Sunday, January 29, 2012

Sepakat dalam amal islami.

“ Abang, senior persatuan A secara tiba-tiba ambil alih majlis bacaan tafsir kami ” adu seorang junior persatuan B.

“Jadi apa tindakan antum”? tanyaku.

“ memang tergangu jadual yang telah diatur,tapi takpe, dia (senior persatuan A) bukan buat setiap hari . Kami tetap akan teruskan ” balas junior persatuan B .

“ Bagus ! Itulah semangat yang perlu ada pada seorang ikhwah . Ada cadangan dari yang lain?” tanyaku kepada beberapa adik junior persatuan B lain yang turut bersama.

“ Hari pertama dan kedua , senior tu buat cara tazkirah je tanpa rujukan buku, tapi mungkin kerana dia tengok kita ada buku, jadi dia ada bawa buku , bukunya adalah hadis pilihan ” jawab seorang lagi junior persatuan B.

“ Emm ! Kalau begitu …..apa kata antum bincang dengan senior tersebut , hari apa yang dia nak ambil alih , supaya kita boleh atur jadual bertugas semula . Sebagai wakil persatuan B, Antum akan baca buku tafsir. Dia pula wakil persatuan A baca buku hadis . Ini kita namakan synergy (saling melengkapi) dan kerjasama. Jadi , tidak perlulah buat kelompok majlis ilmu lain pada waktu yang sama . Jika senior persatuan A yang telah kurang beradab (sebab perangai ambi alih tanpa izin ) tidak boleh kerjasama dan komitmen dengan jadul , kita sediakan juga ikhwah yang tetap akan teruskan pada hari tersebut. ” Jawabku memberikan solusi.

“Em,betul juga.” respon tanda setuju si pemberi muskilah.

“ Pada pengalaman ana , biasanya persatuan A tidak akan bertahan lama jika ada niat yang tidak baik . Kerana memang ada sesetengah persatuan islam yang buat kerja dakwah kerana iri hati melihat kelomok lain yang lebih aktif dalam dakwah . Kita harus sedar , perkara asas amal adalah kefahaman , kesungguhan dan bermanhaj ( ber-system. Dalam kes di atas persatuan B ada rujukan kitab-buku ,ahli-ahli yang komit untuk laksanakan ,berjadul dan ada system pantauan) , bukannya semangat semata-mata . Apa-pun kita bersangka baik dan tidak pernah menutup ruang kerjasama atau saling melengkapi jika ada mana-mana pihak yang ingin bersama menyumbang demi kebaikan islam . Ingat ! biarlah kita antara yang pertama promote sinergi dan kesepakatan . ” tambahku lagi.

Junior-junior persatuan B setuju.

Sepakat dan synergy adalah mudah.

Menerima Ta’adud jemaah-1- ,adalah syarat pertama dalam amal islami . Bukan beramal islam sahaja, malah ingin menjadi manusia yang waras dan rasional pada zaman sekarang , taadud (kepelbagaian) harus diterima oleh mana-mana manusia yang mahu hidup bertamadun.

Saling bersangka baik , tidak dengki dan tidak menghalang amal dakwah persatuan atau kelompok islam lain adalah syarat kedua dalam muamalah sesama muslim .

Jika kita memilih hidup berjemaah dengan sesuatu kelompok , maka janganlah merasakan kelompok kita sahaja yang betul , kumpulan lain salah dan tidak berhak untuk berbeza dengan kelompok kita . Jika jelas berbedanya atas jalan ilmu , sememangnya kita sendiri lemah dan sukar untuk baiki kelemahan kelompok kita itu , maka banyakkan-lah istigfar atas ketidak-syumulan kelompok kita . Malah kita harus bersyukur atas kewujudan sahabat kelompok lain yang telah melaksanakan tanggunjawb tersebut . Bukanlah kita asyik berfikiran sebaliknya seperti paksa mereka join kita, boikot mereka atau berniat tidak baik menganggu activity dakwah mereka .

