Sunday, April 5, 2009

Hidup baru !

My Story

Wah!tak sangka ,dah lima hari aku tak update blogku ini.Last update pun tergesa-gesa sebab nak kena ke rumah sewa dan menetap di sana sampai hujung minggu.

Alhamdulilah.Aku dah dapat kerja!

Aku Ambil pekej tunas Mekar.sila rujuk(http://www2.uitm.edu.my/hep/ppusa/).

Aku mahu Belajar menjadi usahawan.Dengan izin Allah,sekarang masih bersungguh dan memang cukup teruja bila diletakkan di kilang printing bumiputra yang boleh dikatakan berjaya di kawasan tersebut.Belajar macam mana Tuan Kilang ini Berniaga.

Aku tidak peduli kritikan orang.Ya lah, grade degree Civil enginering,poniter agak ok,cuma tak sampai 3,Tapi kalau mintak bersungguh dalam bidang enginering pasti dapat.

Sebenarnya aku memang saja tidak bersungguh minta kerja dalam Bidang Aku.Murobi dah marah sebab nampak tak bersungguh.

Ingat lagi dalam bulan lepas dia call aku dan kata ,Macam mana anta nak lobi nikah dan jumpa bakal bapak mertua kalau tak dapat kerja lagi,anta nak cerita apa kat dia?. " ye,akh ana usaha lagi." jawabku ringkas ..

Alhamduliah,yang respon minggu lepas adalah Tunas mekar dan setelah berbincang ikhwah setuju untuk aku ambil contract setahun tu dan tak jadi kerja kat Perak dalam masa terdekat ni.

Aku plan untuk rehat seketika dalam bidang enginering , memberi perhatian kepada Keluarga ku,Kepada Ummi ku ,ayahku dan kepada perniagaan adikku.-Kebetulan aku diletakkan di Tempat yang tidak jauh dari keluargaku.

Alhamdulilah bila dah dapat tempat kerja baru la boleh buat plan hidup detail.Aku dah mula biasa buat lebih teliti tahun lepas.tarbiah yang mengajarkan aku.Juga belajar dari novel buku ayat-ayat cinta yang aku baca 2 tahun lepas.


Rehat dalam bidang enginering bukan bermaksud tidak minat.Aku Dah buat planning untuk sambung master dalam 2 tahun lagi.Semoga Allah permudahkan.Yang penting kita cari ilmu untuk tambah keimanan kita.

Alhamdulilah.Dan aku rasa tidak ada masalah dah nak lobi nikah.

Dan kebetulan usrah hari Rabu malam,Aku balik dari usrah dengan murrobi menjadi pembonceng Kriss mujahid Adikku.balik usrah macam biasa dalam jam 2 atau 3 pagi.Jalan tak banyak kereta ,Tapi kena berhenti kat Trafik light juga.Tapi kalo lihat kiri ,kanan ,depan dan belakang takde kenderaan aku langgar juga.Heee

Sempat dia bertanya ketika aku berhenti kat trafik light.

Macam mana Plan nikah?.

"Akh,kalau tidak ada halangan ana nak tahun ni juga." balasku ringkas.

"hemm.ok insyallah, ana uruskan."balas murobiku.

Lampu Hijau dan aku jalan.Ya Allah betul ke aku dah bersedia nikah tahun ni?.Aku bermonolog sendiri sepanjang jalan pulang ke rumah sewa.

No comments:

Post a Comment