Monday, December 12, 2011

Apa yang kita tahu isu Syiah - Sunni ?




Permusuhan diantara syiah dengan Sunni merupakan isu yang tidak boleh dipandan remeh umat islam Malaysia hari ini . Isu penangkapan di Gombak , isu pembela-an atas nama hak asasi , hantar memorandum kepada yang dipertua Agung dan faktwa haram ajaran syiah di malaysia mencuri perhatian kita untuk selongkar misteri syiah-sunni ini .

Lambakan maklumat hujung jari yang tidak bersempadan , perdebatan secara terbuka di blog atau laman social , penghujah-an secara ilmiyah atau tidak , provokasi pelbagai pihak , ngo islam yang melakukan seminar pemantapan akidah , ahli politik islam yang diamkan diri atau nyatakan pendirian , pendedahan tulisan atau video pelik berkaitan ajaran Syiah dan usaha memberi penjelasan pelbagai pihak berkaitan isu syiah-sunni ini semakin menjadi-jadi .

Sepanjang sejarah Islam pula , Persengketaan antara kedua-duanya pernah sampai ke tahap pembunuhan yang tidak dapat dihitung banyaknya korban nyawa dan menjadikan satu bentuk fitnah kepada islam itu sendiri . Bagi orang islam awam yang jahil ( tidak mengetahui ) dari mana akar pangkal permusuhan ini sentiasa tidak habis-habis meluahkan rasa hairan kenapa hal ini berlaku ? – Ini kerana mereka “ berfahaman mudah ” syiah ini juga saudara mereka , salah satu mazhab islam , membawa ajaran islam dan beriman kepada pembawa risalah yang sama iaitu nabi Muhammad bin Abdullah saw.

Kenalilah perbezaan akidah Syiah-Sunni ! , Baru anda akan faham.

Cerita ter-mahsyur dari sumber sunni mengatakan Syiah ini bermula dari seorang manusia yang bernama Abdullah bin Saba . Nama Abdulah bin Saba ini turut tidak dapat disembunyikan dalam sumber Syiah walaupun ada ulama Syiah yang menafikanya sekeras-kerasnya ulama Syiah yang meriwayatkan-nya .

Diriwayatkan dari sumber sunni , dia seorang yahudi yang memeluk islam secara berpura-pura demi menghancurkan islam dari dalam . Misi Syiahnya mensasarkan masyarakat islam yang kurang ilmu atau jauh dari pusat pemerintah islam pada zaman khalifah Uthman lagi . Seruannya mudah iaitu mencintai ahlu bait dan fanatic kepada kepimpinan keluarga nabi ( ahlu bait ) sahaja . Isu Fanatic ( taksub melampau ) ini pula kemudiannya , “ tidak sah ” tanpa mem-package-kan kufur (menolak) kepimpinan daripada selain keturuanan nabi Muhammad saw .

Dari tiga modal asas ini ( iaitu mencintai ahlu bait , iktiraf kepimpinan dari keluarga nabi sahaja dan menolak selainya sebagai pemimpin ) serta satu modal tambahan iaitu perancangan jahat menfitnah sahabat nabi sendiri agar saling bermusuhan , maka tercatatlah sejarah hitam permulaan perang saudara pertama dalam Islam iaitu perang Jamal & Siffin . Selain itu fakta sejarah diwarisi sehingga masuk ke dalam buku teks sekolah kita hari ini menceritakan kelemahan sahabat nabi dari sumber yang lemah disiplin ilmunya , kurangnya asatizah (ilmuan) sunni negara kita yang merungkai persoalan perang Jamal & Siffin atau tidak tahu jawapan " fitnah peribadi buruk " sahabat , dan cerita-cerita yang pelik yang mempotretkan sahabat nabi sendiri pernah menzalimi keluarga nabi memburukan keadaan sehinggalah ke hari ini .

