Saturday, April 25, 2009

Maaf..aku tidak berhikmah.

bismilah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Aku mohon perlindungan Allah dari syaitan yang direjam.Aku baca ayat Al-Quran dari
surah 16 ayat 125,

dan maksud sebahagian darinya:

(.....berbantah dengan cara yang lebih baik....)

Emm...payah jugak nak hikmah,.....

Bila orang bangkang kita dengan suara yang kasar dan emosi kita juga cenderung untuk buat yang sama.

Bila orang menghina kita,kita juga cenderung untuk menghina kembali.....minima kat hati.

Bila orang tumbuk kita,kita juga cederung untuk balas...

itulah manusia yang sentiasa disertakan nafsu yang tidak mungkin dapat dibuang melainkan dikawal...

sama lah juga aku!

sebenarnya dalam post yang bertajuk.Pendakwah itu bijak?.

aku telah melakukan sesuatu yang tidak hikmah dalam keadah menegur.

tak sengaja ...lupa dan ya… memang ada rasa kurang senang dengan pendekatan pendakwah tersebut waktu tu yang memberi gambaran negative kepada Ikhwanul muslimin..
aku bertindak tidak hikmah sebab dia tidak hikmah.!

Pendek kata, perbuatan tidak hikmah dibalas tidak hikmah....dan itu ,Salah.

Alhmadulilah islam tak ajar begitu.

Dapat aku umpamakan dia seorang guru Matematik Tambahan yang masuk ke kelas yang ditulis Tingkatan 5.Maka dia sediakan bahan penyampaian Matematik Tambahan untuk pelajar tingkatan 5.Tapi amatlah malang bila di dalam kelas tersebut dibuat program untuk budak darjah 6.bukan tingkatan 5.Mungkin dia tak peduli dan bahan penyampaian dah sedia, jadi dia terus saja menyampaikan bahan pelajaran Matematik Tambahan tingkatan 5 kepada budak darjah 6 tersebut .Maka terpinga-pinga pelajar darjah 6.Yang paham hanyalah seorang dua dudak darjah 6 yang genius sahaja.

Aku katakan dia tidak hikmah terlebih dahulu kerana dia bercakap seperti di tempat dia atau bersama anak murid yang sefikrah dia .Malangnya daurah tersebut dihadiri “pemuda-pemudi dakwah Malaysia “ yang dijemput bagi menjelaskan kepentingan ilmu dalam memulakan dakwah.

Slogan ilmu sebelum berdakwah amatlah tepat dan perlu dihadam oleh mana-mana daie. Tetapi pendekatan dakwah yang memberi gambaran tidak sihat terhadap jemaah-jemah yang mendekati ahli sunah lain dan hanya merasakan “pendekatan” manhaj sendiri sahaja tepat haruslah dijauhi.Jika tidak , akan berlaku saling berbalah antara jemaah islam yang pasti akan merugikan kita.

Jadi bila peserta-peserta daurah seumpama itu balik dari program mereka akan pening kepala.Sampai ada kes bila balik dari program terus “declare” nak keluar usrah jemaah tarbiah kerana merasakan seronok dengan fikrah betul lagi sunnah yang baru mereka dapat dan merasakan pendekatan tarbiah jemaah islam tidak tepat.Alangkah indahnya jika kita boleh mengubah orang dengan membuat program ilmu sahaja…

Mungkin dia lupa nak tanya ajk program siapa yang datang.

Perserta yang datang daurah itu adalah dari gerakan-gerakan tarbiah di Malaysia .Malah ada juga sahabat tabligh.Dan haruslah dimaklumi gerakan dakwah di sini banyak mengambil corak tarbiah ikhwan yang dilihat Bijaksana dalam menyentuh hati manusia untuk kembali kepada keaslian jalan islam . Padaku dakwah IM (Ikhwanul Muslimin) adalah penerapan manhaj salaf yang praktikal.Dijelaskan oleh Hasan Al-bana melalui usul isrin dan terbukti berkesan sehinggalah dijadikan sebahagian rujukan para pendakwah dalam memahami islam dan mengatur langkah bijak untuk berdakwah.Malah buku-buka karangan mereka yang lahir dari tarbiah IM dilihat lebih mendasar dan mudah difahami dalam melaskanakan misi dakwah walaupun tarbiah mereka dikatakan macam-macam.

