Friday, December 2, 2011

Cinta dan kesepakatan.

Kebanyakan episode cinta dalam sejarah manusia penuh kisah pilu , sedih dan pengakhiran yang tidak diinginkan ( bad ending ) . Ujian kesabaran , kesetian , perebutan , permusuhan , pengorbanan , dan kezaliman menjadikan sebuah kisah cinta itu hebat dan dikenang . Ada kisah percintaan yang benar - benar murni selari dengan tuntutan Islam . Ada pula sebaliknya yang bercinta atas dasar nafsu dan tipu daya syaitan . Mari bertanyakan diri kita , berapa banyakkah kita tahu kisah - kisah cinta tokoh islam atau bukan islam yang sejalan kehendak ajaran islam ? ,yang dengan kisah tersebut , kita boleh termotivasi untuk teruskan kehidupan dengan energy cinta.

Utamakan kisah cinta tokoh Islam.

Pernah dengar kisah cinta Adam dan Hawa serta anak-anak mereka ? Pernah dengar kisah cinta Yusuf dan Zulaika ? Pernah dengar kisah cinta nabi Ibrahim ? pernah dengar kisah cinta nabi kita ,Muhamad saw dengar isteri-isterinya dan siapakah yang paling dicintai baginda ? Pernah dengar kisah cinta Ibnu Umar yang menceraikan isteri yang dicintai kerana saranan ayahnya ? Pernah dengar kisah cinta Umar Abdul Aziz yang menolak pinangan gadis yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu ? Pernah mendengar kisah cinta tokoh islam abad ini seperti keluarga Hasan Al - Bana , dan kisah memori cinta Umar Tilmisani kepada isterinya . Juga kita pernah peduli kisah cinta para sahabat , tabien , tabiut tabien , ulamak kalaf dan para mujahidin ? . Dan banyak lagi kisah romantik tokoh-tokoh islam yang diuji sangat luar biasa demi memenangi cinta pasangan mereka.

Pasti ada yang bertanya , kenapa perlu utamakan kisah cinta tokoh islam?,tokoh bukan islam tidak boleh diutamakan? Jawapanya : " Tokoh-tokoh islam adalah mereka yang bukan sahaja cemerlang dengan kejayaan meraih cinta kekasih mereka di dunia tetapi mereka juga adalah yang berjaya mendapatkan cinta tuhan mereka (Allah sawt) tanpa perlu memilih antara keduanya .

Kerana kisah cinta itu(tokoh islam atau islamik) tidak banyak didendangkan.

Melinium ini , lihat ke timur , lihat barat dan lihat dalam negara sendiri yang tercinta . Kisah cinta yang terhidang mudah depan mata kita adalah kisah “ cinta selera rendah ” , tidak bernilai atau tidak mampu membangunkan jiwa .

Buktinya , bersepah-sepah di kaca tv dan panggung wayang kisah cinta demi “ cinta mereka saja ” sehinggakan dua sejoli itu terpaksa rela atau sukarela melakonkan “ aksi cinta apa sahaja ” hatta membelakangi nilai agama dengan pergaulan bebas , berpakaian menjolok mata , tidak hormat atau biadap dengan orang tua , dan mestinya juga ada agenda hubungan terlarang demi menunjukkan nilai cinta sejati mereka . Itulah cara yang diajar kepada generasi muda-mudi kita jika ingin mendapatkan sebuah cinta agung. Satu gambaran cinta jahiliyah moden , cinta hawa nafsu " masyarakat kebanyakan " dan cinta ISA (ikut suka aku ) yang boleh mengakibatkan leburnya jati diri islam seseorang itu kerana mengejar cinta yang dia sendiripun tidak tahu dimana akhirnya.(pengakhiran - selepas kematian mereka dan bertemu Allah)

Keparahan pemahaman cinta umat kita.

Salah satu betuk perang pemikiran “ cinta selera rendah atau fantasy cinta ” yang bermaharaja kini adalah filem Bollywood ( Hindustan) yang membarah dalam bangsa kita . Ianya barah (kanser ) yang semakin sukar dirawat . Ini kerana dulunya barah ini dibiarkan merebak secara perlahan seumpana anak kecil yang dibiarkan suatu tabiat buruk sehinggalah dia telah dewasa sekarang dan tidak mampu mengubahnya .

