Sunday, November 13, 2011

Mereka faham ISLAM adalah MELAYU,MELAYU adalah ISLAM,(MSIB).



" MELAYU Sepakat ISLAM Berdaulat! "

Itulah satu slogan politik kontrovesi awal tahun ini oleh sebuah gerakan ISLAM berbasis tarbiyah yang turut dilabelkan masih mentah dalam memahami perjuangan di Malaysia ini.

Pasca liputan sensasi media tempatan dan antarabangsa dalam fenomena HIMPUN 22 OCT lepas menyaksikan rakyat marhaen memberikan seribu satu tafsiran sendiri terhadap slogan tersebut.

Inilah kelompok gerakan ISLAM yang telah menjadi Nasionalis dan Assobiyah! Inilah gerakan ISLAM yang hipokrit atas nama islam tetapi sebenarnya perjuangkan bangsa MELAYU sahaja ! , Inilah gerakan ISLAM yang telah tertipu ! Ini-lah sekutu Umno! Jelas memang racists macam Umno ! dan macam-macam lagi kata-kata emosi , skeptik dan keji yang diberikan kepada gerakan bernama Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA) itu .

Respon negatif rakyat marhaen dilihat terlalu banyak dibandingkan yang positif.Semunya dimuntah dengan ringan di ceramah-ceramah politik , warong kopi, laman sesawang ,blog-blog dan laman chat sosial yang tidak dapat dikawal oleh sesiapan . Itulah cara bertindak masyarakat kebanyakan disebabkan penyakit politik berpuak , tidak melakukan tabayun (siasatan), mudah emosi tidak tentu hala dan mungkin juga ada yang dengki dengan gerakan tersebut.

Apa hujah nya gerakan ISLAM yang dibina asas tarbiyah ISLAM dan dianggotai ramai lulusan hebat bidang agama dari timur tengah ini bernada Assobiyyah ?

Jika mereka yang menuduh dengan tomahan negatif sebelum ini kembali waras dan kemudiannya membaca ucapan dasar AGM presiden ISMA ke - 12 , pasti mereka akan berfikir panjang dari mengeluarkan kata-kata yang akan memalukan diri sendiri.

Sebagai seorang aktivis dakwah, saya juga mulanya pelik dengan slogan ini. Tapi setelah membaca Ucapan dasar AGM ISMA ke-12 , membaca laman sesawang tokoh-tokoh ISMA dan mendapat penjelasan tentang slogan ini dari tokoh-tokoh gerakan itu secara live, saya memahami maksud besar dan pentingnya slogan tersebut.

Disini Saya ingin menimbulkan beberapa soalan muhasabah , dan menjelaskan beberapa salah faham yang berlaku.

Kita mahu perjuangakan semuanya kebaikan tetapi kita terpaksa memilih.

Jika anda diberikan dua pilihan perjuangan, yang manakah anda akan pilih?.

Perjuangkan ISLAM atau pejuangkan keadilan secara kebebasan bersuara?

Pastinya jawapan seorang pejuang adalah tidak mahu membuat pilihan dan mahu perjuangkan kedua-duanya tanpa perlu dibezakan.

Bagus kerana muslim juga akan bertindak seperti itu.

Sekarang saya akan lebih perincikan apa yang berlaku realitynya di negara kita.

Mana pilihan anda? Golongan Pertama perjuangkan survivor(kelangsungan) ISLAM di negara ini dan membaiki nya secara bertahap-tahap . Atau golongan kedua yang utamakan perjuangan kebebasan ,keadilan dan hak asasi manusia(HAM) yang berfikir dalam kerangka barat.

Dalam bahasa lain, pilihanya adalah ; Pertama perjuangkan akidah ISLAM ? atau keduanya pejuangkan keadilan & kebebasan beragama supaya kononya adil kepada agama lain?

Mana pilihan anda?

Itulah musibah Pluralisme yang melanda negara dalam 10 tahun kebelakangan ini sehinggakan para pemuda pemudi aktivis ISLAM sendiri pun berdelima. Salah pilihanya akan mengakibat fatal iaitu hilangnya rasa Izzah (mulianya) agama sendiri dan masyarakat akan membarah kefahaman "semua agama adalah sama".

Jika kita seorang MUSLIM yang berakidah , pasti pilihannya adalah golongan pertama. Ini kerana perjuangan keadilan dan hak asasi manusia tanpa landasan akidah ISLAM seumpama membasuh pakaian dengan air najis tetapi kita tidak sedari air yang digunakan mengandungi najis. Natijah akhir pakaian yang dibasuh itu tetap kotor dan berbau busuk walaupan kita memerah keringat seumur hidup untuk membasuhnya .