Bagi mana-mana muslim yang tidak mahu berpersatuan atau berjemaah dalam amal islami, Janganglah berkata : “ Tengok jemaah atau persatuan islam pun ada yang berbeza pandangan sampai bergaduh atau bermasam muka . Semunya berhizib-hizib (berpuak-buak) . Apa cerita ? buat serabut kepala je , lebih baik aku tak join mana-mana kumpulan . Seharusnya dia muhasabah diri: “Aku ni baik sangat ke bersendirian ? apa kekuatan yang ada pada hidupku yang individulistik , suka pilih hidup ikut suka aku atau memilih kelompok yang tidak terorganisasi (walaupun berilmu) , dibandingkan “mereka yang hidup berjemaah secara terorganisasi” ? Sebenarnya adakah aku cemburu dengan mereka ? Aku ni asyik salahkan atau tuding jari kelemahan orang lain atau jemaah islam itu dan ini? Kelemahan aku? tidak pernah aku tengok dan peduli . Bagaimana aku mahu menjadi golongan yang dicintai Allah swt seperti dalam surah 61 atau ke-4 ?, Ya Allah ampunilah aku dan tunjukilah aku jalan kebenaran .”

Syarat ketiga menghidupkan semula masyarakat islam yang unggul adalah mencari titik-titik persamaan , berfikir cara synergy , berusaha mencari jalan win-win dan sepakat dalam hal bukan usul . Inilah syarat penting yang “ boleh jadi mudah atau sebaliknya (sukar) ” dalam misi kita membina jamatul muslimin. Semuanya terpulang kepada “skill perbincangan” dan “hikmah tindakan kita” tanpa mengadai prinsip asas perjuangan yang berteraskan Al-Quran-Sunnah . Apa yang pasti , jika kita cuba memenuhi syarat pertama dan ke -dua terlebih dahulu , pasti jalan lurus atau highway syarat ke tiga ini akan mudah dimasuki.

Memilih kumpulan.

“Abang jika kita keliru jemaah mana yang mahu dipilih , macam mana? ” Tanya seorang junior.

“Tak payah buat pilihan” jawabku selamba.

“Maksud abang” tanya dia semula .

“Akhi, kita buat pilihan atas dasar paham , jelas dan tidak ragu-ragu. Jika ragu , jangan memilih. Dalam jemaah islam begitu juga . Ana secara peribadi lebih suka antum yang junior ini terdedah kepada beberapa kelompok atau jemaah islam sebelum membuat pilihan . Sebagai contoh kita ada kelompok jemaah tabligh , ikutlah mereka seikhlasnya bagi mengenali (sisi kekuatan dan kelemahan) mereka . Kita ada kelompok jemaah islam A ,B,C,D dan macam-macam nama yang guna keadah halaqah ilmu dan dakwah , kita masuk juga . Kemudian kita ada dengar pengajian ilmu dari mana-mana guru atau institute atau pondok , maka kita pergi juga . lepas itu barulah kita buat pilihan mana yang lebih kita cenderung dengan panduan surah yusuf ayat 108 . ” jawabku.

“ Jika kita ada pengalaman dengan beberapa kumpulan islam, kita akan memahami mereka dan tidaklah ghulu (melampau) menceritakan kelemahan mereka kelak dengan lebih cermin diri sendiri sebelum mahu mengata orang lain .” jawabku lagi.

“ Cuma satu sahaja, kelompok ajaran sesat seperti syiah, rasul melayu, kerajaan langit ,anti hadis tarikat sesat dan sewaktu denganya , tolonglah jauhi (tidak perlu ikut untuk cari pengalaman) ” . tambahku lagi.

Masih keliru juga.

Keliru itu adalah ujian kehidupan yang Allah swt berikan kepada setiap hamba-Nya . Hal ini dimulai dengan sifat jiwa manusia yang diceritakan dalam Surah As-Syam ayat ke 8 : " maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya " . Bila ada dua keadaan antara fasik atau takwa dalam diri kita , maka akan ada proses memilih yang terkadang kita "pasti keliru" adakah keputusan kita itu mendekatkan kita dengan takwa atau sebaliknya.

Itulah namanya ujian Allah swt yang dibawa oleh dua agen hebat . Agen pertama bernama nafsu yang salah satu sifatnya menimbulkan angan-angan kosong . Agen paling taiko pula adalah yang kedua iaitu syaitan yang akan menipu kita daripada memilih jalan kebenaran.

Firman Allah swt dalam surah Al-hadid ayat ke 14 : “Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: "Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka menjawab: " Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.

