Wednesday, June 1, 2011

Kenali Ultra Salafi

Akhi , apa pandangan antum dengan golongan ultra salafi?

“Satu golongan yang bermasalah.Ana merasakan keislaman mereka juga bermasalah walaupun banyak ilmu.”kata sahabtku itu.

“Kenapa pulak akh? ” soalku.

Pernahkah dengar hadis sahih berikut:

Orang islam itu adalah barang siapa yang selamat orang-orang islam yang lain dari lidah dan tangannya .(Bukhari dan Muslim).

“Ya , pernah ,dan …setuju dengan hujah nta”.balasku.

Alangkah baiknya jika ultra salafi mentadabur hadis ini dengan baik dan menjauhkan lisan dan tangan (boleh difahami: penulisan atau kuasa ) mereka dari menyakiti orang-orang islam yang lain.

Apa itu ultra salafi.?

Ultra bermaksud kuasa luarbiasa atau sifat terlampau hebat yang ditonjolkan melebih-lebih dari kebiasaan. Contohnya perkataan Ultra-man yang memberi maksud makhluk yang menonjolkan kuasa super atau luar biasa dari manusia biasa.

Salafi pula di ertikan sebagai satu perkumpulan muslimin yang mahu hidup dengan berusaha meneladani kefahaman golongan salaf.

Berdasarkan hadis sahih imam bukhori,golongan Salaf terdiri daripada 3 kurun (generasi) manusia yang telahpun pupus. Generasi pertama adalah sahabat nabi Muhammad saw yang lahir lebih 1400 tahun dahulu. Diikuti generasi kedua iaitu tabien (anak murid sahabat) dan generasi terakhir adalah tabiuttabien(anak murid tabien).Tafsiran satu generasi yang diterima pakai adalah 100 tahun,maka generasi ini hanya hidup dalam 3 kurun(300 tahun) sahaja.

Oleh itu kata mudahnya salafi itu adalah pengikut golongan salaf.

Jadi ultra salafi bermaksud “ sekelompok salafi” yang menonjolkan sifat melampau(ghulu) hebat ,menonjolkan sifat fanatic (taksub) ,menonjolkan sifat tidak toleransi dan menonjokan sifat berdegil dalam mempertahankan “kononnya mereka sudah meng-imani kefahaman golongan salaf ”.



Apa masalahnya ultra salafi?

Menjadi salafi adalah suatu yang baik asalnya.Ulamak dunia terkenal iaitu Syeikh Dr Yusof Al-Qaradhawi mengatakan:”siapa yang mengimani fikrah(fikiran) salaf adalah orang yang telah memilih fikrah selamat ”.Mengimani golongan salaf sebagai teladan adalah suatu yang wajar bagi ummat islam melakar kembali formula kebangkitan.

Tetapi bagaiman kita mahu memastikan kefahaman kita itu betul-betul apa yang difahami golongan salaf yang telah pupus kurang lebih 1000 tahun dahulu? Yang terbaiknya kita guna kereta dalam cerita back to future dan tengok macam mana mereka hidup.Tapi itu mustahil gila.Jadi Jawapan yang logiknyanya adalah “merujuk dan menganalisis” kitab-kitab dan fakta sejarah berkaitan mereka.

Rujukan kepada “kitab sahih dengan kefahaman tertentu”, tanpa analisis syumul (menyeluruh), tidak relistik, dan tanpa mengambil iktibar sejarah lampau tidak akan mampu menyelesaikan masalah dunia islam sekarang yang pastinya lebih rumit dari masalah di zaman salaf.

Hal ini bukan bermaksud sedikitpun ingin memperkecilkan kehebatan atau kebenaran fahaman golongan salaf dalam beragama dan melemahkan penuntut ilmu sehingga tidak perlu menekuni kitab-kitab sahih .tetapi soalannya bagaimana kita memahami , meletakkan keutamaan , mengatur langkah ,berhikmah dan meletakkan sikap dalam melaksanakan isi kitab-kitab tersebut?.

Disebabkan “cara faham dan bertindak” inilah timbulnya masalah bermacam perangai dan ijtihad berbeza sehinggalah menatijahkan kelompok jemaah islam yang banyak walaupun mereka menggunakan rujukan yang sama. Makanya Ultra salafi ini juga adalah salah satu kelompok dalam banyak kelompok islam yang bermasalah dalam “cara faham dan bertindak”.