Ini lah satu perkara yang tidak akan difahami oleh non-MUSLIM dan "confusing MUSLIM " sehingga sanggup bersekongkol dengan pejuang HAM yang jelas berkiblatkan barat dalam melakukan "amal soleh" mereka.

Adakah ISMA menafikan hak atau menzalimi bukan MELAYU?

Inilah satu soalan yang paling menarik dari slogan ini.

Pada marhalah (level atau tahap) sekarang ISMA berijtihad perlunya memberi fokus dakwah atau islah(perbaikan) kepada orang MELAYU . Tapi ini tidak bemaksud menutup pintu dakwah kepada bukan MELAYU.

Cuba kita bertanya , apakah buktinya ISMA menzalimi bukan MELAYU.? Ini kerana dalam ISMA sekarang ada juga bukan MELAYU seperti india MUSLIM dan cina MUSLIM yang bersama menjadi ahli dan aktivisnya.

Macam mana non-MELAYU MUSLIM percaya slogan ini?. Adakah mereka tidak waras ? dan mana dalil mereka?

Dalil pertama:

Mereka fahami perlembagaan negara yang telah kaitkan MELAYU dengan ISLAM demi kelangsungan pemerintahan ISLAM.

Inilah satu hakikat yang tidak akan difahami oleh golongan literaslis. Memang benar jika dicari dalil tersurat dari al-quran dan hadis , kita tidak akan mejumpai suatu jumlah perkataan yang tepat kepada " ISLAM akan berdaulat apabila MELAYU bersepakat" . Dari empat perkataan MSIB itu hanya ISLAM sahaja yang ada dalam dalil Al-Quran dan Hadis. Disebabkan itulah 3 lagi perkataan harus merujuk dalil lain yang boleh iktiraf bersama selagi mana tidak keluar dari kefahaman yang selari dengan islam.

Pahit untuk ditelan umat ISLAM yang sepatutnya sentiasa 24 jam wajib utamakan dalil AL-Quran & sunnah dalam apa jua keadaan adalah, kedudukan AL-Quran & Sunnah bukan berada di tempat pertama rujukan penyelesaian dalam hal-hal yang melibatkan isu bersama di malaysia ini.

Rujukan pertama yang menjadi dalil terpakai dalam malaysia ini adalah Perlembagaan Malaysia. Kita terpaksa menerimanya , melainkan kita tidak mahu menjadi warganegara Malaysia atau mahu perjuangkan islam di luar negara ini.

Sebarang perkara yang melibatkan undang-undang , rujukan yang akan diterima pakai bermula dari Perlembagaan dan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan negara ini. Bukanlah pertama sekali dirujuk dalil-dalil dari mana-mana kitab agama. Bukan kitab agama orang islam , Budha , Kristian atau apa sahaja agama yang berkitab di negara kita ini. Tidak ada manfaatnya dan sangatlah tidak berguna jika quote satu dalil kitab agama apa pun jika bertentangan dengan Perlembagaan negara kita.

Merasa untunglah wahai umat ISLAM , Perlembagaan masih berpihak kepada kalian.

Perkataan ISLAM dan MELAYU yang ada dalam perlembagaan telah menyebabkan ramai pengamal undang-undang bukan ISLAM yang juga berperanan sebagai " pendakwah agama mereka atau membawa agenda perjuangan selain ISLAM seperti HAM (hak asasi manusia)" merasa iri hati dengan umat ISLAM di Malaysia.

kenapa? kalau begitu, hebat benar juga suruhanjaya Reid yang melakar perlembagaan kita dan kemudiannya diluluskan oleh raja-raja kita suatu ketika dahulu.

Apa perlembagaan kata berkaitan perkatan ISLAM dan MELAYU ?

Perkataan ISLAM.

Art3(1): ISLAM is the religion of the federation ; but other religions may be practised in peace and harmony in anay part of the federatin.

Terjemahan: Perkara 3(1): ISLAM adalah agama bagi Persekutauan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan

Ulasan : Inilah Kenyataan keramat yang paling menguntungkan ISLAM dari agama lain. Yang disebut hanya agama ISLAM , Nama khusus agama lain tak disebut langsung di mana-mana tempat dalam Perlembagaan kita. Malah hanya kata boleh amalkan dengan aman dan damai. Kalau bawa dan amalkan agama atau idelogi (fahaman) lain yang menjadikan negara tidak aman maka pihak berkuasa boleh mengenakan tindakan.

Perkara 3(1) ini juga sebenarnya telah menjadikan negara malaysia sebagai negara ISLAM. Istilah ISLAM agama rasmi sebenarnya adalah tidak tepat dan hanya mainan kata pengamal undang-undang atau untuk mengharmonikan hubungan antara agama di negara kita. (Topik Malaysia negara ISLAM akan dibahas lain kesempatan).