Maka tidak hairanlah jika fahaman syiah hari ini secara umumnya akan biasa perlecehkan sahabat nabi dan tidak mengiktiraf para sahabat nabi sebagai khalifah islam selepas kewafatan nabi Muhamad saw. Malah tidak dapat dikawal juga Syiah yang menanam doctrin tahap “ dewa ” iaitu me-mula-kan gejala takfir ( melabel istilah kafir serta melaknat dalam doa harian mereka secara khusus disebutkan nama ) tiga khalifah hebat Al-Rasidin sejarah islam iaitu Abu Bakar ,Umar dan Uthman kerana alasan konon-nya telah merampas kepimpinan dari keluarga nabi . Syiah beriqtikad sepatutnya khalifah Al-Rasidin selepas rasulullah wafat hanya layak disandang Imam Ali ra dan hanya-sanya akan diteruskan oleh keturuannya sahaja. Tidak terlepas dari lidah mereka juga laknat , pengkafiran dan gelaran keji kepada ummul mukiminin Aisyah rah . yang hanya terlepas dari ibadah takfir-laknat ahli-ahil syiah ini hanyalah empat orang sahabat sahaja . Itulah yang difahami secara umum dari syiah walaupun bukan semua syiah menyetujuinya atas sebab taqiyah atau-pun tidak .

Sumber Sejarah Siapa yang betul ? Sunnah atau syiah ?.

Saya orang awam sunni yang "masih freshie" mengkaji dari mananya hujung pangkalnya permusuhan syiah-sunni ini . Tidak dapat dinafikan isu ini adalah suatu yang sangat rumit seiring panjangnya usia konflik-nya . Telah dikhabarkan ada lebih 5000 buah buku dan 7000 topik yang membicara isu ini sepanjang sejarah kehidupan islam dari kaca mata ASWJ ( ahli sunnah wal jemaah atau sunni ) . Tidak diketahui pula berapa banyak yang ditulis oleh sumber Syiah . Memang sangat mencabar jika ingin mengkaji semua bahan bacaan yang ditulis sepanjang 13 kurun lebih itu . Selain masa ,tenaga ,dana ,penguasaan bahasa Arab dan Parsi diperlukan jika ingin faqih (pakar) dalam bidang kajian ini .

Sepanjang bacaan saya sekarang , kebanyakan sumber “penulisan ulamak sunni ” akan bermula dengan perbahasan akidah yang penting dengan menceritakan kedudukan sahabat dalam islam , merasional akal kedudukan Allah azawajala SAHAJA sebagai tuhan dan sedikit contradict ( saling bertentangan ) besar dalam pendapat kalangan ulamak sunni sendiri . Sebaliknya dari sumber buku syiah pula ada kisah yang tidak masuk akal dengan nilai penghambaan seorang muslim yang sepatutnya kepada Allah swt sahaja seperti mengangkat kedudukan imam Syiah kepada tahap kelebihan tuhan dan pandangan contradik ( saling bertentangan) di kalangan ulamak syiah sendiri yang mengkufurkan antara sesama mereka – ( Ada katakan ini strategi takiyah bagi mengaburi golongan sunni )

Berapa banyak mahu kaji ,tujuan apa dan sampai bila ?

Setiap Muslim maklum dosa syirik dalam akidah adalah yang tidak akan diampun oleh Allah azawajala. Oleh itu , tujuan saya mengkaji secara ringkas berkaitan siyah-sunni ini untuk keselamatan akidah saya sendiri , dan jika boleh saya mahu kongsi lakaran formula penyelesaian konfilk ini.

Berapa banyak mahu kaji ? dan sampai bila ? -tidak dipastikan lagi . Apa yang saya pasti , tugas saya banyak dan saya tidak ditaja oleh sesiapapun untuk khusus kajian dalam isu ini . Tidak mahu juga saya habiskan hidup yang seronok ini untuk kaji bab ini sahaja . Saya yakin ada lebih ramai ilmuan yang layak . Saya juga seperti anda , yang banyak kerja mahu dibuat . Jadi saya akan kaji apa yang asasnya (terutama - akidah) , mudah difahami , dan pastinya minima sehingga bab akidah syiah-sunni jelas berbeza atau sama .

Taqrib yang masih kabur.