Tarbiyah ( Didikan ) yang negatif dari filem Bollywood sangat mudah difahami . Asas tarbiyahnya mengajar hidup manusia supaya suka beremosi atau kerap bertindak mengikut perasaan lebih dari segalanya . Level tertingginya pula adalah menyalahkan atau mencabar tuhan atas cintanya yang terzalimi sangat kononya . Pernah aku terdengar di sebelah India sana, dibuatnya satu cerita cinta yang “Bad ending” atau hero-nya mati , maka mengamuklah penonton sehinggakan panggung wayang menjadi mangsa dengan dibakar dan dirosakkan manusia-manusia yang emosi tak tentu hala . Di Negara ku pula, famousnya cerita makcik-makcik yang meleh air mata bila menonton cerita cinta hundustan.

Murtad kerana cinta.

Aku sedikit terkejut baru ini apabila mendapat fakta luar biasa banyak ( pandangan-ku buat masa ini tertinggi dalam isu cinta ) kes MURTAD gadis-gadis islam ( melayu atau india muslim ) disebabkan oleh “Hero India ”. Kata mudahnya murtad kepada agama Hindu disebabkan oleh balak-nya .

Peliknya pula “Hero India” yang murtadkan anak gadis islam di Malaysia ini kebanyakanya mengunakan khidmat kumpulan samseng yang dilihat bertentangan dengan moral value (pengajaran) sepatutnya diterima dalam banyak cerita Hindustan . Pengajaran filem Hindustan biasanya hero bertindak seorang saja , bukan sebaliknya atau bertindak macam watak jahat . Dalam filem juga, kehebatnya cinta hero Industan itu dijelmakan dengan kebolehan aksi menunggang motosikal atas pagar , ditembak tak mati , ditikam tak lut dan macam-macam perkara pelik bin ajaib . Itulah yang kita namakan fantasi cinta .Fantasi cinta yang pastinya bertentangan dengan hakikat sepak terajang cinta yang sebenar.

Akhir ceritnya ( kes murtad ini ) , orang melayu jugalah yang terpaksa menjadi “ hero sebenar ” menyelamatkan keadaan . Ini Kisah benar , kisah terpaksa buat team Power Ranger untuk ber-smack down dengan samseng-samseng tersebut dan misi menyelamat gadis-gadis yang cuba dimurtadkan . Semunya aku dengar secara live dalam seminar pengukuhan akidah di UM (University Malay) pada dua bulan lepas. Perkongsian oleh seorang ustaz dan dibawa bersama 2 gadis kes murtad yang berjaya diselamatkan . Ustaz tersebut sekarang aktif sepenuh masa menyelesaikan kes-kes murtad dan sedang berusaha menubuhkan pusat-pusat pemulihan remaja islam di seluruh negara. ( Semoga Allah swt merahmati perjuangan ustaz tersebut dan rakan-rakanya yang telah menjadi hero senyap selama ini yang kebanyakan kita tidak tahu langsung. Amin ya rob ).

Tidak pernah ada kata lewat.

Langkah pertama : Betulkan paham dan cara cinta kita.

Jalanilah kehidupan berlandaskan agama islam yang penuh cinta ( addinlove - perkataan addin merujuk kepada cara hidup [way of life] = Islam ). Ketahuilah ! Islam tidaklah pernah menafikan naluri cinta manusia untuk dizahirkan kepada sesiapapun. Manusia bebas untuk mencintai apapun dan hidup harmoni dengan cinta yang berjaya diraihnya .

Cinta asas atau wajib pertama kita tetaplah Allah & Rasulnya (Muhammad saw).Cinta ke dua kita adalah selain-Nya yang tidak membawa kepada syirkkan-Nya. Boleh jadi ibu bapa kita ,isteri atau suami kita, anak-anak kita ,keluarga kita , harta kita , kenderaan kita ,perkerjaan kita , sahabat kita dan apa-apa sajalah yang kita cintakanya . Apa yang pentingnya cinta selepas cinta pertama kita atas landasan islam dan menjadi penguat kepada cinta pertama kita.

Ada yang lebih baik jika kita berusaha semakin baik.

Seorang sahabat Facebook yang aku cintai kerana Allah , Dr Fathi Al-Sakandary pernah berkata dalam bab mencari pasangan hidup: "Apabila kamu mencintai seorang wanita dan meluahkan perasaan ikhlas kamu kepadanya tetapi ditolak, maka bersedih lah kamu kerana kamu telah kehilangan seorang wanita yang pernah kamu cintai, pada masa yang sama bergembiralah kerana kamu berpeluang mencari wanita lain yang lebih baik, dan kamu berpeluang untuk jatuh cinta sekali lagi dengan lebih professional.”( Tambahanku - perkataan “wanita” boleh juga digantikan perkataan “lelaki”.)

