Wednesday, October 26, 2011

Bukan sekadar HIMPUN kosong.



Sekadar muhasabah ringkas dariku dan teman-teman seperjuangan:

1.HIMPUN tidak sama dengan BERSIH ?

1.1 Bersih membawa mesej nilai-nilai murni seperti korupsi(rasuah) , ketelusan, human
rights dan sewaktu dengannya. Himpun pula membawa SATU mesej LEBIH MURNI iaitu
Masalah Aqidah umat islam yang tergugat.

1.2 Bersih diketuai oleh wakil peguam yang bukan islam bernama AMBIGA, Himpun pula
diketuai oleh GABUNGAN NGO-NGO ISLAM.

1.3 Bersih di sokong dan disertai oleh pelbagai parti tapi tidak bermotif politk ?
Himpun pula dicegah sertai atas nama mana - mana parti politik tapi dikatakan
bermotif politik.?

1.4 Bersih dipuji kerana memperjuangkan rakyat , Himpun pula difitnah kerana
memecahkan rakyat berbilang kaum disebabkan MEMBICARAKAN usaha KEMBALI jati diri
orang melayu ISLAM.

1.5 Ketua Bersih mendapat pengiktirafan antarabangsa, ketua Himpun pula difitnah dan
dikeji bangsa sendiri.

1.6 Bersih membawa mesej keamanan, Himpun dituduh membawa mesej ketegangan kaum.

1.7 Bersih tidak mengambil kira kesatuan umat islam, Himpun meletakkan kesatuan islam
sebagai agenda utama.

1.8 Bersih di anggap boleh menimbulkan ketidak amanan dan terpaksalah buat dijalanan
yang di anggap boleh manggangu ketenteraman awam serta lalu lintas.HIMPUN pula
dapat kebenaran buat di stadium Shah Alam dan Di perkenan oleh semua sultan
kerana membicarakan isu kedaulatan islam.

1.9 Bersih dikatakan berjaya kerana ramai yang datang dan disokong oleh ramai orang
walaupun tidak hadir.HIMPUN pula di khabarkan berita sebagai "dingin" ,tidak
mendapat sambutan dan pihak " kebebesan bersuara menang " kerana HIMPUN ini hanya
di hadiri tidak sampai 20 ribu orang.itu dikatakan tidak berjaya?

Fikir-fikirkanlah.

2.Kelebihan HIMPUN.

2.1 KESATUAN orang islam dan Politik yang MEMBANGUNKAN BANGSA ISLAM dilihat ada sinar
harapan apabila berlakunya HIMPUN ini yang turut dihadiri oleh wakil-wakil
politik walapun di " DILARANG HADIR " oleh parti mereka.
(http://www.malaysiakini.com/news/179498)

2.2 BUKAN rusuhan,bukan demonstrasi ,Dilakukan di satu tempat yang tidak gangu
ketenteraman awam(stadium), tidak bertentangan perlembagaan dan demi menjelaskan
kepada semua rakyat malaysia tanpa mengira agama dan kaum agar bertindak selari
dengan PERLEMBAGAN negara "ISLAM MALAYSIA".

2.3 Diperkenan sepenuhnya oleh ketua agama islam tertingi negara iaitu sultan-sultan
seluruh negeri.

2.4 Diketuai oleh KESEPAKATAN " NGO-NGO islam without care politik idelogy " yang
dilihat mampu menjadi jambatan atau berperanan penting kepada perjuangakan
"AGENDA ISLAM" di negara tercinta ini.

2.5 BADAN politik islam dilihat semakin tidak mampu menyusun agenda umat islam dan
masa depannya.Gabungan NGO-ngo islam semakin dilihat berperanan menjelaskan
maksud sebenar POLITIK ISLAM yang menjauhi politik berpuak.

3.Beberapa nasihat

3.1 Tidak tahu apa nasihat yang ingin disampaikan melainkan KEMBALI KEPADA MANHAJ
ILMU,menjauhi fantik kepada parti,menambahkan amal ibadah kepada Allah azawajala,
menjauhi sangka buruk sesama muslim dan bertindak dengan fikiran yang terbuka.

3.2 Saat ini masih ramai yang mencemuh, menghina, menkeji, mengugut dan terus menerus
melemparkan tuduhan keji kepada ngo-ngo pelaksana HIMPUN dan sesiapa sahaja yang
menyokonganya.

