Friday, December 16, 2011

Ta'adud Jemaah.

“ Akhi , seorang kawan ana yang ayah-nya merupakan aktivis jemaah A bertanyakan ana : kenapa kita tidak masuk saja jemaah “ besar ” yang sedia ada dan suka masuk atau membentuk kelompok jemaah kecil yang lain ?. Jika jemaah yang besar itu ada kelemahan di suatu bahagian seperti tarbiyah , kenapa yang tahu tarbiyah tidak masuk dan baiki tarbiyah jemaah besar tersebut ? Kenapa mahu buat jemaah lain , ikut jemaah lain atau berpecah ? ” suara sahabat-ku itu serius memerlukan pandangan.

“ Emm , soalan lama lagi dan sampai bila agaknya akan berakhir ? ” monolog dalaman-ku sendirian.

“ Akh , anta pernah dengar istilah ta'adud jemaah? ” tanya-ku semula.

“Emm….Tak pula. ” balasnya .

" Ta’adud jemaah bermaksud berbilang atau banyak jemaah . Soalannya ta’adud jemaah ini adalah , boleh atau tidak ? , saling berkerjasama dan melengkapi ? atau saling bermusuh dan menjatuhkan ? . Ana ada seorang ikhwah yang telah menulis isu ini dengan baik (kesimpulannya) dan, ber-ilmiyah . Nanti Ingatkan Ana untuk bagi link tulisan ikhwah-tu . Anta boleh baca atau print bagi kawan anta itu untuk memahami isu tau’dud jemaah ini ”. jelasku (-link di bahagian rujukan-1-)

Bukan meminta ( jemput atau pelawa penuh adab) , tapi memaksa dan memboikot jika tidak setuju.

“ Masalah dia bukan sahaja jenis “ meminta masuk ” tetapi macam “memaksa” , dan ( menunjukkan reaksi ) tidak boleh berlapang dada dengan banyaknya jemaah islam atau sesiapa saja (individu atau tidak) yang tidak mahu bersama jemaahnya . betul ? ” teka-ku pohon kepastian.

“ Ya, betul akhi ! ” balas sahabat-ku sambil angguk-kan kepalanya .

Kemudian kami berborak kes-kes lain “ se-adik-beradik perangai ideology itu ” yang masih bersepah di luar sana hatta dalam university tempatan atau luar negara . Sumbernya dari apa yang dibaca , didengari , dan di-alami sendiri .

Turut dikongsikan pandanganku terhadap ta'adud sekarang , Istilah Jamaatul Muslimin , analogi mudah untuk faham istilah jemaah sekarang , masalah dalam usaha menyatukan , apa sikap yang sepatutnya dipegang , dan apa usaha kita yang sebenarnya mudah saja untuk menyatukan banyaknya jemaah islam di Negara kita ini.

Ta’adud pada pandangan-ku.

Ta’adud ( Kepelbagaian ) jemaah islam pada zaman sekarang adalah suatu yang harus kita terima . Kita belum lagi berada dalam sistem pemerintahan khilafah islam yang ada hak atau kuasa menyekat kewujudan berbilang jemaah atau jemaah kecil yang tidak mahu berbaiah dengan “ khilafah yang diiktiraf ” seperti yang ditunjukkan dalam maksud hadis sahih ( kurang lebih) - jika ada dua khilafah , yang baru ditubuhkan harus dihapuskan .

Sejak pembubaran rasmi sistem khilafah terakhir iaitu Turki Uthmaniah pada tahun 1924 , Kamal Al-Tartuk telah menghilangkan sepenuhnya kuasa khilafah Sultan Abdul Hamid 2 dan mengantikan dengan system pemerintahan sekular . Ramai ulamak dan sejarahwan telah bersepakat dari tahun tersebut sehingga hari ini , tidak ada lagi sesiapa-pun yang layak menganti atau berhak atau rasakan mereka-lah jemaah Islam yang paling sesuai mengemban sepenuhnya tugas “ Jamaatul muslimin atau khilafah ” ( pemerintah islam yang diiktiraf menaungi semua umat dan negara islam ) .

Begitu juga dalam skala yang kecil seumpama sebuah negara Islam . Masih banyak perselisihan pandangan dari para ilmuan islam sendiri soal siapakah " Pemerintah wajib ditaati 100% (sepenuhnya) " dalam negara tersebut sehingga mempunyai kuasa sepenuhnya " menyekat kelompok islam lain yang sealiran ".