Tapi saya rasa , jika telah mendapat gelaran professor dalam bidang kajian ilmu taqrib baina sunni wa syiah ( merapatkan atau mendamaikan diantara sunnah dan syiah ) ini , saya tidak optimis permushan di antara keduanya akan berakhir dengan mudah . Bayangkan , telah ramai tokoh-tokoh islam hebat menyerah atau berputus asa dalam usaha taqrib ini . Pernah berlaku dalam sejarah islam , taqrib sunni dengan syiah berjaya . Pihak syiah menyatakan sedia berdamai dan tidak akan mengkafirkan sahabat nabi kerana usaha seorang imam sunni yang hebat menundukkan hujah dari ulama syiah dalam satu debat . Tapi taqirb itu hanya bertahan seketika sahaja .

Pada pengamatan saya , ada 3 factor utama yang men-gagalkan usaha taqrib syiah-sunni sepanjang sejarah islam ini :

1. Sumber rujukan yang berbeza,

2. Isu taqiyyah (berpura-pura) syiah yang payah di nilai kerana melibatkan urusan dalam hati dan,

3. Para aktivis syiah atau sunni yang berdebat bukan atas dasar “ kebijaksannan ilmu

ke3-3 faktor ini sahaja sudah cukup syarat untuk menjadikan persengketaan ini berlangsung sehinggalah hari kiamat jika kita tidak menjumpai penawarnya.

Belum lagi di ambil kira faktor-faktor seperti pihak jahat menyamar dalam kelompok sunnah atau syiah yang sentiasa mencari jalan men-gagalkan usaha taqrib ini , pengkhianatan orang syiah yang betul-betul berakidah taqiyyah , Orintalis barat yang hebat mencatur permusuhan ini agar berterusan sepanjang zaman , salah faham dalam usaha berbaikan , percangahan serta perselisihan para ulamak di kalangan sunnah atau syiah sendiri dan orang kebanyakan yang tidak meminati keadah akhlaq ilmu serta selalu mendepankan emosi dalam bertindak .

Banyaknya masalah ! .Kalau begitu Sampai kiamat pun tidak akan berdamai ? , jadi apa guna kita mahu kenal syiah ini ? mengapa mahu cuba taqrib (merapatkan atau mendamaikan ) ? kita kafirkan sahaja syiah dan perang dengan mereka,habis cerita. Jangan begitu saudaraku ,sabar dulu .

Jangan gopoh dan menampakkan kebodohan diri.

" Sebelum bertanyakan soalan, boleh taqrib atau tidak , kita kena Tanya diri sendiri, Adakah aku ini kenal syiah? Jika tidak kenal syiah dan bersekongkol bersama mereka dengan sangka-an mereka seakidah dengan kita , ketahuilah akidah kita tidak selamat " .


Sangka baik dan usaha mencari titik persamaan tidak boleh dalam masalah akidah.

“ Apa masalah syiah ini ? mereka kan saudara kita juga ? Kenapa kita tidak sangka baik sahaja dengan syiah ni ? Kenapa asik nak cari titik permusuhan je? .Tidak bolehkah cari titik-titik persamaan. ” Tanya seorang bermazhab sunni kepada saya baru-baru ini.

“ Perbezaan syiah – sunnah (sunni) bukan seperti perbezaan antara mazhab hanafi,hambali,maliki syafiee dan mazhab ahli sunnah lain yang berbeza dalam isu feqah sahaja,tetapi perbezaan nya adalah dalam akidah ” balas saya ringkas.

“ Apa masalahnya akidah syiah ” tanya dia lagi.

“ Tidak bermasalahkah jika mereka mengkafirkan sahabat nabi ? ” balas saya.

“ Apa masalahnya kafirkan sahabat ” Tanya dia kembali.

Aku melihat dia dan berkata dalam hati “ Wo aloh , susah-la macam ni kalau tak tahu apa masalahnya kafirkan sahabat ”.

Kemudian kami meneruskan perbincagan agak lama , antara yang saya katakan :

1. Syiah ini akan tetap tidak boleh bersatu dengan sunni ATAS NAMA ISLAM jika masih berbeza akidah.

2. Kerana beza akidah - Syiah ini harus dilayah seperti berbezanya akidah islam dengan akidah agama kristian,budha atau selain agama islam . Ini bukanlah bermaksud berbeza akidah menghalalkan darah antara syiah-sunnah . Ambilah contoh hidup seperti bolehnya aman berkawan atau bermuamalah antara orang islam dengan orang agama lain di Malaysia ini.

3. Keadah sangka baik serta mencari titik-titik sepakat tidak boleh wujud dalam bab akidah kerana akidah bukan dibina dengan keadah bersangka-sangka dan menutupi kepincangan akidah seseorang itu .

4. Mempertikaikan sahabat termasuk dalam jenayah akidah kerana Al-quran dan hadis nabi yang sahih banyak berbicara redo Allah dan kemulian mereka. Jika kita mempertikaikan sahabat sama sajalah kita pertikaikan caturan Allah yang memilih sahabat untuk melakar sejarah islam di dunia ini .

5. Dan bab selain akidah tidak ada masalah untuk berkerjasama jika membawa kebaikan dan ada kepentingan bersama.

Mari sama-sama fikirkan.

Kalau sunni hanya percaya sumber sunni dan syiah pula hanya percaya sumber syiah , sampai bila-pun tidak boleh selesai . Jadi apa kata kita cuba satu keadah ini iaitu ketepikan kedua-dua sumber sementara waktu , gunakan keadah logik dan bertanyakan soalan berikut dalam diri ( Saya tidak bermaksud keadah hujah secara logik adalah yang terbaik.Keadah ilmiyah berdasarkan "fakta sejarah yang kuat disiplin ilmunya" lebih berkesan ).

1. Logik-kah sahabat yang berjuang bersama nabi , mencintai nabi dan ahli keluarganya menzalimi keluarga nabi selepas nabi wafat .? Contoh kisah umar yang menedang pintu rumah sehingga jatuh mencederkan Fatimah. Apa logiknya cerita ini ?.

2. Logik-kah kita yang tidak pernah bersama para sahabat dan tidak tahu cerita sebenar zaman tersebut , menghina atau perlecehkan sahabat sehingga ada yang sanggup mengkafir serta laknat kan sahabat nabi dalam wirid-wirid harian kita.? Siapa kita yang rasa diri lebih baik untuk hina sahabat nabi ?

3. Mengapakah harus benci pada sahabat atau pemerintah islam lalu yang menzalimi keluarga nabi sehinggakan kita hidup dengan hari-hari penuh kebencian atau selalu tengelam dalam nostagia emosi yang tidak berkesudahan ?

4. Adakah bermain emosi dengan nostalgia sejarah adalah cara hidup islam ? Mampukah kita boleh balik ke masa lampau dan berjumpa Abu bakar untuk menasihati dia agar tidak ambil kepimpinan kerana satu masa nanti umat islam akan tidak puas hati jika dia jadi pemimpin .? Siapakah yang kita salahkan sebenarnya ? – salahkan Allah kerana Allah telah jadikan Abu bakar,umar dan uthman khalifah ? salahkan Allah kerana menjadikan dynasty ummawiyah mengambil kepimpinan dari keluarga nabi ? – Adakah kita pertikaikan ketentuan Allah sebenarnya ?.

5. Pernahkah ASWJ (sunni) mengkafirkan ahlu bait dan keturuannya ? Apa salahnya sunni yang turut mencintai ahlu bait dengan caranya sendiri ? juga wajarkah kita marah sangat pada mereka kerana tidak mahu mencintai ahli bait seperti Syiah cintai ?

6. Apa rasionalnya Taqiyyah ( berpura-pura ) yang sangat bertentangan dengan roh islam ?.(Jika Syiah yang TIDAK berakidah takiyah – cuba tanyakan diri sendiri : Bagaimana kita mahu pastikan kata ulamak syiah yang mengkufurkan sebahagian ulamak syiah sendiri adalah benar ? Apa ada jaminan Syiah tidak bertakiyah sesama Syiah sendiri ? - contohnya: Ulamak Syiah bertakiyah kepada pengikutnya demi jawab balik soalan sunni atau “ cover [tutup] ” catatan pelik yang tercatat dalam kitab agung Syiah sendiri ).

