Tuesday, July 24, 2012

Catatan Ramadan 1433H Bahagian 1

Catatan addinlove 21 Julai 2012 (1 Ramadan 1433H)

5:20 am,

Bersahur jamaie dengan ummi, kakak, adik-adik, kawan adik, maksu dan sepupu (anak-anak maksu).
"niat ramadan tidak perlukan lafaz pun.... dah tahu hari ini ramadan , atau sedar hari ini ramadan, maka telah ada niat puasa " kataku dalam waktu selingan sebelum masuk suapan nasi berikutnya.
"macam mana nak niat?" tanya seorang adiku.
"niat di hati, tak perlu sebut.... ya.... tidak perlu lafaz...nabi tak ajar.... lafaz tidak penting " lontaran pandanganku yang tidak mendapat respon pertahankan lafaz niat.
"Mungkin semua setuju atau malas nak layan aku pagi-pagi buta ni" monologku.

Selesai makan aku basuh tangan dan ke 'saprah' makan semula untuk mendapatkan air masak kosong sebagai finishing.

Tiba-tiba seorang adik perempuanku bertanya soalan seperti orang baru bangun tidur walhal nasi dalam pinggangnya hampir habis :
"hari ini hari apa ?...
"hari sabtu la".. suara seorang lagi adikku yang menjawab.
"kalau lupa hari ini hari apa , pun takpe.... yang penting tahu hari ini ramadan .... " kataku selamba.
"Ahh abang aiman ni... " tinggi suara adikku itu, tanda marah, disamping mendapat ketawa dari yang lain.

5 minit kemudin, dalam bilik dan kedengaran suara mengajar "nawaitu sawmaradin....."

"Emmm.... misi doktrinku tidak perlu lafaz niat.... kurang berjaya nampaknya." monolog jiwaku sendirian.

6:30am : 

Aku panggil semua duduk di ruang tamu dengan alasan "liqo tazkirah ramadan sekejap saje". Telahpun aku sampaikan sedikit hasrat dengan sms semalam. Antara yang aku sampaikan :
1. buat misi ramadan kali ini agar lebih baik dari ramadan sebelum ini. Aku bagi contoh , jika sebelum ini tidak penuh tarawih, maka kali ini cuba penuh. Kalau baca alquran tidak tamat 30juz pada ramadan lepas maka akan cuba kali ini.
2. buat misi ramadan sesuai kemampuan-jangan mahu ikut orang lain. aku contohkan diriku dalam membaca Al-quran Ramadan lepas bagaimana dan kali ini pula apa rancanganku.
3. isi penting yang menjadi menjadi objektif aku buat liqo ini. Harapanku , Ramadan kali ini mendisiplinkan sesuatu dari kata-kataku ini : 
"Secara berjemaah kita tidak akan buka tv selepas solat subuh dan maghrib serta semua berusaha duduk di ruang tamu ini untuk baca Al-Quran masing-masing dalam 15 minit atau paling kurangpun 1 muka surat kalau datang hari mood tak baik".
  
Gambar : Suasana selepas "liqo tazkirah ramadan sekejap saje". Hampir semua berkomitmen 15 minit dan lebih. Semoga kekal sehingga hari terakhir ramadan. Kalau bacaan kita lancar, 15 minit boleh habiskan 1/2 juz. Kalau buat subuh dan maghrib dapat satu juz.  

9:30 am :

Dalam dewan kursus. Ya, ada kursus penting yang menyesal tidak ambil masa di university dulu.

Hari pertama Ramadan terpaksa hadir kursus paling mencabar , tapi bukan cabaran fizikal, cabaranya pada mental dan rohani.....

Iaitu .... kursus kahwin. Bak kata beberapa teman : "kursus ust-ust cerita urusan sekitar nikah...semoga tidak jejaskan pahalaku...^^'

No comments:

Post a Comment