Monday, February 13, 2012

Keutamaan saya ? : Bayar Takaful (insurance) atau Bayar Pinjaman atau Simpanan duit dalam bank .

Dairy Addinlove. (12 February 2012).
“Waalaikumsalam, takpa aiman. Buat masa ni ana (aku) tak ambik lagi.”
sms balas sahabat baik saya merespon “ sms promosi takaful bersulam muhasabah " tentang sahabat kami iaitu akh Farid Jawani yang kemalangan motosikal sebelum perayaan tahun naga air 2012 ( tahun baru cina-beberapa minggu lepas).

Kemudian saya membalas sms sahabat baik saya itu dengan sedar diri kami (saya dan dia) masing-masing berstatus “ graduan junior ” kerana ijazah sarjana muda di tangan kami baru berusia kurang lebih 2 tahun , gaji cukup makan saja , hidup serta latar belakang keluarga pula serba sederhana dan simpanan untuk belanja nikah pun entah bila nak cukup? :-)
“Akhi (saudaraku) ,ana faham, kita ni masih gaji x stabil , dari umur nta (engkau),ada (caruman) rm 29 je sebulan.dpt cover kematian rm20k (RM 20 ribu) ,lumpuh rm20k (RM 20 ribu) ,pnyakit kritikal rm 10k (RM 10 ribu) dan rm 2k utk pengkebumian. Asif (maaf sangat-sangat) , kita bukan harap berlaku. tpi (tetapi) sbg org yg beriman kpd qada qadar,buatlah persiapan utk tak susahkan family kita kelak. adakah rm30 berat?.ana yg tidak stabil ni ( bayar caruman takaful ) rm135 sbln, afuan skdar tazkirah.”
Saya tidak mendapat respon sms dia lagi selepas itu . Saya yakin beliau sedang muhasabah diri . Saya berniat jumpa dia empat mata selepas ini bagi menjelaskan dengan lebih baik jika dia berminat . Bukan saya mahu memaksa , tetapi mahu tawarkan cara ‘ beriman bijaksana’ dengan memahami kemudahan takaful dunia sekarang . Dan Bukanlah niat saya ingin “ mengugut ” atau “ menakutkan” perihal sebuah kecelakaan atau kematian kepada dia , tetapi berusaha memikirkan dan "bertindak" sebagai bukti persiapan ke-arah itu adalah suatu tuntutan agama .

Mari melihat rakaman perbualan Nabi Muhammad saw dengan seorang lelaki:
Berkata (lelaki) bertanya lagi : ‘Maka manakah orang mukmin yg bijak (atau pintar)?’ Bersabda Nabi (s.a.w) (menjawab): ‘Aktharuhum lil-mauti zikran wa-ahsanuhum lima ba’dahu isti’dadan, ulaika al-akyasu.’ ( Yang bermaksud: Yang lebih banyaknya mereka pada kematian ingatkannya (yakni, ingatkan kematian selalu) dan lebih baiknya mereka dengan apa-apa sesudah matinya persiapan (contoh. menyediakan) dirinya (yakni, mengerjakan amalan dan ibadah ketika hidup sebagai menyediakan diri untuk kebajikan akhiratnya), mereka itulah orang yg bijak (atau pandai dan pintar)) [Hadith Ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Dalam hadis sahih yang diriwayat Imam Bukhari :
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta (miskin melarat ) ”.
Apa Takaful yang saya maksudkan ?

Perkataan takaful itu sendiri bukanlah urusan berniaga barang dengan akad jual beli . Maksud asal takaful adalah saling menjamin dan menangung beban . Takaful yang saya maksudkan dalam tulisan ini pula adalah sejenis caruman wang dalam satu tabung bagi mendapatkan jaminan kewangan untuk peristiwa yang tidak diingini atau menyedihkan . Bagi memahami maksud takaful atau bahasa lamanya (bukan islamik) insurance dan beza-diantaranya , sila perhatikan jadual dibawah.-1-

Takaful merupakan salah satu konsep insurance berasakan muamalah islam yang berlandsakan hukum syariah . Konsep ini telah diamalkan 1400 tahun dahulu.-2-

Note: perkataan skim juga bermaksud "tabung takaful" .