Art 3(4)dan Art 4(1) menejelaskan kehebatan serta keutama Perlembagaan ini.

Art 8(1) dan Art 11(1)+ Art 11(4) masing-masing menceritakan isu kesamarataan dan kebebasan beragama. Artikel ini tidak wajar dibaca secara tersisih atau terpisah.Hak ISLAM atau MELAYU termaktub dan dijamin dalam Perlembagaan. Pelengkap Art 11(4) pula memberikan penegasan bahawa kepentingan umat ISLAM tidak boleh dikompromikan.

Art 11(5) pula menjelaskan hak seseorang mengamalkan agamanya tidak bermakna dia boleh membuat gangguan awam dan kacau bilau agama.

Perkataan MELAYU.

Art 160: " Malay " means a person who professes the religion of ISLAM, habitually speaks the Malay language, conforms to Malay custom-(m/s131-Constitution of Malaysia)

Terjemahan: Perkara 160 " Orang MELAYU " ertinya seseorang yang menganuti agama ISLAM, lazimnya bercakap bahasa Melayu , menurut adat melayu.

Art 152(1) (1) The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law* provide:

Terjemahan : Bahasa kebangsaaan ialah bahasa MELAYU dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh parliment.

Art 153 (1) It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.(2)..safeguard the special provision of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and to ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service (other than the public service of a State) and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and, when any permit or licence for the operation of any trade or business is required by federal law, then, subject to the provisions of that law and this Article, of such permits and licences

Terjemahan:(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.(2)...perizaban bagi orang MELAYU dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

Nota Haji Abdul Rahim Sinwan ( Peguamcara & Peguanbela serta aktivis PEMBELA ): Artikel 153 sehingga 160 ini membuktikan bahawa dari sudut tradisi dan sejarah seseorang MELAYU itu adalah sinonim dengan ISLAM dan Pemahaman ISLAM.

Ulasan: Dari perkara 160 sehingga 153 di atas kita boleh fahami orang MELAYU adalah orang ISLAM,dan orang ISLAM adalah orang MELAYU.

Kalau tidak percaya ?, tanya pengamal undang-undang . Hujah inilah yang terpakai di mahkamah sehingga menyebabka Azlina Jailani yang telah murtad itu tidak dapat daftarkan murtadnya.

Sebab itu kita pernah dengar kata-kata orang : "kalau kamu masuk ISLAM , kamu juga masuk MELAYU " . Kenyataan itu tidak salah dari sudut perlembagaan.

Malah ada yang ingin menakutkan orang bukan MELAYU untuk masuk ISLAM dengan mengatakan perlu hidup macam budaya MELAYU . Kalau itu masalahnya , kita katakan, Itu betul pada sudut perlembagaan, Tetapi boleh lain praktikalnya atau kata lainya sangat tidak tepat dengan ajaran ISLAM . Ini kerana , ISLAM bukanlah menghapuskan budaya asal suatu kaum seperti pemakaian, bahasa, budaya dan apa sahaja tradisi asal suatu kaum itu kecuali melibatkan penyembahan atau akhlaq yang buruk. Juga tidak ada kes mahkamah paksa orang cina MUSLIM amalkan budaya MELAYU sehingga kini , jadi jangan risau.

Dalil ke-Dua:

Non-Malays (Cina dan India MUSLIM majoritynya ) belum ada NGO atau badan politik ISLAM kaum mereka yang kuat untuk bersaing dengan Ngo atau Parti non-MUSLIM(bukan ISLAM) seperti DAP , MCA dan MIC yang depan kita bersandiwara seperti bergaduh. Disebalik wajah sandirwara itu ada wajah ultrakaisu yang sangat bahaya seperti yang dibongkarkan Dr Ridhuantee Abdullah .(ridhuantee.blogspot.com/)

Ini kerana politik bukan MUSLIM adalah licik , payah diramalkan , matang dan bersepakat dalam banyak hal . Mereka tidak akan berbalah dalam isu agama,bahasa dan budaya.

Hanya orang ISLAM Malaysia sahaja yang berbalah atau politikan agama , bahasa dan budaya macam budak-budak yang tidak matang serta tidak sedari perancangan non-MUSLIM yang mengamcam kedaulatan ISLAM mereka.

Non-Malays (Cina dan India MUSLIM amnya ) yang bersama menjadi aktivis ISMA melihat dan memahami masalah serius ini. Disebabkan itulah mereka memahami perlu nya sepakat di kalangan orang MELAYU ( orang ISLAM dari tafsiran perlembagaan ) jika ingin daulatkan ISLAM di Malaysia.