Berdakwah dengan memberi hukuman.

Antara masalah terbesar ultra salafi ini adalah, kesukaan mereka berfatwa menghukum saudara islam yang tidak sekumpulan dengan gelaran-gelaran yang menyakitkan hati , merenggangkan tali persaudaraan dan membenihkan permusuhan.

Antara 3 hukuman atau gelaran (label) yang “ paling kerap ” diberikan oleh golongan ultra salafi kepada saudara islam yang lain adalah:

Pertamanya : Sesat.

Kedua : ( Pengikut hawa nafsu dan akal ) atau ahli Bidaah

Ketiganya : Pemberontak atau khawarij.

Ketiga-tiga gelaran ini diberikan secara individu atau berkelompok .Malah para ulamak juga tidak ramai yang terlepas dari gelaran tersebut.

Ciri-ciri ultra salafi ?

Ciri-ciri positif : Mengaji kitab , Berhujah dengan Al-Quran & hadis , Pendakwah islam , membicarakan urusan sunnah ,Tegas Membidaah dan menyesatkan dalam soal akidah yang jelas.(Contohnya bermusuh dengan akidah syiah).

Ciri-ciri negative: Mahu hidup dengan manhaj(system) salaf walaupun logiknya hanya boleh diiktiraf ramai sebagai berfikrah (berfikiran) salaf sahaja. Menyesatkan dan membidaahkan orang islam yang tidak sehaluan dengan nya dalam masalah khilaf ( contohnya doa qunut,dan memakai seluar ) . Mengaitkan urusan bukan akidah sebagai akidah.Merasakan diri sendiri sahaja betul dan kelompok lain salah. Memusuhi Hizbiyyah (perkumpulan) walaupun anehnya sedar atau tidak diri sendiri telah membentuk perkumpulan .Mereka berkebolehan hebat memanipulasi (pergunakan) ayat al-quran dan hadis untuk menghujah golongan yang tidak sehaluan dengan mereka.

Lebih malangnya mereka payah ber kerjasama dengan perkumpulan islam lain atas alasan akidah (walaupun sebenarnya bukan bab akidahpun) , tidak menyertai gerakan islam yang ter-organisasi , gemar berdebat isu-isu khilaf dan menghukum sesiapa yang menasihati pemerintah dengan terang-terangan(cth ceramah umum/demo) sebagai khawarij.

Ciri-ciri yang tidak pasti negative atau positif: Taat kepada pemerintah islam yang zalim kemudian kononnya menasihati dari dalam ( beradab ).

Kembalilah kepada teladan salaf bagi me-menang-kan islam kembali ?.

Perangai ultra salafi yang “menyebarkan dakwah mereka” dengan menghukum tidaklah mendapat pulangan atau sambutan yang lebih baik dari “sebuah perpecahan di kalangan umat islam sendiri ”.

Semakin ramai saudara seislam yang mereka hukum, semakin ramai yang jahil akan menjauhi islam, semakin ramai dikandang musuhkan dan semakin bersorak musuh sebenar islam melihat pergaduhan umat islam.

kemudian mereka kehairanan sendiri,

“ Mengapalah ramai orang islam tidak mahu mendengar dakwah-ku? mengapa ramai orang tidak mahu menjadikan golongan salaf sebagai teladan? sedangkan mereka tahu golongan salaf adalah sebaik-baik teladan dan formula terbaik me-menang-kan islam kembali.

Kemudian ada yang memberi jawapan:

“ Kami meragui kalian berdakwah dengan cara dan fahaman salaf!. Betulkah cara dakwah dan kefahaman salaf seperti cara kalian sekarang? Betulkah perangai pendakwah salaf seperti kalian? Jika betul golongan salaf seperti kalian ,mustahil orang islam pernah hebat , bersatu dan berkerjasama demi islam sehinggalah pernah menakluki 2/3 dunia satu ketika dahulu.”

Wallahualam….

PS:,

1.Secara umumnya salafi boleh dibahagikan kepada 2,pertama moderate salafi (salafi pertengahan dan tidak melampau) dan satu lagi ultra salafi (salafi keras seperti ulasan dia atas).