7. Cuba letakkan diri sebagai seorang wanita syiah dan bertanyakan soalan ini : Apa manfaatnya nikah Mutah ini selain kepuasan nafsu ? entah berapa ramai lelaki aku telah layan ? siapa nak bela anak aku ini ? Islam-kah begini ? apa beza aku dengan pelacur ? pelacur sah di sudut syarak dengan akad mutah ?


PS: Soalan-soalan di atas ditimbulkan secara umum tanpa membeza yang ultra syiah atau syiah yang moderate.

Syiah di Malaysia .

Tindakan Jabatan Agama yang membuat tangkapan dan mendedahkan gerakan Syiah yang semakin membiak di Negara Malaysia tercinta ini adalah sangat tepat dan tidak akan sezalim yang pernah dibuat syiah kepada sunni dalam sejarah . Ini kerana gerakan syiah ini boleh menganggu ketenteraman Negara bermazhab ASWJ( sunni ) Iman Syafie. Faktwa kebangsaan yang berkaitan ajaran ini harus di-SEKAT , perlu dipandang serius oleh semua pihak . Semua pihak harus memainkan peranan membendung “Syiah jadian” di Malaysia ini seperti sokongan kita kepada Prof Dr Yusuf Qarawi yang berfaktwa: ” Negara Syiah janganlah sunni membuat kacau dan Negara Sunni juga pendakwah syiah tidak boleh menyebarkan dakwahnya ”.


Dalam kontekas Negara islam Malaysia hari ini , usaha taqrib antara sunnah dengan syiah tidak harus timbul dan tidak perlu pun lagi sebarang usaha kearah itu . Seperti yang dijelaskan , kedudukan sunni di Negara ini yang sangat mendominasi , syiah pula sangat minority dan syiah juga tidak ada bukti dizalimi teruk oleh pemerintah sunni. Jika tidak percaya, tanyakan soalan ini : “ Adakah pemerintah sunni Malaysia sekarang menzalimi syiah di Malaysia ini sampai kepada tahap tribulasi tanpa sebab seperti peristiwa kejatuhan iran dan Iraq yang sejarah merakamkan kebencian Syiah melalui penyiksaan , perkosaan ,dan pembunuhan golongan sunni atas alasan dia sunni atau bernama Abu bakar ,atau Umar atau Uthman sahaja ”.

Jadi , saya melihat tidak perlu-pun sebarang usaha taqrib antara syiah dengan sunni di Negara ini. Usaha yang perlu dilakukan secara senergy dan sepadu oleh semua pihak dengan kelebihan masing-masing adalah membendung pembiakan teologi syiah ini dengan cara ilmu , perdebatan yang bijaskasana dan tindakan –tindakan yang teliti oleh pihak yang berkuasa .

Perlu diperingatkan ! Syiah Jadian sekarang mengambil kesempatan meluncur atas ombak pluralisma yang sedang melanda negara se-awal abad melinium ini yang menyaksikan mereka turut mengunakan platfom perjuangan hak asasi serta kebebasan bersuara bagi menghalal-kan juga dakyah “ syiah jadian ” ini.

PS: Istilah syiah jadian oleh saya ini ditujukan kepada mereka yang telah meng-imani teologi syiah selepas tahun 1979 atau mengkagumi permulaan revolusi sehinggalah berjaya menjatuhkan syah-iran. Jika syiah di malaysia ini bukan dari 2 golongan ini maka saya namakan mereka syiah asli Malaysia .

"Syiah jadian" pada pandangan panel akidah JAKIM.

Perhatiakan kata-kata tokoh JAKIM ini yang memberi label “ syiah jadian ” kepada syiah di Malaysia ini secara umumnya . Al-fadil Ustaz Aizam Mas'ud yang merupakan seorang wakil Panel Aqidah JAKIM menulis di blognya -1- :

" Pengikut Syiah jadian (Malaysia) sering mendakwa memeluk Syiah setelah mengkaji tentang Syiah, lalu memutuskan untuk meninggalkan Ahli Sunnah. Sedangkan ketika menjadi Sunni mereka tidak pernah mendalami Ahli Sunnah berdasarkan disiplin dan sumber Ahli Sunnah sendiri . Akhirnya mereka hanya akan mengenali Ahli Sunnah menerusi persepsi Syiah yang menyeleweng."
Syiah Jadian di Malaysia juga menampakkan kedangkalan ilmu dan takiyyah yang aneh. Kata beliau lagi:

" Denial syndrome yang berterusan. Sukar untuk diajak berdialog dengan Syiah kerana mereka tidak yakin dengan kebenaran anutan sendiri. Apabila diajukan soalan beserta hujah dan bukti menerusi sumber-sumber mereka sendiri, semuanya dinafikan. Mereka sendiri yang mengatakan 'imamah' itu rukun utama dalam Syiah, tetapi apabila ditanya apakah hukumnya Ahli Sunnah yang menolak rukun utama itu secara iktikad, tiada jawapan konkrit diberikan, tetapi terus menafikan bahawa Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah yang menolak 'imamah' padahal mereka sendiri mengakui itu rukun yang tak boleh ditolak. Sedangkan bagi Ahli Sunnah, tanpa kompromi dan berselindung, barangsiapa yang menolak salah satu daripada rukun Islam maka jawapannya adalah kafir, terkeluar daripada Islam.

Escapism syndrome dalam berhujjah. Bila dihujjahkan bahawa Syiah itu boleh membawa kepada perpecahan ummah, maka dijawab kononnya di dalam Ahli Sunnah juga terdapat perpecahan. Padahal yang dibincangkan adalah perpecahan dalam soal prinsip (usul) yang tidak dibenarkan oleh agama. Bila ditanya kedudukan Ahli Sunnah menurut Syiah, bukan dijawab secara ilmu berdasarkan nas-nas dan sumber Syiah, tetapi dialihkan perbincangan kononnya mereka juga memakan sembelihan Sunni, menghadiri kenduri Sunni dan lain-lain yang menunjukkan pada zahirnya mereka tidak mengkafirkan Sunni. Tetapi persoalan utama iaitu kedudukan aqidah golongan Sunni di sisi Syiah langsung tidak dijawab.

Sindrom taqiyyah yang melampau. Dalam dialog tersebut, langsung tidak kedengaran pihak Syiah berhujjah dengan sumber-sumber mereka sendiri. Mereka mengaku bermazhab Alul Bayt dan ikutan mereka adalah para imam Alul Bayt, tetapi di mana sandaran mereka terhadap Alul Bayt itu? Adakah ia bersanad atau sekadar dakwaan semata-mata ataukah sebenarnya mereka lebih percaya kepada dalil-dalil daripada kitab Sunni sehinggakan tiada suatupun dalil dibawakan daripada kitab-kitab mereka sendiri seperti al-Kafi, Man La Yahdhuruh al-Faqih, Tahzib al-Ahkam, al-Istibsar dan lain-lain. Bila pihak Sunni membawakan dalil daripada kitab mereka, dikatakan pula bahawa kitab itu tidak sahih atau tidak muktamad di sisi Syiah, bermakna apa sumber yang sahih dan muktamad dalam mazhab Syiah? Ada atau tidak? Atau sebenarnya Syiah bertaqiyyah sehingga tidak berani mengakui kitab-kitab rujukan mereka sendiri."

Boleh taqrib dalam pandangan saya.

Saya membolehkan taqrib pula jika melihat isu syiah ini secara men-dunia seperti pandangan tokoh islam Dr Yusuf Qarawi dan ulamak sunni dunia lain yang masih sedikit kompromi mereka dengan istilah Islam . Disebabkan inilah kita akan melihat pandang ulamak dunia berbeza dengan faktwa ulamak Malaysia . ( Majlis Faktwa kebangsaan yang mengharamkan syiah sepenuhnya adalah demi kebaikan dan keharmonian negara kita ).

Memang tidak rasional jika sunni tidak memikirkan cara bijak politik untuk berhadapan 300 juta syiah di seluruh dunia terutama Negara yang dipimpin oleh pemerintah Syiah sendiri . Walaubagaimanpun taqrib dengan syiah ini dalam pandangan politik tidak boleh menyatakan setuju-nya dengan akidah syiah . Taqrib yang saya maksud-kan adalah dalam hal selain akidah seperti hubungan perdagangan , berkongsi system pendidikan , berkongsi system teknologi atau apa-apa sahaja hubungan selain akidah seperti yang dicontohkan hubungan kerjasama negara kita dengan Negara-negara bukan islam yang lain .

