakan Islamnya, kerana kehidupannya sekarang telah menjadi Islam itu sendiri. Ia telah menundukkan diri — secara gemar dan ta’at — kepada yang dipatuhinya dan yang ia terikat kepada undang-undangNya tanpa perasaan sebelumnya.

Dan jadilah ia sekarang — secara qasad dan sengaja — ta’at kepada Tuhannya, yang sebelum itu dipatuhinya tanpa qasad dan kemahuan. Dan jadilah ilmunya itu benar, kerana ia mengenal Allah penciptanya dan Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan ilmu dan belajar.

Dan jadilah akalnya matang dan pandangannya kemas, kerana dia mengamalkan fikirannya, kemudian ia menetapkan hokum bahawa ia tidak akan mengabdikan dirinya melainkan kepada Allah yang telah memberinya kemuliaan dengan kebijakan berfaham dan berfikir di dalam perbagai perkara.

Dan jadilah lidahnya benar, memperkatakan yang hak, kerana ia sekarang tidak berikrar melainkan kepada Tuhan yang esa, ialah Allah yang maha tinggi yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan berucap dan berkata. Tiadalah yang tinggal lagi sekarang di dalam kehidupannya melainkan kebenaran, kerana ia terikat kepada undang-undang Allah, kerana ia telah memilihnya di dalam urusannya. Dan menjadi panjanglah tonggak perkenalan dan keramahtamahan antara dirinya dengan semua makhluk di alam ini, kerana ia tidak mengabdi melainkan kepada Allah yang maha bijaksana dan maha mengetahui.

Tuhan yang kepadaNya seluruh makhluk ini memperhambakan diri, tunduk kepada penintah-Nya dan terikat kepada undang-undang Nya Sekarang, jadilah ia khalifah Allah, yaitu naib-Nya di muka bumi ini. Setiap benda didunia ini adalah untuknya. Dan dirinya adalah untuk Allah Ta’ala sendiri-Nya.



Sumber tulisan:Buku ASAS-ASAS ISLAM karangan Abu’l A’la Al-Maududi.

No comments:

Post a Comment