2.Nama lain kepada ultra salafi adalah “salafi jalur keras” atau “Wahabi” . walaupun hakikat seorang itu adalah ultra salafi tetapi dia akan lebih gemar mengelar diri mereka salafi sahaja .

3.Ultra salafi ini bukanlah ajaran sesat dan tidak ada sebarang faktwa ulamak sunnah yang menyesatkan mereka . Masalah besar mereka disebabkan oleh sikap melampau atau tergopoh-gopoh berfatwa menghukum orang islam yang lain seperti yang disebutkan.

Walaubagaimanpun mereka agak merbahaya jika dilihat melalui teguran Syeikh Dr Yusof Al-Qaradhawi : “Fatwa-fatwa yang jahil lagi berani ini dan tidak matang daripada sudut ilmu syarak mampu menjatuhkan umat ke lembah kebinasaan. Sesetengah orang yang berfatwa kepada manusia lebih berhak dipenjara daripada pencuri kerana pencuri hanya merosakkan dunia tetapi mereka merosakkan agama.” (Fiqhul Daulah Fi Islam).

4.Gelombang berperangai ultra salfi sekarang semakin merebak di perbincangan forum maya atau laman web chat sosial. Mereka mudah mendapat simpati dan pengikut di kalangan remaja yang sinonim dengan sifat mudah bersemangat dan gopoh dalam bertindak.

5. SEBAHAGIAN mereka telah masuk dalam parti politik sebagai ulamak muda dengan kononnya MISI penting menasihati pemerintah agar tetap atau kembali beriman .Tetapi anehnya kerja mereka (menasihati pemerintah) seperti tidak NAMPAK. Kerja yang NAMPAK jelas tanpa perlu bersuluh adalah membongkar kelemahan parti lawan, membudayakan label-melabel seperti khawarije dll(disebut diatas), dan menghidupakn banyak perdebatan serta permusuhan dengan kelompok jemaah lain.Niat sebenar mereka mengislah pemerintah atau berpolitik atau pecah belah umat juga.?emm…meragukan?

6.Saya selaku muslim yang cenderung kepada moderate salafi ingin menasihati kawan-kawan agar jangan mudah terpengaruh dengan perangai ultra salafi ini. Jika golongan ini semakin membesar,maka semakin banyak umat islam akan saling membuang masa bercakaran sesama sendiri dan semakin seronok musuh ketawakan kita.

7.Ayuh bina generasi jati diri muslim harapan di Negara Islam Malaysia tercinta ini ,jauhlilah berdebat dalam hal-hal yang bukan merosak akidah,dan mari mencari titik-titik kesepakatan.

Seorang mujahid dakwah dan ahli fiqh Islam, Abdul Qadir Audah rah telah menunjukkan makna ini kepada kita lalu berkata:

“Di dunia Islam pada hari ini ada generasi terpelajar yang mempunyai ilmu Islam yang tinggi. Mereka bersungguh-sungguh mengembalikan semula kedudukan Islam yang telah hilang. Dalam menegakkan kebenaran, mereka tidak takut kepada cercaan orang ramai. Namun, kekurangan mereka yang ketara ialah mereka terpengaruh oleh pendekatan generasi terdahulu (semasa ada khilafah). Kebanyakan kerja-kerja mereka tertumpu kepada soal ibadah dan nasihat sahaja. Adalah lebih baik bagi mereka dan bagi agama ini sekiranya mereka tumpukan sebahagian besar usaha mereka bagi mengingatkan orang Islam terhadap perlunya menghidupkan semula syariat mereka yang telah dipingirkan dan menghapuskan undang-undang mereka yang bertentangan dengan Islam.”( Islam Baina Jahli Abnaihi wa Ajzi Ulamaihi, m.s. 65)

Dan katakanlah(wahai Muhammad): Beramalah kamu,maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. (at-taubah:105)

3 comments:

  1. wah, pandangan yang bernas dengan hujah dalil yang terang lagi bersuluh. Moga dapat memurnikan kefahaman berdakwh dalam sistem jamaah yang difahami sebahagian dari kita, insyaallah.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nice bro... lega hati gua bace benda ni sbb dpt byk komen yg trend2 Ultra Salafi neh...

    ReplyDelete