"Kelompok islam lain sealiran" memberi maksud ta'adud jemaah yang sedang kita bincangkan adalah dalam masalah furu , pendekatan atau kata lainya bukan berbeza dalam masalah usul . Dalam masalah usul seperti akidah yang berbeza dari penganut majority atau "pemerintah islam yang sedia ada" , ramai ulamak tetap memandang serius ta'adud jemaah seperti ini tidak dibolehkan kerana suasana tidak harmoni atau ketidak stabilan di kalangan orang islam boleh berlaku lebih serius . Sebagai contoh , Pemerintah negara islam Malaysia yang beraliran Ahli sunnah wal jamaah(ASWJ-sunni) tidak boleh berkompromi dengan ta'adud jemaah bukan sunni atau " jemaah-jemaah yang katanya islam" seperti jemaah Syiah, jemaah nabi melayu, jemaah anti-hadis dan jemaah lain sewaktu denganya yang berbeza dari akidah ASWJ.

Negara kita juga belum ada Jamaatul Muslimin.

Bila seseorang " perasan " Jemaah A di Malaysia ini “ besar atau yang paling mendominasi ” itu belum tentu Jemaah A boleh berperanan sebagai khilafah umat islam Malaysia yang paling layak di ikuti , di bai’ahkan dan berhak mencatur jemaah yang lain agar bernaung di bawahnya . Lagi dangkal-lah SEKIRANYA kita tahu jemaah A itu belum menjadi pemerintah rasmi kerajaan Malaysia yang dipilih melalui system yang ada ( demokrasi-pilihanraya ) tapi “ telah ada ahlinya atau pemuja-nya ” lebih lajak dari laju buat perangai .

Jemaah A tetap di istilahkan oleh para ulamak sebagai “ Jamaah minal jamaatul muslimin ” ( jemaah dari jemaah islam ) atau maksud lainya “ salah satu kelompok dari jemaah orang muslim ” .


Bagi memahami lebih baik istilah “ Jamaah minal jamaatul muslimin ” ada satu buku bagus yang ditulis secara ilmiyah oleh Hussain bin Muhammad bin Ali Jabir sehingga kajianya itu di di-iktiraf University terkenal salafi ( kita tahu ramai tokoh university itu anti hizbiyah atau anti wujudnya kelomok jemaah islam ) ” iaitu University Madinah Al-Munawarah . Dijudulkan bukunya “ Menuju Jamatul Muslimin”. (PS : Buku yang ada pada tangan saya bahasa Indonesia , belum ada lagi bahasa Malaysia ).

Sebenar-nya ada banyak jemaah yang lebih besar dari jemaah A di dunia ini atau di Malaysia sendiri jika kita kaji secara mata kasar saja . Tapi mereka tidak berani pulak claim ( tuntut ) paling layak diikuti , dan berperangai tidak boleh ada jemaah lain menyalahi mereka .

Cuba kita lihat Jemaah Tabligh (JT) , Berapa ramai pengikutnya di Malaysia ini ? . Itu baru Malaysia , belum seluruh dunia . Begitu juga Ikhwanul Muslimin (IM) yang di-iconkan “Jemaah harapan kebangkitan ” islam abad ini sehinggakan jemaah A pun mungkin berminat menyamar sebagai wakil IM di Malaysia . Tapi sayang-nya IM hanya iktiraf satu saja “ wakil sah “ daripada setiap buah negara. Dengarnya sekarang telah ada lebih 100 buah negara cawangan manhaj IM . Kesimpulan-nya , JT dan IM ini masih tidak berani istihar mereka-lah Jamaatul Muslimin . Juga Hizbu Tahrir (HT) yang ada hampir di semua Negara yang boleh buat demonstrasi jalanan , juga tidak layak kata-kan merekalah khilafah zaman ini . Belum diambil kira lagi Jemaah Syiah (JS) yang katanya punya pengikut lebih 300 juta di seluruh dunia yang beriktikad “ khilafah sebenar “ hanya dari darah Rasulullah saw sahaja.

Disebabkan Jemaah A juga salah satu kelompok islam (Jamaah minal jamaatul muslimin) , tidak salah kita analogikan mudah perkataan “ Jemaah A ” sebagai “Sekolah A” .

Katakan sekolah A yang paling besar , paling banyak cawangan dan tertua di Malaysia ini . Tapi malangnya masih ada kelemahan “subjek matematik” sehinggalah hari ini . 1001 cara telah dibuat bagi selesaikan masalah ini . Punca besar dikesan , iaitu gurunya yang tidak “ mahir atau pakar ” . Maka cara paling mudah adalah menjemput guru pakar matematik dari sekolah lain untuk berkhidmat di sekolah A .