Orang Success (Berjaya) dalam ujian pula adalah yang akan berusaha membuat keputusan keluar dari keraguan yang jelas sifatnya membawa kerugian dengan sentiasa memohon pertolongan Allah swt melalui panduan Al-Quran-Sunnah . Beruntunglah sesiapa yang berjaya memilih jalan ketakwaan seperti diceritakan dalam ayat ke 9 surah As -Syam juga: “ sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu”.

Tetap ragu dengan sebuah kebenaran bukan suatu yang sihat .

Ketahuilah jika kita telah dikhabarkan sebuah kebenaran atau jalan keimanan yang sejelas sinaran matahari , maka kita harus memilihnya . Itulah keputusan yang akan menghindari kita dari konflik keragu-an dan kemaksiatan . Firman Allah swt dalam surah Al-baqarah ayat 147 memperingatkan kita: “ Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu”.

Dalam hidup ini kita sentiasa berhadapan ujian TERPAKSA membuat keputusan . Tidak membuat keputusan biasanya akan melahirkan lebih banyak masalah dan itu juga dinamakan keputusan ( keputusan saya adalah menambah masalah kerana tidak membuat keputusan..:-) .

Dalam Ujian kecil atau besar , keputusan harus dibuat . Dan sudah pastinya kita akan memutuskan berdasarkan apa yang ada pada ilmu dan keyakinan kita . Dalam penghakiman juga , ulamak salaf mengajarkan kita mengukum apa yang zahir (tahu) dari seseorang itu sahaja tanpa buat perangai baca hati.

Begitulah juga dalam memilih dan menghukum mana-mana kumpulan islam . Kita tidak boleh mentomah kumpulan tertentu “ berniat bukan kerana Allah ” kecuali punya dalil yang sangat jelas . Mohonlah hidayah dan pertolongan daripda Allah swt agar kita membuat keputusan terbaik sebelum masuk ke dalam sesebuah jemaah . Jika kelak kita rasa keputusan kita salah , kita buatlah keputusan baru untuk membaiki keputusan yang salah itu.

Janganlah kita tertipu oleh syaitan dengan tidak membuat keputusan untuk bersama mana-mana kelompok islam yang beramal. Keraguan itu memang dari syaitan yang sentiasa membuatkan kita ragu dari mendekatikebenaran.

Mahu tahu kita ditipu oleh syaitan atau tidak? Mudah saja: “ Apabila membuat keputusan dalam isu yang bukan berkitan iman , mudah pulak rasanya.(contoh mudah nak makan apa hari ini?). Tetapi bila masuk bab Iman je , rasa macam-macam alasan dan halangan datang . Contoh paling mudah bila dengar azan.”

Jika kita tidak dapat buat pilihan juga , maka kita akan berada di “ takuk ”atau level bawahan semua kumpulan islam yang kita sertai . Ini bukannya tidak baik , Cuma kita tidaklah dapat realisasikan usaha membina bagunan tersusun kokoh seperti difahami dalam surah 61 ayat ke 4 kerana tidak dapat menyatakan "komitmen" dengan satu perkumpulan .

selain itu , hikmah memilih atau komitmen dengan salah satu kelompok jemaah islam adalah menyenangkan hati dan akal kita dari pertembungan program , konflik "priority walak" , menjauhi dari disangka macam-macam dan mengelakkan pening kepala sendiri daripada memikirkan method dakwah yang berlainan dalam banyak-banyak kumpulan yang kita sertai . Ingat kita bukanlah naruto yang boleh multiply (berpecah menjadi banyak dengan teknik bayangan) atau boleh bela hantu raya yang boleh melahirkan pelanduk dua serupa pada satu-satu masa.

Jadi , apabila kita telah memilih salah satu kelompok , maka kawan-kawan yang dari kelompok yang lain haruslah berlapang dada serta mengimani tiga syarat yang disebutkan sebelum ini bagi hidup dengan penuh ukhwah dan harmoni.

Kayu ukur perjuangan Islam sebenarnya ?


Guruku (gambar diatas) , Al-fadil Ust Fisol Md Isa , Ketua Biro Tarbiyyah ISMA , Alor Setar pernah ditanya soalan:

" DIANTARA PAS, ISMA, IKRAM, ABIM" siapakah pejuang islam sebenar?