Tidak salah meluahkan perasaan cinta , mencintai seseorang dan berusaha mendapatkanya . Salahnya manusia itu hanya pada cara menzahirkan atau meraihnya. Ini kerana cinta yang perlu difahami oleh setiap insan ( manusia ) perlu berkait rapat dengan nilai-nilai agama yang mencantikkanya , dan akal yang sihat bagi memikirkan baik buruknya . Selain itu , Apa yang lebih penting adalah hari perhitungan atau hari pembalasan selepas kematian yang harus ditakuti “ nafsu cinta kita ” yang akan menentukan cara cinta siapa yang benar atau sebaliknya . Cinta dengan cara yang benar membawa ke syurga yang penuh kenikmatan luar jangka. Cara cinta yang salah pula tidak ada pilihan lain kecuali menempah neraka yang pedih azabnya tidak akan mampu dibayangkan oleh kita.

Cara mencari cinta.

Soalanya sekarang apakah cara cinta yang benar ? Jawapanya mudah saja . Belajarlah ilmu agama dan ilmu dunia yang bermanfaat . Gunakan akal fikiran yang mengkagumkan ini untuk belajar dari alam serta sejarah kehidupan manusia . Rajin-rajinkan diri ke pelbagai kelas pengajian yang bersumberkan Al-Quran dan sunnah , banyakan ibadah yang disertakan muhasabah diri , banyakkan berfikir kerana akal bukanlah bertentangan dengan agama dan belajarlah hidup bersama masyarakat .

Erti hidup pada berkongsi ( Saling menguatkan dengan memberi dan menerima ) .

Terlibat dengan masyarakat sangat penting bagi membuktikan kecintaan kita kepada mereka , membetulkan kepincangan masyarakat kita , membetuk bangsa islam yang beragenda ( bukan diagendakan) , dan membebaskan tanah air islam dari pemerintahan Taghrout atau Kufar . Sampai bila ? Sehinggalah datangnya antara dua kemenangan : “ mati syahid untuk segera ke syurga atau hidup mulia dengan bahagianya ”.

Kita harus sedar diri ini adalah sebahagian dari umat .

Mungkin sekarang, masalah murtad itu tidak terkena pada diri atau keluarga kita sekarang .Tapi , adakah jaminan tidak akan kena ? Apakah bila telah ada ahli keluarga kita yang berlibat baru kita mahu terhegeh-hegeh ambil peduli ? . Ingat kata orang tua-tua ; Jangan biarkan nasi menjadi bubur.(kerana bubur tidak boleh menjadi nasi semula.betulkan?:-). Ayoh mula serius memikirkan masalah umat ini kerana diri dan ahli keluarga adalah sebahagian darinya.

Kita adalah seorang pejuang “ keadilan kalimah tauhid Islam ” yang tidak akan terpesona oleh sebarang perjuangan fatamorgana lain atas nama apapun . Kita menolak fahaman liberalism, kita menolak fahaman feminisem , kita menolak fahaman sekularsima , Pluraslime , Komunisem atau apa-apa sahaja isem-isem hatta kebebasan bersuara atau HAM ( Hak Asasi Manusia ) yang penuh ketidakpastian , dan perancangan terselindung pihak yang tidak akan bertangunjawab terhadap kita kelak .

Cintalah wanita dan anak-anak demi membela agama . Cintakan harta supaya boleh banyakkan infak demi meraih syurga ( harta yang kita infak di jalan Allah adalah harta yang pasti milik kita di syurga kelak ) . Cintai-lah orang sekeliling-mu bagi “ mengerti hidup pada berkongsi ( memberi dan menerima ) dengan orang lain ” demi mendapatkan yang lebih baik kelak . Jika itu yang kita yakini 100% , Pasti ! kita akan berjaya.

Langkah ke-2 : Berpolitik perlu matang. Lupakan seketika titik perbezaan demi kebaikan umat.

Sebut sahaja Negara Malaysia , kita tidak akan dapat lari dari memperkatakan isu politik orang melayu yang sangat menyedihkan pada hari ini . Saat ini , politik orang melayu sentiasa di-bin-kan perpecahan atau ketidak matangan dalam berpolitik .