Nasihat Addinlove untuk kebaikan bersama.

Kepada sesiapa yang telah rasa diri telah menjadi syiah , syiah jadian atau baru mahu berjinak-jinak menjadi syiah saya cadangkan agar menilai dalam kaca mata ilmu , jangan tengelam dalam nostalgia emosi sejarah yang tidak boleh diubah dan hentilah dakyah kalian dalam negara sunni yang aman ini . Dakyah kalian harus dihentikan kerana dalam negara kita , hubungan sunni-syiah masih aman damai . Jika kalian meneruskan sebar-luaskan dakyah kalian , ketahuilah , kalian-lah Asbab ketidak harmonian atau perpecahan negara kita kelak . Adakah fahaman syiah suka mengajar rosakkan kemanan sebuah negara yang telah aman ? . Sunni-Syiah akan tidur dan bangun seharian dengan aman jika dakyah kalian tidak membiak . Yakinlah komuniti Syiah yang kekal minority akan dilayan adil dan terjamin oleh kerajaan sunni Malaysia seperti komunity idelogi lain yang juga kecil dan tidak berkembang mencabar kedaulatan negara islam ASWJ di Malaysia ini.

Saudara-ku Sunni : Bersatulah pertahankan akidah dengan bijaksana .

Saya juga ingin memberikan sedikit nasihat kepada beberapa orang sahabat sunni yang “ declare war ” (warwarkan perang ) 24 jam dengan syiah di malaysia ini dengan nasihat : “ Ya akhi , Jangan terlalu gopoh menyerang syiah sehingga menampakkan emosi kebencian memanjang kepada syiah seperti mereka membenci kita atas nama sunni . Ingat ! kita bukan benci syiah kerana namanya Syiah , kita belum lagi diuji berdepan sebenar-benarnya syiah ini , jangan menampakkan kedangkalan akhlaq islam kita dalam menjelaskan hakikat syiah ini , nafas kita perlu panjang , teguran kita perlu bijaksana serta adil , jangan menampakkan kecenderungan sokong atau serang parti tertentu sahaja dan berstrategi sekali sekala menyentuh isu-isu jahiliyah umat Malaysia yang masih bersepah di luar sana.”

Saudarku sunni sekalian yang dicintai kerana Allah , mari bersama-sama kenal sunni (ASWJ) kita dengan menambahkan ilmu melalui pembacaan , aktif berdakwah dalam apa jua wasilah , bersama gerakan-gerakan islam yang jelas akidahnya dan ikuti-lah pengajian secara formal atau tidak formal berkaitan ilmu serta sejarah islam .

Semuanya kita akan ditanya depan Allah azawajala kelak apa yang kita buat demi akidah dan umat kita . Kita harus berperanan dengan kelebihan yang Allah swt berikan agar kita mampu berkerjasama membina dinding akidah ASWJ yang kuat dalam misi membendung ombak tsunami pelbagai ideologi atau teologi pelik yang sedang melanda negara kita atas nama hak asasi manusia.


Semoga Allah merahmati kita semua Ahli sunnah wa jamaah yang akan menjaga keharmonian Negara islam ini dari anasir akidah yang selewang dari jalan Islam.

Perjuangan akidah-lah sebaik-baik perjuangan Islam.

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari-nya.

Melayu sepakat islam berdaulat.

Membina Ummah beragenda.

Wallahwalam.

Addinlove,13 dec 2011,3:40 pm

Rujukan:

-1- http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/12/dialog-sunni-vs-syiah.html

3 comments:

  1. Antara sumber sunni dalam menjelaskan isu Syiah-sunni dan kenapa dikaitan dengan AKIDAH ?:

    [ luangkan sedikit masa untuk membaca ,dengar dan lihat link-link dibawah ,INSYALLAH sangat bermanfaat , anda tidak akan rugi melayan-nya ]

    1.http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah4/tajuk5.htm

    2.http://www.hafizfirdaus.com/ebook/buku_syiah/siri4/Kandungan.htm

    3.http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Risalah4/Himpunan%20Risalah%204%20Topik%2010.htm