Jadual atas : Perbezaan Insurance dan Takaful.

Sesungguhnya benarlah antara tujuan sms diatas ingin promosi takaful dan mengkhabarkan kepada kawan saya itu akan diri ini telah menjadi salah seorang perunding takaful . Saya tidak dapat melindungi niat tersebut . Tetapi lebih jauh dihati saya adalah perasaan cinta “ukhwah fi iman wa dakwah” ( saudara dalam iman dan dakwah ) yang ingin berkongsi " kebaikan bersama " kepada sahabat seperjuanga saya.

Muskilah pertama : Hutang belajar saya ? .

Saya graduan berhutang PTPTipu , eh bukan , PTPTN . Saya terpaksa menangung beban hutang pengajian Diploma dan ijazah sarjana muda saya sebanyak RM 25 000 . RM 7500 untuk Diploma dan RM 17 500 untuk ijazah sarjana muda . Mungkin jumlah pinjaman saya ini sedikit jika dibandingkan kawan-kawan di university lain. Tapi sedikit ini pun terasa sangat sengsara membayarnya . Dan perasaan menyesal pernah hadir kerana jika tidak ambil PTPTN dulu pun rasanya boleh juga tamat belajar sebab saya jenis yang buat business masa belajar .Tapi semua itu telah berlalu .Yang harus difikirkan sekarang bagaimana membayarnya .? Ini belum cerita lagi hutang mulakan perniagaan kedai computer dengan adik (RM10k) , hutang mulakan perniagaan buku dari FAMA ( father and mother ) dengan strategi P.Ramle dalam cerita "anak bapak"(Pak,nak kawin,ok ! bapak bagi 5 ribu,tapi duit itu untuk tujuan lain.;-).Tapi saya guna untuk perniagaan buku (bukan berjoli macam cerita anak bapak) kerana nikah saya diuji-3-

Ingatkah kita akan sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :
"Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng , Allah akan musnahkan harta bendanya."
Juga satu peringatan keras dalam hadis sahih riwayat imam muslim :
"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang."
SubhanaAllah , sangat berat bab hutang ini . Bagaimana menyelesaikannya ? , Jawapan terbaik adalah bayar juga ,tiada cara lain atau satu cara lagi…

Muskilah ke-dua : membuat simpanan ?

Ingat cu , RM50 saja sebulan.

“Dalam hidup ini kena ada simpanan setiap bulan walaupun sikit”
Kata Tok (grandmother) saya berdarah asli cina yang sentiasa menjadi teladan terbaik keluarga saya dalam membuat simpanan.
“Dan duit simpanan itu jangan di kacau walaupun susah. Cuba simpan RM 50 sahaja sebulan , kena buat juga!”
Tambah Tok tegas seperti memaksa tetapi hakikatnya hanya mampu memotivasikan cucu dan anak-anaknya.

Beberapa kali saya jumpa Tok dia akan banyak bercerita. Bila Masuk sahaja bab duit , pasti pesanan yang hampir sama berkaitan simpan duit akan keluar dari mulutnya . Berulang-ulang kali dan anak-anak serta cucunya kena khusyuk mendengarnya tanpa boleh jemu .

Semua kata-kata tok benar . “Tapi masalahnya tok, macam mana mahu buat simpanan jika gaji-pun tidak stabil dan masalah paling berat bila simpan , teruji sikit je , duit tersebut dikeluarkan mudah sangat" , monolog saya sendirian yang pernah mencuba dan mahu juga beralasan. :-)

gambar(atas) : Tok saya dan adiknya . Gambar masa jamuan tahun baru cina 2011.

