Wednesday, December 28, 2011

Daulat Tuanku

Catatan Addinlove.

28 December 2011.

Duduk seketika selepas solat subuh.

Aku duduk di beranda surau selepas bersalam dengan semua jemaah subuh . Tidak banyak perbualan tegur sapa hari ini , jemaah segera menyambar selipar masing-masing dan pulang. Kecuali aku dan seorang pakcik yang jarak duduknya dariku kurang lebih 3 meter . Dia sama sepertiku rasanya , sedang berzikir mathur atau muhasabah diri. Astagfirullah-al-azim...lidahku memulakan zikir , diulang-ulang istigfar pendek itu dan hanya didengari telingaku sambil akal-ku pantas mengimbau kembali sebarang kesalahan yang aku lakukan secara sedar atau tidak untuk dimuhasabahkan pada pagi ini .

Terkeluar juga dari imbauanku adalah persoalan ini :

Mungkinkah kesalahanku ? Sebagai insan yang sedar, tetapi masih tidak mampu memberi jasa terbaik atau sumbangan maksima kepada usaha mempertahankan Daulat Yang Di-Pertuan Agong yang tengah terancam hari ini akibat perpecahan bangsa Melayu .?

Daulat Yang Dipertuan Agong?

Apa tafsiran perkataan " Daulat " ? Apakah maksud dan gunanya perkataan “ daulat tuanku ” yang terpaksa rela disebut ramai orang apabila mengadap sultan atau Agong itu ? Apa kaitan “ Daulat tuanku ” dengan aku ? dan Dimanakah nilai Daulat Yang Di-Pertuan Agong hari ini ?

Soalan-soalan tersebut berlegar-legar di kepala-ku . Rasanya ramai lagi generasi – Y di luar sana tidak pedulipun soalan itu atau belambak (sangat banyak) juga yang 2x5 macam aku ( belum pasti dapat jawab soalan tersebut tepat 100% ).

Amanah adalah Daulat.

Sebelum aku bertanya kepada ustaz google , baik aku mencabar ilmu-ku dulu tentang maksud Daulat itu dalam diriku dan adakah betulkah sangkaan-ku istilah Amanah sebagai daulat?

Adakah Daulat bermaksud kuasa atau kesaktian ? jika ada orang yang tidak mengatakan “ Daulat Tuanku ” , maka dia akan mendapat binasa ? Tidak . Pasti Bukan itu . Ini kerana yang boleh memberi mudarat atau manfaat hanya satu-satunya Allah azawajala , tuhan yang menguasai seluruh alam .

Daulat pasti bermaksud kata hormat yang mengiktiraf kekuasaan seseorang . Tidak ada definasi kebaikan kepada kekuasaan melainkan ianya difahami sebagai amanah tuhan terhadap sesuatu.

Daulat tuanku adalah amanah buat tuanku . Jika rakyat jelata mengatakan “ Daulat tuanku ” , maksudnya rakyat juga menyediakan seluruh jiwa raganya untuk membahu amanah yang di pikul Tuanku.

Apakah Amanah dipikul Tuanku ? ( Yang Di-Pertuan Agong ).

Amanah utama Yang Di-Pertuan Agong adalah mempertahankan negara ini sebagai ISLAM dalam apa jua keadaan .

Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua pemerintah ISLAM yang akan menjaga ISLAM itu sendiri dalam setiap waktu dan keadaan . Bukti keseriusan ini adalah Yang Di-Pertuan Agong yang ditabalan penuh istiadat setiap setengah dekat (5 tahun) sekali WAJIB berSUMPAH dengan kalimah “ Wallahi Wabillahi Watallahi ” seperti yang terkandung dalam jadual 4 Perlembagaan Malaysia .-1-

Perasankah SUMPAH tersebut pada istiadat pertabalan Agong ke-14 yang berlangusng awal bulan ini !

Bila Agong wajib bersumpah begitu bersunguh-sungguh , maka seluruh rakyat jelata yang bermula dari kerabatnya , jemaah menteri , wakil-wakil rakyat sehinggalah anak kecil yang baru dilahirkan hari ini dari kalangan rakyat biasa tanpa mengira agama apa-pun WAJIB memikul beban amanah tersebut ( mempertahankan islam di negara ini ) demi mengekalkan kestabilan, keharmonian dan keselamatan negara ini.? Jika rakyat jelata yang tidak beragama islam , maka kehidupan dan hatinya tidak boleh dipaksa memeluk islam kerana islam itu bukanlah agama paksaan , tetapi serendah-rendah bukti kesetian mereka kepada Agong adalah TIDAK melakukan sesuatu yang mencabar kedudukan ISLAM di negara ini.

Rakyat jelata yang ISLAM ramai tidak peduli?

Bila rakyat tidak peduli maksud daulat ini , maka jadilah rakyat beban di negara ini . Daulat tuanku hanya dilaungkan dengan kuat ,bersemangat sehingga bergema , tetapi tidak lebih dari kerongkong mereka sahaja , tidak memberikan apa-apa makna .

Lihat saja tahun ini ada ahli akademik islam yang dilambung tinggi oleh kumpulan pejuang Hak Asasi Manusia yang kononnya dia berjuang menuntuk keadilan dan kebebasan hakiki sehingga sanggup mengkirtik dengan cara yang salah institusi beraja atau sultan , mendiamkan definasi Islam agama negara dan masih membiarkan hak-hak umat ISLAM sendiri dizalimi di bumi ini .

Jika itu ahli akademik yang dikatakan pakar perlembagaan , Apakah lagi yang boleh diharapkan dari anak-anak muda terpelajar generasi Y yang mungkin kebanyakannya menganggap tidak penting lagi institusi Raja Melayu hari ini .