Masalah timbul bila pinangan-nya ditolak. Soalannya disini : Adakah wajar kita salahkan pakar tersebut Jika dia tidak mahu ? dan Kita buat juga macam-macam cara seperti mengugut atau paksa dia . Professional-kah perangai seperti itu ? .

Kenapa saja jemaah A sendiri tidak menghantar guru-nya untuk belajar matematik di luar Negara sehingga pakar dalam matematik standing guru sekolah lain yang dicemburuinya. ?

Telah buat , tapi bila balik Negara sendiri masih tidak se-pakar yang ada di sekolah lain , macam mana?. Kalau begitu jangan-lah risau , ajar saja subjek matematik apa yang termampu , kerana Allah tidak bebankan apa yang kita tidak mampu dan terima-lah hakikat jika ada anak murid mahu belajar juga dari guru pakar matematik di sekolah lain . Juga berlapang dada lah serta hormati-lah keputusan pakar matemaik lain yang tidak minat sekolah A. Kita juga tahu , Tujuan semua pakar matematik mengajar tetap sama , iaitu mendidik anak bangsa kita agar hebat matematik , tapi mungkin dengan formula atau cara kerja yang berlainan , jadi apa masalahnya ?

Tiada siapa sukakan jemaah islam berbilang atau ber-pecahan.

Tiada siapa mahu banyaknya jemaah-jemaah islam yang bawa kepala masing-masing , kecuali dia orang yang berpenyakit . Jika sekelompok atau seorang individu berilmu tidak puas hati atas kelemahan jemaah kita , cubalah pertamanya kita muhasabah diri di mana-kah silap kita sebelum tunding jari kepada ilmuan tersebut.

Tanya dalam diri , Adakah kita mampu membaiki kekurangan atau kelompongan kita itu ? Jika tidak mampu baikinya , maka terimalah wujudnya jemaah B, C , dan D atau berapa banyak lagi kelompok islam yang lain AKAN melengkapi kelemahan kita secara tidak langsung . Ini-lah kita namakan "kesepakatan jemaah-jemaah islam" yang bekerja secara synergy .

Masalah asas dalam Usaha menyatukan.

Asasnya ada Dua Masalah orang yang ingin cuba menyatukan jemaah-jemaah islam . Pertama kecetakan ilmu dan kedua kedangkalan akhlaq .

Masalah kedangkalan akhlaq lebih perlu diutamakan . Akhlaq yang pincang lahir dari lisan , perbuatan dan merasa hebat ilmu yang ada di-dada sendiri daripada ilmu orang lain . Ada orang menyangka-kan diri tengah berusaha untuk satukan jemaah-jemaah islam , tetapi yang berlaku adalah sebaliknya iaitu semakin banyak perpecahan dan permusuhan disebakan olehnya . Sebab itu nabi kita ada mengajarkan ; jika tidak tahu cara , lebih baik diamkan diri .

Beza pandangan atau beza jemaah tidak boleh "celaru akhlaq".

Al-fadil ust Hasrizal (saifulislam.com) menasihati secara umum:

"Membawa akhlaq yang bertentangan tidak sama dengan membawa pendapat yang bertentangan. Kecelaan akhlaq mesti ditegur. Mesti diperbetulkan. Untuk menyatakan pendapat yang berbeza, kita tidak perlu menjadi kurang ajar, menggunakan perkataan yang kasar, apatah lagi mempersoalkan isi hati orang lain ketika mana kita bukan Tuhan yang boleh menyingkap apa yang ada di sebalik tulisan dan percakapan seseorang. Kita sewajarnya hanya menghukum pada apa yang zahir, kemudian bertaqwa kepada Allah untuk menguruskan apa-apa yang tersembunyi.-2-

Nasihatlah denga cara yang lebih baik .

Allah swt berfirman:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [16:125]’

Ayat ini adalah asas dalam memahami dakwah atau usaha untuk mempengaruhi orang lain agar berada di atas landasan yang benar ( Jalan tuhan-MU-Allah swt ) . Pengajaran dari ayat ini adalah , Kita harus menyeru kepada apa yang kita inginkan (dalam isu kali ini adalah seruan agar ta'adud jemaah berkurang ) :

1. Dengan hikmat kebijaksanaan
2. Dan nasihat pengajaran yang baik,
3. dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;

Sedikit pengalaman dalam pemilihan jemaah-ku.