    4.Pandangan padat , ringkas ,sederhana dan sesuai untuk umum dari Dr Asri berkaitan syiah.

    http://drmaza.com/home/?p=1306

    5.audio--->mukadiman sahih bukhori,memahami disipilin ilmu yang mantap ada pada ulamak ASWJ dan tidak pada mazhab yang lain.

    http://www.mediafire.com/?qmktphl8nml

    6.video-->mukadiman sahih bukhori,Ust Asri (kelantan).

    http://aburedza.wordpress.com/tag/maulana-mohd-asri-yusuf/

    ReplyDelete
  2. tambahan perkataan mazhab dalam nokhtah 5 bermaksud mazhab akidah.

    ReplyDelete
  3. link yang saya bagi di akhir tulisan.

    http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/12/dialog-sunni-vs-syiah.html

    mungkin agar sukar difahami oleh orang yang baru sangat dalam bab syiah ini atau yang tidak berjumpa syiah.

    saya akan memberikan sedikit komen kata-kata ust aizam di atas untuk memudahkan fahaman anda:

    " Denial syndrome yang berterusan. Sukar untuk diajak berdialog dengan Syiah kerana mereka tidak yakin dengan kebenaran anutan sendiri. Apabila diajukan soalan beserta hujah dan bukti menerusi sumber-sumber mereka sendiri, semuanya dinafikan.

    Mereka sendiri yang mengatakan 'imamah' itu rukun utama dalam Syiah, tetapi apabila ditanya apakah hukumnya Ahli Sunnah yang menolak rukun utama itu secara iktikad, tiada jawapan konkrit diberikan, tetapi terus menafikan bahawa Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah yang menolak 'imamah' padahal mereka sendiri mengakui itu rukun yang tak boleh ditolak. Sedangkan bagi Ahli Sunnah, tanpa kompromi dan berselindung, barangsiapa yang menolak salah satu daripada rukun Islam maka jawapannya adalah kafir, terkeluar daripada Islam."

    Komen saya---> Denial syndrome = istilah ust aizam yang bermaksud penyakit BURUK MENAFIKAN.

    Komen saya--->'imamah'= Kelompok terbesar dalam syiah.Kebanyakan Syiah di malaysia bermazhab Jafari dan MEYAKINI "imamah" ini. Mereka meyakini HANYA 12 orang imam dari keturunan nabi sebagai khilafah yang sebenar nya dan menafikan khalifah dari sahabat atau selain darah keluarga nabi (telah dijelaskan di atas).Syiah juga yakin imam ke 12 adalah imam mahdi yang telah dilahirkan pada kurun ke 3 hijrah.Dia telah hilang entah kemana(tidak logik kalau dia hidup sekarang usianya 1100 tahun lebih)dan syiah tidak mampu menjawab di mana dia sekarang yang misinya akan jelmakan diri sebelum kiamat nanti.

    Komen saya---> Ust Aizam menjelaskan kepada kita : kalau kita kufurkan apa yang kita iktikat sendiri (yakin dalam hati) maka kita kafir. Diberikan contoh ;Seseorang yang berakidah ASWJ akan kafir jika menolak rukun islam .

    TAPI YANG ANEHNYA SYIAH INI boleh buat perangai itu.Cakap "berbelit-belit" dan tidak difahami bila di ajukan soalan : Kalau ASWJ tolak imamah mcm mana ? (kenataan ust aizam:Mereka sendiri yang mengatakan 'imamah' itu rukun utama dalam Syiah, tetapi apabila ditanya apakah hukumnya Ahli Sunnah yang menolak rukun utama itu secara iktikad, tiada jawapan konkrit diberikan, tetapi terus menafikan bahawa Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah yang menolak 'imamah' padahal mereka sendiri mengakui itu rukun yang tak boleh ditolak.)

    Ternyata terbongkar-lah muslihat TAKIYYAH syiah jadian ini, percakapan yang ajaib dan pelik , " MENAFIKAN APA YANG DI ANUTI SENDIRI ? "

    Ya Allah jauhkanlah kami ASWJ dari akidah yang pincang ini.

    ReplyDelete