Wednesday, March 4, 2009

apa itu tarbiah?

Semalam aku baru balik dari silaturahim bersama adik-adik dakwah di Uitm yang berdekatan dengan tempat tinggalku,

Mereka cukup bersemangat.Sehingakan ada perancangan semester depan untuk mencari rumah sewa yang lebih besar dan selesa bagi tujuan dakwah.Betapa aku bersyukur kepada Allah Azzawajala yang telah memperbaiki prestasi dakwah di uitm ini.Jika diperhatikan dari cerita mereka dakwah di uitm ini memang tidak sebaik di kebanyakan university yang lain.Uitm memang mendapat penjagaan khas dari sudut perkembangan gerakan mahasiswa.Pihak U memang sentiasa memantau dan membuat pengawasan rapi .Tambah lagi sejak akhir-akhir ni suasana politik negara yang makin tidak stabil dan kemenangn PR dalam pemilu yang lepas.keadaan ini makin parah bila ramai tidak mahu menjalankan tarbiah dengan besungguh ..

Apapun aku cukup bersyukur dengan keberanian generasi baru di uitm ini yang inginkan mahasiswa mendapat tarbiah islam yang baik.

tarbiah islam yang baik lagi benar.

Aku turut sempat memberi sedikit taujih (kata-kata semangat dan nasihat)kepada mereka tentang kedah gerakan mahasiswa yang benar.Aku dan ikhwah seperjuanganku memilih konsep Al islam Qab la jamaah dan konsep gerakan kampus harus bebas dari anasir politik dari luar.

Ya ,konsep perjuanagn yang tidak ramai dari mahasisiwa dapat hadam dengan baik dan pertahankan .Aku juga terkadang sedih dengan praktis istilah ini di kalangan sahabat ku,ada ramai sahabat perjuangan di universiti tidak setuju dengan konsep penting tarbiah ini.

Pertama adalah Al islam Qabla jamaah.konsep ini menekankan elemen keislaman dihadapankan dari organisasi atau jemaah.Ini bukanlah bermaksud gerakan atau jemaah pelajar tidak harus diadakah.Yang dimaksudkan disini adalah kita belajar islam dari sumber islam yang jernih suci lagi benar yang tidak disangah oleh mana-mana pihak.Sumber itu adalah Al-Quran dan Al-Sunah.Seandainya kita sedar dan menjadikan ini sebagai landasan dalam mempraktiskan tarbiah maka kita akan lihat lebih ramai mahasiswa yang akan berdakwah daripada cakap pasal politik,akan lebih ramai mahasiswa yang matang dalam membuat keputusan,dan akan lebih cepat kemenangan islam di mana-mana U.

Tapi harapan seperti itu dilihat terlalu payah dicapai kerana ramai pemuda kampus yang cenderung memilih pendapat sendiri ,pendapat ustaz-ustaz politik,dan pendapat jemaah politik luar kampus dalam berdakwah di kampus.

Ini satu cabaran yang berat.Keadaan akan bertambah sulit jika ramai yang ingin terus pertahankan pegang jawatan lebih baik dari bersunguh-sunguh buat usrah dan bicara politik lebih rancak dari bicara dakwah.

hasilnya gerakan pelajar semakin lemah,takut dan mandul.

Aku bukan bermaksud mahasiswa tidak perlu berjawatan.Tapi seandainya jawatan menyebakan kita sibuk dan tidak fokus tarbih lagi baik dilepaskan seketika jawatan dan fokus mengusrahkan genrasi baru.

Teringat aku komplain akhi A ketika silaturahim kami.Dia menyatakan kerap kali ajk surau asrama yang dia duduk tidak melaungkan azan.Dalam seminggu boleh dikatakan 2 kali sahaja.Selebihnya dia yang buat,dah la senior,kalau dikejut mereka buat tak kisah je,jadi macam budak-budak yang tidak solat,kemudian solat bila dan nak habis jemaah pertama.begitulah keluhan akhi A.Sedangkan surau sebelah bilik je.Dan mereka adalah orang yang dipertangunjwabkan tugas tersebut.

subhanalah ini lah satu musibah.

bila ditanya,macam mana usrah ajk surau?..jawapannya ,buat sekejap je,ada yang on off ,ada yang tak buat lagi dan macam macam lagi alasan.jadi memang patut jadi macam tu.

Terkadang ana tertanya apakah mereka paham apa itu tarbiah.?Adakah makin senior makin hilang nilai tarbiah?bila dah tak pegang jawatan jadi perangai juga tak pegang usrah?bila dah gred dari u maka usrah terhenti.dan aku dengan duniaku?adalah tarbiah mereka berakhir di u saja?.

Aku cukup bersyukur ,Allah telah mempertemukan aku dengan generasi tarbiah,ketika dulu aku juga tak paham dengan usrah,sedangkah aku masa tu dah jadi pengerusi PI,aku tidak paham apa itu tarbiah ,sehingalah aku bertemu dengan generasi tarbiah.(insyaAllah kesempatan akan datang akan aku ceritakan).

Aku, bila memahami apa itu tarbiah,segera semester hadapan aku letak jawatan dari Pengerusi PI dan fokus kepada usrah.ramai yang bantah,dan ada beberapa abang dan kakak PI sedih atas keputusanku.tapi itulah keputusanku,tarbiah lebih penting..teringat aku kata

mustafa mashur:

tarbiah bukanlah segala-galanya,tapi tanpa tarbiah segala sesuatu tidak akan tercapai.

Dengan tarbiah kita akan membuat keputusan berdasar sumber yang sahih,tidak taklid dan telus,kita akan lebih mendepankan prisip islam dari prinsip jemaah atau oraganisasi(perlukan perbahasan detail)dan kita juga akan lebih terbuka dalam menilai sesuatu.

selayaknya kita seperti itu,sila baca lebih lanjut:artikel minda kritis dalam menilai,web dr asri.

3 comments: