Tuesday, January 8, 2013

Memerhatikan prestasi hidup


Adakah kita da’ie yang sebenarnya?

Satu persoalan yang perlu kita bertanya kepada diri kita. Adakah kita ini layak digelar sebagai seorang da’ie? Persoalan ini penting kerana jika kita melihat realiti amal dakwah di kalangan generasi Harakah Islamiah menghadapi sindrom kegersangan dan ketepuan amal dakwah. Hilang identiti dakwah dan operasi dakwah yang praktis kepada sasaran dakwah. Hilang zatiah ad-daiyyah yang menjadi perangsang dan inspirasi amal bagi menggerak dan menjana amal dakwah.

Amat malang sekali mereka yang menyatakan diri mereka sebagai anggota harakah tetapi tidak terpamer pada diri mereka sebagai seorang du’at. Tidak mungkin seorang itu digelar da’ie semata-mata diukur pada intima’ (keanggotaan) pada mana-mana harakoh islamiah, tetapi mesti terjun ke kancah amal dakwah dan melaksanakan operasi dakwah tersebut. Barulah selayaknya digelar sebagai seorang da’ie. Dia mesti melakukan usaha dakwah secara fardi yang lahir dari zatiah dirinya manifestasi dari firman Allah di dalam Surah Yusuf ayat 108:

108. Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

Kelesuan ruh dakwah

Seorang pendakwah dari Kuwait telah membuat kaji selidik kepada sekumpulan para du’at di sana berkaitan “adakah kita perlu mentajdid ruh dakwah kita?“. Maka para du’at di sana memberikan jawapan 97 % sebagai ‘Ya’. Kemudian beliau bertanya tentang tahap pelaksanaan dakwah fardiyah pula, maka jawapan yang diberikan ialah 44% lemah dan sebahagiannya pula memberi angka 48 % sederhana.
  
Apakah indikator kepada kelesuan ruh dakwah tersebut?

1         Hilang zatiah da’iyyahdi kalangan para du’at dalam melaksnakan operasi dakwah. Ada di kalangan mereka yang mempunyai senarai para mad’u tetapi berapa kali sang da’ie ini menziarahi mad’u mereka, berapa kali dia menghadiahkan buku, kaset, cakera padat, cenderamata pada setiap minggu atau setiap bulan kepada mad’unya.

2         Tidak bertambahnya bilangan mad’uatau sasaran dakwah ke dalam sof. Aktiviti dakwah hanya terhenti kepada aktiviti kelab, persatuan dan institusi sahaja. Tidak ada zatiah da’iyyah.

3  Interaksi dengan manusia lebih kepada hubungan sosialdan memenuhi tuntutan sosial. Memperjuangangkan agenda semasa, menangani isu-isu sosial tanpa memenuhi fasa dakwah, tuntutan dakwah, inti dan keperluan dakwah. Akhirnya urusan dakwah menjadi urusan persatuan-persatuan bukan lagi dalam bentuk tajmik dan takween.

4         Tiada lagi aktiviti dakwah ‘ammah kepada masyarakat, tidak berjalan kafilah dakwah yang akhirnya tidak berlaku tawasul fardi, rabtul ‘aam dan dakwah fardiyah.

5     Hilangnya peta amal dakwah secara manhaji dan berperancangan.Kalau berlaku pun adalah dari dorongan semangat individu semata-mata. Ia tidak terjadi secara susunan jama’ie dengan mengambil kira faktor marhalah dan wasilah dakwah yang sesuai untuk mad’u.

6         Kurang perbincangan dan perhatian terhadap dialog-diaolog dakwah, lemah taujihat dakwiyah kepada para du’at untuk membincangkan permasalahan dakwah, seni dakwah, kaedah dakwah, pengalaman dalam memperkayakan metodologi dakwah.

7    Sedikitnya para du’at yang berkecimpungan di lapangan amal dakwah di institusi umatseperti menjadi imam, khatib, pegawai agama walaupun dari kalangan yang memiliki degree bidang syariah, usuluddin atau agama.

8   Redupnya semangat mentajmik dan mentakween generasi baru dakwah. Operasi dakwah lebih berorientasikan kepada program yang tidak menghasilkan outcome dan impak pada jamaah dan umat keseluruhannya.

Sebab-sebab kelesuan dakwah
Antara punca munculnya fenomena tersebut ialah :

9         Kesibukan dengan kerja-kerja politik dari kerja-kerja dakwah. Sembang-sembang siasi menjadi bualan utama di kalangan anggota harakah dari sembang-sembang tarbawi dan dakwi. Para du’at selesa berbincang tentang strategi politik, penyertaan di dalam kerajaan, penamaan calon pilihanraya, menjawab tekanan isu politik semasa yang menghambat mereka dari melakukan kerja-kerja mentajmik dan mentakween.

10     Lemah mutaba’ah amal dakwah kepada ahli harokah.Instrument usrah gagal meledakkan amal dakwi dan mutabaah dakwah fardiyah. Usrah menjadi platform membincang strategi politik dan perancangan program yang mengakibatkan kering nilai ruhi dan nilai dakwiy.

11     Kelesuan semangat dakwah dan himmah dakwah di kalangan para du’at.Kesibukan para du’at dengan masalah kehidupan dan peribadi memberikan kesan kepada perjalanan dakwahnya. Urusan rumahtangga da’ie yang porak peranda dan tidak seimbang menjadi penghalang kepada kelajuan amal dakwah.

12     Harokah Islamiah terkesan dengan gaya parti politikyang mengutamakan penampilan politik, penampilan tokoh-tokoh di media-media cetak dan media elektronik, mengeluarkan kenyataan politik di media massa. Ini akan membantutkan harokah dari menguasai medan dan menguasai massa.

13     Lemahnya pengupayaan ahli dari sudut ilmu dan kemahiran dakwah. Ahli gagal menguasai fiqh dakwah, fiqh tajmik, fiqh takween, fiqh dakwah fardiyah, fiqh amal a’aam, fiqh amal institusi dan sebagainya. Ini menyumbang kepada meredupnya ruh zatiah dakwiyah dalam melestarikan iklim dakwiy organisasi.


Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
Naib YDP ISMA Seremban

Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

No comments:

Post a Comment