Saya tidak mengemari titel atau nama atau gahnya sejarah suatu Jemaah Islam dalam Malaysia atau luar negara ini . Nama saja Gah ! tapi praktikalnya tidak seperti yang digambarkan atau berlainan dari apa yang mereka sendiri katakan . Saya dan beberapa sahabat yang sama fikir ditakdirkan bertemu dan telah menjumpai banyak kelompok islam yang mengatakan mereka-lah wakil IM yang di Malaysia . Tapi bila saya melihat praktikal asas ibadah lemah dan dispilin amal mereka tidak seperti yang mereka katakan sendiri atau yang tercatat dalam buku-buku IM , maka kami tidak minat dengan kumpulan ini.

Kami tidak minat walaupun gah namanya itu adalah IM yang dikagumi dunia ." Kita akan masuk syurga atas nama islam , bukan atas nama ahli IM " kataku kepada mereka yang fanatik sangat kepada IM itu.

Akhir 2005 , saya menjumpai satu kelompok tarbiyah yang " walk their talk " tanpa perlu mengatakan nama jemaah mereka atau guna title mereka-lah wakil IM di malaysia ini . Cara penghujahan dari ayat-ayat Al-Quran sehingga menghafal nombornya , berusaha mensaring hadis yang sahih dalam beramal , praktikal amal tahajud-subuh berjemaah-tilawah Alquran sehari sejuzuk-zikir mathurat-duha yang sangat hebat disiplinya , Perancangan dakwah yang dinamik serta bersungguh mensantuni pelajar university yang berpotensi dan realisasi jaringan ukhwah mereka se-malaysia menarik minat saya untuk bersama .

Malah tidak terlintas dalam benak fikiran saya untuk mencari kelompok lain sehinggalah akhir 2008 . Proses Islah terpaksa berlaku dalam kelompok ini juga . Kami di-didik agar tidak fanatik dan lebih mencintai kebenaran maka proses Islah 2008 itu menjadi peristiwa yang tidak boleh dibendung serta sangat mendukacitakan kerana ada yang terpaksa berpisah (insyaallah sementara ) daripada kami.

Pendirian pertama kami setelah islah pada tahun tersebut adalah TIDAK AKAN MEMBENTUK JEMAAH BARU walaupun kami punya kader pemuda-pemudi dakwah aktif yang ramai di seluruh Malaysia . Kami memilih untuk masuk kelompok jemaah islam yang sedia ada . Lebih 3 bulan kami terpaksa men-saring bersungguh-sungguh jemaah-jemaah islam di Malaysia ini sehinggalah saringan kami membawa kepada dua kumpulan iaitu jemaah ISMA atau jemaah Z . Terlalu banyak maklumat yang harus di-tabayun kebenaran-nya antara jemaah ISMA atau jemaah Z .Yang manakah lebih benar dan sesuai dengan kami ?.

Masa yang suntuk dan kalau tambah masa lagi pun belum pasti akan bermanfaat , maka ijtihad kami cederung kepada ISMA setelah menganalisis faktor UTAMA iaitu harakah islamiyah yang ada kelangsungan agenda ilmu , harapan AMAL tarbawi istiqamah dan lebih beradab ( daripada jemaah Z ). Kami tidak tahu , benar atau salah peng-akhiran pilihan kami kerana kami bukanlah tuhan yang boleh melihat segalanya . Kami telah lakukan yang terbaik , Semoga betul ijtihad kami dapat 2 pahala , kalau salah satu pahala .

Pilihan saya dan rakan seperjuangan bersama ISMA bukanlah bermaksud merekalah jemaah islam yang terbaik di Malaysia ini . Tanpa merendahkan kumpulan lain yang ada sisi kekuatan tersendiri lebih hebat dari ISMA , jemaah-jemaah islam yang berkerjasama mendaulatkan islam dalam kaca maca ASWJ di negara ini dan pastinya juga mereka berusaha menjadikan jemaah sendiri terbaik di mata Allah , MAKA kami tidak pernah perlecehkan jemaah mana-pun (terutama jemaah Z) , meraikan kewujudan jemaah-jemaah ASWJ lain , sentiasa berlapang dada , mengharapkan boleh bersepakat dan sentiasa berkeinginan melihat lebih banyak pen-gabungan jemaah-jemaah islam atas dasar perjuangan yang jelas .

Kesimpulan awal dari sedikit pengalaman hidupku.