MAKA ini kata-kata nasihatku buat mereka :

Disebabkan (kebanyakan)umat (islam) ini tidak belajar ilmu fiqh alawiyat dalam berjuang (ilmu tahu meletakkan keutamaan ) , bersangka buruk dan mungkin juga dengki dengan amalan kebaikan yang telah dibuat oleh saudaranya maka mula-lah dia komen :

Eh! kenapa progam HIMPUN ni TONJOLKAN murtad je? nak salahkan agama lain je.sedangkah ada banyak lagi faktor ke arahnya. kenapa tak sentuh masalah harta, nafsu, jahil ilmu, tak jaga solat, masih amalkan kurafat dan macam-macam amalan tidak islamik oleh org islam yang turut menyumbang kepada isu akidah serta murtad ni.kenapa tak sentuh isu tu sekali?

kita katakan:HIMPUN ini adalah langkah mula dan setiap kita tidak boleh semberono nak sentuh semua masalah dalam satu masa.Apa yang anda katakan adalah benar. Kita(ngo2 islam yg bersama himpun) telah banyak buat dan akan ada banyak lagi agenda selamat kan umat selepas ini.

Setahu saya anda tidak datang HIMPUN.betul?

soalan saya sekarang apa yang anda buat? tahu komen saja? dan melolong sana sini buget hebat sangat? YA, kalau dah rasa diri sendiri boleh buat semua program utk selesaikan masalah yang anda sebutkan itu, MAKA silalah buat, tak perlulah nak pertikaikan orang lain.

"Siapa yang tak minat dgn HIMPUN, buatlah amal lain. Tak de masalah berbeza pendekatan, kaedah dan cara. Setiap orang sediakan jawapan untuk diri sendiri bila bertemu Allah. HIMPUN highlightkan isu gerakan kristianisasi. Isu kelemahan dalaman umat Islam sendiri kita bincang dalam forum lain. Satu program mana boleh fokus banyak isu."(naib presiden isma ke-2)

"Sekiranya seseorang merasakan dia boleh buat himpunan atau kerja yang better dari HIMPUN, so segera buat kerja jangan cakap dan cakap sahaja dan kritik dan kritik. Be realistic and proactive.. buat kerja, tulis buku ke, anjur seminar ke, atau cari ilmu dulu..agar diri sendiri tak berisiko utk murtad. nauzubillah..Jangan asyik nak pertikai kerja org lain tanpa diri sendiri memberikan sumbangan."(FB ust zaharudin abdul rahman.)


3.4 Wahai hadirin yang BERSAMA HIMPUN,Kita bukan sekadar HIMPUN kosong dan bersuka ria dengan bersorak.Tangungjawab kita masih BANYAK.Kalian adalah orang hebat yang punya agenda jelas dalam hidup demi Allah.KITA tidak akan peduli dengan tomahan orang yang tidak beragenda .HIPMUN diakhiri dengan Deklarasi atau resolusi yang sama-sama akan kita USAHA mencapainya.

3.5 Dari Allah kita datang , kepada Allah kita akan kembali dan dihisabkan.

Semoga Ayat Allah ini memuhasabahkan kita:

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.(Surah taubah,ayat 105)

wallahwalam.
..................................................................................................................................

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

DEKLARASI HIMPUN

“Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah “

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.”

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

Bahawasanya Islam adalah Risalah Illahi yang dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej “rahmatan lil ‘alamin” . Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.

Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak . Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.

Bahawa penyebaran agama lain dari Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendiran tegas terhadap gejala murtad dan pemurtadan yang dianggap jenayah berat yang perlu diperangi habis-habisan. Perlanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang keteganggan agama di Negara ini.

Bahawa kami pada hari ini, 24hb Zulkaedah 1432H bersamaan 22hb Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN), bersepakat dan mengambil ketetapan untuk:

PERTAMA :

Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

KEDUA :

Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

KETIGA :

Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

KEEMPAT :

Menuntut supaya KERAJAAN mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

KELIMA :

Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak KEMENTERIAN PELAJARAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

KEENAM :

Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

KETUJUH :

Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian Islam.

KELAPAN :

Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya IBUBAPA mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.

KESEMBILAN :

Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

KESEPULUH :

Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Deklarasi ini dimaktubkan pada hari ini 24 Zulkaedah 1432 bersamaan dengan 22 Oktober 2011.

No comments:

Post a Comment