Ya Allah , payahnya nak menyimpan duit . bagaimana menyelesaikannya ? Jawapan terbaiknya adalah kena juga simpan dan harus kuat disiplin , tiada cara lain atau satu cara lagi…..

Atau satu cara lagi untuk selesaikan muskilah Pertama dan ke-dua ADALAH ambil Takaful.

Carum (bayar) takaful setiap bulan. Seperti yang saya sms kepada sahabat baik saya. Contohnya RM 30 di carum setiap bulan dalam takaful akan pertamanya mendapat wang perlindungan manfaat kematian RM 20 ribu , lumpuh(TPD) RM 20 ribu , Urusan jenazah RM 2 ribu , Penyakit kirtikal RM 10 ribu . Jika mencarum lebih tinggi , maka lebih tinggi nilai pelindungan serta ada banyak manfaat lagi seperti elaun masuk hospital sehari dapat rm100 , pelindungan separa cacat , bonus akdemik cemerlang , waver dan macam-macam lagi .

Dengan wang itu kita mampu bayar hutang yang tidak selesai lagi jika ajal menjemput lebih awal atau ditimpa kecelakaan . Maka tidak perlu pening kepala ahli keluarga yang lain . Dengan wang itu juga , waris kita harapnya tidak hidup meminta-minta seperti dalam hadis nabi diatas .

Selain itu duit yang kita takafulkan adalah seperti simpanan bank yang menguntungkan jika tidak berlaku apa-apa dalam tempoh caruman . Peraturan keluar duit yang sedikit ketat seperti ada tempoh masa dan beberapa kali sahaja boleh "membantu kita" daripada simpan di bank biasa yang sifatnya mudah sangat keluar duit bila terdesak sedikit.

Sebab itu setelah mengetahui kewujudan takaful yang sangat hebat ini , saya memilih untuk mengambilnya walaupun gaji tidak stabil . Seperti yang saya katakan kepada beberapa sahabat saya sebelum ziarah Farid di Kuala Kangsar:
“ Pada pandangan ana, membayar takaful lebih utama (diawalkan) daripada membayar hutang PTPTN. Bayangkan sekarang ana hanya bayar semula PTPTN RM 50 saja sebulan , tidak ada jaminan (jika berlaku sesuatu sebelum hutang selesai ), dan Entah bila habis bayar . Tetapi , sekarang ana ada dua takaful , bayar RM 135 sebulan , insyaallah ana ada jaminan cukup untuk bayar hutang ana jika berlaku sesuatu . Sebab itu jika terpaksa memilih antara bayar hutang atau takaful , ana akan bayar takaful dulu ”.
Dan juga saya akan bayar takaful dulu sebelum buat simpanan di bank biasa . InsyaAllah RM 135 akan jadi simpanan dan mencapai objektif yang tok saya bebel-kan.

Kesimpulannya , pada pandangan saya , takaful lebih utama daripada hutang atau saving (simpanan) dalam bank , tetapi bukanlah membayar hutang dan membuat simpanan tidak dipedulikan langsung .

Mengambil pengajaran dari mereka yang telah diuji .

Akhi wa ukhti fillah , ( satria dan satriawati seperjuangan ),

Ingatkah lagi kisah seorang ikhwah kita dalam awal tahun 2000 yang meninggal dunia asbab kecelakaan jalan raya di Perak selepas balik dari program dakwah ?

Ingatkah Dua kisah berasingan akhwat kita yang dalam satu perjalanan dakwah di-uji dengan kemalangan sehinggakan sorang itu lumpuh dan seorang lagi hilang penglihatan sebelah matanya.

Ingatkah kita kisah Akh Aizam Sarawak yang kemalangan sehinggakan terpaksa tanggung kos pembedahan yang tinggi.

