Sunday, January 8, 2012


Aku berlindung daripada syaitan yang direjam...

“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”

sekarang 1.41am,9/1/2012.

siang nanti mungkin seperti biasa bagi kita , seperti biasa juga ramai orang akan bangun melakukan rutin harian mereka , juga ramai orang tidak peduli orang lain seperti hari-hari yang lalu dan tidak bermakna bagi insan yang tidak mengerti permasalah ummat sekelilingnya...

tapi tidak bagi AKU....Satu penghakiman akan dikenakan kepada seorang insan yang bernama anuar ibrahim.

Siapa dia untuk ku kisahkan?,aku bukanlah ahli partinya,bukan juga penyokong dia,bukan juga jiran dia,tidak pernah pergi ceramah dia ,bukan rajin dengar berita dia,lagi bukan menantu dia....malah aku antara yang banyak tidak setuju dengan dia...

tapi ....sebelum tido ni aku mahu berdoa:Ya Allah engkau yang lebih mengetahui yang terbaik untuk dia.berilah keadilan untuk dia dan selamatkanlah kami dari MENZALIMI DIRI KAMI SENDIRI.

juga ingatkan diri ku dan seluruh saudaraku yang beriman akan 2 ayat keramat ini:

pertama,untuk semua saudara seislamku :

Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maaidah ayat 8)

Kedua khusus kepada yang rasa dia seorang hakim:

Sabda Nabi SAW maksudnya : "Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang hak tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang hak dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ath-Thahawi).

kepada yang turun demo esok,pastikan semua aman,jika keputusan tidak menyebelahi KALIAN maka,..... yakinlah Allah sentiasa ada.

addinlove

No comments:

Post a Comment