Kisah Muhammad dan 50 pemuda Daulat. -2 -

Al-kisah di sebuah kampong tepi pantai . Diberi nama kampong 1001 kerana jumlah penduduknya 1001 orang , tidak lebih dan tidak kurang . lelaki muda dan dewasa seramai 401 orang , selebihnya orang tua, wanita dan anak kecil .

Suatu hari Kampong 1001 digemparkan teriakan gila seorang pakar matematik dan sejarah bernama Muhammad . Mengikut pengiraan-nya dan sejarah yang pernah melanda dunia ini yang tercatat dalam kitab lama , setiap 1001 tahun akan berlaku satu ombak besar 20 kaki dan tahun tersebut adalah kejadia-nya.

Hari itu juga dia baru jumpa formula tepat kira-kiranya dan mereka hanya ada semingu saja lagi untuk membina benteng pengelamat yang dinamakan Daulat dalam kitab lama .Ombak besar itu pula dinamakan Plural oleh kitab yang sama. Malah dalam kitab itu juga disebut sesiapa yang bekerjasama membina Daulat bagi menghalang ombak Plural akan masuk ke syurga. Maka anak murid Muhammad serius bukan kepalang berteriakan seluruh kampong agar orang muda lelaki yang jumlahnya 401 orang semuanya keluar “ bersepakat atau berkerjasama membina Daulat itu" .

Berdasarkan perhitungan Muhammad lagi , 6 hari sahaja diperlukan dengan jumlah 401 orang bekerja bergilir-gilir setiap 12 jam untuk membina “daulat”yang cukup selamat . Malangnya pada hari pertama hanya 10 orang pemuda sahaja yang bersedia membantu membina daulat kerana minggu itu juga ada pilihnraya memilih kelompok pemerintah kampong 1001 .

Ada 2 kelompok besar dalam kampong yang sibuk mempromosi calon masing-masing , melangsungkan tradisi debat rumah ke rumah dan di kalangan mereka juga ada pakar sejarah serta metematik yang merasakan kira-kira Muhamad tidak tepat dan masih akan sempat buat daulat selepas pilihanraya.

Maka tidak pedulilah ramai orang kampong dan pertikaikan Muhamad dengan tuduhan cuba sabotaj kejayaan kelompok yang lebih 60 tahun bersabar menantikan tahun ini mereka pasti akan menang pilihanraya dan menakluk Rajaberjaya (nama tempat kediaman ketua kampung) .

Pada Hari ke-6 hanya ada 50 orang pemuda yang telah kepenatan membina sedikit daulat yang tanpa henti sejak 5 hari lalu . Dengan linangan air mata ,Muhammad dan “ 50 pemuda-pemuda daulat” itu sedih melihat penduduk kampong yang sibuk ber-piliharaya yang jelas melalaikan mereka dari kerja yang lebih utama.

Parti bernama HAK ( hak asasi kampong) menang pilihanraya yang mereka idam-idamakan sejak 60 tahun lalu dan segera memaksa 350 pemuda lagi bekerja untuk membina Daulat . Malangnya pemuda kelompok yang kalah masih tidak mahu kerjasama .Katakanlah 400 orang bekerja pada hari ke 6 ,tetap semuanya telah lambat . Jika semua penduduk kampong 1001 berkerja ketika itupun tidak akan terhasil daulat yang diperlukan .

Hari ke 7 , sebelum subuh , satu ombak setinggi 20 kaki melanda kampong 1001 dengan sangat pantas . Daulat yang dibina hanya setinggi 5 kaki sahaja tidak memberikan apa-apa makna . Ombak Plural yang ganas tanpa perasaan terus menghempas kampong 1001 dan menelan isi kampong dalam perutnya . Sekelip mata kampong 1001 ditengelami air , tidak ada satu rumah pun yang selamat dan semua orang kampong 1001 mati tanpa seorang pun selamat dengan catatan sejarah kemenangan parti HAK sebagai pemerintah terakhir kampong 1001.

Ketika hari pengadilan yang mulut dikuncikan , tuhan bertanya : Antara berkerjasama membina daulat demi menyelamatkan nyawa dan merebut Rajaberjaya , mana yang lebih penting? Anggota badan yang terpaksa berkata benar yang jawapanya adalah daulat dan ada bukti bekerja ke arahnya dimasukkan dalam syurga. Yang sebaliknya dimasukkan dalam neraka.”

MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT.

Rujukan:

-1-Jadual 4 perlembagaan


-2-Kisah hikayat entah berentah kampong 1001 oleh addinlove.


PS:


1.link titah Raja Nazrin->http://www.youtube.com/watch?v=KiOb0BGPSFE

Kepada sesiapa sekitar penang dan kulim yang ingin file rakaman video ini boleh bawa pen-drive 2Gb keatas untuk ambil dari ana di pejabat ISMA penang.

2.hasil carian google: (http://dict.rewaz.org/search/browse/daulat.re)

daulat memberi maksud beriku:

  1. bahagia, kebahagiaan (pada raja-raja yang memerintah),daulat dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia,ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dan sebagainya),kuasa (raja, kerajaan),† tulah,ditimpa daulat kena tulah (raja)
    daulat tuanku a) benar tuanku, ya tuanku
    b) berbahagialah tuanku,mendaulat menjunjung (mengabdi, berkhidmat kepada raja),Indonesia, bahasa percakapan merampas (kekuasaan dan lain-lain) dengan tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (seperti raja dan lain-lain) dari kedudukannya dengan paksaan,berdaulat bertuah, berbahagia,mempunyai kuasa (yang tertinggi),(merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri,mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa.

Antara perkataan yang sesuai tekaan ada kuasa.Cuma kuasa yang diteka pula ditafsirakanku sebagai amanah.


No comments:

Post a Comment