Juga kepada ikhwah dan akhwat sekitar Penang pasti masih ingat kisah saya yang accident langgar lembu masa balik dari pengajian malam . Akibat dari kemalangan itu , tulang tangan (ulna) saya yang patah ke dua-dua belah terpaksa di-ikat besi dan kawasan pergelangan kanan yang “dislocate” tidak normal lagi sampai hari ini .

Dan terbaru sekali dua kejadian kemalangan motosikal . Pertama Akhi Farid Jawani , Kuala Kangsa yang saya jadikan tazkirah pencetus sms promosi takaful di permulaan tulisan ini . Keduanya , kemalangan motosikal juga yang di ujikan kepada Al-fadil Ust Abdul Halim Abdullah, ketua Biro dakwah ISMA ( ikatan muslimin malaysia ) .


Gambar 1.1 (atas) : Di-upload oleh adik . keadaan di hospital pagi kejadian 23 October 2010


Gambar 1.2 (atas) : Tangan saya hari ini , Febuari 2012. Macam ada lipan kat tangan :-)

“kenangan manis” kemalangan langgar lembu di depan Sekolah Rendah Mengkuang , Pulau Pinang . Kisahnya berlaku sekitar jam 1 pagi , 23 October 2010 . Saya “merempit” balik dari pengajian tafsir di Alor Star . Alhamdulilah itu-pun “rempit saya” hanya pada kelajuan 60-70 km/j sebab baru lepas trafik light . Saya sangat bersyukur kerana hanya patah tangan dan telah cantum semula dengan izin Allah swt.

Boleh dikatakan 98% tangan saya telah recover (sembuh). Cuma pergelangan sebelah kanan sahaja yang tidak boleh pusing 180’. Doctor merawat saya menceritakan banyak juga kes kemalangan langgar lembu oleh kenderaan dua tayar yang mengakibatkan kematian . Saya ini katanya (doctor itu) antara golongan bernasib baik . Alhamdulilah, Mungkin kerana speed tidak lebih 100km/j :-) Ada jaminankah speed bawah 100 tidak boleh fatal ?.Wallahwalam. Saya juga hanya mampu doakan tidak syahid di jalan raya kerana saya mahu syahid dimedan “jihad”. Allah lebih mengetahui ajal saya bagaimana . Apa yang penting , Iktibar dari kemalangan ini adalah saya buat persiapan lagi dengan ambil takaful ke-dua sebanyak RM 85 sebulan walaupun gaji bulanan tidak stabil .


Gambar 2 (atas) : Bergambar semasa ziarah akh Farid Jawani di rumah mertuanya , Kuala Kangsar . Farid kemalangan semasa perjalan ke tempat kerja . Masih sangat baru berlaku , iaitu sebelum tahun baru cina 2012 . Kaki kirinya Patah 3 . Pertamanya tulang paha yang mendapat hadiah besi pertama . Keduanya tulang lutut yang dislocate dan “pecah” yang menyebabkan doctor terpaksa masuk sejenis dawai untuk ikat kembali dan ketiganya tulang betis yang terpaksa operate masuk besi juga .

Alhamdulilah , Farid bernasib baik kerana kos operasi pembedahannya ditanggung oleh majikan disebabkan “berlaku dalam masa bekerja”. Jika luar waktu kerja , susah hati berganda mahu cari lebih RM 5000 untuk tampungnya . Kata Farid : “ ana tak ambil takaful . asik bertangguh ”. Satu pengajaran untuk dia dan kita.