Kata-kata seperti Ikhwanul Muslimin menghimpunkan semua jenis ajaran asyairiah , maturidiah ,tarikat,sufi dan syiah adalah tidak tepat.Perkara itu itu berlaku hanyalah di peringkat taklim dan semua ahli Ikhwanul muslimin ditarbiah supaya mengaplikasikan islam seperti yang dinukilkan oleh Hasan Al-bana dalam usul isrin.Jadi adakah dalam usul isyrin tersebut ada disebut akidah yang difahami golongan diatas yang dikatakan dihimpun dalam IM?

Sila cari perbahasan usul isyrin bagi memahami keseluruhan dakwah IM.
Pendapatku ini bukan kerana taksub kepada IM.Malah aku bukan ahli mereka.Cuma aku dan para sahabatku antara manusia yang ingin merasai bagaimana tarbiah itu bergerak dan mengambil pelajaran dari tarbiah-tarbiah yang mencontohi dakwah Rasulullah saw yang meliputi seluruh aspek.Doakan kami istiqomah.

Maka ,alangkah baik kalau kita menjadikan Ikhwanul muslimin sebagi koleksi teman mereka ,berlapang dada ,lebih berbaik sangka dan malah merasa malu atas hasil-hasil tarbiah ikhwan.

Mungkin antara hasil yang baik kerana mencontohi gerak kerja IM yang kita boleh lihat adalah Hamas di Palestine, pembentukan parti Islam di Turki dan mungkin paling dekat adalah Partai keadilan Sejahtera di Indonesia.

Amat sayang bila berlaku seperti ini.Hanya merasakan manhaj sendiri yang tepat dan tidak dapat lihat positif peranan manhaj Ikhwan Muslimin dalam membawa perubahan kepada bumi ini.Sedangkan terbukti manhaj mereka telah meninggalkan kesan positif yang banyak sampai tahap perlawanan dengan Isreal.

Seharusnya kita mencontohi seorang tokoh islam dalam memberi pengajian di tempat sufi.Ust Abu Islam Fathul Bari pernah menyebut tentang Sykh Rabi' Hadi Al-Madkhali ketika dijemput berceramah di tempat orang kuat Tariqat kesufian, Syeikh tidak menghentam tarikat sufi tersebut yang jelas mereka memang dalam kesesatan tetapi Syeikh menerangkan tauhid kepada Allah.

Maka sepatutnya mereka yang berfikrah salafi tidaklah harus menilai Ikhwanul Muslimin dengan aspek ilmiah sahaja sampai mengeluarkan faktwa-faktwa janggal yang ingin mengambarkan IM bukan lagi dalam daerah manhaj salafi tidak pada tempatnya.
Disebabkan itulah seorang pendakwah menyampaikan dakwah dengan melihat wakik (tempat ) ia sampaikan pengisiannya.

Yang dimaksudkan tempat adalah siapa yang hadir,bukanlah “tanah” di mana program tersebut diadakan . Akibatnya penyampaian beliau kepada peserta daurah tersebut yang datang dari pelbagai gerakan islam di Malaysia menimbulkan kontrovesi walaupun daurah tersebut diadakan di “rumah” beliau.

Tapi Alhamduliah ikhwan muslimin dan tabligh adalah jemaah dakwah.Maka kata-kata yang mengambarkan IM tidak mendekati golongan salafi malah lebih dekat syiah dan menyampaikan faktwa tidak perlu masuk Tabligh dan IM tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk teruskan dakwah,malah akan lebih menambahkan semangat mereka untuk berdakwah.

Walau bagaimanpun ,aku di sini bukanlah nak menceritakan kelemahan penyampai daurah tersebut dan merendah kan beliau.Dia adalah seorang penyampai bahan ilmiah yang baik.Malah penerangan beliau mengenai Tasfiyah amatlah baik dan bertepatan dengan manhaj sunah wal jamaah. Nama penyampai tersebut tidaklah perlu diketahui dan di mana tempat daurah tersebut diadakan juga,tidaklah penting.

No comments:

Post a Comment