Beliau menjawab:

Saya teringat kepada hadis Rasulullah saw yang bermaksud " Rasulullah s.a.w ditanya mengenai seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi kerana taasub, dan seorang lagi kerana riak; yang mana satukah dikira fi sabilillah? Rasulullah s.a.w menjawab: sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi , maka dialah yang berjihad dijalan Allah"

Jelas, ringkas dan padat jawapan Rasulullah s.a.w . Betapa pentingnya keikhlasan dalam menentukan sesuatu perjuangan itu fi sabilillah atau tidak.

Orang yang ikhlas adalah orang yang sentiasa mengharapkan redha dan ganjaran pahala dari Allah semata-mata , oleh itu dia mesti memastikan perjuangannya betul dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka dia sentiasa mengharapkan teguran, nasihat dan bimbingan yang berterusan bagi memastikan apa yang dilakukannya itu betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.

Saya yakin inilah asas yang paling penting untuk menentukan bahawa perjuangan kita adalah fi sabilillah, walau di parti atau NGO mana pun kita berada.Wallahua'lam.
Bersainglah dengan cara yang sihat.

Berkata hal kumpulan mana yang terbaik ,dan sebenar-benarnya pejuang islam bukanlah suatu perbincangan yang bermanfaat kerana yang hanya mengetahuinya adalah Allah azzawajala .

Apa yang benar menurut kita semua adalah berusaha menapaki jalan perjuangan rasulullah saw dengan panduan ilmu yang telah diberikan oleh Allah swt , ikhlas dan menyumbang berdasarkan kelebihan yang ada . Dan Ilmu yang harus diutamakan adalah dari Al-Quran dan sunnah sebelum mengambil ilmu-ilmu yang lainnya .

Secara peribadinya juga saya telah merentas beberapa jemaah atau kelompok islam dalam amal jamaie, bukanlah niat saya untuk masuk sesuatu jemaah islam demi mengambil manfaat, mencari kelemahannya sahaja dan kemudiannya keluar . Bila saya masuk suatu jemaah saya akan meyakini itulah yang terbaik buat saya ketika itu . Tetapi Aturan Allah swt sangat cantik untuk saya sedar melalui jalan ilmu sehinggalah terkini saya bersama kelompok ISMA .

Gambar atas:logo Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA)

ISMA ini kunci saya ke syurga ? Tidak tertulis dalam Al-Quran dan Hadis .


ISMA hanyalah sebuah wadah(alat) atau medium amal Jamie yang saya yakini setelah melakukan analisis terhadap kelompok yang lain berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada pada saya . Saya sentiasa berharap ISMA mampu menjadi SALAH SATU agen asbab kesatuan muslim dengan membawa agenda perjuangan yang jelas. Adakah ISMA akan sentiasa benar dan terbaik buat saya? Wallahwalam ,marilah sama-sama kita doakan .

kita hanya beramal dan bertindak dengan apa yang kita ketahui.

Jemaah-jemmah islam harus sepakat membina ummah.

Melayu sepakat islam berdaulat .

Alamak , sesiapa yang sensetive istilah melayu akan tuduh saya assobiyah . Saya bukan asobbiyah , Saya hanya menyatakan reality awlawiyat perjuangan sekarang kerana hakikatnya jemaah-jemaah MELAYU ISLAM-lah yang paling banyak di malaysia ini dan merekalah yang paling LIAT SEPAKAT atau berkerjasama untuk menghadapi musuh yang semakin bahaya kini , sebab itulah saya sokong slogan ini. Betul tak? Sila juga baca posting-posting lain saya bagi memahami kenapa saya sokong slogan ini.

Slogan lebih sesuai untuk tulisan kali ini:

JEMAAH-JEMAAH ISLAM SEPAKAT ISLAM BERDAULAT.

Semoga Allah merahmati kita semua,

Islam qabla Jamaah " (fahami islam dulu kemudian fahami jamaah) . Panduan asas kita dalam memilih kelompok atau jemaah islam adalah ini :

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata (Hujah Ilmu-Firstly=Al-Quran Sunnah) , Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." ( surah yusuf :108)

Rujukan:

Ta'adud Jamaah :- http://addinlove.blogspot.com/2011/12/taadud-jemaah.html




No comments:

Post a Comment