Gambar 3 (atas) : Ust Abd Halim Abdullah, Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Seorang ustaz yang sangat saya kagumi dan hebat. Boleh ziarah blog dia untuk lebih kenali -4-Paru-paru beliau ada kebocoran yang menyebabkan darah masuk kembali ke dalam paru-paru pada peringkat permulaan, pendarahan ringan di hati, tulang bahu kiri patah, tulang rusuk kanan yang ke-7 juga patah dan tulang belakang C6 retak kecil.-5-

Akhir kalam :

Akhir kata , saya paham , bukanlah semua kenalan dan sahabat-sahabiyah seperjuangan saya orang yang berduit . Ramainya berstatus miskin . Purata gajinya RM 1500 sebulan . Dengan gaji itulah kita menyara diri, anak dan isteri . Malah duit itu juga dicatu untuk menyumbang dalam jalan dakwah ini kerana kita ditarbiyyah membiasakan duit poket sendiri tanpa merunggut berapa banyak infak kita demi dakwah islamiyah terus hidup. Tetapi tidakkah kita fikirkan sebuah kemanfaatan dari caruman yang sedikit demi mendapatkan sejumlah wang untuk selesaikan hutang kita atau kehidupan ahli keluarga yang kita tinggalkan kelak atau boleh infak wang tersebut untuk dakwah (tulis wasiat jika tidak mahu bagi waris) supaya tambah saham akhirat kelak. Jika tidak mahu tinggalkan waris atau keluarga kita sebarang betuk wang , minima janganlah tinggalkan mereka beban hutang kita.

PS:

1. Jika anda carum RM 30 ringgit sebulan dan tidak berlaku apa-apa sehinggalah tempoh caruman matang , duit itu akan jadi seperti simpanan dalam bank dan akan dilaburkan . Maksudnya duit itu akan dikembalikan kepada anda dengan sedikit keuntungan . Malah dalam takaful ikhlas anda boleh keluarkan sebanyak 5 kali sepanjang tempoh caruman anda. Tetapi kalau anda simpan RM 30 sebulan dalam “ bank biasa sahaja ” , ada manfaat takaful (insurance) seperti yang sms kepada sahabat saya diatas ?.

2. Sesiapa sekitar Penang , Kedah , Perak atau dimana sahaja lokasi anda di semenanjung ini yang berminat ingin mendengar nasihat perunding takaful secara percuma , sila call , sms , email atau ber-chat FB dengan saya . Insyaallah pertemuan secara individu dan berkumpulan boleh dilakukan dalam jarak yang mampu termampu .

3. Saya juga adalah aktivis NGO dakwah , ISMA cawangan kepala batas . Jika ada yang berminat untuk berjumpa saya atau ahli-ahli ISMA lain yang jadi perunding takaful , boleh call : Ahmad Aiman-saya sendiri : 013-5025046 (Perunding Takaful Ikhlas) email : mad_aim85@yahoo.com -6-, Ahmad Amin : 013-5826368 (Perunding Prudential BSN -Takaful) , Ust Yusuf : 019-5734834.(Perunding Etika-takaful)

Rujukan:

-1- http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=307&Itemid=72

-2- http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/profilKorporat/konsep.asp

-3- http://addinlove.blogspot.com/2011/11/dimanakah-aku.html

-4- http://inijalanku.wordpress.com/about/

-5- http://pemudapetua.blogspot.com/2012/02/ziarah-ust-abdul-halim.html?spref=fb

-6- http://iluvtakaful.blogspot.com/

5 comments:

  1. assalammualaikum..ana berminat dengan insurans dan baru semalam mendengar penjelasannye dan kepentinganya..bagaimana ye proses untuk mendaftar untuk mencarum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam , jika dekat ana boleh sarankan atau ana akan sarankan pada ikhwah wa akhwat yang berdekatan.? tolong perkenalkan diri dengan sms no telefon diatas.

      Delete
    2. ok insyaALLAH ana da dapatkan akhwat yang buat takaful-ukhti akma dari negeri sembilan beliau ade buat insurans takaful jazakallah atas post yang menarik membuatkan ana tersedar atas kepentingan takaful...

      Delete
    3. alhamdulilah,sharing is caring...:)

      Delete
    4. assalamualaikum..saya nak tanya bagaimana cara untuk saya mengeluarkan wang daripada akaun takaful ikhlas saya ea?

      Delete