Dalil ke-Tiga:

Tidak ada lagi bukti slogan MSIB itu menzalimi non malays dikalangan ISLAM atau bukan ISLAM.

Telah kita maklum orang MELAYU ini juga jenis baik hati dan suka toleransi melebih-lebih. Mereka tidak kisah jika non-muslim membuat kesepakatan agama mereka demi daulatkan agama mereka sendiri. Ada pernah orang MELAYU pertikaikan non-muslim dari sepakat demi menguatkan agama mereka? Jadi wajarkah non-muslim kurang ajar dengan mahu pertikai usaha orang islam dari sepakat untuk kebaikan agama mereka yang akhirnya memberikan keamanan kepada Malaysia secara amnya?

Bagi kalangan ahli ISMA yang ISLAM tetapi bukan bangsa MELAYU (islamic non malay), benar, istilah MELAYU yang diberi penekanan dalam program ISMA akan sedikit menyinggung perasaan mereka . Tetapi hal itu tidaklah menjadikan mereka bersikap keanak-anakan .

Mereka memahami perkataan MELAYU merujuk kepada ISLAM . Sebut orang ISLAM pula , boleh difahami orang MELAYU seperti yang dijelaskan dalam dalil pertama diatas.

Malah program ISMA yang ada perkataan melayu bukan hanya penyertaan peserta di kalangan orang MELAYU ISLAM sahaja. Orang ISLAM bukan MELAYU seperti cina MUSLIM dan india MUSLIM sangat di alukan-alukan hadir kerana ISMA itu sendiri membawa perjuangan ISLAM lebih depan dari perjuangan bangsa MELAYU.

Kesimpulan:

Disebabkan mereka memahami perlunya meletakkan keutamaan atau Alawiyat (first thing first), mereka fahami perlembagaan yang boleh difahami ISLAM adalah MELAYU , situasi sekarang yang sangat perlu kesepakatan MELAYU demi ISLAM , dan dalam ISMA juga non - melayu tidak ada bukti jelas mereka dizalimi , maka sokongan mereka juga padu 100% kepada ISMA seperti sokongan bangsa MELAYU yang menjadi aktivis ISMA.

Non muslim dan non malays muslim faham ISMA bukan berjuang demi bangsa melayu sahaja tetapi ISMA berjuang demi ISLAM kekal dan bertambah baik di Malaysia ini.Yang lambat FAHAMNYA adalah orang MELAYU sendiri.

Siapa sahaja di Malaysia ini ISLAM (MUSLIM) ,maka dia adalah MELAYU.

MUSLIM adalah MELAYU,
Cina MUSLIM adalah MELAYU,
India MUSLIM adalah MELAYU,
Sabahan MUSLIM adalah MELAYU,
Sarawakian muslim adalah MELAYU,
Melayu MUSLIM adalah MELAYU,
MALAYSIAN MUSLIM adalah MELAYU,

saksikanlah kami semua MELAYU demi ISLAM.
MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT,

Kami berjuang demi agama kami . Berlainan Bangsa kami tidak Akan merenggangkan tali persaudaraan kami dan tidak akan memisahkan kecintaaan kami kepada ISLAM. Assobiyyah kami HANYALAH kepada ISLAM.

Hanya Allah swt penolong kami.


Gambar di atas:Kenangan saya di HIMPUN 22 Oct 2011 bersama pejuang islam yang saya kagumi , Assoc. Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, ( http://ridhuantee.blogspot.com/ ).Beliau banyak mendedahkan perangai ultra kaisu (asobiayh melampau) golongan cina yang sekarang tengah mengancam Negara Malaysia tanpa kita sedari .

Rujukan tambahan:

1.Perlembagaan Malaysia:

confinder.richmond.edu/admin/docs/malaysia.pdf

2.Penjelasan ilmiyah slogan ini :

http://www.ismaweb.net/v4/wp-content/uploads/2011/05/Ucapan-Dasar-AGM-ISMA-ke-12.pdf

*tulisan diatas telah diedit pada 17 Nov oleh penulis yang tidak pandai menulis ini bagi memberi penekanan di tempat yang betul.Perkataan MELAYAU,ISLAM,dan MUSLIM di huruf besarkan bagi memberi fokus kepada perkataan tersebut yang boleh disinonimkan.Perkataan non-MUSLIM adalah sama dengan perkataan bukan ISLAM.

2 comments:

  1. Mabruk atas penjelasan... Teruskan lagi menulis. Moga rakyat dan ummah tidak tertipu dengan kerakusan mainan politik. Salam Ukhuwah.

    ReplyDelete