Apa yang ingin disampaikan dari cebisan pengalamanku mencari-cari jemaah islam yang terbaik menurut-ku adalah berjuang atas perjuangan akidah yang jelas , ter-organisasi jemaah-nya , hidupnya amal islami yang benar dalam-nya dan ber-akhlaq .

Sahabat-ku tadi dan ramai juga kawan-kawan yang lain bertanyakan soalan :

"Apakah cara menyatukan jemaah-jemaah islam yang banyak sekarang ?".

Menjawab soalan ini secara tuntas oleh-ku dan dipersetujui semua pihak tidak-lah mudah . Mungkin jawapan terbaik sekarang ada-lah baca buku " Menuju Jamaatul Muslimin itu" . Tapi berdasarkan pengalaman , membaca saja tidak cukup jika diri sendiri banyak benda-benda asas tidak selesai . Saya kata-kan : " mudah saja cara asas-nya " :

Pertama :

Berlapang dada dengan wujudnya jemaah-jemaah ASWJ lain selagimana belum ada khilafah atau Jamaatul Muslimin.

Kedua :

Samakan amal ibadah asas kita dulu .

Yakinlah kesatuan akan cepat dan mudah JIKA
jemaah A ,B,C,D dan sampai huruf apapun " punya amal yang sama " seperti rutinkan solat tahajud , menjaga solat subuh berjemaah , disiplikan ahli dengan bacaan al-quran peribadi satu juzuk sehari , ringan-kan lidah dengan-zikir-zikir mathur dan beristigfar sehari lebih 70 kali , menjaga semua amal ibadah sahih yang wajib , membanyakkan ibadah yang sunat , mencintai pengajian ilmu dari pelbagai tokoh , ber-jemaah secara profesional (atau ber-organisasi ) dan banyak beramal dari berbicara.

Biasanya orang yang pertikaikan orang lain atau tidak setuju dengan ta'adud jemaah ini jenis yang tidak melaksanakan banyak AMAL walaupun dia faham . Kalau dia banyak beramal maka dia tidak akan " punya masa sia-sia " atau " masa tidak beradab " pertikai-kan betul-salah amal orang lain .

Ketiga .

Hidupkan budaya nasihat-mensihati dengan manhaj ilmu dan ber-akhlaq . Jangan fanatic pada diri sendiri atau mana-mana individu atau organisi . Ingatlah ayat al-quran dari surah yusuf ayat 108 yang akan menjadi asas dalam kita memilih jemaah pilihan kita " ala-basiro=atas hujah yang nyata(Al-Quran dan sunnah) " dan ayat 125 dari surah al-Nahl yang mengajarkan kita cara betul menyeru , cara benar memahami peduli ummah dan cara tepat cinta sejati pada seseorang itu dengan seruan " HIKMAH " serta dua pedoman yang sangat memuhasabah-kan kita.

Jika ketiga-tiga perkara asas ini sukar difahami dan liat sangat untuk dilaksanakan , saya kuatir penyatuan jemaah-jemaah islam ASWJ tidak akan terjadi.

Jemaah-jemaah Islam Sepakat-lah.

Jika jemaah-jemaah ASWJ berkerjasama ,dan saling melengkapi , barulah "Jamaatul muslimin" yang di-idamkan mendaulatkan islam , me-mayungi seluruh bangsa manusia dan mempertahankan hak setiap muslim di sentero dunia akan menjadi kenyataan .

Kita impikan Daulah Islamiyah yang di miliki "Jamaatul muslimin sejati" pada abad ini . Siapakah mereka ? adakah kita bersama mereka ? dan bila-kah terjadinya mimpi indah ini.?

Mari bersama-sama mencari jawapanya.

Ngo islam sepakat islam berdaulat,
Parti islam sepakat islam berdaulat.
Melayu sepakat islam berdaulat,-3-

Wallahwallam,

Rujukan :

-1- http://www.introspektif.com/dakwah/antara-wasail-dan-maqasid-perbincangan-kritikan-rumusan

-2- http://saifulislam.com/?p=10544

-3-bagi fahami slogan "asobiyyah" ini sila baca posting saya yang lalu atau ke web sesawang ISMA.(www.ismaweb.net/)


2 comments:

  1. Wakil IM Siapa? Jemaah A memang bukan wakil IM sebab Jemaah A juga jadi rujukan IM itu sendiri. akhi perlu lebih mengkaji sirah jemaah di Malaysia =)

    ReplyDelete