Ingat ! Malaysia tidak akan wujud hari ini tanpa orang melayu . Islam juga tidak akan mudah bertahan pada hari ini jika tanpa istilah Melayu dalam pelembagaan negara ini . Aku bukan bermaksud memuliakan bangsa melayu dari bangsa lainya . Tetapi hakikat yang harus kita terima jika ingin perjuangkan ISLAM di bumi Malaysia ini adalah perlunya kita mengunakan istilah MELAYU ( walaupun kita orang islam dari bangsa lain ) dan harusnya kita membantu perkasakan jati diri MUSLIM melayu bagi menangkis serangan musuh islam yang kian berani,lantang dan biadap kepada Negara Islam Malaysia ini.

Sebelum ini aku pernah menulis , Mereka faham ISLAM adalah MELAYU,MELAYU adalah ISLAM,(MSIB) bagi menceritakan yang orang Islam Malaysia bukan dari ibu-bapa melayu lebih paham istilah MELAYU demi pertahankan islam di Negara ini . Golongan yang tidak faham atau buat-buat tidak fahamnya adalah orang yang berdarah melayu sendiri. Itu yang membuatku merasa hairan . Kenapa ini berlaku ? . Jawapan mudah yang aku temui saat ini adalah, kerana kurang ilmu , tamakkan kuasa , dendam ,dan politik mundur atau berpuak yang tidak berkaca matakan kebenaran .

Bersepakat bukan bermaksud bersatu.

Bukan hasratku memanjangkan isu politik tulisan kali ini . Ceritanya sekarang ialah perlunya kita menambah koleksi kisah cinta tokoh - tokoh islam sebagai panduan , isu musibah cinta di kalangan muda mudi kita sehinggakan sanggup keluar agama dan masalah kesepakatan yang seharusnya mudah difahami kerana merupakan natijah kepada KEPINCANGAN & KEKELIRUAN CINTA diantara kita.( Kita maklum,lawan kepada cinta adalah benci,lawan kepada sepakat adalah berpecah.Jika suka berpecah maksudnya hati kita sentiasa penuh dengan kebencian atau macam-macam sifat negatif )

Jangan salah faham , Bukanlah seruannya parti politik islam atau melayu bersatu . Kita faham bersatu makamnya lebih tinggi dari bersepakat. Jika ingin makam yang tinggi itu kita pun rasa sangat luar biasa sukar.

Tapi jika ingin makam sepakat,apa masalahnya ?
Sepakat bermaksud jika ada perkara yang boleh kita setuju maka kita sokong bersama tanpa perlu meleburkan identity parti masing-masing kepada bergabung membentuk parti baru . Bukankah mudah paham ? . Budak-budak kecil pun boleh mengerti perbezaan bersatu atau bersepakat setelah dijelaskan dengan mudah . Inikan orang dewasa atau tua . Contonya sangat mudah lagi , lihat atau pelajari dari kesepakatan serta kematangan parti-parti bukan islam di Malaysia ini yang berkerjasama dalam isu agama , bahasa dan budaya mereka tanpa perlu-pun mereka leburkan identity parti masing-masing.

Kita mulakan dulu .

Akhir kalam Kita harus berkerjasama tanpa mengira kefahaman politik dan saling menjauhi tundingan jari kepada pihak lain . Ingat ! kita menunding satu jari kepada pihak lain ada tiga hari lagi yang menuju kepada kita. Mari bersepakat dan mainkan peranan masing-masing untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan yang menjadi titik tolak kepada kepincangan cinta remaja kini .

Jika orang politik tidak mahu paham juga . Biarlah mereka menjawab depan Allah azzawajala kelak . Walaupun Kita hanya rakyat biasa , kita tidak akan mudah tertipu oleh politik kepuakan mereka . Kita akan sangup lupakan titik perbezaan dan warna parti kegemaran kita demi bekerjasama atas nama Islam .

Semoga Allah swt merahmati kita semua.

Melayu sepakat islam berdaulat.

Membina ummah Beragenda.

Rujukan link . Tajuk: Mereka faham ISLAM adalah MELAYU,MELAYU adalah ISLAM,(MSIB)
http://addinlove.blogspot.com/2011/11/slogan-melayu-sepakat-islam-berdaulat.html

No comments:

Post a Comment